Ads

December 3, 2009

Day 3 : Europe Tour ( Oops Hostel, Paris)



Early morning jam 3.30 pagi waktu London kami bertolak dari Northampton ke London iaitu St. Pancras International Station untuk ke Paris. Dari Northampton kami menaiki taxi sewa dengan bayaran GBP75 dan perjalanan mengambil masa sejam.

Kami menaiki Eurostar train ke Paris dan berhenti di Station Gare du Nord, Paris. Kami sudah booking train ini sejak beberapa bulan lepas lagi dan harganya ialah GBP35 seorang untuk satu perjalanan sahaja. Harganya akan berubah-ubah mengikut waktu kita booking. Lagi lambat booking, maka harganya akan bertambah mahal.

Train ini bertolak pada jam 5.25 pagi iaitu kami ambil train yang paling awal. Perjalanan mengambil masa 2jam 20 minit. Laju gitu...perjalanan merentasi bawah laut. Untuk ke Paris, kami terpaksa melalui imigresen sekali lagi. Luggage akan di skrin sekali lagi dan passport akan dicop. Alhamdulillah tiada sebarang rintangan dan masalah. Kami melepasi imigresen dengan selamat.

Masa di train kami tak breakfast lagi. Kami bawa bekalan roti dan milo panas sebagai mengalas perut. Perjalanan 2 jam 2o minit itu, aku mengambil kesempatan untuk melelapkan mata. Kasihan kat M...dia mengantuk sangat. Dia pun terlelap tapi tidak beberapa lena.



bersama Siti di Station St. Pancras International, London
keadaan di dalam Eurostar train..
aku bergambar di dalam cafe (Eurostar)

masa ni dah sampai Paris....di samping Eurostar train

ketika ini aku di Station Gare de Nord, Paris...agak busy station ini



Alhamdulillah kami dah sampai bumi Paris. Sejuknya masa ini. Cuaca ketika ini ialah 10 degree. Aku dan M terus mencari kaunter ticket untuk membeli Metro/RER/Train ticket untuk 2 hari iaitu hari kami sampai (Zone 1 & 2) dan untuk hari esok (Zone 1 to 5). Harga untuk 2 hari ticket : EUR5.90 dan EUR13.20 iaitu EUR19.10.

Kalau you all yang baru pertama kali sampai Paris, sure akan pening. Sebab anda akan pening dengan bahasa mereka yang sukar untuk difahami. Udah ler tak ada langsung English signboard. Nak tanya kat orang sana, nanti dibalas dengan bahasa depa balik. So, buat-buat paham ajelah padahal satu haram pun tak paham. Memang pening.

Satu lagi kalau tengok map untuk Metro/RER/Train dorang tersangatlah complicated. Bersimpang siur sana sini. Aku memang sah tak paham. Nasib baik M pandai baca map dorang. Kami yang baru sampai from KL ni memang mengharapkan 100% pada M untuk bawa kami ke sana ke sini. Actually M pun belum pernah sampai sini. Tapi dia memang terror bab baca map ni. Actually not much different dengan underground map di London.


korang pening tak tengok train map ini?...



Kami meneruskan perjalanan dengan menaiki Metro ke hostel penginapan kami. Booking hostel pun dari internet. Kami kena berhenti di station Place d'Italie. Dari station tersebut berjalan kaki selama 15 minit ke hostel kami. Tapi kalau pakai langkah Mat Salleh... 5 minit dah sampai. Kena tanya orang gak kat mana lokasi hostel kami. Satu bagus tentang orang Paris ni, dorang tak lokek kalau kita tanya soalan. Kalau boleh dorang akan tunjukkan sampai kita dapat jumpa. That was good about them. Tak paham bahasa dorang pun buat-buat faham lah.

Kami stay kat Oops Hostel. Satu malam untuk seorang ialah EUR32.5 (RM165.50). Waduhhh...mahal gitu. Itu harga hostel okay bukan hotel. Kalaulah hotel...just imagine berapa pulak harganya. Fuhhh....memang kos kat Paris ini tersangatlah mahal. Pulak tu kami amat tidak berpuashati dengan keadaan bilik kami berempat yang sangat sempit. Satu bilik disediakan 2 katil double decker. Nak letak luggage kami yang besar tu muat-maut aje. Lokasi oklah betul-betul di bandar. Cuma kami agak ralat dengan keadaan bilik yang sangat sempit untuk kami berempat. Terus terang aku tak recommend korang stay di sini.

Yang bagus pasal hostel ni pulak ialah boleh menggunakan wifi percuma. Ada disediakan komputer di bawah dan juga percuma digunakan. Yang peliknya hostel ini penuh dengan tourist. Susah gak nak dapatkan turn gunakan komputer. Itupun aku guna sekejap aje. Penat sangat tak larat nak mengadap komputer lama-lama. Kami stay di hostel Paris ini selama 2 malam sahaja.

posing di area hostel..

aku di depan jalan besar depan hostel

di depan Opps! Hostel


depan pintu hostel

lobby hostel


aku bengang dengan kaunter staff belah malam...layan macam hampeh...yg jaga belah siang ok pulak...hmmm

lokasi dan address hostel yang aku nginap....



3 comments:

gmah said...

kak leez,boleh tolong explain x pasal train ticket kat paris ni.. insyaallah akan pergi ke sana tak lame lg thanx. =)

Leez said...

gmah -

nak explain camana yeak? tak paham soalan.
rasanya i dah explain kat dalam blog ni....
or else...kalau nak tanya apa2...send to my email syarliz@hotmail.com

h.a.n said...

rindu nak pergi paris lagi