Ads

July 5, 2011

Day 1 - Perhentian Getaway Trip : Jeti Kuala Besut


Alhamdulillah tercapai sudah hajatku untuk menjejakkan diri di Pulau Perhentian. Tahun lepas tercapai hajat nak ke Pulau Redang dan tahun ni pulak ke Perhentian. Syukur kepada Allah segalanya berjalan dengan lamcar walaupun aku tempuhi dengan pelbagai dugaan untuk menjadikan trip ini menjadi realiti. Alhamdulillah.


Walaupun ada yang sentap dengan aku pasal statement aku yg berapi itiewwww. Hmmm...bagi aku cakap kenalah serupa bikin. Takat angan-angan taik ayam duk canang sana sini tapi hapah pun elek.....memanglah patut kena sebijik. Lantak pi owang nak cakap apa...yang penting aku tetap pegang pada janji. Kalau kita berjanji tetapi tidak ditepati...munafik namanya. Tepuk dada tanya iman...ahakss!! Tapi kalau yg tak janji nak joint...aku tak salahkan depa sebab aku faham situasi mereka. Learn from the mistake....cukuplah sekali hokay!!


Ok back to my journey. After balik kerja...aku dah bersiap untuk memulakan perjalanan ke Pantai Timur malam tu. Ticket dah beli....tinggal nak bawak diri ajer. Malam tu kami naik Mahligai 'Airline'. Perjumpaan kami ialah di Hentian Putra. Dugaan pertama kami malam tu bermula apabila aku duk menunggu blogger Azim sampai dari Penang. Jangan tak tau...bas bertolak pukul 9.30 malam tetapi Azim sampai ke rumah ku pukul 9.15 malam. Tak ke panik kami dibuatnya. Kawan-kawan yang lain seramai 6 orang lagi dah standby kat Hentian Putra. Dengan ketangkasanku berpengalaman memandu F1 dulu-dulu ahakss akhirnya kami sampai gak jam 9.35 malam. Fuhhhhh...sib baik bas tak bertolak lagi. Syukur padaMu Allah.


Lepas satu dugaan...datang lagi dugaan kedua. Kali ini baru ku perasan bahawa aku terlupa hendak membawa contact lens....ayohhhh camana aku nak tengok ikan ni???? Masa tu aku memang pakai spec dan rupa-rupanya ku terlupa bahawa contact lens ku tak bawak sekali. Terus aku tanya driver bas tu....boleh tak tunggu jap di stesen minyak sebelum Tol Gombak. Sib baik driver tu baik. Dengan sepantas kilat aku called adikku untuk hantarkan contact lens tu kat stesen minyak tersebut. Fuhhhhhh...Allah telah menyelamatkan aku juga. Syukur sangat-sangat. If not....jawabnya aku rabun tak nampak ikan. Thanks to adikku Idham yang menghantar aku ke Hentian Putra dan pastu kena hantar contact lens di stesen minyak pulak...hehehe.


Malam tu perjalanan mengambil masa 8 jam dan kami sampai di Kuala Besut pada jam 6 pagi. Terus kami ke surau untuk menunaikan solat Subuh. Aku sempat tukar baju sekejap dan terus ke jetty yang mengambil masa 2 minit ajer berjalan. Kami breakfast di sini sementara menunggu opis travel agent buka. Jom tengok apa yang kami makan.


Trip yang aku organize ini ialah seramai lapan orang. Yang bestnya....kami semua tidak mengenali antara satu sama lain. Aku hanya kenal 3 orang sahaja di dalam group ini. Yang lain aku tak kenal dan begitu juga team member yang lain...dorang pun tak kenal antara satu sama lain. Alhamdulillah setelah 3 hari kami berkampung di Perhentian...kami semua jadi kamcing dan sangat serasi. Ngam gitu.....kami saling bekerjasama dan masing-masing memang sangat kelakar. Ketawa tak sudah. Group kami dinamakan Geng Pee Ai or PI - Perhentian Island. Azim yang berikan nama geng ini.

Thanks to Azim, Azuan, Nani, Zahrah, Kak Zack, Seripah dan Shazana....korang memang rawksss. Miss all of you. Ada 4 orang mai dari Penang termasuklah blogger Azim. Selebihnya duk KL. Ada yang dah jadi couple skandal....siapakah itiewwww...ahaksss!!!!! Gambar di atas ialah Nani, aku dan Azim.



from left - Azuan, Zahrah dan Seripah....ada dua orang lagi tak masuk dalam foto.

breakfast- ada yg makan nasi dagang...azim kata tak berapa sedap...


aku makan meehon dan telur goreng. Thanks to AJK makanan kami Zahrah sebab belanja kami breakfast pagi tu...




Lepas dah kenyang, opis travel agent pun dah buka masa ni. Boat kami ke Perhentian dijangka pada jam 8.30 pagi. So, kami kena ke opis terlebih dahulu untuk melangsaikan baki pembayaran untuk trip ini. Sebelum ini kami sudah pun membuat pembayaran sebanyak 50% deposit.


Kami mengambil package perhentian Island ini melalui Perhentian Sunny Travel yang berpejabat di jetty ini juga. Aku dapat tau pasal agent ini melalui adikku yang pernah mengambil travel agent ini. Package kami 3 hari 2 malam termasuk makan, chalet, boat dan snorkeling 2 kali ialah RM330. Overall kami berpuashati dengan package ini. Cuma ada 1-2 perkara perlu diperbaiki. Nanti aku citer.




pejabat Perhentian Sunny Travel...betul2 di depan jetty


kami dah bersedia untuk menaiki boat....


wahhh...dah nampak laut dan boat


sebelum tu kami kena bayar RM5 seorang untuk ticket Marine Park


rombongan cik kiah seramai 8 orang dah bersiap sedia dengan beg untuk menaiki boat.....


seronoknya tengok minah ni...maklumlah angan-angan menjadi realiti..ahaksss


boat yang kami naiki ini just nice untuk kami semua....plus ada tambahan 3 orang luar


yeeahaaaa....seronok sangat masa ini...




Perjalanan menaiki boat ke Perhentian Island mengambil masa 3o minit sahaja. Ketika ini cuaca agak mendung seperti nak hujan tetapi tak hujan pun. Laut pulak agak bergelora. Perrrghhhhh abang boat ni main langgar ajer ombak...melambung-lambung kami dibuatnya. Serammmmmm pulak aku. Bak kata aku....kalau sesapa yg mengandung memang terus terberanak kat situ gak. Ganas betul abang boat ni. Dulu masa aku gi Sipadan...mcm ni gak keadaan laut tetapi dia pandai mengawal boat agar kami tak melambung tinggi. Tapi yang ini.......menakutkan dia bawak.


Menurut kata Kak Ana taukeh agent tu....on the same day masa kami pi tu belah tengaharinya...lagi tinggi ombak sehinggakan semua orang dalam boat basah kuyup. Masa kami hari tu...taklah basah pun cuma kena tempias sikit-sikit ajer. Lebih kurang jam 9 pagi kami dah sampai di Perhentian Besar. Alhamdulillah syukur.





partner aku Nani yang sangat best dan happening. My old friend masa zaman sekolah dulu and till now kami still keep in touch walaupun pernah terpisah sekejap dulu zaman universiti


kami dah sampai ....boar parking di depan Arwana Perhentian Resort...kena jalan sikit nak sampai chalet yang kami stay





sekian dulu catatan perjalanan kami di hari pertama. Next entry aku sambung lagi.......banyak lagi nak kena wat entry ni. Pelan-pelan aku kayuh. :0







6 comments:

@xiM said...

lorrrrrrrrrrrrrrrr potong stim betulll..motip nak buat entri pendek pendekkkkk..baru nak menghayati entri tetiber dah abes.hahahaaa..

anyway thanks to semua!!Geng Pee Ai best!!!love u all!!

cepat sambung entri lagik!!hehehee

zila@akulovetravel said...

nak lagi nak lagi...pasni saya plak nak gi..hehehe

Leez M. Saaid said...

axim-

ahkak tak larat nak wat panjang2 ler. Sikit2 cukup ler tu...hehehe. Sajer nak bikin gempak

miss geng Pee Ai lahhhh

Leez M. Saaid said...

Zila -

best tempat ni. I nak war entry pun pening coz byk sgt gambar.

Unknown said...

Seronok baca blog kamu.. :) Byk info yg telah di share.. Saya nak tanya, awk guna tour agent mana yer utk pakej ke pulau perhentian nie? Terima Kasih.

Unknown said...

Nak tnye.stesen bas dekat besut tu mmg dekat ngan jeti ke? T