Hari terajhir kami di Kuching. Bangun pagi-pagi lagi aku dah keluar dari hotel untuk mencari breakfast. Kali ni aku pi dengan mamaku sahaja. Yang lain masih tidur lagi hehehe. Kami pi makan kat Coffee O Corner tempat yang aku gi makan MeeKolok hari tu. Actually aku teringin nak makan Laksa Sarawak. Tempat lain aku tak berani nak mencuba sebab takut tak sedap. Kat restoran ini dah tentu memang sedap.
Yezzaaaa memang sedap. Aku dah jatuh cinta dengan Laksa Sarawak uolsss. Rasa mcm nak tambah satu lagi pinggan...sabar ehhh sebab lunch hour nanti ada orang nak belanja makan....mana nak letak perut hehehe. Masa ni mamaku makan rojak. Pun sedap rojaknya uolss. Memang rugi sesapa yang tak merasa makanan di restoran ini. Ketika kami di sini banyak makanan yang dah habis coz orang ramai sangat.
rojak yg sedap itiew.....
Balik semula hotel untuk berkemas dan siap sedia untk ke airport. Flight kami balik ke KL ialah jam 3 petang. Sebelum ke airport kami nak lunch dulu di Pizza Hutt sebab ada orang nak belanja makan. Thanks kepada N.... boss besar Pizza Hutt Kuching kerana sudi belanja me and my family. Total makanan kami pada hari tu ialah RM98.00. Sangat kekenyangan sehinggakan lebihan pizza tu kami bawak balik ajorr.
Masa ni lunch hour dan jalanraya agak macet dan menggelabah jugak kami masa tu. Pulak tu aku terlupa nak call tuan penyewa kereta ini untuk serahkan kereta di airport serta menyerahkan wang untuk 3 hari tu. Dah nak sampai kat airport barulah aku call. Terpaksalah adik aku bawak semua brg2 untuk check-in sementara aku tunggu di luar menunggu tuan penyewa kereta ini. Nasib baik just nice on time. Aku punya perangai tak suka dalam keadaan kelam kabut. Aku suka gi aiport awal dan dalam keadaan tenang. Jika kelam kabut aku akan cepat panik dan tak tentu arah hehehe.
my favourite food - Spaghetti Carbonara di Pizza Hutt
alhamdulillah kami tak tunggu lama....sampai ajer waiting room...terus naik atas pesawat
tersenyum girang sebab dapat hot seat...ngeh3
budak kecik ini pada mulanya mcm seronok ajer ketawa berdekah2...pastu? apa dah jadi???
dah start menangis dan mengamuk sebab dah time nak tidurrrrrr......sepanjang dalam flight dia ketiduran ajer...hehehe.
Sekian sahaja trip aku di bumi kenyalang. Oklah cukup dah 2 kali aku ke Kuching. If nak pergi lagi next time....tunggu dululah. Mungkin bertahun2 lagi kot. Frankly speaking aku lagi enjoy trip ke KK.....entahlah agaknya sebab aku suka laut kot. Satu yg aku suka trip ini ialah aku dapat merasa segala mcm makanan Sarawak...walaupun ada yg tak boleh nak masuk ke dalam tekak aku. Anyway....aku tetap puas dan enjoy.
Next entry - trip aku ke Singapore pulaksss....tungguuuuuuuuuuu.
4 comments:
waaaaa Kopi O corner.. tmpat favorite ni..ala, rugi xpgi taman sahabat kat BDC..near the airport..boleh bagi ikan makan, amek2 gmbar sume.hu3
bestnya melihat makanan2 itu...
qilah -
ye ke? kat mana tu?
lagipun akak rushing sgt masa last day tu.....sayangkann...
kak hanim -
yea kak...sy ni kalau gi jalan mana2.....mesti nak mencuba segala jenis makanan...
Post a Comment