Lama sangat aku menghilangkan diri dari dunia blog. Maaf sekali lagi teman-temanku. Kenapa aku menghilangkan diri? Biarlah rahsia….hehehe. Ala-ala datuk Siti plak kannn. Actually mood aku nak update blog hilang serta-merta . Mental aku sudah block and I felt so tired nowadays. Macam-macam benda aku nak fikir dan untuk aku mencurahkan idea di dalam blog ini pun rasanya sangat tidak kesampaian.
Ok back to my travelling journal to London-Edinburgh. Aku bertolak dari rumah di awal pagi dengan menaiki bas sahaja dari KL Central. Seorang diri membawa 2 large luggage dan 1 small luggage. Beg yg satu lagi sarat tu adalah kepunyaan temanku di London. Sebab kita menumpang rumah orang kan…so kenalah berbudi bahasa membawakan barangan kiriman family dia ke sana. Walaupun bengang nak bawak beg banyak2 ni…alasannya aku keseorangan nak pikul semua ni dik non oi.
Flight aku pagi tu jam 9.30 pagi. Sampai LCCT (naik kapalterbang murah ajer ke London…hehehe)…aku terus check-in and sangat terkejut aku kena jugak excess baggage sebanyak 3 kg. Do you know how much per kg? RM40 per kg dikenakan kepada penumpang yg kena excess baggage….tu pun kalau flight anda ke London. Ke destinasi luar negara yg lain…murah skit rasanya. Mahal nak mampusss…sib baik aku bawak ringgit cash byk sikit. Pejam mata bayar RM120…hampeh betul. Tu pun 30kg aku dah awal bayar online sebanyak RM150 tauuuuu!!!!. Ok lupakan benda tu…nak cerita panjang lebar buatkan aku bengang tak sudah. Benda dah berlalu…biarkan ia.
Bosan yang amat duduk dalam kapal terbang selama 13 jam ni. Flight penuh dan yg paling penuh ialah mat salleh dari Aussie (dorang transit di LCCT). Kali ni seat sgt sempit and berbeza dgn seat masa aku pi dulu….besar dan selesa. Kali ni muat2 punggung aku yg bulat ni jerk…memang tak selesa. Seats masa aku gi Melbourne pun mcm ni gak.
Kat sebelah aku young Chinese lady…aku borak sikit2 ajer dgn dia. Most of my time aku layan membutoooo ajer. Tapikan…bukan dapat lelap sgt pun. Sebabnya ada budak kecil 2 tahun anak cina mana ntah…. boleh plak memekak terjerit-jerit. Tangan mcm ringan ajer nak bagi penampau. Mak dia boleh wat dekkkk ajer anak dia memekak. Ishhhhh……pening kepala aku. Apa nak buat…pekakkan telingan ajerlah. Memang aku mengantuk sgt tp still tak boleh tidur.
Sampai Stansted Airport di London lebih kurang jam 3.30 petang dengan cuaca ketika itu ialah 9C. Perjalanan Alhamdulillah selamat sampai ikut waktu yg ditetapkan. Cuma yg lecehnya punyalah beratur panjang masa kat kaunter imigresen…orang ramai. Kat aiport ni memang takda masalah….dorang tanya pun tak banyak sangat. Yang penting kita standby flight itinerary and tunjukkan pada pegawai imigresen bila dia mintak.
Disebabkan aku pernah dtg London 2 tahun lepas….dia tanya aku datang kali ini untuk apa. Hmmm…pandai2 ler anda kelentong yea hadik-hadik. Aku bgtau dulu aku dtg London sebab nak pi sekali Europe tour . Kali ni aku focus UK sahaja dan nak jalan-jalan London lagi. Pastu kenyit mata sikit kat pegawai tu…hehehehe. Dengan senyuman machonya…dia terus bg balik passport aku and say….enjoy your holiday in UK. Fuhhhhhh…lega mak tau!!!!!!
Kesian kawan aku kena tunggu dekat sejam. Kepala aku pun dah ting tong dan badan pun penat sangat. Kami meneruskan perjalanan ke Northampton. It took about 1 and half hours to reach the place. Sampai ajer aku terus mandi, basahkan rambut dan makan meehon yg kawan aku masak. Pukul 7 malam member aku ajak pi Marrisons shopping barang dapur. Sorry dear….aku dah tak larat sgt dan kepala sakit berdenyut-denyut menahan ngantuk. Aku pikir nak tidur ajer waktu ni. Malam tu aku tidur lama jugak. Pukul 4 pagi mata aku dah terkebil-kebil….hehehe.
Itulah coretan serba-sedikit perjalanan aku ke London pada hari pertama. Next entry aku sambung lagi yeakkk.
8 comments:
rindu nak dengar cite leez terutama kat UK....akhirnya....
miss you dear!!
lama betul nak tunggu N3 Leez ni kan kak kasih. Ternanti - nanti
welcome home leez. akak nak dgr citer pasal UK lagi.. keep on blogging!!..
best.. saya pun ada pasang impian nak kesana suatu ahri nanti inshallah.
kak hanim -
miss u too akak...sy nak baca blog akak pun tak sempat...sorry kak.
ni pun paksa diri utk update..hehehe
Kak Yan -
hehehe sorry kak.
sy busy laltely ni and kepala still ting tong skit.
ekynn -
ok i dah ada semangat skit nak berblogging ni. Harap maintain lepas ni
Sepul -
Insya Allah boleh sepul.
Yeaaa Malaysia Boleh....!!!
Post a Comment