Ads

Showing posts with label konsert. Show all posts
Showing posts with label konsert. Show all posts

March 28, 2010

Konsert Suatu Masa Amy Search @ Istana Budaya



Sekali lagi aku bersiaran di Istana Budaya...huhuhu!!
Konsert yang aku nanti-nantikan....Konsert Suatu Masa Amy Search. Pewittttttt!!!

From office aku terus ke IB.... peerrrghhhh menguji kesabaran aku memandu melalui Jalan Tun Razak ke IB dengan keadaan jalan yang sangat sesak akibat hujan lebat petang tu. Semasa aku gi tu dah stop hujan tetapi trafficnya betul-betul membuatku tension. Ambil masa 2 jam dari Bangi ke Jalan Tun Razak. Lepas ni aku tobat tak nak melalui jalan ni lagi...aku mesti mencari alternatif ikut jalan lain.

Just nice on time aku sampai IB konsert pun bermula. Konsert dimulai dengan penampilan Amy berambut panjang masa mula-mula jadi rockers dulu. Actually konsert ini ada cerita disebaliknya. Perjalanan hidup Amy suatu masa dulu bermula dengan menjadi rockers yang digilai ramai dengan imej rambut panjang sehinggalah penampilan terbaru Amy style botak dengan lagu yang berunsur ketuhanan dan keinsafan. Konsert yang aku hadiri ini adalah untuk tontonan para media tetapi ticket still dijual kepada orang ramai. Dengarnya konsert ini diadakan selepas sambutan hangat peminat ketika persembahan Amy di Juara Lagu baru-baru ini.

Di antara lagu-lagu yang dinyanyikan oleh Amy malam tu ialah Kongkang, Saat Kuidamkan, Aku Dah Bisan, Kerja Gila, Gita Rama Sita, Suralaya, Suatu Masa, Rozana, Nigina, Laila Namau Diatas, Isabella, Tiada Lgi, Mentari Merah Di Ufuk Timur, Kalimah Cinta, Kepadamu Kekasih, Asmaul Husna dan Fantasia Bulan Madu.




dengan Kak Rose...

ketika Amy menyanyi lagu Gita Rama Sita...diiringi petikan guitar oleh Rudy Kristal. Lagu yg ada unsur muzik ramayana




Komen aku tentang konsert ini :

1. Semasa Amy start menyanyi, aku dah lupa apa nama lagu tu tapi lagu rock lah....memang ok lah tetapi pergerakan Amy agak terbataslah...seperti amat berhati-hati...so, feel rockers tu macam kureng sikitlah. Mungkin juga faktor dia menyanyi di IB dan bukan di pentas terbuka. Aku plak tak pernah dengar lagu tu...huhuhu.

2. Then, dia sambung nyanyi hingga ke lagu keempat...aku dah mula bosan. Ishhhh apa yang tak kena ni. Mungkin belum panas kot. Tiba-tiba......masa lagu ke lima, terdengar suara Amy dari belakang penonton.....perrghhhh barulah panas. Dia nyanyi lagi Kerja Gila berlari ke sana sini berdampingan dengan penonton. Masing-masing mula mengeluarkan kamera nak snapping dari dekat. Tetapi aku tak dapat nak amik angle yang cantik...so gambar semua tak clear. Memang best masa ni...aku suka and enjoy sangat. Wahh...dah start panas!!!!

3. Lagu favourite aku Isabella dan Rozana ada malam tu tetapi Amy nyanyi sedikit jer....dia wat medley....itu yang aku frust. Kalau lagu-lagu yang top mcam tu lagi best kalau dia menyanyi dengan sepenuhnya. Itu pendapat aku lah. Coz lagu-lagu inilah nostalgia Amy berada di kemuncak and lagu ini lah nama Amy sentiasa berada di bibir peminat. Lagu Fantasia Bulan Madu pula hanya ada persembahan penari iringan tanpa Amy menyanyi di depan penonton.

4. Prop katil masa Amy nyanyi tu aku rasa kurenglah. Macam sentimental sangat. Tak sesuai langsung. Cubalah letak prop yang relevant dengan situasi nyanyian Amy ketika tu. Pulak tu lebih 2 lagu Amy nyanyi kat situ ajer. Aku dah bosan masa ni.

5. Lagu-lagu ketuhanan dan keinsafan yang Amy nyanyi tu bagi aku bagus tetapi kenapa terlalu lama pada tempat yang sama. Maksudnya ada lebih kurang 4 lagu yang Amy nyanyikan dengan gaya yang sama dan iringan penari yang memakai baju putih di belakang Amy juga dengan gaya yang sama. Bagi aku, cukuplah 2 lagu dengan gaya yang sama. So, third song tu kita boleh guna prop lain dan persembahan iringan penari dengan gaya yang berbeza. Masa ni aku pun rasa sedikit bosan.

6. Suara Amy ketika menyanyikan lagu-lagu ketuhanan agak tenggelam timbul dan tersekat-sekat. Mungkin kerana terlalu menghayati lagu tu. Bagi aku, malam tu Amy tidak menonjolkan suara dia yang sebenarnya. Lagu Mentari Merah Di Ufuk Timur yang dinyanyikan oleh Lan Typewriter semasa teater Antara lagi sedap daripada persembahan Amy dengan lagu yg sama malam tu. Itu pendapat peribadi aku lah.

7. Secara keseluruhannya persembahan Amy malam tu oklah bagi aku. Tetapi bagi aku jika Amy menonjolkan imej rockers sebenar dia pada persembahan malam tu lagi best. Then, barulah aku ada feel.....wahhhh inilah baru dinamakan persembahan Amy Search seorang rockers. Aku bukan peminat rock tetapi aku seorang peminat lagu-lagu Amy Search. Aku membesar dengan lagu-lagu Amy Search.


Amy dalam berkeadaan begini lebih daripada 2 lagu....kalau dia ubah sedikit persembahan nya mesti lagi best...



Ogy selaku director pada malam tu....hmmm boleh diperbaiki lagi.....


p/s - My 2 cents comment


January 11, 2010

Adegan di Juara Lagu - Macam Hampeh!!!

Boleh dikatakan setiap tahun aku gi stadium untuk mengikuti Juara Lagu. Tapi tahun ni aku rasa banyak pengalaman pahit aku semasa ke sana. Malam tadi ler tu. Aku datang awal kononnya nak dapatkan seat yang bagus....walaupun aku hanya dapat ticket utk seat pada aras 4.

Aku sampai lebih kurang pukul 7.45 malam dan ketika itu semua masih belum masuk stadium. Beribu lautan manusia beratur kat luar stadium. Aku dah stuck kat tengah-tengah. Tau tak pukul 8 malam barulah pintu stadium dibuka. Aku dok pikir...boleh ke aku masuk ni dengan pelbagai adegan tolak-menolak. Tawakal ajelah.

Seperti yang aku dah agak...memang adegan tolak menolak berlaku. Inilah perkara yang aku paling tak suka dan benci. Kalau lah dibuka awal sikit idoklah terjadi perkara sebegini. Apalah salahnya buka awal sikit kul 7.30 ke....sedikit demi sedikit orang masuk dan selesa sikit. Yang datang lambat jangan cakaplah....memang takda seat walaupun ada ticket okay.

Event management stadium bukit jalil ni memang hampeh lah. Slow giler. Pintu masuk di aras 4 hanya di buka satu pintu sahaja. Nak masuk tu beribu dengan hanya satu pintu. Memang kena maki kaw-kaw punya. Orang ramai dah memang hangin masa tu. Ada yang menjerit-jerit tak puashati. Habis segala make-up cair dan berpeluh sakan. Aku hampir give up macam nak balik aje.

Please lah TV3 you better watch out this thing. Hope next time tak berlaku lagi. Aku pun selalu gak gi show yang dibuat Astro...tetapi tidaklah berlaku adegan seperti ini.

Pastu masa nak balik... satu lagi azab berlaku. Satu jam gak nak keluar daripada parking sebelah stadium putra tu. Ada kereta baghal ni parking kat tengah2...tapi terhegeh2 dia tak sampai lagi. Banyak kereta kat belakang yang stuck tak boleh keluar.



lautan manusia masa nak masuk

kesian ...siapa yg lambat ada yang tak dapat seat walaupun ada ticket
masa nak naik tangga ke aras 4...

Yat dah berpeluh tu....tapi masih boleh tersenyum..huhuhu

eventsecurity.com.my yang mcm hampeh.....very slow $^)!&#@*#!!!!

cuba tgk hanya satu pintu dibuka !!!!