Ads

June 26, 2011

Unforgettable Memories : Umrah - Mecca & Medinah 2005


Memori tahun 2005 yang aku takkan lupa hingga akhir hayat. Pada saat dan ketika ini pertama kalinya dalam hidupku mengerjakan umrah di tanah suci Mekah. Di sinilah tempatnya untuk penyucian jiwa, beribadat padaNya dan mencari ketenangan yang paling indah dalam hidup kita. Disini juga tempatnya kita banyak beribadah seperti bersolat, berdoa, bertaubat, membaca Quran dan bersedekah. Alhamdulillah dengan rezeki Allah aku dapat menjejakkan kaki ke sini. Sudah 6 tahun berlalu dan aku sangat-sangat merindui tempat ini. Ikutkan hati sekarang juga aku nak ke sini. Insya Allah doakan aku yea....aku akan sampai juga dalam masa terdekat ini.

Ketika ini pada tahun 2005, aku pergi bersama-sama mamaku mengikut tour agent Hidayah Travel. Kami menaiki Saudi Airline selama 2 minggu. Perjalanan mengambil masa 8 jam sebenarnya tetapi transit sekejap di Riyadh selama sejam dan menjadikan perjalanan 9 jam. Sampai ajer terus ke Madinah. Di Madihah cuaca tak berapa panas....berangin ajer. Pagi-pagi ke masjid utk bersolat suboh angin bertiup kencang sehinggakan kulitku kering mengelupas dan pedih terutama pada bibirku.

Di Madinah kami stay di Wefada Hotel. Rasanya kami berada di Madihah selama 4 malam (agak-agak sebab dah lupa). Di sini juga banyak tempat yang kami melawat seperti Makan Rasulallah dan Raudhah di Masjid Nabawi, Makam Baqi , Masjid Qiblatain dan Pasar Kurma.


di KLIA ketika hendak berlepas...bersama mamaku

Masjid Nabawi di Madinah...aku rindu rumah ibadah ini... :(


Makam Baqi -tempat perkuburan para ulama'


di luar hotel di Madinah - Wefada Hotel

di Madinah


Masjid Qiblatain - masjid berqiblat dua....pada permulaan Islam org solat mengadap ke Baitul Maqdis dan selepas turunnya wahyu kepada Rasulallah SAW...arah qiblat telah ditukar ke kaabah di Masjidil Haram



lepas solat Isyak...sempat lagi membeli belah di Madinah pada waktu malam....



Pasar Tamar di Madinah



Gua Thur - tempat persembunyian Rasulullah SAW ketika diburu oleh kaum Quraisy yang hendak membunuh baginda. Ia dilindungi oleh burung merpati dan labah-labah yang bersarang di pintu gua. Aku masih ingat lagi pesanan arwah papa- kita jangan bunuh labah-labah kerana binatang inilah yg telah menyelamatkan Rasulallah SAW.


Gua Hira' di Jabal Nur - tempat di mana Rasulullah SAW diwahyukan oleh Allah melalui Malaikat Jibril


miqat di Bir Ali - dalam perjalanan dari Madinah ke Mekah..singgah sebentar di Bir Ali untuk niat ihram mengerjakan umrah


Masjid Jaranah - tempat utk miqat dari Masjidil Haram


lawatan ke Mina

khemah-khemah untuk jemaah-jemah di Mina ketika musim haji...


lawatan ke tempat membuat kelambu kaabah....tekad pada tulisan itu diperbuat daripada emas




Aku sangat merindui Mekah Al-Mukarramah. Sangat merindui solat di hadapan kaabah di Masjidil Haram. Tempat yang paling tenang di dalam dunia. Tiada tempat di dunia yang indah dan istimewa selain di sini. Kita berasakan diri ini terlalu hampir dengan Allah. Banyak kenangan manis aku semasa di tempat suci ini. Diantaranya :


1. Sementara menantikan waktu solat fardhu....pada satu hari tu aku mengerjakan solat sunat taubat hinggakan aku menangis teresak-esak ketika berdoa. Tiba-tiba, seorang mak arab yang duduk selang dua orang sebaris denganku telah memberikan aku sehelai tisu dan air zam-zam. Dia suruh aku mengesatkan airmataku. Terharu sangat masa ni. Di tempat suci ni kita selalu akan jumpa orang yang baikhati.

2. Saat manis dan aku tidak boleh lupa di mana ketika aku hendak mengerjakan solat sunat di Hijir Ismail. Memang susah nak ke tempat itu sebab orang terlalu ramai berpusu-pusu tetapi memang rezeki aku.....tetiba mak arab yg jaga di situ memanggil aku..hajah..hajah...suruh aku solat disitu. Masa tu memang bersyukur sangat sebab orang tak ramai dan aku bersolat dengan tenang dan mudah sangat. Syukur pada Allah.

3. Aku dapat mencium hajarul aswad dengan mudah...cabaran sikit-sikit tu ada lah tetapi dapat juga mencecahkan muka ke batu tersebut. Alhamdulillah.

4. Dapat berkenalan dengan jemaah-jemaah Muslim dari serata pelusuk dunia. Nak jumpa segala bangsa di dunia ini...di sinilah tempatnya. Aku sempat berborak dengan jemaah yang solat di sebelah aku seperti orang Turki, Iran, Iraq, China, Indonesia, Thailand dan banyak lagi. Keunikan yang kita takkan dapat di tempat lain.




selalunya aku ikut pintu Babus Salam untuk masuk ke Masjidil Haram - dekat dengan tempat saei


membeli barangan perhiasan wanita di Mekah...penjual tu datang dari India


Jabal Rahmah - tempat pertemuan Nabi Adam dan Hawa....


Puncak Jabal Rahmah - tempat untuk berdoa mendapatkan jodoh...Allah belum makbulkan doaku. Aku percaya pada janji Allah....ada hikmah kenapa doaku belum dimakbulkan.



aku dah lupa apa nama bukit ini


bersama-sama kumpulan jemaah dalam group aku. Ketika ini sedang bersiap sedia untuk pulang ke tanahair--di lobi hotel.



ketika di Masjid Terapung Jeddah.....masa ini aku sedang bersedih apabila mendapat tahu papa sedang koma di tanahair


masa ni nak bershopping pun takda mood sebab tak sabar nak balik ke tanahair



bersiap sedia untuk ke airport di Jeddah....



Demikianlah serba sedikit pengalaman manis ku di tanah suci Mekah dan Madinah. Ya Allah makbulkan lah doaku untuk menjejakkan kakiku ke tempat suci ini lagi.....untuk mengerjakan umrah dan haji satu hari nanti Insya Allah.



Sekian wassalam......








4 comments:

kasihredha said...

leez
tahun 2005 akak mengerjakan haji..akhir 2004 dan awal thn 2005.Musim sejuk time tu. Sebulan sebelum akak ke sana ayah akak meninggal dunia.
Sebelum tu arwah lah yg banyak mengajar akak tentang cara2 mgerjakan haji.

@xiM said...

saya pun tengah ada plan nak mengerjakan Umrah..

Leez M. Saaid said...

kak hanim - sedihkan kak...bila kita ingat balik saat2 kenangan di mekah ni....sebab ada kaitan dgn org yg kita syg. Sebab tu sy nak sgt gi lagi.

Leez M. Saaid said...

axim -

Insya Allah axim....byk2 berdoa agar dpt jejakkan kaki ke sini.