Ads

June 15, 2011

Part 3 - Jb-Singapore Tour : Murtabak Spore & Sup Tulang Merah


Ketika ini jam hampir menunjukkan ke pukul 7 malam. Perut kami sudah berbunyi-bunyi meminta makanan hehehe. Pada mulanya nak makan murtabak Singapore dulu tetapi memandangkan kami sudah berada berhampiran dengan Beach Road....so kami tuju ke gerai sup tulang merah dahulu. Ingat tak pada entry yang lepas masa aku gi Singapore....aku ada ceritakan tentang sup tulang merah ini. Lihat link ini. And again aku makan lagi di sini. Memang teringat-ingat walaupun dah sebulan berlalu. Apalah nak jadi aku ni ahaksss :p ~~~~

So, tak payahlah aku citer lagi apa istimewanya sup tulang merah ini kay. Pada yang tak makan kambing...memanglah tak minat makanan ini. Tapi korang memang rugi....hehehe. Kami makan di tempat yang sama juga iaitu di gerai Deen Tiga Rasa. Rasanya gerai ni jer yang paling sedap....gerai lain aku tak pernah cuba. Mamak tu kata...kalau anda stay kat mana-mana hotel dia boleh sediakan delivery service. Dia ada bagi business card tetapi aku dah bagi kat adik aku yg sedang bercuti ketika ini di Kota Singa. Bawa anak-anak ke USS. Hawker Food ini terletak berhadapan dengan bus stand Beach Road....senang nak cari kalau ada GPS.



nampak tak pintu gerbang ni Beach Road Garden......betul-betul di depan hawker food tu.


gerai Deen Tiga Rasa ni di korner tepi sekali....

anda terliur tak???? aku tengok jer pun dah meleleh ayaq liuq huhuhuh


tengok tu sampai gigi pun colour merah. Jangan kata gigi...habis tangan kiri kanan semuanya warna merah ahakssss....buruksss kan. Kalau nak dating control cun...nak mkn ni tak sesuai hehehe. Malam tu aku tapau bawak balik KL...syaratnya kena simpan dalam freezer.




Perut sudah kekenyangan...kami meneruskan destinasi seterusnya. Ingatkan nak singgah di Orchard Road tetapi ketika ini dah malam macam tak sempat ajer. So, kami plan ke Mustafar Centre yang terletak di Syed Alwi Road. Destinasi wajib aku kalau sampai Singapore.


Kenapa aku suka ke sini? Sebab ia bukak 24 jam....tak payah nak pikir balik cepat. Satu lagi....barangan di sini sangat murah hokay. Ini juga tempat aku membeli perfume dengan harga yg sangat murah. Ada yg tanya aku....ori ke perfume di sini? Jawapan aku...memang original hokay...anada jangan risau apa-apa. Cuma yang tak selesa tempat ini sempit dan padat dengan manusia. Nak bawak budak kecil memang sangat azab. Hari tu masa gi dengan family...sib baik anak buah aku tak hilang kat sini.

Di sini aku tak beli apa-apa pun. Cuma beli manggo juice ajer. Sajer jer nak jalan-jalan membuang masa di sini hehe. Satu lagi lupa nak bgtau...kt sini juga memang sangat azab nak mencari parking. Jangan tersilap parking....kalau kena saman ....mampuih nak bayar dalam Sing Dollar.




Selepas berhempas pulas melawan arus di Mustafar Centre...kami pun beredar. Destinasi seterusnya ialah ke Arab Street. Cuba teka apa yg isitimewanya di sini? Yeehaaaa Murtabak Singapore in the house. Asik murtabak ajer aku ni kan. Yelah aku dah lama teringin nak makan di sini...akhirnya tercapai juga. Kami singgah makan di Restoran Zam Zam yang terkenal dengan Murtabak Singaporenya.


Di kawasan Arab Street ini memang banyak kedai Arab. Pub Arab pun banyak dan sangat happening. Kedai jualan barangan Arab dan makanan Arab pun banyak. Ramai gak orang Arab di sini kan. Di hadapan Restoran Zam Zam ni ialah Masjid Sultan.


Orang memang ramai di restoran ini. Memandangkan kami masih kekenyangan...so kami order satu keping murtabak sahaja untuk 3 orang makan. Lupa pulak berapa harganya. Oklah sedap tetapi apabila aku melihat cara mamak tu tebar murtabak ni....nampak lagi best yang kat Geylang Serai masa aku makan dulu tu. Sebabnya...yang kat sini dia masak roti canai terlebih dahulu dan lapiskan dengan roti canai yang baru. Then baru letak telur, daging dan bawang. Kalau kat Geylang...dia akan canai roti tu berlapis-lapis masa tu juga. Rasa kedua-duanya lebih kurang sama.




restoran zam zam yg terkenal dgn murtabak singapore


selain murtabak ada juga menu-menu lain


murtabak singapore in the house


cuba tengok....roti canai yg dah masak di letakkan ke atas roti canai yg baru....then letak telur dan daging.


mamak ni masak sampai nak hangus jadinya


alhamdulillah dgn rezeki Allah...habisss!!



Then, malam tu jugak lebih kurang jam 11 kami pun beredar dari situ. Masa ni duk fikir nak balik ikut Causeway Link atau Tuas Second Link. Pikir punya pikir kami decided balik ikut Tuas Second Link. Syukur pada Allah perjalanan kami selamat dan tak jammed pun di imigresen ini. Sampai di Kulai lebih kurang jam 12 lebih tengah malam. Badan penat, perut kenyang dan mata pun mengantuk. Kebabooommmmmmmm.....terus tidur.






9 comments:

Aspen said...

Dulu waktu Aspen ke Singapore, kenapa rasa cam susahhh sgt nak carik makanan halal....aduh...rupanya ada Mustafar Centre...

@xiM said...

sedap jugak Murtaak kat Zam zam tu kan..aritu saya pergi ambik yang spesel punya.penat nak habiskan sebab teball..

Leez M. Saaid said...

aspen -

banyaklah makanan halal kat sana. Cuba gi Geylang serai mmg melambak2. Siap ada sijil halal singapore...
so...u kena repeat lagi ni..hehehe

Leez M. Saaid said...

azim -

haah mmg besar murtabak tu. tapi kat sini tak sedaplah...dan susah nak cari. akak suka murtabak spore..hehe

kasihredha said...

nak martabak tuh...huhu

kasihredha said...

tak tidur akak malam ni, mencatat tempat2 menarik dan tempat makan di singapore...esok pagi2 berangkat InsyaAllah...thankkkssss banget info nya leez :)

Unknown said...

Saya nk pegi singapore, cari makanan halal SG, jumpe kat sini pulak..bagus la entry ni hehehe

Khali said...

Senang yenk cari makanan halal kt sana? Tp hotel murah xde sgt kn? Puas cari dlm internet tp hampa. Sana makanan dia mahal x? Public transport dia ok? Any tips for me? :)

Khali said...

Saya pun nk pegi jugak bln depan, byk gak info yg dpt kt blog u. Mmg senang ek nk dpt mkanan halal kt spore? Harga dia mcmana pula? Public transport dia ok? Update lah lg pasal singapore!