Happy Father's Day kepada semua bapa-bapa di muka bumi ini. Dah 6 tahun aku hidup tanpa kasih sayang seorang bapa. Arwah papaku telah pun pergi menyambut Illahi 6 tahun yang lepas. So kami sekeluarga memang tak sambut pun Father's Day.
Nak citer tentang family aku pulak. Beberapa bulan yg lepas kami sekeluarga ada pi makan-makan steamboat. Lupa dah bila entah masa ni. Masa duk tengok balik foto2 lama aku terjumpa foto yang ini. Rasanya foto ni bulan Feb yang lepas....lama dah hehehe. Masa ni rezeki aku lebih sikit....so tak salah kita belanja makan family sendiri. Bila kita berkongsi rezeki dengan orang-orang tersayang...mudah-mudahan rezeki kita akan bertambah lagi Insya Allah.
Kami pi makan steamboat di Thai Steamboat di Dagang Avenue Ampang. Selalu duk lalu-lalang tapi tak pernah pulak nak mencuba. So, kali ni aku ajak mamaku dan adik-adikku makan di sini. Dekat ajer dengan umah aku ni. Aku lupalah berapa harga seorang. Rasanya dalam RM28 seorang jika kita ambil steamboat and bbq. Kalau steamboat sahaja murah sikit. Macam-macan jenis seafood, chicken, lamb dan daging yg siap merinate lagi. Oklah rasanya boleh tahan sedap. Tapi yang tak tahannya tempat ini sesak sgt dgn pengunjung. Rasa tak selesa pun ada kalau makan makan minggu.
segala jenis mee pun ada
No comments:
Post a Comment