Ads

May 31, 2011

Day 3 : Journey to Kuching - Pantai Santubong & Top Spot Seafood


Wellcome to my blog. Aku nak sambung lagi kisah di Kuching. Was away for 3 days...jalan-jalan cari makan di Kota Singa. Semalam baru balik. Hari ni baru aku ada masa nak update blog.


Hari ketiga aku di Kuching. Lebih kurang jam 4 petang barulah kami keluar dari bilik hotel dan menuju ke Pantai Santubong. Perjalanan dari bandar Kuching lebih kurang 45 minit gitu. Waktu ni dah petang dan cuaca agak redup ajer. Aku memandu dalam keadaan tenang dan tidak rushing. Oklah sesuai nak gi pantai. Kalau gi tengahari tadi....aduhhh mesti panas terik tidak tertahan gamaknya. Terima kasih GPS yg banyak membantu perjalanan kami di bumi Kuching. Kalau nak ke Kampung Budaya juga menggunakan arah jalan yang sama. Tapi kali ni aku tak gi pun....hmmmm cukuplah dah pergi sekali dulu. Kali ni aku tak bagi mama ku pergi coz kesian dia penat berjalan nanti.


Kami lepak di pantai ini lebih kurang setengah jam mcm tu. Masa ni bagi peluang anak buahku Reef berjalan merata-rata di tepi pantai ini tanpa kawalan. Wahh-wahh bukan main dia seperti dunia ini ana yg punyaa....hahahha. Berlari-lari sakan dia.....memang budak-budak suka lepas bebas kan.



kat belakang tu ialah Gunung Santubong.......ada cerita dongeng tentang gunung ini. Kisah seorang puteri yang menjadi penjaga gunung negeri sarawak. Kalau anda menyanyi lagu Puteri santubong ni berulang2 kali...mesti seram semacam...ishhh !!!



Pantai santubong ni tak cantik pada pandangan aku...airnya surut




dengan mamaku...


budak kecik ini memang seronok masa ni...berlari2 tak hingat punya





tengok tu...sakan berlari-lari. Nak amik gambar dia punyalah susah





leez @ pantai santubong


orang pun tak ramai





tiga beranak..







Selepas itu, kami terus balik ke bandar Kuching. Plan nak makan seafood plak malam tu. Ada yang rekemen makan di satu kampung ni untuk makan seafood...murah dan sedap. Ia terletak kat area Santubong ni...jalan menuju balik ke Kuching. Lupa plak aku apa namanya kampung ni. Then, kami cubalah masuk ke dalam kampung ni....hmmmm ada beberapa restoran style tepi pantai. Tapi mcm tak berani nak gi makan.....mcm tak bersih dan byk kedai cina. Walaupun restorannya jual makanan seafood...kami mcm tak confident ajer. Terus chow dari tempat ini.


Tempat yg kami tuju di Kuching ialah di Top Spot - tempat makan makanan seafood yang sangat terkenal di bandar Kuching. Senang nak cari tempat ini. Ia betul-betul di sebelah Pullman Hotel. Tempat makan ini di atas roof top. So, pastikan anda lihat signboard ke bangunan Top Spot ini untuk parking. Masuk kawasan parking dan terus naik lift ke tingkat paling atas.


Ikutkan di sini semuanya adalah chinese restaurant tetapi makanannya dijamin halal. Aku ada jumpa satu ajer gerai Melayu di sini. Tempat Top Spot ini besar dan banyak pilihan yang mana satu. Ada yg rekemen aku gi gerai ABC atau No. 25. Aku dalam duk memilih tu...aku gi gerai ABC. Makanannya memang sedap dan sangat murah hokay. Puashatilah makan kat sini. Jom tengok ikan-ikan di sini dan apa yg aku makan...




pelbagai pilihan ikan ada


rambang mata nk pilih ikan yg mana satu...





entah apa nama ikan ni...besornyaaaaa





udang pun ada....


beginilah keadaan gerai-gerai makanan seafood di Top Spot ini


aku makan di gerai ABC ini...highly recommended


aku nak ikan siakap tapi dorang kata takda. So, kami pilih ikan Kerapu Masak Tiga Rasa - sedappp sebab ada letak mangga atas ikan tu.


kami ada order ikan pari bakar...sedappp. Tapi order di tempat lain bukan di kedai ABC.


Sotong Goreng Tepung - sedap gak


my favourite Sayur Midin Goreng Belacan - paling sedapppp


Wet Butter Prawn - sangat-sangat sedapppppppp. Yang dry punya aku kureng sikit.


Ketam Sweet Sour - ok boleh tahan


Harga keseluruhan makanan di atas ialah RM110 sahaja. Murah tak? Kat KL nak dapat harga mcm ni? Hmmm jangan harap hokay. Overall makanan ni yg paling aku puashati. Balik hotel pastu dalam keadaan kekenyangan perghhhhh.


Next entry hari terakhir kami di bandar Kuching.





8 comments:

kasihredha said...

bestnya udang tu.. :)

ANR said...

wahhhh..santubong tempat memory tu... ;(

Leez M. Saaid said...

kak hanim -

mmeng udang tu my favourite jugak...shedappp

Leez M. Saaid said...

qilah -

amboihhh...teringat nostalgia ke? tempat jauh lg terkenang..

@xiM said...

nak jugak pi Kuchingggggggggggggggg

Leez M. Saaid said...

axim -

sabooooo...tak lari kuchingg tu.

aku tetap aku said...

tu bukan pantai puteri ke...kat stu memg x ramai org...

aku tetap aku said...

tu bukan pntai puteri ke..kat stu emmg x r