Ads
October 1, 2015
Hari Kedua Aidiladha di Temerloh
December 1, 2011
Part 2 - Jalan-jalan ke Temerloh : Pekan Sehari Temerloh
Bersambung lagi cerita tentang Temerloh. Malam sebelum tu aku memang tidur awal sebab mengantuk sangat dan keletihan. So, jam 10 malam aku dah ngorokkk. Pagi bangun after solat suboh terus bersiap nak pergi Pasar Pekan Sehari yang dibuka setiap hari ahad di pekan Temerloh ini. Segala benda nak cari...semuanya ada di sini.
Nak cari ikan? sayur? baju? kasut? kueh mueh? ayam? ....apa sahaja...semuanya ada. Dulu aku pernah pergi sekali masa zaman my bro berkahwin dulu. Sempat lah singgah sini kejap pagi tu. And this time kami datang sekali lagi ke sini. Ikutkan hati nak jalan dari depan sampai ke belakang. Tapi memandangkan mama ku tak larat nak jalan...half way ajer kami dah pusing balik hehe. Besar gila tempat ni...ia terletak di persisiran jalan dari bulatan kecil depan masjid tu hinggalah sepanjang jalan persisiran sungai pahang tu.
Masa di pekan sehari ini....kami ada lah beli sikit beberapa barang seperti ikan patin, sayur kampung, kerepek kampung, daging kerbau dan makanan-makanan lain. Breakfast makan nasi kerabu....cili padi fuhhhh pedas gilossss. Then balik bilik di Rest House tu untuk berehat dan lepak sekejap.
November 30, 2011
Part 1 : Jalan-jalan @ Temerloh - Majlis Kahwin
Kali ni nak cerita pasal jalan-jalan kami sekeluarga ke Temerloh sambil mengisi undangan ke majlis perkahwinan sedara. Sebelum kami bertolak ke Temerloh...singgah dulu di Ampang untuk satu lagi majlis kahwin yang diadakan di sebuah dewan. Nice place coz dewan ini baru ajer dibina. Lokasinya betul-betul di sebelah rumah my bro yg baru dibeli tu....di dewan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS)....cantik dewan ni.
Kami sampai pukul 11 pagi dan sempat lagi makan nasi sekejap di sana. Rasanya kami adalah tetamu yg pertama sekali sampai...huhuhuhu. Alhamdulillah dah kenyang...bolehlah memulakan perjalanan kami ke Temerloh. Lebih kurang pukul 11.45 pagi kami pun bertolak.
Perjalanan melalui Karak Highway pada mulanya smooth ajer. Bila sampai ajer kat terowong sebelum ke R&R Genting Sempah...tetiba jalan dah start jammed. Panjang woohhh....lebih kurang setengah jam jugak kami caught in traffic jam. Rupanya ada lori simen terbabas tepi longkang besar. Tapi masalahnya tak ganggu pun lalu lintas. Habis tu...semua duk peratikan lori tu....maka tak pasal2 jalan jadi jammed...gilosss. Sakit jer hati masa tu.......padahal bukan aku yg drive...ahaksss!!!
Then, kami semua bergerak untuk melihat panorama Sg Pahang di Esplanade Temerloh. Huhuuuu.....air sungai sangat keroh weiii.... musim hujan kan. Sib baik masa ni tak hujan pun...tetapi masa kami berada di rumah pengantin tu....hujan selebat-lebatnya.













