Ads

Showing posts with label Redang. Show all posts
Showing posts with label Redang. Show all posts

September 27, 2010

Day 2 : Terengganu - Redang Trip : Pic @ Redang



Jom kita tengok permandangan indah di Pulau Redang.

Tempat ini sangat cantik. Lautnya kebiru-biruan dengan airnya yang jernih. Memang aku sangat suka dan mungkin akan sampai ke sini lagi. Next year lah pulak. Perhentian/Redang here i come!!!

Aku memang ada plan nak ambil diving licence. Tengok lah jika kesihatanku dah ok dan dah jumpa geng yang ramai untuk sama-sama joint aku. Sesapa yang ada cadangan nak joint aku ber 'diving'....jomlah. Contact me please!! Plan nak gi tahun depan bulan 3...early bird!! Still have time nak kumpul duit. Package untuk 4 hari termasuk accomodation dalam RM1K++. Kalau ada geng ramai sikit...barulah happening.






masa ni dalam perjalanan naik bot ke Redang Lagoon...perhentian kedua kami untuk snorkeling.


pulau kecil di tengah laut

cantiknya tengok laut-laut ini....amazing!!!



kalau honeymoon .... aku nak naik boat macm ni...bestnya!!!!!



perhentian kami di Redang Lagoon. Kami tak check-in pun kat sini. Menumpang jap letak bag kat sini...pastu bersnorkeling semula.





pantai ini sangat cantik!!!



lepas snorkeling...kami sempat tidur jap di dalam buaian ini....so nyaman!!. Terlelap jugak kami di sini. Tenang sangat fikiran.




kami membersihkan badan dan mandi di dalam kawasan ini. Ada dive center... package untuk diving di sini.



-seterusnya.... gambar-gambar kami berjalan-jalan di K.Terengganu lagi. Esoknya dah nak balik-





September 23, 2010

Day 2 : Terengganu - Redang Trip : Snorkeling @ Redang


Here we are... Redang Island !!!
Alhamdulillah kami telah sampai ke pulau yang aku idam-idamkan ini. Dah lama sebenarnya aku nak ke sini tapi asik tak menjadi ajer. Akhirnya sampai jua. Terima kasih kawan-kawan yang sudi memeriahkan lagi percutian ini. Percutian yang sangat best walaupun kami di pulau ini hanya sehari ajer.

Apabila kami sampai di pulau ini, kami bersiap-siap dengan pakaian mandi, life jacket dan snorkeling gear. Nasib baik Qistina ada bawa underwater camera . So, bersakan lah kami mengambil gambar di bawah laut tu. Sampai tak sedar diri dibuatnya apabila melihat betapa banyaknya ikan-ikan di dalam laut tu. Ikan-ikan yang sangat cantik dan berwarna-warni.


Redang!!! here we are...

destinasi pertama kami di Taman Laut Malaysia...tepi jeti tu


gambar ini diambil oleh brother yang bawa boat kami tu.


sakan gitu...but the best lah!!!





ikan menghurungi kami apabila aku keluarkan roti yang berintikan sambal. Ingatkan nak makan sendiri...akhirnya bagi ikan makan. Siannn ada sambal plak tu...mesti ikan tu rasa pedaskan..ahakss!!!!


posing tetap acara wajib...ahaks!!!


tak habis-habis posing.....bak kata burn asik muka aku jer dalam camera tu..hahahaha


gambar yg diambil dalam air.....peace!!!




tengoklah betapa banyakkan ikan dalam laut ini.. i like!!!!!


kak yong begitu sakan bergambar..


qis and burn.....





Gambar-gambar di atas tadi di ambil ketika kami bersnorkeling dalam laut belah kanan jeti ini. Selam punya selam tak sedar rupanya kami dah jauh banget dari pantai. Memang tak sedar langsung. Masa ni dah penat sangat. So, kami melepak kejap tepi pantai. Pas ni nak sambung laut yang belah kiri jeti. Mesti belah sana banyak ikan sebab agak ramai orang bersnorkeling belah sana.

Memang betullah...bila kami masuk ajer dalam air...perrhhhhhh lagi banyak ikan disini dan coral di sini juga cantik-cantik belaka. Tapi terus terang aku cakap...coral di Pulau Sipadan lagi superb. Penuh dengan berwarna-warni coral di sana. Kat sini mcm banyak coral yang dah mati. But still cantik jugak lah.

Lepas 2 jam kami berada di Taman Laut Malaysia...kami bergerak semula menaiki boat ke Redang Lagoon pulak untuk bersnorkeling lagi. Kat sini pun best...airnya sangat jernih dan coral pun cantik. Puashatilahh!!!!!



apabila penyu menangis.....


kami pulak yang ketawa....


coral yg terdapat di Pulau Redang.


masa ni kami dapat banyak roti dari orang-orang kat sana...superb giler tgk ikan-ikan ni



aku sajer pegang roti...habis tangan aku kena gigit....sakit gak!!!


Insya Allah panjang umur dan sihat kesihatan aku...aku nak amik PADI licence lah...tgh cari geng ni...


Pulau Redang....best!!!!


nampak tak coral tu mcm muka baby...



sekian gambar-gambar dalam laut. Ada banyak lagi sebenarnya tapi yang ni aku pilih-pilih ajer mana yg menariks. Next entry gambar-gambar di sekeliling Pulau Redang plak...memang cantik banget!!!!!





Day 2 : Terengganu - Redang Trip : Boat ke Pulau Redang



Sambung lagi entry semasa aku bercuti ke Pulau Redang...seminggu sebelum puasa yang lepas dan beberapa hari sebelum aku masuk hospital. Bila ingat-ingat balik dan tengok gambar-gambar ni....betapa riangnya aku ketika itu. And now, betapa tersiksanya aku bila dah kena sakit. Itu semua dugaan. Ramai kata aku terkena jangkitan demam tu semasa bercuti ke sini. Entahlah tak tau...wallahualam...hanya Allah yang mengetahui.

Nak sambung entry ni punyalah bercinta apabila melihat gambar-gambar yang terlalu banyak. Satu persatu nak kena edit dan bahagikan mengikut entry. Aduhhh....kena ingat balik saat-saat indah di sini. Itulah satu kelemahan aku mudah terlupa. Sebab itu aku tak suka simpan cerita pasal percutian berbulan-bulan. Kalau boleh cepat-cepat aku nak habiskan update. Tapi apa nak buat....keadaan dah sakit ketika itu dan sibuk dengan persiapan raya serta bercuti raya lagi. Dont have enough time maaa !!!!

Wokay back to percutiaan ini.
Gambar kat atas tu..ialah jetti Merang yang terletak hanya 20 minit dari rumah penginapan kami. Dekat ajer. Pagi tu kami dah terlalu excited dan tak sabar-sabar nak berendam sambil tengok ikan di dalam laut.

Konon nak keluar awal pagi....tapi...hehehe. Lambat jugak kami bergerak...maklumlah dah ramai-ramai tu. Masa ni tak breakfast lagi dan masa ni lah juga kami baru nak cari boat. Actually kami plan balik hari ajer dan tidak tidur sana pun. So, its not easy actually nak dapatkan boat. Orang sana kerek giler. Susah tul nak dapatkan discount walaupun dah minta tawar banyak kali. Depa kata....kami tak untung banyak pun...kalau taknak ...kami boleh serahkan balik duit. Amboihhhh....berlagak !!! Hmmm... We have no choice...grab ajer.

Then, kami breakfast dulu....mak kepada kak rose belanja kami makan kat tepi gerai area tu jugak. Alhamdulillah ...terima kasih!!. Kami juga ada bawak bekalan seperti roti, air mineral dan makanan sikit. Kat sana susah skit nak cari makan sebab kebanyakannya di khaskan untuk pelancong2 yang menginap di sana. Kami yg balik hari ni...susah lah sikit.



posing dulu kat Jeti Merang. Banyak bas pelancong keluar masuk ke kawasan ini pada pagi tu. Agak sibuk gak.


mari-mari kita beli FM dulu.....


ni kat jeti...yg sana tu boat mewah....nanti honeymoon bolehlah naik boat tu..ahaks!!


anak-anak cik kiah ni dah tak sabar nak naik boat....


ada jugak nak enterframe tu....ishh..ishh


tu dia...ketua rombongan cik kiah...ahkak baju hitam tu...ampun kak !!!




beginilah masa kami nak naik boat.....

yeeehaaaaaa...... Redang...I'm coming!!!


Tengok tu...bukan main lagi ibu dan anak tu bergelak ketawa. Entah apa yg lucu sangat tu??? Di atas boat kami berenam sahaja. Memang chartered satu boat. Lupalah lah berapa dorang charge. So jumlahnya dibahagikan kepada 6 orang. Seorang lebih kurang tak sampai RM100 termasuk sewa snorkeling gear dan life jacket. Sib baik aku dah bawak siap snorkeling gear dari rumah. So, kurang sikit bayarannya. Jangan lupa yea...ada bayaran RM5 seroang utk polis peronda laut. Aku tak paham...pesal plak kena charge??? Hmmmm.....

Perjalanan mengambil masa 45 minit untuk sampai ke Pulau Redang. Permandangan laut cantik sangat. Laut kebiru-biruan dan cuaca masa tu amat cantik sekali. Memang rezeki kami lah. Masa dihabiskan dengan berposing ajer...hehehe. Alhamdulillah kami tak pening pun dan takda yang mabuk laut. Everything okay...


from left : qis, aku dan kak yong

aksi gedikss....

pastu ketawa...gitulahhh!!!


aliya plak tukar tempat....sakann!!!




amboihhh...ibu dan anak ni...


che burn tu dari tadi duk pandang depan...sebab tak sabar nak terjun katanya


burn and qis.....peacee!!






entah pulau apa ni...aku pun tak tau.....cantiks!!!


sempat lagi berposing di sebalik pulau comel itu


tengoklah che burn tu...dah tak sabar-sabar. Nampak tak pulau kat depan tu....yeahhhh dah sampai. Masa ni kami bersiap2 dengan pakaian mandi dan life jacket dan snorkeling gear.


- akan di sambung lagi next entry...tungguuuuuuuuuuuuu!!!!! -