Ads

April 9, 2012

Kembara Umrah 2012 : Mekah Part 5


Bersua kita sekali lagi di alam maya ini.
Ketika aku menaip ini sedang menonton ABP di tv. Dulu-dulu aku memang rajin naik Genting tu pi tengok ABP...tapi sekarang ni cukup-cukup lah tu. Zaman terus berubah....tapi kita ni bila lagi nak berubah kan..hehehe. Biarlah perubahan itu ke arah yang lebih baik. Jangan pulak berubah ke arah yg lebih teruk. Ya Allah jauhilah aku daripada tergolong dalam manusia seperti itu. Yang penting....sentiasa ingat Allah di mana sajer kita berada. Insya Allah kita akan dilindungi olehNya. 

Ok nak sambung tentang kisah entry sebelum ini. Ingat tak aku ada citer masa kami pergi bermiqot di Masjid Hudaibiyah tu....aku rasa tidak selesa. Sebaik sampai di hotel...memang sah aku dalam keadaan keuzuran. Alahhhhhh...frust sangat masa ni. Terawal 2 hari pulak kali ni. Ketika ini kami masih ada 4 hari di tanah harom ini sebelum pulang ke tanahair. Aku masih ingat lagi.....aku berdoa agar dapat membuat umrah sebanyak yang mungkin. Apa nak buat....aku hanya sempat membuat 3 kali umrah sahaja. Takpalah....itupun aku tetap rasa syukur pada Allah SWT. 

Nak dijadikan cerita...sepatutnya group jemaah aku ni akan ke Mekah terlebih dahulu dan kemudian barulah pergi ke Madinah pulak. Masa tu aku dah cuak semacam sebab aku risau sekiranya kami ke Madinah kemudian...maknanya aku akan keuzuran ketika itu dan sudah tentulah aku takkan dapat solat di Masjid Nabawi dan menziarahi makan Rasulullah dan Raudhah. Pabila diberitahu bahawa kami semua jemaah akan ke Madinah terlebih dahulu....Ya Allah aku syukur sangat. Dan nak dijadikan citer....memang pun aku keuzuran 4 hari sebelum pulang ke tanahair. Alhamdulillah sebab aku sempat beribadah di Masjid Nabawi. Syukur doaku dimakbulkan Allah. 


 aku makan nasi bukhara di deretan kedai ini

makan nasi bukhara....hmmmm rasa nasi ni kurenggg skit.

 ayam panggang............rasanya kurang masin....tawar ajer

 aku request roti pita ....ok sedap aku suka

lauk kambing cicah roti pita...sedap!!! 


________________________________________________________


Malam pada hari yang sama selepas solat Isyak...aku pergi shopping pulak di bangunan hadapan Masjidil Haram....Tower Zam Zam......ia bersebelahan dengan Al-Safwah. Kat tingkat atas bangunan ini ada banyak kedai barangan berjenama terkenal. Aku plan nak cari present untuk baby girl anak buah aku yg baru sahaja dilahirkan ketika aku berada di Mekah ini. First time dapat niece....so aku agak excited nak cari baju baby girl. Plan nak pi cari baju kat Mother Care tetapi kedai tu dah tutup pulak....yelah masa ni dah malam. So, aku cari boutique NEXT.....cari punya cari akhirnya jumpa jugak. Aku suka brand NEXT sebab masa kat UK last year aku suka tengok fesyen baju baby kat sini...harga pun oklah. Banyak stok baju baby girl dah habis....aku beli ajer mana yg ada. 

Pastu aku sempat membeli lagi biskut coklat kurma yang banyak dijual di sini. Harganya sekilo 60Riyal. aku beli setengah kilo ajer. Banyak betul aku beli coklat kurma hehehe.


 mall ini menjual barangan berjenama 

 butik NEXT yang singgah untuk beli baju baby girl


__________________________________________________________


Kisah esok pulak.

Selepas dia solat Asar di sini, aku bergerak pula ke Al-Ghazza untuk membeli kurma fresh. Aku perhatikan bangunan area di sini kebanyakannya sedang dalam proses untuk dirobohkan. So, kelihatan banyak kedai-kedai yang sudah tutup dan membuat jualan murah. Yang aku frust sangat sebab kedai-kedai di sini memang murah-murah belaka berbanding di kedai-kedai yang terdapat di mall yang baru dibina tu. Masalahnya.....aku dah banyak membeli kat situ.....so takkan lah aku nak shopping lagi kat kawasan yang murah ni. Beg aku dah penuh beranak-anak uolsssss!!!! Aku hanya sempat beli 2 helai sejadah yg sgt cantik dengan harga RM15 sehelai sahaja...murah!!!! Ikutkan hati nak beli banyak lagi untuk sedekah pada sesiapa ajer...tetapi apakandaya. 


 kedai-kedai yang akan dirobohkan di kawasan Al-Ghazza.....

 pelbagai jenis sejadah ada dijual di sini

 aku beli kurma fresh di sini.....beli jugak coklat di sini. 



 Saudi Post Office

 kawasan Al-Ghazza yag bakal dirobohkan
 tempat ini agak berabuk-abuk

 nampak kedai-kedai di atas yg banyak dah tutup dan sedang tunggu untuk dirobohkan. Masa ni ada kedai yg buat jualan murah. Aku beli jubah fesyen umbrella di Madinah berharga RM120 tetapi di sini berharga RM80 uolssssssss......tapi aku tak beli pun di sini.

 menanti untuk dirobohkan.  Syukur aku dapat melihat gambaran sebenar bagaimana kawasan ini akan dirobohkan.

 hotel-hotel di sini masih ada lagi......jap nanti kena roboh lah tu

iklan kejap.....ini ialah papan tanda di kawasan berdekatan Masjidil Haram. Tanda harga untuk parking kereta di sini. Sejam untuk 25 Riyal. Korang mampu?????


Sekian habis dah citer di sini. Nanti ada lagi sikit citer di tanah harom lagi next entry. 


p/s - Aku sangat sayangkan family aku....tetapi aku tak boleh maafkan orang yg menconteng taik maruah keluarga aku. Alhamdulillah Ustaz Muhammad banyak membimbing aku supaya banyak2 bersabar dan mengamalkan doa-doa tertentu. Syukur aku dipertemukan orang yg baik seperti dia !!!!




11 comments:

Anum said...

alhamdullilah
anum suka tgk gambar2 kembara nie

Anonymous said...

salam kak,saya silent reader akak,seronok.tgk akak mengembara ke tanah suci dan tempat tempat lain.rasa nak je join akak next time kalau ke mana mana.saya pon selalu gak travel ngan bff saya.insyaallah ada rezeki leh join akak lak .saya doakan yg terbaik tuk akak dan keluarga akak ya.aminnn.

kasihredha said...

ehem4x (kali berdehem 4x)

bestnya ada pengalaman gi rumah org sana.
Nasib baik leez sempat buat umrah 3x dah kan.

Don't Afraid to Try said...

Kak leez,

makin debor2 ni...pg td baru hntr mak pg umrah di klia...tp tetibe kapal ade masalah pulak...smg dipermudahkan hendaknya...

semoga Allah tunjukkan jalan yg terbaik utk hambanya...mmg COOL la ustaz ni..i'm so sorry, sbb slalunya org2 mcm ni slow skit, tp ustaz ni mmg laju mcm erl la...

Azizan Zolkipli said...

wahhhh, gi dating berdua ekkk hehehe [takmau komen pasal tu hihihi]

mak & abah saya baru balik umrah Rabu lepas. katanya dah lain sangat rupa kat sana berbanding beberapa tahun lalu masa mereka mengerjakan haji.

mendengar cerita mereka & saudari di artikel ni, membuatkan perasaan saya lebih meluap2 untuk kesana. ditambah lagi dengan pengalaman rakan serumah yang juga baru balik umrah bulan lepas ...

Leez M. Saaid said...

Anum -

thanks anum masih setia di sini....appreciate it.

nanti singgah lagi tau.

Leez M. Saaid said...

Fara -

terima kasih byk2....tak terkata terima kasih nak ucap di sini coz setia membaca blog akak ini.
Insya Allah kalau takda aral boleh ajer joint me berkelana di negara org...Insya Allah lepas raya ni yea.
Thanks juga mendoakan utk i....

Leez M. Saaid said...

kak hanim -

tulah...seronok sgt pengalaman sy gi jalan2 rumah org sana.

byknya akak ber ehem hehehehe

tulah kak...alhamdulillah dah sempat buat 3 kali umrah.

Leez M. Saaid said...

baya -


akak doakan semoga mak baya selamat sampai di tanah suci sana dan dipermudahkan urusan di sana Insya Allah.

hehehe....pasal dia express mcm erl tu akak dah jawab dalam entry yg baru tu.....hahahaha.
Dia mmg cool and sangat baik.

Leez M. Saaid said...

azizan -

mmg seronok dgr cerita org yg baru balik dari sana.....betul byk perubahan dah kat sana.

Sy doakan semoga kamu dimurahkan rezeki sampai ke sana Insya Allah. Kalau ada rezeki tak ke mana...Allah akan tolong kita sebab niat tu dah ada. Byk2 berdoa.

Anonymous said...

terima kasih kak.seriously,ari ari saya bukak blog akak.semua destinasi akak saya jadikan panduan.smpai bebaru ni saya g vietnam pon rujuk blog akak,duk kat saigon pink 2 jugak.bila akak x update masa g mekah aritu,smpai saya tertanya bila la kak leezni balik.x sabar nak baca pasal mekah and madinah lak.semoga ada jodoh akak dgn habibi.amin