Aduh hai......kesibukan melanda lagi sehinggakan tidak berkesempatan nak update blog ini konsistan setiap hari. Ini pun mcm paksa diri di hening Subuh mengupdate sebelum bergerak ke kantor. Banyak pulak benda nak diceritakan di sini....so ia memakan masa sikit sehingga drag berepisod demi episod. Harap pembaca semua bersabar yea. Aku akan cuba buat yang terbaik sehingga habis semua.
Aku nak cerita sikit pasal makanan di sana. Sempatlah juga aku mencuba makanan Arab di Mekah ni. Aku bersama teman-teman pi singgah di restoran milik Felda di tanah harom ni iaitu D'Saji yang terletak di Al-Safwa building - tingkat 2 (betul-betul berhadapan dengan Pintu 1- Abdul Aziz) atau bersebelahan dengan Zam-Zam Tower. Di restoran ini ada disediakan makanan Arab dan makanan Melayu kita. So, tentulah aku nak cuba makanan Arab uolsss.
sekarang ni kat Mekah dah boleh makan secara terbuka untuk jemaah wanita. Macam dulu tak boleh. kalau nak makan kena tapau. Hanya lelaki ajer yang boleh.
wowww nampak lazat kan? Chicken grilled tu sedap tapi nasinya ada kureng sikit berbanding yang aku beli masa di Madinah. Portion memang besar...so aku makan share berdua dengan Kak Zila. Tu pun tak habis.
ni pulak nasi minyak dengan Salmon grilled.....sedap!!! Kak Zimah dan Kak Wahyuna beli yang ni makan berdua. Aku ada jamah sikit.
lepas tu aku nampak kebab ayam atau dipanggil Shewarma di sini. Kalau daging panjang2 di bakar tu barulah dipanggil kebab di negara Arab ni.
kat sini panggil ni Shewarma. Ok sedap boleh tahan tetapi tak habis makan sebab dah kenyangggg!!!!
Hari ketiga kami di bumi harom Mekah. Kami telah diberitahu bahawa pagi selepas Suboh akan diadakan Ziarah Mekah di kawasan Jaranah. So, pagi tu kami berkumpul di perkarangan Menazil Hotel sementara menantikan bas sampai. Masa ni aku siap membawa telekung sebab lepas tu aku akan membuat umrah ketiga serta bermiqot di Masjid Jaranah. Terpulang pada masing-masing nak buat umrah atau tidak. Tapi aku memang dah berniat nak buat umrah sebanyak yang mungkin.
Ok...sambung citer ziarah pulak. Pagi tu kami bergerak ke Gua Hiraq yang terletak di Jabal Nur iaitu tempat dimana wahyu pertama diturunkan oleh Allah SWT melalui Malaikat Jibril kepada Rasul terakhir iaitu Nabi Muhammad SAW.
Gua Hira yang terletak di Jabal Nur adalah sebuah gua yang sangat terkenal dalam sejarah Islam, kerana di dalam gua itulah Nabi Muhammad SAW diangkat menjadi rasul, dan di situ pula turunnya ayat Al-Qur'an yang pertama [Al 'Alaq 1-5]. Gua kecil ini terletak di puncak gunung Jabal Nur, di bahagian utara Mekah, sekitar 5 km dari Masjidil-Haram, di sebelah kiri perjalanan menuju Arafah. Tinggi puncak Jabal Nur adalah sekitar 200 m. Bentuk gunung ini dilihat berdiri tajam. Disekelilingnya terdapat sejumlah gunung, bukit batu dan jurang.
di sini kami turun untuk melihat secara dekat. Tapi tak dekat mana pun. Kalau nak mendaki bukit ini kena melalui jalan lain. Ustaz ada offer kami kalau ada sesapa nak mendaki Jabal Nur....kena naik jam 4 pagi....fuhhhhh!!! Orang kata kalau nak naik mestilah mempunyai kekuatan fizikal dan mental yang kuat. Jalan melalui lereng bukit yang kering dan berbatu batan. Mak tak mampu nak naik uolss!!
ramai betul jemaah masa ni
jemaah dari group aku sedang mendengar penerangan dari Ustaz.....fuhhhh panas berdeting masa ni.
sedang kusyuk mendengar penerangan tentang sejarah Jabal Nur ini.
orang lain dah jalan balik nak naik bas....aku masih lagi duk sibuk bergambar
inilah bas yang kami naik....cantik ke?? Hmmmm
seterusnya kami menuju ke Arafah......nampak tak apa benda di atas ni? Ini ialah laluan LRT yang telah siap digunakan sebanyak 2 kali haji. Tujuan pembinaan LRT ini ialah untuk mengatasi masalah kesesakan semasa jemaah haji berkumpul di sini. So, dengan adanya LRT...jemaah boleh sampai ke sini mengikut masa yang ditetapkan.
perjalanan menuju Padang Arafah
nampak tak sign board kuning tu? "Arafah Starts Here"
Ok masa ni kami dah sampai Jabal Rahmah - tempat pertemuan Nabi Adam dan Hawa.
Jabal Rahmah berada di bahagian timur Padang Arafah di kota Mekkah Arab Saudi. Sesuai dengan namanya, jabal bererti sebuah bukit atau gunung, sementara Rahmah adalah kasih sayang. Sesuai dengan namanya, bukit ini di yakini sebagai pertemuan antara Nabi Adam dan Siti Hawa setelah mereka dipisahkan dan diturunkan dari syurga oleh Allah selama bertahun-tahun setelah melakukan kesalahan dengan memakan buah khuldi yang terlarang.
Konon berdasarkan cerita ahli sejarah, Nabi Adam diturunkan di negeri India, sedangkan Siti Hawa diturunkan di Irak. Setelah keduanya bertaubat untuk memohon ampun, akhirnya atas izin Allah mereka dipertemukan di bukit ini. Setelah pertemuan ini, Adam dan Hawa melanjutkan hidup mereka dan melahirkan anak-anak keturunanya sampai sekarang.
Untuk menuju puncak tempat ini, kita boleh menempuhnya sekitar 15 menit dari dasar bukit. Bukit batu ini berada pada ketinggian kurang lebih enam puluh lima meter yang puncaknya menjulang. Di bukit ini terdapat sebuah monumen yang terbuat dari beton persegi empat dengan lebar kurang lebih 1, 8 meter dan tingginya 8 meter. Menuju puncak bukit ini pemerintah setempat telah membangun infrastruktur yang memadai sehingga memudahkan bagi pengunjung untuk menikmatinya. Infrastruktur ini berupa jalanan berbentuk tangga dengan 168 undakan menuju puncak tugu.
masa aku sampai ni...sangat terkejut sebab betapa ramainya jemaah di sini.
Ustaz Muhammad menceritakan bagaiman pertemuan Nabi Adam dan Hawa setelah mereka dipisahkan .....di sini dalam keadaan bahu belakang bertemu bahu belakang . Wahhh...romantiknya.
ok kami boleh naik. Sekali tu aku tengok...batu batan besar-besar keliling kami. Ehhhh...kenapa dulu lain ajer...mcm ada tangga. Kenapa kali ni susahnya nak naik. Aku dengan beg dan camera yg besar...fuhhhh memang penuh dengan cabaran masa nak naik ni. Silap langkah boleh tergolek hokay!!! So kena berhati-hati. Naib baik rakan jemaah Dr Aidawani menolong tarik tanganku naik ke atas bila keadaan agak curam...hehehhe.
sempat lagi tu....ambil gambar dari atas.
by the time sampai di sini...Ya Allah ramainya umat manusia....sehinggakan nak berjalan pun susah. Then masa kat sini barulah aku nampak tangga yg aku pernah naik masa umrah sebelum ni. Oooooo patutlah Ustaz tu suruh ikut jalan tadi...sebabnya kat tangga dah jadi traffic jam,.....manusia terlalu ramai. Fuhhhhh!!!
inilah puncak batu di Jabal Rahmah. Ooooo dah jadi warna hitam putih plak kan sebab dah kena cat. Kalau dulu....penuh dengan tulisan kat sini. Sekarang pun sama. Masa ni aku dan teman-teman berkumpul di satu sudut sambil berdoa untuk diri sendiri dan untuk teman-teman yang mengirimkan doa. Doa apa? Sendiri mau ingatlah kan...hehehe.
dalam pada sesak begini...ada jugak yg meniaga di sini. Hmmmm aku nak membeli pun takda mood sebab ramai sangat manusia.
hahaha tetiba aku rasa mcm lawak plak aksi ni....muahahaha
lepas berdoa....kami pun plan nak turun ikut tangga. Fuhhhhhhhh....manusia punyalah ramai berhimpit-himpit. Camana tu nak bergerak. Pelan-pelan akhirnya dapat mencelah jugak
masa ni nak sentuh batu tu pun tak sampai.....manusia penuh. Tetiba aku terfikir....ehhh pakcik-pakcik ni naik ke atas untuk doa apa ye? Nak tambah cawangan ke? Hehehe
aku bergambar bersama Dr Aidawani....teman jemaah rombongan kami. Masa ni panas sangat....tengoklah muka aku dah terbakar semacam....hitam!!!
Bergambar bersama teman-teman seperjuangan.....Alhamdulillah semuanya selamat berdoa di atas. Semoga ada jodoh kami semua nanti. Eh....Kak Zila awak pun masuk group ni ke? Hehehe
wahhhh...sesapa nak naik ATV pun boleh. Ada disediakan perkhidmatan sewa.
kami bergambar bersama sebahagian jemaah....ada juga jemaah yg tak turun. Depa lepak dalam bas.
unta ialah haiwan yg paling sabar di muka bumi ini.
ini ialah toilet awam di kawasan Mina. Hmmmm.....as what i mentioned here....kotor!!!
ini ialah Stesen Utama LRT di Mina
Mina Starts Here
kalau jemaah-jemaah tinggal di khemah semasa di Mina...tetapi pemimpin-pemimpin dunia dan raja-raja pula stay di sini.
penempatan di Mina
tempat melontar jamrah....aku tak pasni jamrah yg mana satu. Dah jadi 5 tingkat. Dulu masa aku gi sini....sempat lagi turun dan tengok tempat melontar. Kali ni dah takda masa...sebab nak singgah Masjid Jaranah untuk bermiqot.
Gambar di Masjid Jaranah aku tak sempat nak snap. Bila sampai fuhhhhhhhh...ramainya manusia. Sehinggakan nak ambil wuduk pun susah. Memang dugaan betul kali ni. Alhamdulillah selesai sudah solat sunat ihram dan berniat ihram di sini. Terus kami pulang ke hotel. Sampai ajer letak semua beg dan aku berwuduk semula untuk ke Masjidil Haram solat Zuhur.
Masa ni panasnya ya Allah. Tak daya nak buat tawaf lepas Zuhor. So, after Asar barulah aku mula untuk bertawaf , bersaie dan bertahlul. Alhamdulillah selesai sudah umrah ketiga.
Malam tu ada sepatutnya kami ada solat hajat di Hijir Ismail di Masjidil Haram...tetapi kami sebilik tak pergi pun sebab kepenatan yang amat.
4 comments:
tersenyum sendirian bila membaca catatan tentang jabar rahmah. mungkin saya juga perlu sentuh batu tersebut nanti. hahaha
Food dia tu yang tak tahan kannn...best nya..
gambar tetap kena.. kalau takkk sure merajuk camera tu...hee
Zaridi -
Pasal patut sentuh tembok Jabal Rahmah tu saya tak pasti pulak. Mungkin juga utk mendapat keberkatan kot.
Kak Yan -
Sya memang enjoy makan food di sini...my taste.
Bergambar itu sudah semestinya kak....kalau dah jadi blogger ni...camera memang tak lekang di tangan.hehehe
Post a Comment