Ads

April 10, 2012

Kembara Umrah 2012 : Mekah Part 6





Salam semua.
Secara tiba-tiba aku jadi rindu pabila melihat baitullah ini. Rindu sangat-sangat. Di sinilah tempat yang paling indah di dunia berbanding tempat-tempat lain yang aku sudah jejaki. Di sini jugalah tempat yg paling aku rindu hingga terbawa dalam mimpi. Di sinilah tempat yang sentiasa dalam ingatanku walaupun di mana saja aku berada. Ya Allah semoga ada rezeki ku untuk sampai ke sini lagi mengunjungi rumah Mu.

Setiap kali aku menelek album kembara umrah ini....gambar inilah yang membuatkan aku tidak jemu-jemu memandang. Di sinilah kiblat kita. Di sinilah kita bersolat menyembah Allah dan berdoa padaNya. Setiap kali jika selepas solat di sini...aku pasti akan singgah sebentar untuk melihat rumah Allah ini. Perlahan-lahan airmata pasti menitis sebak. Aku jadi sebak sebab perasaan gembira tidak terkata kaabah betul-betul berada di hadapan mata ku. Kita lihat betapa ramainya umat Islam bertawaf mengelilingi kabah dan berseru nama Allah Yang Esa. Perasaan yang kita tak boleh dapat di mana-mana melainkan di sinilah tempatnya.


dengan hanya memandang kaabah pun kita sudah mendapat pahala ibadah. Alhamdulillah. Ada 5 perkara apabila kita menatap atau memandang akan mendapat pahala iaitu: 1. Al-Quran 2. Kaabah 3.Air Zam Zam 4. Ibubapa 5. Alam semulajadi dan orang alim

umat Islam menunaikan umrah ketika ini dah mcm musim haji. Alhamdulillah

masa ni tak ramai sangat......rasanya di awal pagi selepas suboh

di dalam Masjidil Haram

baru selesai tawaf....nak bergerak ke tempat saie pulak

ini tempat saie...

saie - berjalan ulang alik dari Bukit Safa ke Bukit Marwah sebanyak tujuh kali. Nampak tak lampu hijau pada gambar di atas....jemaah lelaki disunatkan berlari2 anak di kawasan tersebut.

tempat ni sejuk ajer...kita akan rasa relaks sangat

pastikan sentiasa memegang buku doa kerana setiap kali kita berada di kawasan tertentu ada doanya.



kawasan saie ini juga terletak dalam Masjidil Haram

selesai solat...masa nak keluar dari masjid. Betapa ramainya umat Islam ketika ini.

pengalamaan yg tidak boleh dilupakan ketika pulang dari solat Jumaat.....penuh umat Islam dari segenap sudut. Pertama kali pengalaman solat Jumaat di Masjidil Haram

ni pulak jalan di tingkat dua.....menurun terus ke bawah. Aku pernah pengalaman solat  Zuhur di luar ni dalam keadaan panas terik. Sampaikan nak bukak mata pun susah. Terlambat ke masjid sebab masa tu baru balik dari ziarah kota Mekah. Kelam kabut ambil wuduk di bilik dan terus ke masjid...masa tu dah azan pun. By the time kami sampai sini.....imam dah start solat. Kat pintu pun dah penuh orang tak leh masuk. Fuhhhh....panas berdeting masa ni. Lepas salam....terus doa dan angkat kaki. 

apabila tengok suasana macam ni aku jadi seronok sebab seluruh umat Islam dari satu dunia berkumpul di sini. Macam2 jenis bangsa dari pelbagai negara kita boleh lihat. Seronok sangat melihat senario mcm ni. Pengalaman yg kita tak boleh jumpa di mana2 negara kecuali di tanah harom ini.



dua buah A-Quran yang aku pegang itu untuk diwakafkan di dalam Masjidil Haram


Aku nak berkongsi lagi pengalaman menarik ketika aku berada di tanah suci ini. Ada sekali tu aku pergi menukar wang Riyal di Money Changer. Aku sajer tukar utk standby kalau kena excess masa nak balik di airport nanti. Masalahnya kat sana....tak banyak tempat money changer. Pelik pulak. Nasib baik Ustaz tolong bgtau aku kat mana nak tukar. Masa ni aku tukar di pintu hadapan bangunan Bin Dawood ada satu Money Changer. Punyalah ramai orang masa ni. Untuk jemaah wanita ada satu lane ajer....yg lain semua lane utk jemaah lelaki. Dalam money changer tu kelam kabut betul...huru hara. Orang money changer tu sambil dia mengira duit aku...dia duk berbual dengan rakan sebelah. Akhirnya nak tau apa jadi?

Aku menukar RM300 dan sepatutnya dia bagi 360Riyal. Tetapi dia bagi aku 560Riyal. Masa tu aku dah keluar dari barisan....aku duk mengira duit aku...ehhh!!! kenapa berlebih ni? Ishhhh tak baik ambil duit yg bukan hak kita....depan Masjidil Haram pulak tu. Anytime Allah akan ambil hak kita pulak nanti. So, aku kembalikan duit yg lebih tu. Pak Arab tu pun tercengang-cengang. Aku terus blah. Kita kena jujur sebab itu bukan duit kita.

So, keesokan harinya nak dijadikan cerita. Aku mendapat rezeki lain yang tidak disangka-sangka dari seseorang atas sesuatu urusan. Aku tak boleh cerita di sini sebab ia satu amanah yang hanya aku sahaja yang tahu benda ni. Nilai yang aku dapat itu sama dengan nilai duit lebih yang aku pulangkan malam tadi masa tukar duit Riyal tu. Ya Allah....inilah agaknya ganjaran yg aku dapat. Syukur sangat rezeki yang tidak disangka-sangka. 

Apa yang kita boleh pelajari di sini....kalau kita jujur atas apa jua keadaan...kita akan mendapat balasan kebaikan juga. Kalau kita niat tak baik di sana.....time tu juga kita akan mendapat balasan yg tidak baik jugak. So, kena hati-hati di sana. Berbanyakkan membuat kebaikan di sana. Jangan lupa selalu bersedekah....Insya Allah murah rezeki kita nanti. Kat sana ramai pekerja2 am masjid yg memakai baju biru dan hijau.....setiap hari bersedekah lah pada pekerja2 tu atau pada pengemis-pengemis yg ramai kat luar masjid tu. Rezeki kita takkan putus kalau kita selalu bersedekah. Jangan kedekut dengan rezeki yang ada.

ok...sambung lagi wahai kawan-kawan. Next entry Insya Allah entry terakhir ttg kembara umrah ini. 





18 comments:

Rozita said...

Opppsss...habibi ?? Habibi tu tak salah ana, maksudnya kekasihku.. hehehe...Moga dipermudahkan Allah ya Leez.

Wahh tak sabar nak tahu ending telenovela itewwwww....

Anum said...

amin..

Muja.. said...

subhanallah...Maha suci Allah... hebat tol pengalaman akak di tanah harom..


x sabar saya nak berkunjung kesana juga.. :)

kasihredha said...

memang betul tu leez...kalau kita jujur...kita akan dapat rezeki yg lebih lagi dari Allah ...InsyaAllah.

Bila telenovela nak berakhir dgn happy ending?...akak dah bau nasi minyak/briani ni :)

Anonymous said...

Salam..
Semoga semuanya siiringi dengan berita gembira..Jgn lupa jemput org Sabah yer..Tak sabar ni...

Mamasya said...

Salam kenal Leez.suka tengok gambar2 di Tanah Suci dan pengalaman Leez menunaikan umrah. moga telenovela berakhir dg happy ending....

Unknown said...

Kalau si Dia memang ditakdirkan jodoh Leez...Alhamdulillah..semoga sampai ke penghujungnya...

Leez M. Saaid said...

Rozita -

hehehe....pandaipun...itulah maksud habibi.

Telenovela dah habis pun....apa2 perkembangan akan di update di sini hehee

Leez M. Saaid said...

Anum -

terima kasih :)

Leez M. Saaid said...

Muja -

thanks muja....setiap org lain pengalamannya di sana. Byk2 berdoa semoga segala urusan disana dipermudahkan.

Leez M. Saaid said...

kak hanim -

betul kak...kita kena berbuat baik di sana...Insya Allah ada ganjaran setimpalnya.

Dah sampai penghujung pn telenovela tu kak.....bacalah last entry ni.

Leez M. Saaid said...

Anony -

wahai org sabah...letaklah nama. Saya pun tak tahu org sabah yg mana bagi comment ni.
Thanks doakan utk saya. Sya akan update kalau ada apa2 berita gembira nanti Insya Allah.

Leez M. Saaid said...

mamasya -

thanks sudi membaca blog ni pasal pengalaman sy di tanah suci.
Thanks juga doakan untuk saya dengan kisah2 telenovela ni.

Leez M. Saaid said...

Kak Chah -

Thanks kak doakan utk saya. Saya pun berharap agar ada rezeki sy dengan dia Insya Allah.

Anonymous said...

Salam utk Leez. Alhamdulilah sbb Leez punya pengalaman yg manis sbb setiap org ada pengalaman berbeza. Membacanya pun dah terasa indah..

zarynazi said...

Hi leez,

Happy baca telenovela u. Jgn lupa jemput bila mkn nasi minyak ye.

u pei umrah dgn irna yakin ye. my fren raihanah is there. Tq

Leez M. Saaid said...

Anony -

Insya Allah bila berkunjung ke sana...kenangan manis pasti ada.
Byk2 berdoa semoga segalanya indah.

Leez M. Saaid said...

Zarynazi -

heheh thanks mendoakan utk sy.

yea pergi dgn irna yakin. I pergi melalui majalah Al-Islam.