Salam semua. Di atas permintaan ramai yang nak sangat aku update pasal trip aku ke Hatyai dan Krabi di dalam blog secepat mungkin.....nahhh sekarang jugak aku buat untuk korang semua. Penat pun tak habis lagi....sebab lepas balik dari sana macam-macam benda aku buat. Hari ni relax sikit sebab masih bercuti untuk berehat.
Percutian ini sebenarnya tidaklah dirancang pun. Dua minggu lepas baru aku decide nak ke tempat ini. Plannya nak ke Singapore.....tetapi aku malas nak jejak JB tu buat masa ini. Aku malas nak ingat semula kenangan di sana. So, aku tukar plan....apa kata kita ke Thailand yang terdekat pulak. Nak gi tempat jauh...hmmmm tunggulah next year pulak. Percutian ini dibuat untuk menghilangkan stress bekerja masa buat event hari tu. Aku pergi dengan teman-teman seoffice. Hari tu kami stress dengan event and now kami nak bergembira di negara orang....untuk mengembalikan semula mood baru sempena kedatangan tahun baru ini.
Kami malas nak drive. So, keputusannya....kami pergi ke sana naik train sahaja. First time experience berjalan jauh naik train di dalam negara. Tahun 2009 yang lepas pernah naik train jugak perjalanan dari Zurich ke Amsterdam....juga 13 jam (ada katil). Good experience actually sesekali kita cuba pulak menggunakan perkhidmatan pengangkutan lain selain flight, berkereta dan naik bas. Sekarang kalau nak booking train pun dah mudah...melalui online sahaja. Link di sini. Anda boleh pilih sendiri nak tempat duduk sahaja atau nak yang ada katil sekali. Memandangkan perjalanan ini agak jauh ...so kami decide nak amik yg ada katil pulak. Selesa, santai dan sangat relax. Harga untuk satu hala katil bawah ialah RM60 dan katil atas RM54. Boleh pilih sendiri nak stay di katil nombor berapa.
Perjalanan ke Hatyai melalui train ini ialah direct dari KL Central hingga ke Hatyai terus. Hari tu aku still kerja lagi. So, sampai rumah aku terus bersiap dan lepas maghrib aku dah bergerak ke KL Central. Aku check-in di BB bahawa aku akan berlepas naik KLIA Express.....ngeh..ngeh..ngeh. Siap letak perjalanan selama 13 jam. Perrghhhhhh....ramai sudah tertipu dengan aku wei!!!! 13 jam???? Mesti dia ni pergi London again. Udah-udah ler ke London tu.....baik mak ke negara lain pulokk. hehehehe. Ghopa-ghopanya minah ni gi Hatyai ajorrrr...keh...keh...keh!!!!!! Tipah tertipu banggggg!!!!
beginilah keadaan katil di dalam train KTMB ini.....okaylah muat utk aku yg bersaiz mat salleh ni...ahaksss
untuk berkongsi 2 orang satu katil...amatlah tidak muat okay.
untuk berkongsi 2 orang satu katil...amatlah tidak muat okay.
inilah dia.....teman-teman seoffice aku. Kami berpakat nak enjoyssss di negara orang.
hanya ada satu trip ke Hatyai dari KL.....bertolak dari jam 9.20 malam dan sampai di Hatyai jam 10.30 pagi. Tak ke 13 jam namanya tuuuuu...masa 13 jam tu mcm nak ke London kannnn...heheheheh
posing dahulu....bila dah sampai atas train. Masa kami masuk dalam train ni....duk berdebar-debar gak camanalah rupa katil kami ni. Bila dah masuk...wahhhh so impressed!!!!! nice and so comfortable~~~~~
blogger Catz pun joint sekali for this trip. So, total kami semua ialah seramai 5 orang...gamat wei!!!!!. Teringat masa depa wat announcement bila train dah sampai. Kami bergerak ke platfom train agak lambat skit. So, memandangkan gerabak utk katil paling hujung sekali.....so agak kelam kabut jugak nak ke sana. Bila depa bunyi horn menandakan train dah nak jalan.....mcm orang giler kami berlari....siap ada yang melatah hahahaha. Bila dah sampai...fuhhhh lega!!!! Rupanya lambat lagi pun train nak gerak...wat suspend ajer. This experience sama jer masa aku gi Europe Trip 2 tahun lepas. Berlari-lari mencari nombor train dengan beg yang berat adalah satu experience yg sangat best!!! Pulak tu train punyalah panjang nak mampussssssss!!!
ginilah keadaan katil 2 tingkat kami. Lebih selesa jika stay di katil bawah berbanding di katil atas. Untuk yang plus size mcm aku ni...better duk katil bawah ajer la. Nak memanjat tangga katil tu agak azab juga yeaaa.
teman-teman ku muka excited nak berjalan jauh sampai cuci mata di negara orang..huhuhu. Cinta ku tertinggal di Krabi...ahaksss!!. Kannn Kak Ros :p
masih awal lagi untuk beradu...so kami borak-borak dulu yeaa!!! Pastu.....aku sajer jalan-jalan nak ke cafe....kot-kot ada yg menarik nak membeli.....nak tengok camana rupa cafe di sana???
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
sangat azab dan kesian hokay!!!!!
ini ajer rupa cafe di dalam train ini. Ini bukan cafe...tapi ini hanyalah kaunter uolssss. Nak beli nasi goreng ke...mee goreng ke....semua ada. Hmmmmm......tak menarik langsung dan terbantut nak membeli.
Aku ada bertanya pada budak yg jaga kaunter membeli tu....."Ini ajer ke dik cafe korang???".....Dia dengan senyum simpul malu-malu " yea kak...ini ajer". Erkkkkkkkkk....aku mcm tak percaya pun ada. Sebab aku pernah ingat dulu dalam train ni ada mcm cafe dan tempat makan yg cantik gitiewww. Sekarang dah tak ada. Betul ke ni??? Aku pun mcm tak percaya. Ohhhhhh KTMB u have to do something pleaase!!!!
Industry pelancongan di negara kita dah semakin pesat dan org Mesia pun dah berkemampuan untuk melancong.....so tolong belajar dari AA how they manage to built their business sehingga menjadi gah sekarang. Masa aku kat situ...agak ramai jugak pelancong asing u know......aku rasa malu pun ada. Nak citer sikit experience aku masa naik train di Europe....masa gi cafe depa...ya Allah mcm duduk dalam hotel 5 star...siap aku candle light dinner lagi kat atas train tu tau....oppsss terpecah rahsia hehehe. Mmg best and our country should learn from them lah. Sbbnya kat negara kita ni ramai pelancong backpackers.......depa ni suka explore something adventure dan depa suka naik train. Entah apa lah depa komplen pasal kemudahan train di negara kita ni.
menu yang ada dalam cafe....hmmmm....
tadaaaaaaaa... good morning!!! dah pagi uolsss. Masa ni aku dah bersiap-siap.....nak sampai dah. Ok nak citer pasal toilet. Hmmm...toilet tak berbau...oklah. Cuma nampak agak lama ajer....kena baiki sikit lah. Tak taulah kat gerabak lain camana...sebab baca kat review experience org naik train katanya toilet busuk. Pada aku ok....cuma agak buruk ajer.
wahhhhh.....semua dah ready dengan bag masing-masing. Excited sebab dah nak sampai kan.
belum sampai actually...sebab kena turun di station Padang Besar utk cop passport pulak. Semua penumpang kena turun dan bawa beg sekali okay. Sebabnya kastam nak check beg kita. Pastu kena naik semua ke gerabak lepas dah cop utk kedua-dua negara. Hanya 2 gerabak sahaja ke Hatyai kalau tak silap aku.
kat Padang Besar untuk cop passport.........
Sampai di Hatyai lebih kurang pukul 10.30 pagi. Nak kata aku nyenyak tidur di train....hmmmm depands masing-masing lah. Aku ni jenis susah tidur di tempat orang selain di katil sendiri. So, agak lambat jugak aku nak betul-betul lelap. Aku tengok teman-teman lain tidur dengan nyenyaknya hehehehe. Nak kata bising sangat bunyi train tu...tak jugak. Ada kala ia bergerak dengan senyap...ada kala bising jugak. Oklah .......still boleh tidur dalam train tu.
Masa aku lalu di gerabak yg ada seat tu...fuhhh sejuknya.....aircond kuatnya. Tapi gerabak kami tak berapa sangat sebab setiap katil ditutupi dengan langsir. But still okay. Cumanya nak letak beg agak sempit sikit sebab tiada tempat nak simpan beg. Just letak di sisi katil masing-masing. Yang stay di katil atas.....agak bahaya jika simpan beg di bawah.
Masa kami sampai di Hatyai...perut dah lapar. So, kami singgah di sebuah restaurant. Teman kepada Kak Ros yg recommend this place....sorry aku lupa sangat-sangat nama tempat ni. Blur kejap sebab mai-mai baru bangun tidur kan. Disini.... hmmmmm..ada disediakan nasi campur jugak. Kami teringin nak makan tomyam.....so just amik order ajer. What i can about the food here.....biasa-biasa ajer. Kat KL ada yg lagi best. Satu lagi mahal!!!! Total kami makan RM20 seorang....perrghhhhh!!!!!!
21 comments:
syoknya naik train...
kena cuba ni
tapi tak leh bawa beg besarlah kan :)
terbaik
seronok kan travel
amboi ke thai pulak dah kak leez kite ni..ni konpem byk borong brg bwk balik mesia..haha
amboi ke thai pulak dah kak leez kite ni..ni konpem byk borong brg bwk balik mesia..haha
hi kak, x sabar nk baca next entry. Dulu sya kerap jugak naik train ulang-alik Penang-KL time cuti belajar suka naik train rather than taking bus...rasa slamat even cam siput nk sampai...slalu gak amik seat katil...tapi ada gerabak khas utk kafe,seat dlm kafe tu warne merah...x tau lah sekarang dh digantikan dgn kaunter je mcm dlm pic atas...
eh lain ek dia punya kantin. aritu pegi kantinnya proper, siap ada kerusi+meja lagi...pastu ada tukang melayan, pelik dah ni...baru tukar kot..iskk..cam pelik jgk nak tukar nape kan sbb yg tu elok dah...mgkin gerabak lain gamaknya
rasanya tau restoran yg leez ckp ni...dkt2 tgh town kan? mak yah ke ape nama dia...tak pasti. tapi mmg tmpt tu overrated skit. tak sedap tapi mahal gilos...hurm..
Sambal belacan adalah pedas nak mamsss...Hik..
Sambal belacan adalah pedas nak mamsss...Hik..
wah.best2..
looking forward cam ne nak g ke krabi dr hatyai ni coz dalam plan nak g nanti :)
gi sendiri je ke or pakai travel agency??
nnt update ye akak :)
best nye jalan2 :)
leez jgn lupa snap pic brang yg leez bli disana.
syoknyaaaaa~!!
kak hanim -
ok best jugak experience naik train ni. Haah jgn bawak beg besar sbb xda tmpt simpan beg.
Anum -
thanks anum. Mmg best melancong ni.
kemamng -
hahaha...dekat ajer kali ni.
kali ni akak hanya nak jalan2 dna makan2 ajer.
Tak shopping apa2 pun.
yg pentinh ada FM dan tshirt...cukuplahhh.
Magic Chic -
tulah...akak pun tau pasal cafe yg satu gerabak tu dulu. Tapi bila akak tanya adik yg jaga kaunter tu....dia kata makanan hanya di jual di sini. Agaknya tak laku kot,
fatt-
aku pun was2 pasal cafe ni. Sebbnya aku pun tau kewujudan cafe yg ada kerusi meja tu. Tapi bila aku tanya kat adik yg jaga kaunter tu...dia kata hanya ini ajer yg ada...takda cafe. Betul lah agaknya. Mungkin tak laku kot...sbb tu depa tak buat lagi gerabak khas tu...i think so.
catz -
pedas dan sedappp nak mampssssss
aida4eva -
jagna lupa entry seterusnya ada dinyatakan ttg aktiviti di krabi dan camana nak ke sana.
hope u enjoy reading this blog. tqqqq.
harga brg masih murah ke kat hadyai? last time saya pegi hadyai naik train jugak.. thn 2002.. dah lama sesangat... siap bawak baby 9 bulan... stay kat Lee Garden hotel jugak.. tp skrg takut nak pegi, lepas byk kes tembak-menembak & bom-mengebom kat sana..
hmm, cakap pasal gerabak kak. Xsilap maybe 1st class kot yg ada cafe atau train lain atau train lain yg oriental express ke apa...
sian la kak, KTM ni kalau xjaga standard siapa nak naik. KTM punya kommuter pun byk masalah. Kita harap KTM dapat settle the minor problems to be better ! kan?
lain kali kak try la 1st class !!
Salam kak,
Saya nak email akak boleh? Nak tanya sikit. atau akak email saya rajanurlalafadz@yahoo.com. Tq.
Assalamualaikum..
Bestnya jumpa entry akak ni♥
Kami sefamili pin first time nak gi hatyai..
Baca entry ni pon kiteorg eksaited..
Thanks For sharing dear.moga Allah murahkan rezeki akak, amin ya rabbal'alamin♥
Post a Comment