Ads

June 2, 2011

Day 1 : Singapore Trip - Cousin's Wedding @ Singapore


Tak habis-habis berjalan aku ni. Tapi kali ni berjalan atas satu tujuan iaitu menghadiri majlis perkahwinan cousin aku di Singapore. Mama ku org sana...maka sedara-mara kami memang ramai ler kat sana. Sehari sebelum tu kami dah sampai JB terlebih dahulu dan stay one nite di rumah cousin gak (belah arwah papa) kat Mutiara Rini.


Dan malam tu sempat dating dengan my syg kat JB. Hmmm....sedihlah nak citer. Dia sempat bawak aku jalan-jalan ke Nusajaya. First time aku turun JB jumpa dia. Before this dia ajer yg turun KL. Dia juga tunjukkan aku kat mana umah dia...hmmmm dekat yg amat dgn umah cousin aku tu. Sayang juga dia kat aku kann... tapi entahlah kenapa tetiba dia berubah sejak aku balik London. Malam tu lah hari terakhir aku jumpa dia. Perpisahan ini adalah atas permintaan aku dan aku dah plan sblm dtg JB lagi. Kalau aku citer detail apa terjadi malam tu....sebijik mcm drama pun ada. Aku balik umah cousin dalam keadaan bengkak mata. Lepas dia hantar aku....kat luar rumah cousin, aku menangis2 tanpa henti. Takpalah biarlah ia menjadi kenangan dalam hidup aku. True love never dies....i want u to know babe!!!



Malam tu aku hanya tidur 2 jam sahaja.....otak banyak berfikir. Pagi-pagi aku dah bangun untuk bersiap ke Singapore. Sebelum tu singgah umah cousin sarapan Lontong dan Mee Rebus Johor.....perrghhhh sedapnya Kak Zizah masak. Kenyang gilosss aku. Lupa plak nak snap gambar makanan. So, bila sampai Singapore kat umah pengantin.....ya ampun makanan punyalah banyak bangett. Perut ku masih kekenyangan lagi.

Ada pelbagai jenis makanan....nasi beriani, lontong, mee, bubur, rojak, laksa, kek dan pelbagai jenis dessert. Uisshhhh tak termakan kami dibuatnya. Dah mcm style hotel...memang kelasssss uolsss. Nak dekat pukul 3 petang barulah aku menjamah nasi beriani. Before that aku jamah makanan yg ringan2 dulu. Tema warna majlis perkahwinan ini ialah purple....cantik sangat decorationnya. Aku rasa mcm berada di dalam banquet hall...padahal kat bawak kolong flat ajer. Style flat kat sana kan mesti ada bawah kolong.




lauk pauk untuk nasi beriani ajer aku rasa ada 8 jenis laukk...yg paling best udangnya besar2 giler..perghhh

ni pulak vege food for those guest yg tak makan daging


my cousin Wawa...cantikkann...nampak seri pengantin dengan pakaian jawa


sambil makan ...sambil borak...masa ni my bro baru balik frm Turkey....so kami rancak berborak pasal trip dia tu


dua orang anak jantan mama ku dan seorang cucu jantan...hehehe


family ku....sorang lagi tak ikut....dan sorang lagi entah mana pi masa kami bergambar ni


sedara mara yg datangnya all the way from KL........


pengantin dan adik-beradiknya.....my cousins


ni semua anak sedara mama ku frm Singapore.....yg juga my cousins


anak buah ku Rayyan yg takut dgn orang....susah sgt nak bergambar dgn dia...cayang Rayyan


Selamat Pengantin Baru to Wawa and hubby....semoga bahagia menjalani kehidupan berumahtangga.




Next entry- malam tu kami ramai-ramai pi makan Sup Tulang Merah terbaikkkk di Singapore.......tungguuuuuuuu





2 comments:

@xiM said...

mana entri murtabak???hehehee

Leez M. Saaid said...

axim -

ooohhh entry murtabak arab street tu???.....tu trip yg lain tungguuuuuuu