Ads

April 5, 2012

Kembara Umrah 2012 : Mekah Part 4






Salam semua bersambung lagi. Maaf yea panjang sangat entry pasal Mekah ni. Almaklum stay di sana hampir 2 minggu....so macam-macam aktiviti ibadah kami disana. Tujuan aku memberi penerangan panjang lebar dan tunjukkan gambar-gambar menarik di sini ialah untuk sama-sama berkongsi pengalaman dengan sesapa yang belum pernah menunaikan umrah dan di samping itu mengajak kawan-kawan semua tanam keinginan untuk sampai ke sana dan beribadah di sana. Ada yg bagitau aku....ada yang belum membuka hati ke sana....alasannya belum sampai seru. Tak boleh cakap mcm tu.....bila bab-bab ibadah takkan nak tunggu sampai seru kot. Kalau gi US, Europe, NZ ......boleh plak sampai seru ehh. Kalau ada duit lebih...rezeki lebih...jom cepat-cepat register kat travel agency buat umrah atau haji. Insya Allah satu ajer keinginan aku yg belum kesampaian iaitu menunaikan haji rukun Islam ke lima.

Ok kali ni aku nak citer pasal shopping di sana plak. Cuma satu yang aku nak ingatkan kepada jemaah-jemaah yg hendak ke sana. Tanamkan niat datang tanah harom untuk memperbanyakkan ibadah dan jangan pulak tanamkan niat nak shopping semata-mata. Kalau niat kita dah salah......nanti sampai sana asik nak shopping ajer setiap masa. Sehinggakan nak pi solat di masjid pun liat.....dalam hati kata ahhh solat di bilik ajerlah. Jangan mcm tu yea. Rugi rasanya kalau datang sana tapi bersolat di bilik ajer. Satu lagi....jangan asik pi shopping sampai kepenatan...lepas tu nak pi masjid pun dah tak larat. 

Nak citer kisah benar yang berlaku semasa aku di sana...jemaah ni di bawah travel agensi yg sama tetapi dia sampai awal sikit dari aku. Duk sakan bershopping di Madinah sampai kepenatan...lepas tu boleh plak dia kata kat suaminya "Saya nak solat di bilik lah....saya tak larat penat nak pi masjid". Bila suaminya balik dari masjid.....rupa-rupanya isterinya tu dah terkunci dalam bilik tak boleh buka pintu. Sehinggakan terpaksa minta tolong petugas hotel pecahkan tombol kunci bilik sebab dah stuck kat dalam. Sebab itulah......kita jangan sakan bershopping sehinggakan menjejaskan ibadah kita di masjid. Subhanallah Maha Suci Allah.


ini ialah tempat diraja sebelah masjidil haram

masa ni lepas Suboh....sajer nak tengok apa nak beli di Safwa Shopping Center

sangat merindui tempat ini dan rindu nak solat di sini

lakaran peta Masjidil Haram. Pastikan dari hotel masuk ke pintu nombor apa...supaya senang masa nak keluar dari masjid. Jika tersilap pintu...anda akan keluar di tempat lain..... tak mustahil boleh sesat. Mohon pada Allah supaya dipermudahkan beribadah di sini. Masa di dalam masjid ambil peluang meneroka di segenap sudut masjid....timba pengalaman.

bangunan hotel pencakar langit di kawasan berdekatan Masjidil Haram

di hadapan pintu Abdul Aziz ini ialah bangunan Al-Safwah....bawah tempat shopping dan atas ialah hotel

Al-Safwah



di hadapan ni punyalah ramai peniaga kaki lima

aku mengambil kesempatan ini untuk mengambil gambar semasa urusniaga berlangsung. Secara tiba-tiba seorang gadis Negro peniaga di sini menolak aku dan seperti mahu merampas camera DSLR yg sedang aku pegang ni. Dia cakap dalam bahasa Arab...aku agak2 ajer maksudnya "Tolong jangan ambil gambar kami atau kami ambil kamu punya camera". Aku selamba buat dek ajer dan terus berlalu dari situ. Masa ni Kak Zila tengah duk membeli kat sini. Huisshhhhh ganas betul minah Negro ni....mcm samseng. Aku tau...dorang ni ialah penduduk tanpa sah di sini...so dorang takut kami ambil gambar dorang dan report pada pihak berkuasa. Kalau polis ada kat sini....jangan harap dorang dapat meniaga di sini. Ada sekali aku nampak ada yg kena tangkap semasa dorang sibuk meniaga tanpa disedari polis dah mai. 

tidak dinafikan harga yg dijual di sini lebih murah berbanding beli dalam shopping complex

dalam bangunan Al-Safwah

segala jenis dan jenama jam ada di sini. Aku sempat membeli jam Guess dengan harga 500Riyal (RM425). Kalau di KL harganya ialah RM550. Murah weiiii....tetapi dengan syarat kena pandai tawar menawar. Dorang akan letak harga sangat tinggi....jadi pandai2 lah kita nak tawar hingga berapa. Pastikan anda tahu berapa harga jam tu di Malaysia. Jam yg berharga beribu2 pun banyak. Jangan risau....semuanya adalah dijamin original.

perfume dan minyak attar pun melambak2....

kedai2 dalam ni terlalu banyak 

penjual di sini ramai warga asing yg pandai cakap Melayu.....tetapi taukehnya ialah orang Arab

singgah sebentar di restoran D'saji.....sebab aku nak makan murtabak Arab

Harga murtabak ini ialah 10 Riyal.....boleh tahan sedap.



_____________________________________________________________________


Bersambung hari berikutnya. Kami ada lagi satu ziarah.....kali ni nak pergi ke Masjid Hudaibiyah untuk bermiqot dan ke ladang unta. So after Subuh kami bersiap di depan hotel untuk naik bas. Semasa di dalam bas, aku mengambil kesempatan mengambil gambar Kota Mekah. Aku perhatikan bangunan-bangunan dan penempatan di kota Madinah agak teratur berbanding di kota Mekah. Atas kajian aku sendiri mungkin disebabkan muka buminya yang berbeza. Kota Madinah bentuk muka buminya agaknya rata dan mendatar berbanding di Kota Mekah yang berbukit bukau penuh dengan batu batan. Sebab itu kita boleh lihat di Mekah ni kebanyakannya rumah penempatan di sini di celah-celah dan atas bukit dan kena mendaki agak tinggi juga. Nanti  aku ceritakan pada entry akan datang camana aku sempat singgah di rumah penempatan orang sini.....pancit aku panjat tangga hehehe. 

Menurut mutawif yang menetap di sini....ikutkan kalau duduk lama di sini memang sangat boring sebab permandangan di kelilingi oleh batu batan, bukit dan padang pasir....memang permandangan tak indah sungguh tanpa pokok-pokok kehijauan dan laut yg kebiruan. Tetapi bila mengenangkan baitullah yg sentiasa dekat di hati...menyebabkan para mutawif di sana boleh kekal tinggal lama di sana. 


beginilah keadaan rumah di kota Mekah

kat sini ada banyak terowong bawah bukit.....

lihatlah penempatan rumah mereka......kena mendaki jauh dan agak tidak teratur. Sebab itu sekarang kerajaan Saudi sakan merobohkan kawasan-kawasan tertentu dan membina semula pembangunan yg lebih teratur dan selesa.

Masjid Hudaibiyah untuk bermiqot


Masjid ini terletak di daerah Al-Hudaibiyah yaitu daerah yang berada di perjalanan antara Makkah ke Jeddah. Jaraknya kurang lebih 25 km dari Masjidil Haram. Daerah itu sekarang dikenal dengan nama daerah Al-Syumaisyi. Dinamakan Hudaibiah karena berasal dari nama seorang laki-laki menggali sumur di tempat tersebut, kemudian dinisbatkan daerah itu kepadanya dan diberi nama dengan nama daerah Hudaibiah begitu pula sumurnya. Di dekat sumur terdapat pohon yang cukup rindang, namanya pohon Hadba’.

Di tempat inilah dan di bawah pohon telah terjadi bai’at, tepatnya pada tahun 7 H. Bai’ait ini disebut juga dengan bai’at al-Ridhwan yang dilakukan Rasulallah saw di bawah pohon. Diriwayatkan bahwa Rasulallah saw mengundang orang orang Islam yang bilangannya pada saat itu kurang lebih 1400 orang untuk berbuat bai’ait kepada Rasulallah saw di daerah Hudaibiyah, dan bai’at ini terjadi  di bawah pohon sebagai mana tertera dalam Al-Quran surat al-Fath:18
لَّقَدْ رَضِيَ اللَّهُ عَنِ الْمُؤْمِنِينَ إِذْ يُبَايِعُونَكَ تَحْتَ الشَّجَ

”Sesungguhnya Allah telah rida terhadap orang-orang mukmin ketika mereka berjanji setia kepadamu di bawah pohon”

Di daerah ini pula dan di tahun yang sama telah terjadi perdamaian antara Rasulallah saw dengan orang orang kafir Makkah selama 10 tahun. Yang menulis perjanjian perdamaian pada waktu itu adalah Imam Ali bin Abi thalib ra. Setelah perdamaian berjalan selama 2 tahun, orang orang kafir Makkah melanggar perjanjian trb. Perdamaian ini terkenal dengan nama perdamaian Hudaibiyah.




ini ialah tapak lama Masjid Hudaibiyah (terletak di belakang masjid pada gambar di atas). Cuba tengok batu-batan bangunan ini masih berdiri kukuh - sejak zaman Rasululluh.

ramai plak yg duk menulis sesuatu pada batu tapak bangunan ini



semasa sampai di sini aku rasa mcm tak selesa ajer (terasa mcm datang bulan). Nak gi toilet konon nak check tapi punyalah ramai orang sampai dah tak boleh nak masuk ke dalam. So, aku memang agak dan pasti aku memang tak boleh solat. 

aku suka pic ini...ketika seorang warga Turki bersolat di kawasan tapak lama Masjid Hudaibiyah

lepas jemaah bermiqot di Masjid Hudaibiyah...bas bergerak ke ladang unta pulak. Alahai mcm malas ajer unta ni.

mari kita bergambar dengan unta......adohai busuknya unta ni tak mandi.

bergambar dengan Makcik Ina dan Kak Wahyuna

tempat tidur pengembala unta....

nampak tak tempat berkumpul tu....dorang tengah merasa air susu unta

mari-mari sapa nak rasa air susu unta. Kalau nak beli.....depa akan masukkan dalam botol

susu unta yg fresh dari ladang

masa ni aku tak minum pun ....sajer nak bergambar. Ada orang kata aku mcm mak arab masa ni muahahahah nak tergelak



ok stop dulu....sambung lagi esok.

p/s - membilang hari utk trip yg akan datang awal bulan Mei ini.



27 comments:

@xiM said...

ehem ehem..siapakah gerangnnya..

masa saya pi semua jemaah dalam bas tak mau singgah kat unta so tak dapat lah nak bergambr ngan unta..

saya pi mekah beli jam ada tulisan arab at dalam 60 riyal jer.hehhee

!eNa PnG said...

wah..tak sabar nak tunggu next entry...:) semoga dipermudahkan...

Mie said...

ehem ehem juga ... :)

Ajim, nape tak turun, bukan selalu dapat bermesra dgn unta...

ANR said...

suka jubah Hitam yg akak pakai ke ladang unta. cantik :)

knape x amek gmbar smbil peluk unta? eh LOL

illa said...

alaaaaaa kak leez...
tgh baca sengih2 alih2 kena tunggu lagik :)

Don't Afraid to Try said...

kak leez,

cantik sgt gmbr kak leez masa pg umrah ni...berseri2 jer muke...n akak mmg nmpk kurus dh skrg...

sy suke tgk akak pakai jubah putih n hitam tu...sgt2lah jelita...mmg ptt pun org pggl org arab dh...mmg ada ala2...

Rozita said...

Leez nampak comel dan berseri seri dengan jubah hitam tu. Patutla org kata cam minah arab. Laa..kena tunggu next entry lagi, tak sabar nak tau pasal si jejaka itewwww...

kasihredha said...

ehem ehem jugak

bulan mei nak gi mana?
nak ikutttt :)

Mrs.fRss said...

SIAPAKAH DCTU.. TERCIPTA UTK MU.. HIHIH

Anonymous said...

wah....mamarazi sekarang ni..tengah...di lamun cinta ye...

Unknown said...

Leez bagus juga Leez tulis cam ni...Berkobar2 arang yang baca nak ke sana...Anyway...good luck!!!

Mohd Saad Hamid said...

Assalamu'alaikum wbt

Agak-agak apa ustaz tu doa semasa pegang batu kat atas jabal Rahmah. Hmmm.

Leez M. Saaid said...

axim-

ehem..ehem..

rugi tak turun sbb kat mesia belum tentu boleh jumpa unta ahakss!!

Leez M. Saaid said...

iena -

ramai betul yg tak sabar....saya plak letih nak ingat satu persatu citer ni hehehe..

Leez M. Saaid said...

Mie -

naper awak pun nak ehem..ehem.

oklah...sy pun nak ehem..ehem jugak ahaksss

Leez M. Saaid said...

aqilah -

jubah tu beli di KL ajer....dtg dari dubai rasanya.

tak kosa nak peluk unta yg busuk tak mandi tu...heheheh

Leez M. Saaid said...

illa -


hehhe....jangan terlebih sengeh nanti masuk lalat hahha.

sabar yea menantikan citer ini...

Leez M. Saaid said...

baya -

jubah tu colour hitam sebab tulah nampak mcm dah kurus...heheh
tapi memang sejak balik akak turun 3 kg gak....pelik pun ada sebab kat sana makan tak skip punya.

Leez M. Saaid said...

Rozita -

nampak nya org lagi suspen nak tau kisah si dia yea....

ni nak kena tukar tajuk...Telenovela Di Bumi Haram ...hehehe

Leez M. Saaid said...

Kak hanim -

bulan mei nak gi ke negara yg akak dah gi...tp sy belum pergi...cuba teka.

Leez M. Saaid said...

Mama'cfa -

doakan yg terbaik utk sya yea...hehehe. Thanks sudi membaca cerita telenovela ini hehehe.

Leez M. Saaid said...

kak chah -

sambil menulis kita beramal....senangkan nak dapat pahala.

Leez M. Saaid said...

Mohd Saad -

salam..

ntah sya pun tak tanya apa yg dia doa. Itu urusan dia dengan Allah.

Fatt said...

tersenyum2 sendiri. leez, sy doakan yg terbaik utk awk. tapi gaya mcm remy ishak..hehe..yeke? :)

mana tahu pertemuan ini telah ditentukan oleh Allah. sama2 kita doakan yg terbaik :)

mamaton said...

Salam leez,
Akak insyaalah akan ke sana bulan mei nanti, tu la sbb dok browse blog insan2 yg penah ke sana, memang terbaik entry leez semua, pic semua awsome. Dalam dok syahdu...tetiba ada telenovela la pulak..hehehe..apa apa pon leez the best..doa yg terbaik utk leez.

Leez M. Saaid said...

fatt -

thanks mendokan utk aku hehehe.
ada sikit2 jugak muka dia mcm remy ishak tu...kurus tinggi sawo matang...sama ajer

semoga dia yg terbaik utk aku

Leez M. Saaid said...

mamaton -

semoga akak selamat sampai ke sana Insya Allah.

thanks kak...mendokan utk saya.