Rasanya few years back aku ada buat entry pasal ni. Tetapi kali ini aku buat sekali lagi...sempena mengenang nostalgia melancong zaman muda-muda dulu...ahaks. It was in 2000....11 years ago tauuu!!! And this trip also bermulanya bagaimana aku berjinak-jinak dalam dunia travelling. Actually first overseas trip was Singapore....tapi kita tolak tepi sebab itu dah kira kampung mamaku. Dah beratus kali aku jejak....so tak boleh pakailah. Kita citer trip yang boleh pakai ehhh...
First trip ever with the whole family was Padang/Bukit Tinggi, Indonesia. Trip ini fully sponsored by my beloved dad. Jangan tak tau my dad and mum pun kaki travelling tau. Bapak borek anak rintik kata pepatah Melayu. So far tempat yang my dad dah jejak ialah Padang/Bukit Tinggi, Medan, Jakarta, Surabaya, Jogjakarta, Phuket, Bangkok, Hadyai, Beijing and Mekah/Madinah.
Then, my second overseas trip was Beijing, China. Masa ni gi dengan my close friend, Sha. Kami gi ikut tour agent pada tahun 2000. Lupa dah how much the package. Naik China Southern Airline and singgah di Hong Kong sekejap about one hour. Then landed kat Guangzhou. Tunggu lagi 6 hours for next flight.....naik domestic flight plak and sampai terus ke Beijing. Perjalanan yg sangat memenatkan. Kami berada di sini selama 6 hari. Destinasi yang kami pergi selain daripada Beijing ialah Tian Jin...about one hour journey from Beijing.
Peristiwa pahit di Beijing ialah ketika aku kehilangan duit Yuan (lebih kurang RM700) ketika sibuk membeli belah di kedai kain China silk. Tak perasan duit dalam envelope tercicir. Syukur ada hamba Allah yang baik hati juga rakyat Malaysia dari travel agent lain di Alor Setar telah menjumpai duit aku. Dia sanggup tanya tourist guide dari agent lain kalau2 ada ahli rombongan yang kehilangan duit. Alhamdulillah aku dapat kembali duit tersebut. Fuhhh....mcm-mcm dugaan. Cukuplah sekali ajer jejak Beijing...kalau gi lagi pun sama ajer tempatnya. Next time aku plan nak jejak Guangzhou pulak. Katanya kat sana tepat shopping gila babas punya..hehehe. Oklah jom tengok gambar-gambar aku kat Beijing.
masa ni bulan 5...panas gak tapi still berangin
pasu lukisan kesenian cina....menjadi barangan cenderahati daripada kerajaan China kepada pemimpin luarnegara yang datang ke sini
bersama ahli-ahli rombongan cik kiah....
kotaraya Beijing pada tahun 2000
basikal menjadi pengangkutan utama di sana
Sekarang nak cerita tentang Bangkok Trip pada tahun 2001. Gambar di atas ketika aku berada diatas sampan floating market. Masa ini aku bercuti dengan my parents and my close friend, Sha. Percutian ini sangat mencabar minda dan mental aku. Sebabnya...kami menaiki bas dari KL hingga ke Bangkok. Ikut rombongan cik kiah juga sebanyak 5 bas. Boleh imagine bagaimana cabaran yang kami hadapi?? Disebalik cabaran itu...ada juga manisnya.
Ok yang ini ialah trip ke Padang/Bukit Tinggi bersama the whole family pada tahun 2000. Kami menaiki Pelangi Air....takda AA lagi masa ni. Masa ni mana ada digital camera. Pakai camera filem. Punyalah bergambar sampai 3 filem....akhirnya yang jadi ialah 1 filem sahaja. Lagi 2 filem hancusss tak jadi. Sedihhh beb !!
1 comment:
satu yang kami perasan, dalam semua gambar tuh..xde satu pon gambar 'pis' ngan senyuman lebar akak..hehe.. =D
agak2, biler start gaya 'pis' ngan senyuman lebar tu ek??
Post a Comment