Ads

Showing posts with label hospital. Show all posts
Showing posts with label hospital. Show all posts

August 28, 2013

Aktiviti Bulan Ramadhan @KL


Bersua kembali.
Entry kali ni aku nak share dengan pembaca aktiviti aku sepanjang bulan Ramadhan yang lepas. Walaupun ia sudah pun berlalu dan basi orang kata.....tak kisahlah tetap nak share kat sini. Nak tunjuk kat anak cucu nanti apa nenek dia buat masa muda-muda dulu...ahaksss. Actually tak banyak aktiviti aku sepanjang bulan puasa lepas...sebabnya ahkak tak sihat lah. Masa dihabiskan di dalam rumah ajer....sambil menahan kesakitan. Nak buka puasa kat luar pun tak boleh sebab tak boleh nak makan. 

Sebelum aku operation tonsil ...sempatlah jugak berbuka puasa dengan family semua...i mean semua my brothers join berbuka. Meriah dengan anak sedara yg dah bertambah 6 orang. Bising...gamat,...bingit...tapi tetap terhibur. Anak sedara lelaki ada 5 dan pompuan ada sorang...just imagine bila semua dah berkumpul. I love them so much. 

 tak ingat masa ni ramadhan ke berapa...tapi kira awal ramadhan. Kami berbuka di rumah ramai2....masa ni aku belum masuk spital lagi. Lepas berbuka...dok amik pic depa....punyalah susah. Hasilnya...tengoklah sendiri....semua muka tak siap hahaha. Masa ni mama masak nasi beriyani kalau tak silap aku.

 Seminggu Ramadhan aku masuk Hospital Pantai Cheras untuk menjalani tonsil operation. Sakit dah lama tapi degil tak nak operate. Akhirnya kena paksa dengan doktor dan orang itieww. Nekad walaupun hati rasa berat sebab tak pernah menjalanai operation seumur hidupku. Takut sangat tapi ada orang tu banyak memberi semangat padaku. Dia kata....dia akan jaga aku sampai baik. Fuhhh alhamdulillah. 

 Akhirnya aku selamat jalani operation dan stay di spital 4 hari....fuhhh azab sangat. Sib baik ada yg temankan...hehehe. Balik umah...doctor bagi mc 2 weeks....duk umahlah teman yea. Menerima kunjungan teman2....terima kasih byk2. Ada yg bagi air pati haruan dan set supplement shaklee. Terima kasih banyak2 teman2 ku tersayang...hanya Allah membalas jasa baik dan budimu itu. 

 dalam masa 2 weeks mc....3 kali jumpa doctor utk rawatan susulan. Doctor kata aku dah recover 90%...alhamdulillah syukur padaMu Allah. So.....dah boleh makan berat sikit. Sebelum ni makan bubur dan sup sayur bayam ajer....tu pun susah nak telan...azab sgt hokay. Lama-kelamaan bertambah baik dan boleh makan nasi. Doktor kata jangan tak makan...wajib makan utk elakkan infection pada luka. Untuk meraikan aku dah sembuh....ada orang ajak pi berbuka di luar. Tu diaaa.....tomyam gitiewww. Sedap terangkat dan rasa puas makan setelah berdiet selama 2 weeks. Thanks a lot belanja saya makan dna berbuka.

 tu diaa... sakan makan. Lauk 3 macam ajer tapi rasa susah nak habiskan untuk 2 orang makan. Tapi puashati sebab mmg sangat sedap....di Black Canyon AU2 Setiawangsa.

 Esoknya ada orang tu ajak lagi berbuka di luar...katanya nak makan nasi padang tersedap di KL. Aku ni jarang makan nasi padang di KL. Hari tu ada terperasan sebuah restoran nasi padang baru buka di Ampang Point. Why not we try kat situ. Gamble jer pergi tanpa reservation. Sib baik tinggal lagi satu meja tapi sedihnya banyak lauk dah habis. Ni ajer lauk yg kami pilih.....memang sangat sedap terangkat. Kami makan di Sari Ratu Nasi Padang...total RM60 bersama lauk di atas dan es teller.

 Selang 2-3 hari.....kami berbuka di luar jugak. Lepas habis shopping tak sempat berbuka di rumah. Dia ajak berbuka buffet di restoran. Harganya RM15 seorang....boleh tahan sedap makanannya. Tu diaaaa....tengoklah makanan kami. Mcm2 lauk ada......habis licin kami berdua makan hahahaha....dahsyat tul.

 Beberapa hari nak beraya...aku berbuka puasa dengan teman-teman blogger di William Danau Kota. Ramai jugak....ada 8 orang semuanya. Kalau nak makan nasi goreng ketam yg tersedap di dunia....di sinilah tempatnya. Nyumm nyummm sedap. Big portion....boleh share 2 orang makan.

 aku tambah lagi seketul ayam pandan....fuhhh mmg sedap jugak. Kami berbuka minum air di rumah dulu dan solat maghrib...barulah jumpa di kedai makan ini. Borak punya borak...makan punya makan....lebih krg pukul 12 lebih baru balik umah hahaha. Sakan berbual sebab dah lama tak jumpa. Thanks teman2 meluangkan masa bersama. Maaf pic takda.

 Tiga hari sebelum raya pulak...aku berbuka dengan my brother Izam n family dia. Dia join sekali. Kami berbuka di Hotel Inter Continental. Fuhhh makanan mengacam dan sedap belaka. Kenyang perut....lepas solat maghrib sambung lagi makan....lebih kurang jam 10 malam barulah kami beredar. Thanks my bro belanja kami berbuka di sini.

 sementara menunggu berbuka...dok melayan anak buah yg pelbagai ragam.

tengoklah ni....bergurau senda di mana sahaja. Love both of you. 


Ok...sekian sahaja aktiviti aku berbuka di bulan Ramadhan yang lepas. Nanti next entry aku citer pasal raya plak yea. Aktiviti shopping tak masuk tu.....tak payahlah sebab takda gambar pun. Tahun ni aku sakan bershopping di Jln TAR....malam esok nak raya aku masih di sana beli sampin, carpet dan tudung.....next entry aku masukkan pic...tungguuuuuuuuuuu


p/s - lagi 2 hari jer...lalalalalala


August 25, 2010

When I was In Hospital .....





Aku memaksa diri aku untuk upload pic-pic semasa di hospital. Masih malas actually tetapi kesian pulak kat my beloved readers yang tertunggu updates dari blog ini. Ku korbankan segalanya....hehehe.

Gambar di atas ialah di hari pertama aku di Pantai Cheras Medical Centre di mana malam tu jugak aku dimasukkan ke hospital. Tangan ku belah kiri kena drip untuk masukkan air dalam badan. Adoii...sakitnya masa doktor ni buat. Esoknya jam 5 pagi nurse datang inject 2 jenis antibiotik melalu drip ini. Aduhaiiiiiiiii..... sakit giler. Tangan ku dah mula membengkak. Boleh pulak staff nurse tu kata...sakit sikit jer. Aku pulak menahan sakit bagai nak giler.

Then petangnya staff nurse yang lain datang merawatku...sorang India lady...baik sangat. Aku lupalah nak tengok nama dia. Dia kata.....kesiannya tangan ku dah bengkak. Sapa yg buat tanya dia. Aku kata medical officer malam tadi dan sorang staff nurse main cucuk jer kat tangan aku...sakit giler weii. Nurse tu kata dia nak cucuk baru kat tangan kanan plak....sebab kesian tengok tangan kiri aku membengkak. Sekali bila dia bukak drip tu....rupanya jarum membengkok...alahai doktor. Patutlah sakit masa nak cucuk antibiotik tu.


ini kat tangan kanan pulak....staff nurse cucuk kat tempat baru plak...barulah okay skit..


ini lunch pertama aku...aku boleh pilih menu untuk breakfast, lunch, tea time and dinner. Aku memang tak lalu nak makan. Amik bubur ajer. Pun tak lalu. Seminggu duk hospital berat badan turun sampai 5 kg. Tak percaya??? Hehehe..



ini pulak....keadaaan dalam bilikku. Dah 5 hari duk hospital...barulah aku start tengok tv. Sebelum ni aku tak on tv pun...sebab sakit takda mood nak tgk tv. Aku baring ajer.




Gambar di atas menunjukkan aku mendapat bantuan oksigen kerana masalah dengan paru-paru ku. Buruksnya muka orang sakit...hehehehe. Rambut tak terurus dan muka weak giler. Sampaikan doctor menegur ku....muka sangat weak dan tidak bermaya. Terus dia suruh aku buat x-ray untuk check condition ku. Rupanya aku kena jangkitan paru-paru. Aduhaii...sedihnya. But doctor really care about me. Thanks doc!!!!

Dalam pada sakit tu...aku masih sempat snapping gambar. Sajer nak tunjuk pada ibuku...bahawa aku tengah sakit ketika ini. Masa aku sakit ni, tetiba adikku call tanya tentang condition ku. Terkejut dia bila dia mendengar suara aku yg tenggelam timbul menahan sakit sesak nafas. Masa tu memang dah ingat mati ajer. Aku siap pesan kat adikku...kalau aku sesak nafas lagi tolong bawa ibu ku datang hospital. Aku nak minta maaf kat ibuku....mana tau umur ku tak panjang nanti. Adikku tegur ku jangan pikir bukan-bukan. Alhamdulillah terima kasih Ya Allah aku masih boleh bernafas lagi.



air dan antibiotik bersilih ganti masuk ke dalam tubuhku.....aduhhhh ubattt!!!!
ini pulak alat bantuan oksigen.....aku sentiasa meletakkan saluran oksigen ini ke hidung ku. If not.... aku memang sukar untuk bernafas..dan susah untuk melelapkan mata.


ini suasana dalam bilikku...isolated room. Bilikku sentiasa tertutup dan hanya doctor dan staff nurse dibenarkan masuk. Boring betul. Just imagine 7 hari dalam hospital dalam berkeadaaan begini. Pelawat tidak dibenarkan datang...takut jangkitan.

March 9, 2010

Prince Court Medical Centre


Pertama kali aku menjejak kan kaki ke sini. Terpegun seketika sebab aku merasakan seperti di hotel mewah yang berbintang-bintang. Medical Centre yang paling mahal. mewah dan canggih di Malaysia ni. Aku ke sini untuk menziarahi adik iparku, Azam yang melahirkan bayi yg ke 2 di sini. Sambil tu aku snapping mana yang sempat. Gambar tak berapa canggih sebab waktu ni malam sehhh...dorang dah tutup lampu kat bahagian lobby. So, gambar agak gelaplah sikit.

Kat sini kalau nak order makanan kat cafe untuk di bawa ke bilik...perrrghhhh mahal gitu. Nasi goreng ajer dekat RM30 sepinggan. Ishhh.....sanggup aku kuar cari makanan kat tempat lain. Kalau nak parking pun mahal tau. Aku datang ada ler sejam mcm tu...hmmm RM5 aku kena. Tapi korang tak perlu risau pasal parking sebab banyak kat sini...cuma sediakan duit ajer utk membayarnya. Huhuhuhu....

Tiap kali nak masuk lift atau bilik wad...kena guna sanitizer. Tak payah picit...just hulur tangan ajer...terus kuar semburan sanitizer tu. Setiap pintu bilik pesakit diletakkan sanitizer di luar. Aku sampai masa ni dah malam...senyap sunyi. Katanya siang agak sibuk gak kat lobby tu tapi tidak lah sesibuk medical centre yang lain.



dalam bilik wad bersalin

ni pun kat bilik..

toilet.....

ni pintu nak masuk bilik...nampak tak sanitizer kat tengah tu...





ni kat lobby...

permandangan di luar...nampak KLCC di malam hari..