Ads

May 14, 2012

Day 1 - Korea Be Inspired : Incheon International Airport & Namsan3 Guest House






Salam semua.
Alhamdulillah akhirnya aku berjaya mendapatkan gambar-gambar percutian Korea ini daripada rakan-rakan yang sama-sama joint trip ini. Pening berpinar-pinar aku nak memilih gambar sebab aku kena tengok dan pilih satu persatu mana yang menarik dan sesuai. Satu tugasan yg mencabar ketika aku nak update entry ini. Berjam-jam depan laptop asik duk memilih gambar. Inilah hasilnya.

Pada tarikh 3 hb Mei jam 11 malam penerbangan aku ke Seoul buat pertama kalinya bersama-sama rombongan cik kiah seramai 8 orang. Plan awal kami pergi seramai 4 orang sahaja. Lepas tu...seorang demi seorang kata nak joint aku jugak. Oklah.....akhirnya jadi 8 orang. Ikutkan ramai lagi nak joint aku lepas tu...tetapi aku terpaksa menolak sebab aku takut nak gi terlalu ramai sangat. Banyak masalah nanti....lagipun aku pun ikut orang....iaitu Kak Zila sebagai our tourist guide hehehe (gambar atas di tengah-tengah). Jangan marah yea kak...sajer jer saya bagi jawatan tourist guide tu hehehe. Kak Zila dah jejak Seoul banyak kali dan dia sangat pakar dengan selok belok di sini. Sebab itu aku kata tak mampu nak bawak lebih ramai lagi. Lagi ramai nanti lagi pening kepala kita nak handle setiap seorang. For me 8 persons are just nice and so far so good. Kepada teman-teman lain yg aku nak sangat ikut aku tetapi aku terpaksa menolak tu...jangan marah yea. Next time leh ikut aku lagi...tapi kena booking aku awal-awal yea..hahahaha.

Plan nak bercuti ke sini sejak setahun yang lepas. So, kami memang dapat harga ticket AA yg sgt murahlah. Sejak dulu lagi aku memang nak sangat datang ke Korea walaupun aku bukan die hard fan drama Korea dan K-Pop. Dulu aku hanya layan Winter Sonata ajer. Pastu aku dah malas nak layan...sebabnya aku tak nak addicted sgt dengan benda-benda ni. Banyak sgt keburukan daripada kebaikan. Kita layan so-so ajerlah cukup. Terpulanglah pada diri masing-masing kan. Yg penting tujuan aku ke Korea ialah aku nak meneroka apa yg menarik di sini. Nak tau?? Ikutilah entry pasal Korea ini hingga penghujung episod..

Petang sebelum kami bertolak ke LCCT tu....KL jammed teruk...banjir pun jugak. Nasib baiklah dari rumah aku ni tak tempuh main road KL. Alhamdulillah selamat tiba awal jugak. Cuma Azim ajer yg caught in heavy traffic jammed. Punyalah kami risau masa tu. Aku relax ajer tapi my friends yang lain asik tanya aku...Azim camana? Hehehe...aku kata dah biasa pun dengan dia...Mr on the dot!!!!!


 semasa di waiting room.....bergambar tu wajib. Dalam gambar ni....from right: Shima, Kasma and Alya

 my travel members lagi - from right : Kak Zimah dan Siti

 on board. Flight tak penuh sgt masa ni Aku plak duduk di belakang...so selesa lah jugak. Masa ni lah aku baru jumpa Azim...sib baik dia sempat naik flight. Aku sempat cari dia di bahagian depan dan ajak dia duk di belakang sebab ada seat yang kosong. 


Perjalanan dari KL ke Seoul mengambil masa 6 jam setengah. Sepanjang penerbangan ni aku tak boleh lelap langsung. Agaknya excited nak bercuti kot. Aku duk tidur-tidur ayam ajer. Aku ada order food iaitu nasi lemak. Aku tak makan pun...sebab masih kekenyangan. So, aku simpan makanan tu utk dimakan masa breakfast di Seoul nanti. 

Flight mendarat lebih kurang jam 6.30 pagi waktu Seoul. Perbezaan waktu antara Malaysia dan Korea ialah 1 jam sahaja iaitu Korea 1 jam di hadapan kita. Walaupun sampai awal pagi tetapi dah terang benderang di sini. Masa ni aku dah terasa sakit kepala sebab tak cukup tidur. Apa nak buat...beginilah adat melancong. Mesti tak cukup tidur dan rehat. Then takkan nak balik hotel terus tidur kan. Tak rock lah mcm tu...hahaha. 


 Alhamdulillah dah sampai Korea......pertama kali menjejakkan kaki di sini.

 Korea...here we are.

 bila kami sampai di sini...dah terasa sejuk. So, aku terpaksa menukar jacket pulak. Ketika ini ialah spring season.....masih lagi terasa sejuk. Ketika ini 10C-15C lebih kurang mcm tu.

 masih di airport....nak naik train utk cop passport and bagasi. Jam menunjukkan pukul 7.04 pagi

 tujuh orang gadis pingitan...ewahhhhh gadis ke semua tu??? Ada yg dah jadi mak orang hokay!!! Muka Azim ajer takda masa ni sebab dia yg banyak tukang amik gambar.

 sesak ketika dalam train

di hari pertama masing-masing menunjukkan muka yg excited sebab tak sabar nak jalan2 di sini

 tu diaaaa...barulah nampak muka Azim. Menunggu utk amik bagasi pulak

 inilah dia Incheon International Airport, Seoul. The Best Airport In The World- dah tiga kali memegang takhta. KLIA merupakan yg ke-8.

 Memang tidak dinafikan airport ni cantik dan mesra pengguna. 



Urusan imigresen di sini mudah dan tidak banyak masalah. Dorang tak ada pun tanya apa-apa. Sebaik shj kami cop passport dan mengambil bagasi, kami tidak terus keluar. Pertama sekali kena cari kedai 7-Eleven terlebih dahulu untuk membeli kad T-Money (lebih kurang mcm Touch & Go fungsinya). Beli awal senang sikit utk kegunaan public transport ulang-alik ke mana-mana sahaja seperti bas, subway(train) dan teksi.

Di sini kami membeli kad T-Money dengan harga KRW20,000 (RM60). Makse sure kad T-Money tu di bawa ke mana-mana sahaja untuk kegunaan public transport. Then, untuk keluar dari airport ini cari pintu no 5. Terus belok ke kanan dan cari signboard bas nombor 6015. Tunggu di sini sehingga bas no.6015 sampai. Tak lama lebih kurang 10 minit jugak kami menunggu bas ketika ini.


 ini dia kedai 7 Eleven yg terdapat dalam airport masa nak keluar tu

 nak tau camana rupa T-Money?? Inilah dia.....

 tempat menunggu bas no 6015. Kat sini ada banyak signboard no bus. Bus no 6015 ini ialah untuk menuju ke kawasan Myeongdong & Namdaemun Market iaitu tempat yang kami akan stay nanti. Kalau uolss stay di kawasan lain...pastikan tahu nombor bas yg mana satu...kena baca setiap destinasi yg tertera pada signboard tu.

 nampak tak perkataan Myeongdong & Namdaemun Market di situ ??

 tunggu dan duduk sat sementara menunggu bas sampai. Masa ni terasa sejuk weiiii. Pelik gak tengok org Korea yg selamba pakai baju lengan pendek ajer.

 sementara menunggu tu...aku minum air susu pisang ini. Kak Zila recommend aku minum susu ni sebaik sampai di sini. Hmmmmm...sedap nyerrrrrrr. Anda wajib mencuba hokay!!!!

 yeaaaaaaaaa....bas no 6015 dah sampai. Masa nak letak bag tu....driver tu akan bagi kupon nombor ikut nombor bag. Kalau ada 2 beg...dia akan bagi 2 kupon nombor. Masa nak ambil bag ni nanti....tunjukkan kupon tu dan dia akan serahkan beg kita yg mana satu. Wahhhhhh baguslah mcm ni. sangat teratur dan sistematik.

 harga tambang bas ialah KRW10,000 (RM30) seorang. Masa ni kami bayar cash ajer...tak pakai T-Money. Yang sebelah tu ialah kupon nombor utk bag.

 cantiknya dalam bas ni. Selesa sangat dan kami duduk setiap seats tu seorang....sebab orang tak ramai pun. Tak payah nak tunggu penumpang penuh....terus bas dah jalan. Save skit masa kami. 

 Perjalanan mengambil masa sejam untuk sampai ke destinasi kami. Sempat jugak aku terlelap di sini....masa ni dah terasa mengantuk giler. Oklah dapat tidur sejam.

 dah sampai. Aduhaiiii kena tarik beg kami yg berat itu. Masa ni jalan kat kaki lima ini agak sibuk jugak sebab time orang nak pergi kerja. Kami kena berjalan lebih kurang 15 minit lagi utk sampai ke hotel penginapan kami. Actually dekat ajer....tapi kena turun bawah tanah naik turun tangga dengan beg besar...tu pasal take time jugak. Sedang aku angkat beg masa nak naik tangga tu...tetiba aku terasa ringan semacam. Rupanya ada sorang mamat Korea ni tolong aku angkatkan beg. Alhamdulillah baiknya hati dorang ni membantu pelancong mcm kami. Aku sorang ajer ditolong yea...heheheh. Teman2 lain kena angkat sendiri. 

 dah sampai pun tempat penginapan kami. Nama tempat ini ialah Namsan3 Guest House. Dekat ajer dengan Namsan Tower....belakang bangunan ni ajer.

Masa kami sampai ke sini masih lagi awal pagi. So, tak boleh nak check-in lagi sebab bilik masih penuh. Kami kena tunggu sekejap di kitchen sementara mereka mengemaskan bilik. Kami turun ke tingkat B1 untuk breakfast terlebih dahulu. Aku makan nasi lemak yg dapat masa atas flight tu. Oklah untuk mengalas perut...maklumlah kat sini susah nak dapatkan makanan halal.

So far kami memang berpuashati dengan tempat ini. Simple and nice. Yang paling best ialah boleh masak sendiri. Cumanya bilik agak kecik sedikit. Just nice for 2 person per room. Kalau duduk 3 orang memang sempitlah jugak. Sebabnya nak letak beg lagi. Harga sebilik ialah KRW55,000 (RM165). Harga pun reasonable dan lokasi sangat strategik. Namsan3 Guest House ini adalah berdekatan dengan Namsan Tower, Namdaemun Market dan Myeongdong (tempat shopping). This place is highly recommended. Untuk booking tempat ini boleh ke laman web ini Namsan3 Guest House .


 kitchen yg luas. Breakfast juga disediakan...roti, tea and coffee. Layan diri yea.

 perkakas utk memasak juga ada. Boleh memasak di sini. Kami memang bawak bekalan dari Mesia dan memasak di sini. Jimat duit dan dijamin halal.

 kalau nak bertenet pun boleh...free ajer. Line WIFI free ada di sini kepada sesapa yg nak bawak laptop. Boleh buat international call juga di sini...free ajer tetapi hanya boleh call fixed line. Lupa nak bagitau...kat sini tak boleh guna hp mesia....line tak dapat. Kalau nak guna hp...boleh sewa hp di tempat ini juga. Tapi menggunakan line dorang. 

 nak exercise pun boleh. Tak guna pun sebab berjalan berbatu2 dan naik tutun tangga di sini dah kira exercise lah tu...huhuhuhu

 kami breakfast di sini sebelum masuk dalam bilik utk bersiap-siap.

 nak tau password?? 

 inilah rupa bilik kami. Tidur atas tilam tanpa katil ajer. Oklah tu....kira selesa jugak. Kalau nak stay di hotel yg ada katil....sangat mahal di sini. Ini ajer yg kami mampu....ni kan namanya budget travelling.

 tv pun ada....complete semua. Beg boleh letak bawah meja tu.

 bilik air yg sgt comel...muat2 satu badan hokay. Kalau 2 org kurus nak masuk pun tak muat.

 roof top pulak. Cantikkan!!! Dikelilingi oleh bangunan pencakar langit di sini.

roof top jugak.....banyak betul building tinggi2 di sini. 

Kami dah boleh check-in lepas tu. Masa ni sejuk lagi. Tapi aku sempat mandi untuk membersihkan diri sebelum meneruskan perjalanan seterusnya lepas tu. Takkan nak tidur pulakkan. Kalau dah namanya melancong...kita lupakan tidur enak-enak yea. Malam nanti masa balik...baru boleh tidur yg nyenyak.

Ok...aku sambung lagi nanti. Ke manakah kami???? Tungguuu...................


p/s - jom joint Cabaran Sihat Musim 2. Layari : www.kevinzahri.com/isihat dan www.utusankarya/v2/cabaransihat



20 comments:

Anonymous said...

Bestttt nye kak.x sbt next n3

just.HY said...

yeayyy!!! akak dh sampai korea. how do u love korea? kalo duk sebulan mmg boleh kurus sebab byk naik turun tangga dlm subway tu. hahaa..

ANR said...

eh, susu tu ade dalam cite Coffee Prince. :) hahahah comelllllllllll sgtttttttttt..

hmmm mcm nk plan ke sana pulakkkkkk

june said...

BEST nya...tak sabar tunggu next entry...

Azian Elias said...

alaaa..meruntun2 jiwa nii.. hee.. macam nak kena pegi gak ni.

missT said...

bestnye kak. nak join next time ;) hehehe...

Nieda said...

bestnya baca entry ni.

Jari Manis said...

wah..akhirnya Leez dah sampai Korea...seronok baca entry ni...tersusun dan teratur..boleh di jadikan panduan kalau nk pegi Korean nanti....eheeh

putribongsu said...

woww good info.thnks kak...suka sgt org share psl traveling ni. Bilik tu mmg sesuai sgt utk traveller but not for honeymooney..hehehhe...best lah!

sepul said...

currency lebih kurang mcm singapore right? ok la tu hotel macam tu. sekadar nak tidoq aja. inshallah ada umur yang panjang memang korea dalam salah satu list / hehehe

niL said...

Susu pisang? Wahh..mcm best je!
Sama je mcm dlm citer Rooftop Prince..minum susu tu..kena cuba gak nnt nih!

shoeque said...

oo kalian ke yg jumpa zarina. ada nampak dlm fb dia.. hehe.

Rokiah@Umie said...

Kak,periuk & kelengkapan dapur kat guesthouse tu dijamin hala tak?

Qeera Marissa said...

Salam..nak tanya..bus dr airport berhenti dekat ke dgn guesthouse ni..sebab saya ada anak kecik 2 tahun..takut susah nak bawa nak seret beg n stroller bagai..

a.R said...

Salam.... Seronok baca travelog awak ni...

Unknown said...

nak jalan ke sana juga! tanx sis sbb share info ni! now dah ade tips sikit2 what to do bila sampai sana :)

james bross said...

bestnya... i fam fly 20 to 24 sept stay area tu juga tpi new guest hotel...y ur tk naik train aiport to seoul

james bross said...

nk tanya seoul.vs busan mna best

kyung chae qween;z said...

Wow mesti selesa kan tempat penginapan tu

Unknown said...

Bape jam beza waktu korea and malaysia kak?