Ads

March 30, 2012

Kembara Umrah 2012 : Mekah Part 2 (Masjidil Haram)





Salam semua pembaca.
Bersambung lagi cerita di Tanah Harom Mekah.
Hari kedua kami di Mekah. Pagi tu selepas Suboh aku plan nak buat umrah untuk kali kedua. So, dah berjanji dengan teman-teman sebilik nak pergi bermiqot di Tanaim. Memandangkan kami baru first time nak ke Tanaim, so mintak tolong Ustaz Muhammad carikan van untuk ke sana. Perjalanan mengambil masa 20 minit macam tu. Tanaim ini terletak luar daripada tanah harom.....dan kami kena bermiqot di situ. Tambang pergi baik naik van ialah 10 Riyal.

Lebih kurang 10 orang jemaah berkumpul di depan hotel aku dan sama-sama naik van pergi ke Tanaim ni. Ustaz Muhammad turun sekali carikan van tetapi dia tak pergi pun. Apabila sampai di Masjid Tanaim kami terus menunaikan solat sunat ihram 2 rakaat dan berniat ihram sekali. Lebih kurang jam 9 pagi kami dah sampai semula ke Tanah Harom dan terus masuk ke Masjidil Haram. Kali ni aku dah standby membawa compact camera dalam pocket seluar panjang (dalam jubah). Selalunya kat Pintu Abdul Azizi memang ada petugas masjid yang akan memeriksa beg dan baju jemaah. Pintu lain tak periksa pun. Sekarang ni dah bebas sedikit berbanding zaman aku gi dulu....memang sangat ketat tak boleh bawak masuk camera dan hp.

Kesempatan yang ada aku sempat snap gambar kaabah dan gambar sendiri pun ada. Syukur Alhamdulillah ada gak kenangan aku di depan kaabah. Ambil pakai compact camera ajer. So, kualiti gambar tidak begitu bagus sangat.



seniukiran di dalam Masjidil Haram

selepas selesai bertawaf.....terus solat sunat tawaf di belakang makam Nabi Ibrahim. Lepas tu berdoa di hadapan pintu multazam....insyaAllah doa dimakbulkan

yang ada pintu warna emas di kaabah itulah pintu multazam....jika kita berdoa di sini Insya Allah akan dimakbulkan

Masjidil Haram ini tiga tingkat. Disekeliling masjid masih lagi kelihatan bangunan pencakar langit sedang dalam pembinaan. Jika dah siap nanti....maka pembangunan di Mekah ini akan lebih teratur.

jemaah wanita memang tak dibenarkan solat di kawasan ini. Kalau dapat solat sunat pun boleh sekejap ajer. Lepas tu dah kena halau. Sian kan kami jemaah wanita ni.
gambarku bersama kak wahyuna

gambar kenangan di kaabah.

semasa aku berada di Mekah muka aku habis kekeringan dan mengelupas teruk. Bibir pun jadi hitam...errkkkkk tak cun langsung. Tapikan muka mcm ni pun ada yang nak tackle hahahaha. Semasa di Madinah pulak.....cuaca sejuk dan muka aku jadi kemerah-merahan. Sehinggakan ada yg kata aku gi solat pun pakai blusher uolssss. 

ketika ini jemaah sangat ramai.....mcm haji suasana nya

masa ni aku tak turun bawah pun.....ambil dari dalam masjid.

kalau tak silap aku...ketika ini aku membuat umrah yg ketiga. Jemaah terlalu ramai sebab orang Arab tempatan turun Mekah utk buat umrah. Masa ni hari Khamis....sebab depa cuti umum hari Khamis dan Jumaat.

kaabah tersergam indah di tanah harom



selepas habis saie....aku berjalan mengelilingi masjid ini sambil snap gambar mana-mana yang menarik. Yang ni pulak kawasan jemaah lelaki.

ini pula kawasan jemaah wanita....sementara menunggu azan zuhor

tong air zam zam berada di mana-mana sudut. Minumlah sebanyak mana nak minum. Aku siap bawak bekas air untuk isi air zam zam bawa balik hotel

tempat letak kasut di dalam Masjidil Haram

 di dalam Masjidil Haram

 ni kat tingkat bawah....tempat ambil wuduk dan minum air zam zam

 Al-Quran banyak disediakan di sini. Aku sempat wakaf sebuah Al-Quran di sini dan masjid nabawi.

Al-Quran kecil ni memang aku bawa dari rumah....kepunyaan arwah papa masa dulu arwah beli kat Mekah juga. 

sementara menunggu azan....masa dihabiskan dengan membaca a-Quran

kurma ini adalah pemberian sedekah daripada warga Arab di sana...syukran Alhamdulillah.



Ok stop dulu.............sambung nanti yea...hehehehe






35 comments:

Anonymous said...

Assalam

Maaf bertanya..

Tak rasa bersalah ka pergi SANA dgn kening di cela?

Anum said...

besarnya pengalaman

Mie said...

Posing tu memang tak lari... mantap

Dulu tak terfikir pun nak ambil gambar banyak2, sbb blum memblog... :D

Doakan yang baik2 buat Liz dihari2 seterusnya...

croft said...

kak leez...

seronoknya dengar cerita akak kat tanah suci.

kita doakan yg terbaik utk akak & *dot*...hehehe

p/s: silent reader je...

Muja.. said...

Salam ..
Membaca entry akk ni, buat hati sy sayu & berkobar2 nak menziarahi tanah suci Mekah.. Insyaallah..

kasihredha said...

bestnya baca story dary mekah ni...rinduuu sangat2 nak kesana lagi..doakan akak ye leez :)


psssttt...aduhaiii indahnya kisah cinta ini...di tanah harom lagi.

lezz...akak ada buat n3 pasal FM yg leez kasi di sini
http://kasihredha.blogspot.com/2012/03/mail-fm-and-gift.html

!eNa PnG said...

Subhanallah kak....Syukur...:D

Rozita said...

Wahhh leez.. part yg last tu, I pun tersenyum sendiri baca catatan u ni...moga itu penanda baik, dan diakhiri dgn berita yg menggembirakan, aminnnnn...

Anonymous said...

Best nye...smoga dipanjangkan jodoh...say suke bace blog akak....

~YaNa~ said...

salam kak leez.. sy ni peminat setia blog kak leez. dh lame sy follow blog ni n dh menjadi rutin harian tp x penah komen pun.. just silence reader shj.. x sabar nk tggu next entry kak leez..

~YaNa~ said...

salam kak leez.. x sabar la nak tunggu next entry.. :)

Unknown said...

Salam Leez...Kak Chah nak tabik kat Leez yang berjaya jadi mamarazzi..Terimbau kembali kenangan sewaktu di sana...Insyaallah Leez kalau memang dia yang ditakdirkan untuk leez...jodoh takkan kemana..akak doakan yang terbaik untk Leez

Chik Na said...

chik na pun baru balik umrah 19 mac hari tu, tapi dah terasa rindu nak ke sana lagi

hidayahrodhi said...

wah akak!harap2 lepas ni boleh la jadi macam irma hasmie, bertemu jodoh di tanah harom. Amin.

Zaridi said...

membaca catatan saudari membuatkan saya tak sabar menunggu tarikh 11 april. insya allah akan bermusafir kesana nanti.

Azian Elias said...

YA ALLAH Leez,

seronok nya..INSYALLAHHH akan ke sana gak akak n family nanti..

Anonymous said...

wah...mamarazi kelas gitu bertemu jodoh mekah.....

azanov said...

alhamd.. cite u bersama si dia nih suspen betul la.. mbuat followers u ni xsabar tunggu episod seterusnye.. =)

(macam dalam Lawak Ke Der, "hatiku hatimu.." sambil gerak2 tangan depan muka... hehehe)

finizaini said...

semoga 1 hari nnti sya dimurahkn rezki agar dpt menjejak kn kaki kesna...

Leez M. Saaid said...

Anum -

pengalaman yg sgt indah....

Leez M. Saaid said...

Mie -

berposing tu sudah semestinya di mana sajer saya berada hehehe.

Dulu masa sy first time pergi pun belum pandai berblog...so gambar tak banyak. Kali ni saya mengambil peluang yg ada...sehinggakan ada yg terkejut tgk DSLR saya tu hehehe.

Leez M. Saaid said...

croft -

thanks menjadi pembaca blog ini.
teruskan membaca blog ini yea...appreciate it.
Thanks mendoakan kami juga

Leez M. Saaid said...

Muja -

tanamkan niat dan berazam utk mengunjungi tanah suci ini.
Semoga apa yg diimpikan tercapai Insya Allah.

Leez M. Saaid said...

kak hanim -

hehehe...kenangan di tanah suci yg sgt sangat indah dapat sy rasakan termasuk kenangan kisah telenovela di sana.....

Leez M. Saaid said...

Iena -

yea akak pun rasa syukur sangat...

Leez M. Saaid said...

Rozita -

doakan yg terbaik utk kami yea. Suatu awal petunjuk yg tidak disangka2 berlaku di sana.

Leez M. Saaid said...

Anony -

bagitaulah nama...hehehe.
Thanks baca blog ni....sgt menghargainya.

Leez M. Saaid said...

Yana -

ooo silent reader yea....rajin2lah bagi komen hehehe.
Thanks yea sudi baca blog i ni.

Leez M. Saaid said...

kak chah -

sy memang suka jadi mamarazzi...sejak dari dulu lagi hehehe.
Thanks kak...doakan yg terbaik utk saya.....

Leez M. Saaid said...

Chik Na -

wahh sama lah baru balik yea...
nanti sya singgah blog u

Leez M. Saaid said...

Hidayah -

Insya Allah...semoga ini jodoh yg terbaik utk saya. Doakan yea..
thanks

Leez M. Saaid said...

Kak yan -

semoga termakbul doa akak...Insya Allah.

Leez M. Saaid said...

Azanov -

heheheh..suspen ke?
Sya pun suspen gak masa nak menulis citer ni....takut ramai yg tak suka hehehe.

Leez M. Saaid said...

fini-

Insya Allah....bykkan berdoa semoga dapat sampai ke sana.

Leez M. Saaid said...

Anony -

hahahaha....belum lagi tu.
Kalau ada jodohnya Insya Allah tak ke mana....