Salam semua teman-temanku.
Selamat Tahun Baru 2014....kejap jer dah masuk 2014 kan. Semoga tahun baru ini memberi sinar kegemilangan untuk diri anda dan impian anda semua. Selamat tinggal dunia glamer 2013 hahaha. Tetiba kan. Bagi diri aku plak...aku berharap tahun 2014 memberi cahaya yang indah dalam hidup aku melayari rumahtangga bersama bakal suami tersayang Insya Allah. Doakan utkku yea. Tak berapa lama lagi ni....insya Allah.
Ok back to NZ journal.
Hari ke 7 di bumi Kiwi. Pagi tu kami bangun awal untuk bertolak ke Christchurch iaitu hari terakhir kami berada di Pulau Selatan. Pagi tu kami sarapan nasi goreng dengan sambal sardine. Alhamdulillah dah kenyang. Tetiba aku rasa sebak plak nak meninggalkan bumi NZ di Pulau Selatan ni. Acara kemuncak kami dah takda lagi....lepas ni tinggal aktiviti2 biasa ajer. Sobbb...sobbb.
Ketika ini kami berada di Wanaka....nak singgah Wanaka Lake terlebih dahulu. Sunyi jer bandar ni di waktu pagi,,,cuaca pun redup jer. Air tasik pun tak berapa mengancam mcm Pukaki Lake dan Tekapo Lake. Kami spent di sini kejap jer takat mengambil gambar. Lepas tu kami terus beredar untuk singgah ke Puzzling World plak yang jaraknya hanya 3 km sahaja dari sini.
keindahan Wanaka Lake....snow cap mountain
suasana sunyi dan tenang di sini...sebab di awal pagi
tengoklah wajah penulis blog ni di ketika ini....monyok jer sebab sedih nak tinggalkan Pulau Selatan ni. Yolah tu hahahah....
cantik sebenarnya bentuk muka bumi kawasan Wanaka ni
bunga sakura masih berkembang indah......mmg cantik tempat ni
pekan Wanaka yang sunyi di waktu pagi
Ikut plan kami memang nak spent time di sini lebih kurang 2 jam ...tetapi masa begitu mencemburui kami. Rasanya mmg tak sempat....kami kena rush back to Christchurch as soon as possible.
so kami hanya mampu berposing di luar ajer lah. Lagipun pepagi buta ni tempat ni pun belum bukak. Aku dok terfikir....tempat ni memang jauh dari bandar-bandar lain....ramai ke yg datang yea??? Harap pelancong ajerlah kan.
Learning Tower of Wanaka....apa ada kat sini korang google jer Puzzling World Wanaka. Nak masuk ke sini kena bayar NZD15 seorang.
kat sebelah Puzzling World tu kami nampak permandangan countryside ni...wow cantiknya. Apalagi....geng2 cik kiah ni berebut2 nak bergambar di sini hahaha.
Setelah habis berjimba dan bergambar di Puzzling World kami sambung lagi perjalanan. Kali ni kami mengikut laluan Lindiss Pass dan patah balik semula ke Twizel....seterusnya ke Lake Tekapo, Ashburton dan Christchurch. Kami memang tak plan untuk melalui laluan ke Franz Josef memandangkan kami akan terbang ke Auckland pada hari ni jugak. Agak terkilan jugak tidak sampai di Franz Josef sebab tempat ni sangat cantik dan boleh lihat laluan glazier snow mencair menuju ke anak sungai. Memang sangat cantik (apa yg aku nampak di blog orang lain). Lagipun laluan tu sangat jauh dan agak bahaya bagi kami pemandu wanita.
Laluan Lindiss Pass ni agak bengkang bengkok jugak....kami boleh nampak gunung ganang yang berwarna coklat seperti dalam gambar di atas. Umpama berada di dalam dunia lain sebab gunung ganang tu sangat menghampiri kami kiri dan kanan. Kesian juga tengok Norlia sebab dia agak penat memandu ketika ini. Sempat berhenti kejap di tepi gunung ganang tu utnuk memberi masa pada Norlia tidur sebentar.
Setelah habis laluan bergunung ganang kami juga melalui laluan tepi tasik yang agak mencabar juga sebab laluannya sempit dan kena berhati-hati bila melalui selekoh yang tajam. Norlia terpaksa memandu dengan penuh berhati-hati dan agak perlahan sebab takut termakan jalan sebelah. Tetiba.....aku terdengar bunyi hon dari arah belakang. Agak kuat jugak bunyinya.....apakah itu? Alamak.....pak polisi datang lagi memburu kami. Ayyooooohh...apa lagi ni??? Tapi kali ni bukan bunyi siren...bunyi hon ajer. Pak polisi menuju ke arah kami dan bertanyakan kami nak ke mana. Muka baik jer pak polisi ni. Dia tegur kami sebab memandu terlalu perlahan sehinggakan menggangu perjalanan kereta di belakang. Rupa-rupanya kat belakang kami ada lebih kurang 10 buah kereta hahaha. Padahal jalan ni bukannya banyak kereta pun. Cumanya laluan ni agak bengkang bengkok dengan selekoh yg merbahaya...so Norlia tak berapa confident nak potong kereta di hadapan. Kami ingatkan biar lambat asalkan selamat boleh diguna pakai di sini...ghopanya hampeh!!! Polis tu kata kalau kami memandu terlalu perlahan akan merbahayakan kereta di belakang sebab mereka kena memotong banyak kereta yg berderet-deret. Haiyoooooo....banyak songehlah undang2 jalanraya di NZ ni....laju tak boleh....perlahan pun tak boleh. Tension kami dibuatnya. Norlia agak stress masa ni...kesian dia serba salah dibuatnya. Fuhhh...nasib baik kami tak kena denda,....hanya warning ajer. Sib baik polis dorang bercakap dengan nada yang baik....tak lah kami ketakutan hehehe.
Kami dah sampai Twizel untuk singgah sebentar mencari makanan for lunch. Harapan kami dapat jumpa cafe yg menjual fish and chips. Malangnya kebanyakan cafe di sini menggunakan animal oil....sedihhh!!! Akhirnya kami terjumpa satu restoran ni....ada jual halal food di sini. Syukur....jumpa jugak. Kami order nasi and chicken sweet and sour....sepinggan share untuk 2 orang. Sekali ngap dalam mulut.....wallaaa!!!! Manis uolsss....memang aku tak lalu nak makan. Pulak tu masa ni aku agak sedih en tunang tidak membalas message whatsapp aku sejak semalam. Kenapa yea? Merajuk kah dia? Nak makan pun tak lalu ni. Padahal aku tengah kelaparan ketika itu. Mood ke laut masa ni uhukkk uhukk.
Kami meneruskan perjalanan lagi....terus sampai di Christchurch. Fuhhh perjalanan yg sangat jauh uolsss. Berjam-jam dalam kereta memang membosankan. Kami sampai di bandar Christchurch lewat petang. Ternampak supermarket PaknSafe...jom turun kita cari coklat dan apa2 yg patut utk bawak balik Mesia. Lama jugak kami lepak kat sini sebab aku beli mcm2 benda....beli coklat...beli candy....beli mix herbs utk western food. Kat sini memang murah skit berbanding supermarket lain.
Malam tu kami stay di Christchurch Airport jer sebab awal pagi jam 7 kami akan fly ke Auckland plak yg terletak di Pulau Utara. Sebelum ke airport....kami nak cari kedai makan utk alas perut. Masa ni dah gelap di bandar Christchurch....kami berpandukan GPS mencari asian food di sini. GPS bawa kami ke bandar Christchurch yg agak suram dan sunyi sepi. Kedai banyak ditutup dan keadaanya seperti ditimpa garuda. Kenapa yea....aku agak pelik masa ni. Padahal ketika tu baru pukul 7 malam. Bukan tu ajer....bandar tu jadi gelap tanpa lampu jalan...menakutkan. Pusing punya pusing....akhirnya kami tak jumpa pun Asian restaurant di sini. Aku mmg lapar giler masa ni sebab masa kat Twizel tu aku hanya makan 2 sudu nasi sahaja. So, kami singgah di McD ajer...aku order Fish & Fillet utk dimakan di airport.
PaknSafe di Christchurch
setelah kami menyerahkan semula kereta di airport....kami terus masuk ke dalam airport dan stay di lounge dengan bayaran NZD5/pax....selesa skit sebab ada disediakan bean bed utk lepak dan bathroom kalau nak mandi. Lounge ini dibuka dari jam 8.30pm hingga 5.00 pagi esoknya. Lepas tu ia akan ditutup.
sempat jugaklah aku melelapkan mata di sini beberapa jam. Jam 4 pagi aku terjaga dan bersiap membersihkan diri. Jam 5 pagi kami dah standby utk check-in bag. Ada kekecohan berlaku ketika nak check-in bag sebab kami dah bayar thru online utk satu beg sahaja...xtra beg akan dikenakan bayaran NZD60....mampuss!!! Kami ada masa lagi...aku sempat bayar thru online dgn bayaran NZD30 sahaja per bag...lebih murah. Maknanya...setiap beg dibernarkan up to 35kg sahaja. Kami naik New Zealand Airline.
menunggu di waiting room utk depart to Auckland....bye bye Soutland.
Dalam flite duduk berterabur sana sini....tidak setempat. Perjalanan mengambil masa sejam lebih sahaja. Sempat jugak melelapkan mata...ngantuksss. Next entry aku akan menceritakan kisah kami di Nortland pulak. Siapakah yg kami jumpa di sana??? Seorang rakyat Malaysia yg stay di NZ.....apakah yg berlaku di sana.....tunggu!!!!! Rakyat Malaysia tu pun ada cerita pada kami kenapa Christchurch jadi suram dan tidak bermaya. Nak tau kenapa....tunggu next entry.
p/s - menghitung hari...masa dan detik. Harap semuanya berjalan dgn lancar.
3 comments:
salam.. saya nk tanya masa akak pergi korea, brapa ye bajet akak? saya dan mak saya bercadang nk pegi ke korea. harap sgt akak can give any good advice. thank you.
Salam,
Leez, sambung sambung cepat..... :)
arghhhh rindunya NZ .....!
Post a Comment