Ads

Showing posts with label borak. Show all posts
Showing posts with label borak. Show all posts

October 18, 2014

10 Randoms Facts About Me When I am Travelling


Salam semua.
Nak share dengan pembaca semua 10 perkara yang berkaitan dengan aku semasa travel. Banyak tu 10 perkara hehehe....puas jugak aku berpikir apa benda nak tulis. Tak sapa yang tag aku....tapi aku nak juga buat hehe. Best pulak bila tengok kawan2 blogger travel ni tulis berkenaan diri mereka. So, aku nak gak share mengenai diri aku sendiri. Kenapa yang dah lama mengikuti blog ini mesti dah dapat notice apa benda yang aku suka dan tidak suka ketika travel. Jom kita tengok...

1. Travel Partner
Perkara pertama yang aku perlu buat sebelum decide nak pergi ke sesuatu negera ialah aku pastikan dah jumpa siapa travel partner aku atau siapa yang nak ikut aku travel. Ni citer sebelum kahwin yea. Sekarang bila dah kahwin aku tak pening dah nak cari travel partner...suami sendiri ada cukuplah hehehe. Dulu aku dont mind.....kalau pergi travel berdua pun dah okay...more than enough. Actually the best number of travel buddy is four only...just nice. Kalau lagi ramai...lagi pening dan lagi macam2 kerenah. Kalau yang banyak sangat songeh dan tidak boleh bertolak ansur....forget it. Nak jadi traveller ni kena jadi hati kering dan tak mudah sentap. Kalau cepat sgt nak sentap.....aku boh layan. Yelah kita ni nak berjalan dengan dia bukan sehari dua....mungkin lebih dari seminggu. Asik nak layan sentap dia ajer....sorrylah sekali ajer jadi travel partner aku. Sepanjang aku travel bertahun2 di pelbagai jenis negara ni...dah bermacam jenis manusia aku jumpa...i mean sebagai my travel buddy. Kalau korang tengok aku berjalan dengan orang yg sama ajer....tu makannya aku boleh get along dengan orang tu. Tapikan....bila berjalan dengan suami sendiri lagi best sebenarnya. Aku boleh bergaya vogue dengan sling bag tanpa bawa apa2 beg lain sebabnya semua semuanya laki sendiri yang tukang bawa hehehe. Camera bagak tu pun laki sendiri yang tukang bawa ke hulu hilir. Aku just posing cantik ajer hahahaha. Alhamdulillah suamiku amat memahami perangai isterinya ni.


 kenangan di Ho Chi Minh

 kenangan menaiki train ke Hadyai dan Krabi

rombongan cik kiah ke Sydney dan New Zealand



2. Itinerary
Selepas dah jumpa siapa travel partner, then barulah aku decide nak pergi mana. Ataupun lepas dah decide nak pergi mana, then baru cari travel partner. Mana2 pun boleh. Then, kami akan buka kalendar untuk menetapkan tarikh travel. Masing2 akan buat homework mencari flight mana yg memberi tawaran tambang harga murah. Selalunya kami naik AA utk save budget. Kalau naik MAS selalunya perjalanan yang jauh. Masing2 akan booking flight ticket sendiri setelah decide tarikh yang akan pergi.

Hotel kami akan booking kemudian sama ada melalui pencarian di Booking,com atau Agoda.com atau expedia.com.my. Yang mana paling murah...kami akan booking awal. Kalau gi Europe selalunya kami akan booking directly dengan hotel berkenaan.

Kemudian barulah kami memulakan tugasan membuat itinerary sepanjang berada di negara berkenaan. Selalunya aku yg akan jadi ketua rombongan cik kiah. Aku akan tetapkan mana2 tempat nak pergi. Camana aku dapatkan info?
1) Melalui pembacaan di blog travel kawan2
2) melihat pada itinerary travel agent
3) tanya kawan2 yang dah pernah pergi ke negara tersebut
4) tengok gambar kawan2 yang pernah pergi
5) search info tourism dari website berkenaan negara tersebut
6) Cari info di Forum Cari

Setelah siap...aku akan print dan forward itinerary tu pada kawan2 travel yg akan join trip ini. Then aku print dan simpan dalam my sling bag sebagai reference. Aku memang bukan jenis yang tulis nota setiap kali travel. Aku selalunya akan mengingati setiap fakta sesuatu tempat melalui gambar yang aku snap. Tak pun aku google di internet. Itulah cara aku menulis blog untuk ingat sesuatu tempat. Aku rujuk pada itinerary sesuatu tempat dan rujuk pada gambar yg disnap. Selalunya sebelum travel...aku dah study pada tempat tu.

Setakat ini aku pergi travel memang free and easy pergi sendiri. Buat itinerary sendiri dan redah sendiri. Tapi ikut travel agent pula baru 2-3 kali jugak...masa aku gi Beijing, Turkey dan Padang. 


kenangan ikut tour agent bercuti ke Turkey

semasa kami memilih hotel di NZ


semasa kami melihat harga flight ticket ke NZ


3. Benda Wajib Bawa
Dibawah ini ialah senarai benda yang aku wajib bawa setiap kali travel.
1) Selipar jepun - utk mudah gi toilet dan ambil air sembahyang
2) Spek Hitam
3) 2 pasang kasut  (jika ke negara sejuk)
4) 7 pasang stokin (jika ke negara sejuk)
5) Kompas solat, telekung & sejadah kecil
6) Toiletiries sendiri - tak suka guna hotel punya
7) Ubat-ubatan - antibiotik, ponstan, ubat batuk, panadol
8) 4 jenis bag (bagasi besar, kecil (hand carry), xtra beg lipat dan sling bag)
9) Serkup kepala (jika ke negara sejuk)
10) Glove (Jika ke negara sejuk)


 masa ni tengah pilih glove utk dibawa ke Korea

barang2 yang aku bawa ke NZ....segala benda ada dalam bagasi tu



4. Pakaian
Ini ialah perkara paling penting aku titik beratkan setiap kali travel. Aku ni jenis pelik berbanding traveller lain. Ada traveller jenis tak kisah pasal pakaian. Tapi aku ni jenis sangat kisah pasal pakaian. Aku ni suka ambil gambar dan bergaya ...so berpakaian baru tu wajib bagi aku setiap kali travel. Aku tak suka repeat pakaian yang sama setiap kali travel. Kalau dah pakai pakaian tu sebelum ni....aku takkan repeat lagi. Kalau repeat pun...aku cuba mix and match dengan benda lain...so orang takkan perasan hehehe.

Orang lain beli baju bila sampai kat negara orang tapi aku pulak jenis beli baju kat negara sendiri dulu sebelum terbang. Sebelum fly...dah siap beli baju baru hehehe. Sebagai contoh kalau ke negara sejuk...aku akan cuba beli jacket yg baru at least 2 pasang sebelum fly walaupun dalam wardrobe masih ada lagi baju sejuk yg belum pakai atau dah pernah pakai. Sebab tu aku ni jenis pelik berbanding traveller lain. Satu lagi aku suka beli winter jacket di Europe...sebab kat sana banyak size aku....pulak tu sangat murah dan cantik2 belaka. Fesyen kat sana pun pelik2 dan jarang kita jumpa di negara sendiri.

pakaian aku semasa di Bali

 sempoi ajer semasa bercuti di Paris

 bergaya sakan semasa bercuti di Turkey

 pakaian sejuk semasa di Scotland...baju ni beli di London

beli winter jacket ni di KL sebelum terbang ke NZ


5. Aktiviti Dalam Flight
Kalau aku akan terbang ke negara yang jauh, aku pastikan tak tidur sebelum tu. Sebab sebaik masuk dalam flight aku akan senang terlena sebab mengantuk. Kalau aku segar bugar...jangan harap nak terlena...terkebil2 mata paksa tidur. Kalau naik AA pulak...aku akan pastikan membaca buku travel keluaran AA tu sebelum fly. Sebab aku jenis susah nak membaca ketika berada dalam flight...mudah pening. Kalau perjalanan yang singkat aku jarang sangat tidur dalam flight.....aku biasanya berborak ajer dengan teman disebelah. Sangat jarang order makanan jika naik AA...sebabnya aku pastikan perut kenyang sebelum naik flight. Sudah siap kenyangkan perut di airport atau di rumah.

menu dlm flight MAS...sedap A+++...lepas mkn sambung zzzzzz

6. Hotel
Ciri-ciri hotel yang aku akan stay setiap kali di negara orang.
1) jika ke europe country biasanya aku booking directly thru hotel
2) kalau dalam negara pulak, aku booking melalui booking.com atau agoda atau expedia.com.my. Then akan compare harga yg paling murah dan berpatutan
3) aku ni tak selesa kalau berada di tempat yg panas. So aircond dalam hotel mesti tip top. Sebab tu aku suka travel musim sejuk tak pyh susah2 pikir pasal aircond.
4) aku jenis tak kisah hotel berapa bintang tapi yang pasti mesti ada tilam yg selesa dan bilik air yang bersih dan juga twin sharing room. Kalau duduk dorm ramai2 hmmmm aku kurang selesa sebab tak sanggup nak tunggu bilik air ambik nombor. Satu lagi kalau nak suruh aku tidur  kat atas bangku station keretapi.....oh tidakkk. Mak tak sanggup nak!!!
5) Wifi tu adalah kewajipan kalau aku nak stay mana2 hotel. Ada orang tak suka nak layan internet jika sedang travel atau berada di oversea. But for me....it is a must. Itulah cara aku nak communicate dengan family di tanahair. Aku akan update status aku di FB ketika aku berada di mana2. So that my family tahu aku dah selamat sampai dan berada di mana. Maklumlah kalau selalu nak call kos tinggi.
6) Wajib ada percuma breakfast. Memudahkan aku sebelum bertolak ke mana2. Senang...perut dah kenyang hati senang berjalan pun riang. 
7) Aku ni memang kaki swimming..so setiap pool yg aku pergi wajib ada pool. Tapi kalau gi negara sejuk..idok ler mesti ada pool...pengsan mati kekerasan dalam pool nanti ahakss.

 semasa hotel di Bali

 hotel aku semasa bercuti di Surabaya Indonesia

 suka sangat dengan hotel ni....semasa di Krabi

 hotel di Paris

hotel di Bursa, Turkey




7. Makan
Ada orang bab2 makan ni tak berapa pentang ketika berjalan. Tapi bagi aku....it depands. Kalau aku gi negara seperti ke Indonesia, Thailand atau Singapore...bab makan adalah wajib. Sebabnya...inilah peluang aku nak merasa makanan negara tu. Aku akan cuba cari di internet sedaya upaya tempat2 makan yang best dan menjadi tumpuan orang. Rugi wohhh kalau tak nak mencuba makanan tempat orang. Inilah peluang yang kita kena cuba as a traveller. 

Tapi kalau aku gi negara omputih yang susah nak mencari makanan halal.....aku jenis tak kisah bab2 makan. Aku tak nak buang masa mencari kedai makanan halal kalau diketahui bahawa kedainya jauh dari tempat aku berada. Cukuplah sekadar makan roti dgn serunding atau makan biskut cicah milo atau makan coklat sahaja atau makan maggi. Makan tetap kena makan untuk menambah tenaga...maklumlah kita nak berjalan jauh memerlukan tenaga yg banyak. Selalunya at least sekali ajer makan makanan berat...selebihnya takat makan biskut atau coklat pun dah okay. 

Biasanya sebelum bergerak ke mana2...dalam beg aku dah siap ada biskut, coklat atau roti. Kalau lapar dalam perjalanan...stok makanan ringan ada dalam beg. 


 makan nasi padang di Padang Indonesia

 makan pho di Vietnam

 makan kebab di Scotland


makan octopus di Korea

 makan nasi dan ayam goreng di Korea

masak nasi lemak di NZ


8. Souvenirs dan Shopping
Kalau sesapa yang dah follow blog aku sejak dari dulu mesti tau aku ni jenis kaki shopping. Pantang ada jualan murah atau pantang nampak kedai...aku wajib singgah. Ini semua terpulang pada citarasa masing2. Ada yang tak suka membeli  dan jugak yg tak suka buang masa di kedai2. Pada aku pulak...sesuatu yg sangat rugi jika kita berada di negara orang tapi tak ambil peluang untuk ambil tahu apa yg terjual di negara tersebut. Contohnya...kalau negara tu terkenal dengan kain silk yang murah dan cantik. Macamana pun aku mesti beli at least sehelai. Nak dapat design dan harga mcm tu kat negara sendiri...memang takda lah. Satu lagi....contoh kalau beli kasut clarks di negara sendiri mahal.....tapi beli kat negara orang sangat murah...memanglah aku wajib beli. Itulah satu perangai aku....akan membanding kan dengan nilai harga di negara sendiri...jika berbaloi...memang aku akan membeli. Rugi wohhhhh!!!!!

Satu lagi souvenirs memanglah menjadi kewajipan aku jika berada di negara orang. Benda yg wajib aku beli:
1) Fridge Magnet
2) Piring hiasan
3) Snowglobe
4) Tshirt dan shotglass HRC
5) Tshirt 
6) Souvenir Replica
7) Mug or glass 

 shopping sakan di Turkey

 shopping tshirt di Sydney

 shopping kain di Vietnam

shopping beg coach di Korea

 shopping souvenir di Scotland

 shopping comforter di Korea

 shopping kain sulam di Padang/Bukit Tinggi



9. Photos
Aku ni giler bergambar. Rugi kalau tak bergambar di negara orang. Lantaklah apa orang nak cakap. Muka tak cantik ke....badan tak cantik ke....posing buruk ke. Mak tak kisah nak!! Yang penting mak happy berada di tempat tu. Nak posing tergolek ke...nak posing terbaring ke...nak posing terbang ke.....ikut suka aku lah. Yang pasti travel partner aku tu tak boring nak amik gambar aku heheheh. Sekarang ni laki sendiri jadi mangsa tukang amik gambar isterinya hahaha. Tapikan masa aku gi London hari tu.....si bini plak yg byk jadi tukang amik gambar banding si laki. Bini dah 3 kali gi London sebab tu dah boring asik posing tempat yg sama. Laki yg berposing sakan hehehe.

Selain amik gambar sendiri...aku suka amik gambar scenery. Tapi jangan lupa....aku juga suka ambik gambar makanan....hotel...katil...bilik air....dalam bas...dalam flite....segala ceruk sudut mesti nak ambik gambar. Sebabnya...gambar2 tu aku nak masuk dalam blog dan nak bagi info kat readers semua camana keadaan dan suasana di sana. Setiap kali gi travel gambar2 mesti sampai mencecah beribu2 keping sehinggakan susah nak pilih untuk dimasukkan dalam blog huhuhu. Gigih tak??? Bukan takat pakai camera bagak tu....hp camera pun aku guna untuk ambil gambar. Yang pasti gambar2 itulah menjadi kenangan aku sampai ke akhir hayat bahawa aku pernah jejak ke negara-negara tersebut. Kenangan yg sangat berharga.

Padang/Bukit tinggi

 Madinah, Saudi Arabia

 London, UK

 main salji di NZ

Korea


10. Luggage
Bila gi travel ajer....aku memang suka bergaya sakan. So sudah tentulah luggage aku sarat dengan segala mcm benda dan baju2 aku. Bukan takat baju...tudung pun aku wajib bertukar setiap hari. Aku jenis tak suka repeat pakai tudung berhari2....its not me. Same goes to seluar jeans and slack. Habis pakai sehari....i wont repeat it again for the next day. Korang dapat imagine tak camana beratnya luggage aku dengan baju2. Biasanya kalau travel selama seminggu aku akan bawa luggage yg bersaiz L dan satu lagi saiz S. Luggage saiz S aku akan masukkan dalam luggage saiz L. So pergi hanta satu bag iaitu saiz L....ada slig bag dan jangan lupa aku ada bawa juga extra beg iaitu beg lipat. Kalau aku ada beli brg2 shopping senang masukkan ajer dalam beg yg lipat tu...tak perlu beli beg lain. So bila aku balik.....aku hanya masukkan luggage size L dan xtra beg lipat tu untuk check in. Manakala luggage size S dan slig bag aku bawa masuk dalam cabin. Begitulah selama ini style aku bawa beg utk travel. Aku jenis tak suka bawa backpack...huhuhu. Bila dah kawin ni...suami lah jadi mangsa utk bawa backpack...hehehe. Banyak songeh kan minah ni.

Selalunya kalau aku shopping banyak bagai nak giler mesti akan kena excess baggage. So aku akan make sure top up lagi berat beg thru online...murahlah sikit. Pernah pengalaman pahit aku shopping bagai nak rak...kena excess baggage sampai beratus2 iaitu ketika travel ke Vietnam dan London. Fuhhhhhh...memang pengalaman pahit dalam hidup aku. Sejak peristiwa tu...dah serik nak shopping giler2.

 byk barang di London

semasa nak balik dari Korea





Itulah serba sedikit kenangan dan tips utk travel di oversea. But setiap org lain citarasa nyer..terpulang pada kesukaan masing2. Sekian

p/s: next trip..belum beli baju baru lagi..hukhuk

June 5, 2013

Jom Sembang Travel


Salam semua my beloved blog readers.
Susah betul tuan punya blog ni nak update blog ni kan. My life became so hectic with works and events. Sebenarnya tengah busy jugak ni. Stress dengan event tak habis-habis. To cool down my stress apa kata kita layan blog kejap. Jom kita borak-borak pasal travel dulu. Nak keluarkan diri dari kepompong kerja jap.

My next trip dalam masa terdekat ni...nak jalan2 ke pantai sebelum kita bermula bulan Ramadhan. Aku gi dengan rakan sepejabat meronda-ronda pantai. Di manakah?? Tunggu!! Tunggu aku balik Mesia and update the journey. Enam bulan tak travel ke mana-mana rasa seperti duduk dalam penjara. Stress giler!! Badan ni rasa mcm menggigil2 lama dah tak duduk dalam kapal terbang. Hahahah hover!!!

Then after raya bulan Sept i have another overseas trip. Jejak 2 countries sekali gusss uolss...to my dream countries. Amik cuti 2 minggu teruss!!! Memang betul2 melepaskan geram cuti lama2...hahaha. My annual leave this year tak usik lagi (33 days)...and replacement leave ada lagi 15 hari......cuba korang imagine camana aku nak habiskan. 

Bulan 12 pulak...got one more trip. Jejak 3 countries Insya Allah. Doakan semuanya berjalan dengan lancar tanpa sebarang halangan dan masalah. Ginilah kalau dah namanya traveller....by hook or by crook....mesti jugak nak gi jalan2 tiap tahun. 

Insya Allah awal tahun depan juga bermulalah frasa baru dalam diriku. Doakan yang terbaik untukku dan kehidupanku. Jumpa lagi.



p/s - Alhamdulillah syukur pada Allah dengan rezeki ini. Rahsia Allah yang kita tidak duga datang dengan tiba-tiba. 



October 1, 2012

The Past : I Miss Those Moments !!!!


Salam semua.
Boring sebab dah lama tak gi travel. Kepala dah pening sebab banyak nganga mulut makan angin kus kus hahaha.
Insya Allah coming soon ni. 

Ok entry kali ni nak borak-borak pasal benda yang aku rinduuuuuuuuuuuu nak buat. Rindu sampaikan terbawa dalam mimpi. Muahahaha...gilak. Bila sibuk dengan event....weekend memang tak menang tangan. Sama ada kena kerja atau ada hal family. Tapi nak memanjakan diri sendiri macam dah kurang. Sesekali kita kena spent time untuk diri kita sendiri. Bila badan dah penat bekerja nak gak dimanjakan. Betul tak?

Apakah itu yang aku nak kongsi dengan korang semua???


memanjakan diri naik flight hidup udara segar di negara orang.........parah betul dah minah ni hahahaha.

berenang dan snorkeling. Ya Allah lama benar dah aku tak swimming. Last masa bulan satu lepas semasa percutian di Medan. Lepas tu aku dah tak pegang air. My swimming attire pun dah lama tak terusik hehehe. Memang sangat-sangat rinduuuuuuuuuuuuu. Dapt swimming kat pool pun jadi lah.

massage badan di spa. Takda masa nak gi. Everytime nak booking ajer ...sokmo fully booked. Aku pun fed up. Aku rindu nak memanjakan badan di Bali.......sangat rinduuuuuuuuuuuuu!!!! Entah bila aku nak jejak Bali lagi ni.

Buat facial. Sepatutnya every month memang buat facial;. But now, sangat jarang-jarang. Sebabnya??? Masa takda dan kalau aku free plak....memanjang tempat tu penuh. Haisshhhhhh. Best tau sesekali muka kita di massage dan dimanjakan.

Cardio @ gym. Bayar tiap bulan  tapi dah dekat 3 bulan lebih aku tak gi. Memang sungguh sibukkkk sangat masa bulan 6 & 7 yang lepas. Lepas tu masuk bulan puasa pulak. Then....bulan raya pun sibuk. Sibuk makan hahahahah. Now, baru ada mood nak pergi. Nak startkan mood tu memang payah. Haishhhhh tak boleh jadi ni.

Shopping @ overseas. Bukan nak berlagak. Jujur cakap aku memang jarang bershopping di sini. Sebabnya.....malas dan mahal!!! Aku jarang gi KLCC, MidValley, Pavillion atau mana2 ajer. Kalau ada sale pun ...kalau rajin aku pergi lah. Tapi.....aku suka shopping di mana-mana negara yg aku pergi. Aku suka dan puas. Sebabnya....lebih murah, lebih berkualiti, brg tu takkan dapat di Malaysia dan banyak pilihan baju saiz aku.  Kat KL ni susah nak cari butik yg ada saiz aku kecuali di ISetan, Ms Read dan Flow - those butik yg aku selalu pergi . Selain drp baju...aku suka beli barang perhiasan rumah di overseas spt sarung cushion, alas meja makan, perhiasan meja dan mcm2 lagi. Kalau tak caya...cuba belek balik entry shopping aku di overseas. Kalau nak beli perfume murah di Singapore or UK (borong byk2). Kalau nak beli kain ela beli di Jakarta/bandung atau Vietnam. Gitulah ceritanya.

Rindu nak buat semua benda ni. Kalau ada kelapangan dan masa.....hendak seribu daya kan. Ok choowwwwwwww.


p/s - windu owang jauhhhhhhhhhhh



September 27, 2012

Holiday Oh Holiday


Salam semua.
Jom kita borak-borak pasa holiday plak yea.
Jiwa dan hati ini dah meronta-ronta nak naik kapal terebang gi jauh-jauh. My last holiday was Seoul Trip....bulan May lepas. Pastu tak gi mana-mana dah coz busy dengan event. Sekarang aku free sikit boleh lah merancang percutian akan datang. Bila kita merancang percutian banyak benda wajib diambil kira. Antaranya :

a) Kewangan
b) Cuti Kerja
c) Travel Buddy
d) Cuaca (Musim)

Dalam minda aku ni dah berderet-deret planning aku. Dan juga dah berderet-deret countries yang aku nak sangat jejak....masih belum kesampaian sampai sekarang huhuhu. Negara apakah itu?? Rahsia hahahaha. Alhamdulillah dengan ada nya blog ini juga aku jumpa ramai teman-teman baru yang kaki travel macam aku jugak. Ya Allah syukur sangat sebab teman-teman ini juga yang sejiwa dengan aku. Setiap hari mesti ada yang request nak jadi FB friend. Ada yang tanya pasal travel dan ada yang nak jadi my travel buddy. Terima kasih banyak-banyak atas sokongan anda semua terhadap blog ini. Aku cuba membantu apa yg termampu. Ada juga yang aku tak dapat nak jawap soalan korang tu...minta maaf banyak-banyak.

Baru-baru ini aku ada menerima message dari beberapa teman "sejiwa" ini yang nak ajak aku as travel buddy joint trip berkelana di negara orang. Sounds interesting hokay. Semuanya menarik dan semuanya mcm aku nak pergi hahahaha (tamaknya!!!). Tulah pening kepala nak pikir...mana satu nak pergi. Itu belum lagi yang aku dah plan sendiri hehehe. Aku punya style kalau nak pi travel negara yg jauh2 ni...kena plan berbulan-bulan. Sebabnya kena merancang kewangan yang paling penting. Kita ni jenis budget bukannya jenis bermewah-mewahan. Aku kena pastikan aku dah cukup duit dan ada duit lebih. Kalau takat duit seciput nak gi travel...baik aku takyah pergi. Bukan nak shopping sgt pun....yg penting dapat beli souvenir hahahaha.

Bila tengok gambar kat blog kawan-kawan yang baru balik travel..ishhh seronoknyaaaaa. Dah terbayang-bayang plak bestnya kalau aku juga berada di sana. Next trip aku merancang nak gi musim sejuklah. Rindu plak aku dengan snow ni. Kalau ikutkan memanglah sejuk weiii tetapi cantiknya permandangan bersalju ni akan kita kenang sampai bila-bila. Takat nak gi musim panas ....kat Malaysia pun panas. Permandangan pun biasa-biasa ajer nanti.

Ok jom kita tengok gambar-gambar yg aku google .....musim sejuk huhuhuhu. Bestnyaaaaaa........


tahu tak di mana ni? Snow @ Tehran. Ada seorang my blog reader ajak me joint trip ke sini. Hmmmm...let me think first. Cantik juga negara Iran ni kan.


Di manakah ni? Scandinavian Countires. Ada juga my blog reader yg ajak berkelana ke negara-negara ini tetapi......i heard Norway ni currency dia sgt tinggiiiiiiiiiiiiiiii dan mahal. Mampu kah aku? Huhuhuhu.


 Dimanakah ini? Finland - Scandinavian Country. Cantik kan!!!!! Ada biru, ada hijau dan ada putih. Mampu???


 Snow @ Kashmir, India. Wowwww....one of my dream countries. Hmmmm.......


Main ski @ New Zealand. Wowww bestnya. Cantik sangat!!!! Bilakah agaknya?


Gambar-gambar di atas sajer nak cuci-cuci mata. Walaupun belum pernah jejak tetapi tetap tersemat dalam hati aku dan juga korang semua kan. Hahaha. Suka sangat sebab ada colour putih dan biru yg mendamaikan jiwa. Ada rezeki Insya Allah semua orang boleh sampai ke sini. Jumpa lagi di lain lembaran yea.


p/s - hari-hari mimpi berada di negara orang. Uikk parah dah!!!!