Ads

Showing posts with label HRC. Show all posts
Showing posts with label HRC. Show all posts

September 3, 2015

Day 3 - Raya @ Johor Bahru & Singapore


Salam semua.
Sambung lagi hari terakhir kami di bumi Singapore. Itinerary kami hari ini ialah jalan-jalan sampai pengsan. My brother dah bgtau kat aku...dia akan extend another few hours untuk bilik dia. So, petang pukul 6.00 barulah kami boleh check-out dan balik. Maknanya bilik aku dan bilik our mothers check-out awal sampai tengahari. Then only boleh lepak kat bilik my bro. Oklah tu boleh lah kami berjalan lama sikit.

Awal pagi lagi aku dah ajak kedua-dua bonda bersiap untuk ke Pasar Geylang Serai. Jalan kaki dekat ajer...hanya berhadapan dengan hotel kami. Maaf takda gambar yang boleh ditunjukkan di sini sebab tangan kami penuh kiri dan kanan dengan beg plastik. Tengok mcm shopping sakan kan. Takda maknanya. Sebab yang menjadikan tangan kami penuh ialah kami byk membeli buah dan roti perancis. Ibu mertua sempat beli kain sarung batik Jawa di sini...boleh tahan gak harganya. Currency kita dah mahal...memang susahlah nak berbelanja di sini.

Jam 11.00 pagi kami dah balik semula ke hotel. Berehat sebentar di bilik dan bersiap untuk check-out. Simpan beg dalam kereta. Then kami laki bini, ibu mertua dan my bro sefamily bergerak ke bus stand depan hotel untuk naik bas ke Orchard Road. My mum dan anak buah 2 orang tak ikut....mereka bertiga just stay dalam bilik my bro. 

Perjalanan ke Orchard Road tidaklah jauh sangat sebenarnya. Tapi sebab bas banyak kali berhenti turunkan penumpang...tu yang nampak mcm lambatnya nak sampai. Masa dalam perjalanan tu aku dah nampak Orchard Road dan aku signal my bro adakah kita kena stop kat sini. Tapi my bro bgtau nanti bas ni pusing...kita stop belah sana. Ok fine....aku ikut jer.

Tapi makin lama makin kedepan...aikkkkk. Dah tak nampak Orchard Road. Then my bro tanya driver bus. Rupanya memang kami dah terlepas bus stand yang paling hampir dgn Takasyimaya. Kami turun di tempat yg bukan sepatutnya. Sesat hokayyyy...tapi taklah jauh sangat actually. Masih dalam lingkungan Orchard Road tapi agak jauh dari Takasyimaya. The only way kami kena naik cab juga. So kami split into 2 groups...iaitu naik 2 cabs. Harga yg dikenakan ke Takasyimaya ialah SD5.50 (RM15). Sebaik sampai kami berpecah dua lagi sekali. Sebabnya my bro nak cari kasut dan aku plak nak cari HRC Singapore. Silapnya....patutnya aku naik cab tu terus ke HRC....tapi aku tak terpikir masa tu.

Apalagi....menapak kami ke HRC....jauh jugak. Sian kat ibu mertua terpaksa berjalan jauh mengikut anak menantu turun naik tangga dan melintas jalan. Akhirnya sampai jugak. Dari hujung ke hujung.



lautan manusia di Orchard Road


banyak betul butik2 jenama mewah di sini.....kalau ada satu di sini...kat hujung sana pun ada jenama yg sama.





kebetulan masa kami berada di Singapore lagi seminggu mereka akan celebrate 50 years merdeka.


one fine day i will make sure to have at least satu handbag gucci...Insya Allah.

ke sana ke sini bawa ibu mertua jalan2 melihat Singapore. First time dia ke sini.


Fuhhh....berpeluh nak sampai sini. Dulu pernah sekali sampai sini...aku dah lupa celah mana HRC ni. Puas tanya orang....sampai jugak akhirnya.


koleksi kami bertambah. Nak mengumpul point satu dunia.



Punyalah lama kami berjalan untuk sampai ke HRC. Bila tengok jam..alamak dah dekat pukul 4 petang. My bro dah call tanya kami di mana. Dia dah on the way balik ke hotel. Selesai urusan pembayaran semua, aku tanya En Bos kita ni nak balik naik bas atau MRT atau cab. Akhirnya kami pilih naik bas juga. Nampak bus stand depan sikit dari HRC ni...selamba lintas jalan. Aku tanya org sana camana nak ke Geylang Serai. Ooooo nombor 7 bas yg sama seperti kami pergi tadi. Dalam penjalanan ke Geylang aku memang cam sangat kami ikut jalan yang sama. Oooo lega sangat.

Bila dah sampai Geylang aku nampak hotel penginapan kami.  Tapi bukan laluan jalan yang sama masa pergi sebab jalan sehala. Tapi En Bos kata kita jangan turun sini...nanti bas tu pusing ikut jalan yang kita datang tadi. Ok...aku menurut perintah. Semakin lama semakin jauh kami dari Geylang. Tak pulak bas tu pusing ke kanan. Tapi terus dan terus.....sehingga 15 minit dah berlalui. Aku muka dah cuak dan detik hati kata memang kami dah sesat ni. Aku bising kat En Bos...pergilah tanya driver bas tu. Dia plak boleh buat muka selamba...ishhh geram betul aku. Memang sah kami dah terlepas...sepatutnya kami turun di laluan yg aku bgtau tadi...cuma kena jalan sedikit utk ke hotel. Bas tu plak memang takkan pusing ke kanan...dia akan terus dan terus. Ahhhh...masa ni aku dah tension. Kami turun di tempat yang sangat sunyi tanpa sesapa di sekeliling. Kami terpaksa melintas jalan yg banyak lane untuk ke bus stand seberang sana. Kesian kat ibu mertua...mengikut jer mana anak menantu ni bergerak. Aku dah tengok jam...hadoi lagi sejam jer nak check-out. Sempat ke kami sampai hotel ni. Tunggu punya tunggu....setengah jam kemudian baru nampak bas. Fuhhhh.....dugaan betul

Akhirnya kami sampai hotel 15 minit sebelum jam 6.00 petang. Kelam kabut naik bilik my bro untuk solat jamak. Perut dah lapar sangat tak makan lagi ni.Lepas kami dah check-out barulah aku makan di bawah hotel. Aku order nasi ayam penyet sebelum kami balik ke KL. Niat hati nak makan sup tulang merah tapi tak sempat...kedai tu kena jalan jauh sikit. Oklah makan mana yang ada. Rupanya sebelum tu my bro dah belikan sup tulang merah untuk bawa balik KL. Alhamdulillah.

Lebih kurang jam 6.30 petang kami gerak balik ke KL. Di pertengahan jalan jam 8.00 malam lebih kurang tetiba dapat panggilan phone dari Uncle Aziz. Ingat tak...uncle ni yang rumahnya berhadapan dengan Pulai Spring Resort. Dia ada pesan...balik KL nanti singgah JB dia nak ajak makan. Masa dia call tu...dia tanya kami ada di mana. Huihuhuhu kami keletihan dah...nampaknya takda rezeki nak makan sama2 dia. Next time yea uncle.

Alhamdulilah selesai cerita raya kami di JB dan Singapore. Murah rezeki kami di sana. Cerita sesat pun ada...ada yg pahit dan manis. 



sup tulang merah yang kami beli di Singapore. 


Next entry aku nak citer pasal open house yang diadakan di rumah kami. Tungguuuuuuuuu.....


p/s - cepatlah...tak sabar nak fly.






July 10, 2015

Day 2 : Hubby's Birthday Trip to Melaka


Salam Ramadhan.
Sekejap jer masa berlalu...minggu depan dah nak raya. Tapi aku masih sibuk dgn cookies yang belum disiapkan. Fuhhh....masa begitu pendek bagiku utk siapkan semua. Pulak tu ada juga yg last minute baru nak order. Aduhai minta maaf byk2 lah. Bukan taknak amik...tapi aku yg tak tau boleh buat ke tak. Susah nak layan kalau last minute baru nak order. Kalau yg nak order coconut cookies masih ada lagi....sbb stock mmg banyak. Lepas raya nak order pun boleh. Tapi cookies lain...minta maaf byk2.


terjamin rasanya sedap dan rangup



Ok nak sambung cerita pasal birthday En Bos. Esok paginya kami bersedia untuk breakfast di bawah hotel. Jujur cakap..memang sedap makanan di sini. Sebelum ni aku ada baca review kat Agoda....yes ramai kata sedap. Walaupun tak byk choice mcm 5 start hotel....but then more than enough. Balik bilik kami melepak lagi...malas nak keluar. Memang betul2 fully used bilik kami ni...tak rugi bayar hahaha.

Jam 12 tengahari kami bergerak balik. Nak singgah bandar Melaka jap untuk beli ole-ole Melaka. Kami singgah di area Padang Pahlawan...kat sana byk jual mcm2 ole2. Lupa plak apa nama tempat ni. Kat sini juga ada kedai makan yang menjual pelbagai jenis makanan istimewa negeri Melaka. Tapi kami tak singgah makan pun sebab masih kekenyangan masa breakfast tadi.








 singgah beli belacan Melaka. I likeee....sbb sedap berbanding belacan lain.








 ole-ole belacan dan gula melaka utk bagi my mum dan ibu mertua.


Lepas membeli kami terus balik. Rasanya mcm tak sesuai nak keluar highway PLUS ikut Ayer Keroh. Sure jem teruk sbb hari ni ialah cuti Hari Buroh. Katanya kat highway jem teruk. So kami decided untuk lalu jalan kampung melalui Klebang dan terus ke Alor Gajah....maknanya exit Alor Gajah.
Jalan memang smooth giler dan tak jem langsung. Sempat singgah beli air coconut shake yg terletak di area jalan kampung...sedap giler.

Then baru kami sampai di bandar Alor Gajah. Masa ni perut terasa lapar. Jomlah kita makan cucur udang di Food Court Alor Gajah yg dikatakan sedap tu. Org punya ramai uolsss.
Tapi rasanya biasa2 ajer...ada lagi tempt yang sedap. Lepas makan...mata mengantuk plak. Then kami proceed ke Highway Plus melalui Alor Gajah. 

Sebaik sampai di highway.........fuhhhhhhhhh jem macam cuti nak balik kampung raya. Tapi belah kami yang menghala ke KL okay ajer tak jem. Tapi menghala ke selatan.....melekat uolssss. Aku hanya mampu melambai ratu kat kereta2 sebelah hehehe.



cucur udang alor gajah yg katanya sedap....hmmm...rasanya aku buat lagi sedap kottt.


lambaian ratu kat lane sebelah...hahaha


Alhamdulillah akhirnya kami selamat sampai KL. Eventhough only short trip...tapi aku rasa puas dapat meraikan birthday En Bos. Hope you like it.

Okay entry ini stop seketika untuk memberi laluan kepada cuti Raya. Nanti lepas raya aku sambung lagi InsyaAllah. 
Kepada yg balik kg utk berhari raya tu...berhati2 memandu dan ingat yg tersayang.
InsyaAllah aku akan beraya di KL dulu...lagipun En Bos on night shift duty dari raya pertama hingga raya ketiga. So, raya keempat barulah kami pulang ke kampung En Bos hingga hari Khamis. Jumaat aku dah start bekerja semula.

Di kesempatan ini kami berdua ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin kepada pembaca blog ini. Jika saya ada terkasar bahasa harap dimaafkan. Kepada blog readers yang ada membeli cookies raya yang saya jual ni...saya mengucapkan byk2 terima kasih di atas sokongan terhadap business kami ini. Appreciate it so much and tanpa anda semua mungkin saya dah lama pencen jadi blogger. Tapi alhamdulillah saya masih mampu meneruskannya.






p/s - counting months for next trip.



October 10, 2014

Honeymoon Again @ Genting Highland & Birthday @ Hard Rock Cafe KL


Salam semua.
Lepas honeymoon di London hari tu kami dah tak pergi makan angin ke oversea lagi. Kami hanya honeymoon di dalam negara ajer. Kebetulan pulak bulan 4 tu juga ialah besday encik suami. So, jom kita celebrate kat tempat sejuk. Yang paling dekat dengan KL ialah Genting Highland. Kami pergi ke sana pada hari bekerja....harga bilik lebih murah dan tidak sesak dengan manusia. En suami pulak memang bekerja shift bukan ikut waktu pejabat...makanya si isteri kena berkorban ambil cuti hari bekerja. Kami stay di First World Hotel....oklah takat stay one nite ajer.


baru habis main snow...nampak tak atas bumbung tu ada cebisan snow. Giler punya sejuk dalam tu -5C. 

takda ramai manusia...tempat ini kami yang punya..huhuhu

besday boy berubah bentuk....sudah gomok dan sihat. Tengoklah sapa yang jaga....

dalam bilik kami di First World Hotel. Satu malam kami dapat RM85 sahaja....booking melalui webiste Resort World. 

Esoknya kami check-out dah terus balik ke KL. Sajer nak buat surprise kat husband nak celebrate di Hard Rock Cafe Kuala Lumpur. Aku memang suka makan di sini...sebabnya foodnya yang sangat marvelous. Pilihlah wahai suami nak makan apa sajer...isteri belanja kali ni. First time aku celebrate besday dia as wife and husband. So...kenalah special sikit kan.

Masa kami sampai di sini jam 2.30 petang. Memang tak ramai ...hanya beberapa orang sahaja. Sukanya aku....layanan first class pulak tu dari pihak HRC KL...thank you very much. Jom tengok apa yg kami order.


we rock uolss!!!!

husband order steak fajitas

aku order grilled chicken yang sangat sedap.....makan sampai pengsan

 ada surprise cake untuk birthday boy....happy birthday my cintahati.

Ok itu ajer untuk entry kali ni. Next entry aku citer pasal honeymoon kami di tempat lain pulak...juga di dalam negara. Kali ni hotel kami adalah hadiah perkahwinan dari seorang teman baik dn suaminya. Tunggu next entry kay.

p/s - bermula cabaran di tempat baru....doakan aku


July 21, 2011

My Nephew Rayyan's 1st Birthday @ Hard Rock Cafe KL



Maaf semua kerana kisah entry kali ini sebenarnya dah berbulan-bulan berlalu tetapi baru lah ketika ini aku nak buat. Aku tertinggal nak what entry pasal birthday ni actually. Bila check balik gambar-gambar ini...rupanya aku belum masukkan dalam blog. Maklumlah masa ni aku baru 2 hari balik frm London and banyak entry lain yang waiting list ahaksss.


Birthday kali ini untuk anak buah aku yg encem Emir Rayyan for his first birthday. Kelassss uols buat kat Hard Rock Cafe KL gitu. Mak bapak murah rezeki apa salahnya buat grand skit untuk anak kedua ni. Selalunya 1st birthday memang parents agak excited sikit. Lama kelamaan bila umur dah macam aku ni.....idok ler teman nak buat grand mcm ni. Malu ahhhh....nanti tetiba kena wat announcement umur berapa pulak ahaksss.


Untuk pengetahuan semua, ni baru kali kedua aku jejak HRC KL. Kat luar negeri bukan main lagi....tak hingat nak menyinggah sinun..sinin. Tapi kat negara sendiri.....baru 2 kali jejak...hahahaha. Tak sabar pulak nak menunggu HRC Melaka...bila agaknya siap eh.


Adik aku order birthday package termasuk makanan untuk 70 orang. Harga seorang ialah RM60+. So, jemputan agak terhad hanya kenalan dan family terdekat sahaja. Makanan style western disediakan di sini dan memang sangat sedapppppppppppppppppppppp...amboi panjangnya p...ahaksss. Ruangan khas disediakan untuk para tetamu ...iaitu tidak campur aduk dengan orang luar. Bestlah buat birthday kat sini...santai dan relax.



sana sini penuh dnegan belon



kebab yang sangat sedap A++

salad yg sedap juga A++


cheese pasta sedap gilossss A+++++++ (byk sikit +...ahakss)


bolognes spaghetti sedap A+


mini burger.....sedap giloss A++++


chicken chop....oklah aku bagi B+


cake utk tetamu.....aku tak makan pun


juga cake utk tetamu...pun aku tak makan


fruits.....


birthday boy Rayyan yg diapit oleh daddy and papa wan


empat orang anak buah aku yg tengah lasak...apa nak buat semua boy


bergambar dengan my auntie and cousins




Tema birthday kali ini ialah "Rock Star". So, semua tetamu diminta memakai pakaian mengikut tema. Ada yg ikut dan ada yang tidak ikut. Tengok gambar diatas semua sakan bergaya dengan gaya rockers. Aku ajer sempoi....sebab masih blur jetlag baru balik London. So, aku pakai ajerlah HRC tshirt and serkup tu. Nak pakai jacket...macam malas pulak. Kebanyak tetamu ialah kenalan-kenalan adik aku dan isterinya. Yang letak kat sini pic family aku ajer.


Jangan tak tahu kek untuk birthday boy ini ialah 3 tingkat uolsss. Kek yg belah atas...adik ipar aku order kat luar ...bentuk guitar. Mak aku plak buat cup cake untuk tingkat tengah. Tingkat bawah pulak aku yang buat kan moist choc cake. Sakan betul besday budak kecik ni.




telatah anak buah aku yg 3 orang ni.





cup cake...Rock Star


ni dia cup cake yg mama aku buatkan


Emir Rayyan's birthday cake


cake tiga tingkat...kelas kau maria!!!!!


kat tengah ruang legar depan stage tu...acara memotong cake...meriah uolsss


yang paling excited bukan birthday boy sebab dia tak tau apa2....but yang lain-lain sekeliling dia yg terlebih excited


kami satu family mengambil gambar dgn besday boy


kanak-kanak riang di atas stage...hover tau!!!...maklumlah stage ini ana yg punya...ahakssss


aku bersama besday boy and ipar duai ku


adoiii...kanak-kanak riang mana dapat belon ni...ahakksss


tambah lagi 2 orang kanak-kanak riang......meriah uolssss


tengoklah telatah besday boy bila dapat cake...habis lencun satu muka...dah tak ensem lah rayyan.....



ya rabbi...memang sangat lawak. Orang gelakkan dia...tapi dia "ada aku kesah???"...muahahaha



goody bag utk tetamu kanak-kanak...




hadiah yang diterima...aku bagi present set baju dan seluar jenama Next yg aku beli kt London


tetamu dah balik....kami satu family berposing sakan


my beloved family...muahhhh


besday boy Rayyan dengan present yg dia dapat




sekian serba ringkas cerita pasal birthday anak buah aku. Walaupun dah lama berlalu tetapi tetap meninggalkan nostalgia.