Ads

April 18, 2012

Day 1 : Journey to Kedah - Penang - Perlis


Salam kawan-kawan semua.
Sejak 2 hari lepas tetiba aku rasa macam artis plak selepas menerima mcm2 message from my blog readers...sama ada message yg datang drp bahagian comment blog, email, sms dan FB. Ramai yang sudah mula memperkenalkan diri setelah sekian lama duk menyorokkan identiti masing-masing hehehe. Appreciate it!!! I tau ramai jugak stalker kat sini. Ada yg mengenali me personally (kawan, sedara, opismate, jiran) but diam2 kucing duk jadi pembaca blog ni. Hello korang....stalk me senyap2 eh!!!! Anyway, hasrat untuk private this blog tu...let me think first. Kalau i private pun korang still can read my blog...cumanya i kena tapis dulu. Itu ajer syaratnya. Kepada yg tidak berkenaan....you're not allowed to enter this blog. Tengoklah nanti camana.

Ok stop kita citer pasal trip aku ni plak. Seminggu lepas balik dari umrah hari tu aku berjalan-jalan pulak ke utara tanahair sebab menghadiri wedding my opismate. Ikutkan malas nak pergi sebab masih lagi kepenatan. Tapi Kak Rosecun my opismate kata...jomlah sebab dah ada accomodation free kat sana. Hmmm.....penat lagi actually. Oklah...demi kawan2...aku pergi jugak. Yang penting aku malas nak drive....tumpang kereta kawan ajer.

Kami bergerak malam after office hour. Sampai rumah lepas balik kerja masa tu lah aku baru nak packing baju. Main capai ajer mana2 baju yg aku sempat capai. Sampai di Sg Petani jam 2 pagi. Tidur jap...then bangun utk solat Subuh. After that tidur balik heheheh. Bangun and bersiap ke wedding tu. Kami stay di Cinta Sayang Golf Resort di Sg Petani. Wedding tu pun berlangsung di sana.


pintu masuk ke Cinta Sayang Golf Resort....boleh nampak signboard ini



dapur kelass...tp sayangnya kami x guna pun sbb busy di luar

bilik kami dah huru hara tak sempat nak snap gambar...so aku snap bilik yg ni ajer...

wedding opismate di Cinta Sayang Sg Petani....meja santapan pengantin

pelamin pengantin cantik....tapi tak sempat nak ambil gambar pengantin sebab sibuk bersantap hehehe

bersama teman-teman tersayang sementara tunggu pengantin sampai. Lapor sgt masa ni sebab kami tak breakfast pun huhuhu. From left : Mai, me and Rosecun

From left : Azie, Rosecun and Mai...

lepas habis wedding tu kami balik semula ke bilik hotel untuk menukar baju pulak....apa kelas jalan2 pakai baju kurung kan ahaksss!!! Ke mana arah tujuan kami?? Kami menuju ke Alor Setar pulak. Perghhhh dah bertahun2 aku tak jejak Alor Setar. Rindu plak kat tempat ni. Byk kenangan aku di sini...salah satunya di sini lah aku kenal dgn seseorg. Masa tu aku bertugas luar di sini...jumpa mamat ni di office dia. Perghhh hensem gilos mamat ni dan anak org kaya plak tu. Sempatlah bercinta sekejap beberapa bulan...pastu kami terpisah jua akhirnya atas beberapa faktor yg agak peribadi. Kenangan mengusik jiwa. 

kami pi Alor Setar sebab nak membeli jajan di sini. Ibuku suka dodol di sini...sedap katanya.

wahhh....macam2 ada jual di sini. Dulu tidaklah sebanyak mcm ni makanan2 yg dijual.

jom kita membeli belah. Aku beli skit utk family di rumah.

serunding pun ada....yg aku beli ni kureng skit rasanya

jeruk pun ada uolsss...dulu rasanya takda. Tapi aku tak beli pun...jeruk yg ada kat rumah pun tak habis lagi huhuhu.

ok aku beli ikan pekasam ni. Dah lama tak merasa sebab dulu arwah papa memang rajin beli pekasam ni.

next...kami tetiba rasa lapar plak. Apa lagi..jom kita cari laksa paling sedap di Alor Setar. Member kata laksa teluk kechai sedap kat sini. Kalau nak gi sini...kena ikut jalan menghala ke Kuala Kedah. Kat tepi jalan tu leh nampak gerai laksa ni...byk kereta parking tepi jalan.

laksa ni terkenal di AS. Aku tengok org datang berduyun-duyun ke sini. Sedap ke? jom tengok gambar di bawah

inilah rupa laksa teluk kechai. Masa sampai aku tengok....kenapa mcm cair ajer kuahnya. Ooooo rupanya kena kacau dulu dgn yg warna kuning kat atas tu. Then...barulah nampak kepekatan laksa ni.  barulah aku tau.

Secara jujur aku cakap laksa ni so-so ajer. Lagi sedap laksa yg mak aku masak uolsssss. Mama punya laksa tetap yg terbaik!!!!!

kedai laksa ni dibuat depan rumah ajer......


Selepas kami makan laksa.....kami tak tau nak pi mana kat Alor Setar ni. Terkejut jugak aku tengok kepesatan pembangunan di sini. Traffic jem wallaaaaa. Dulu tak mcm ni. Skrg ni fuhhhhhhh....jem uolsss. Itu maknanya lama sungguh aku tak mai sini. Yelah nak mai sini pun takda apa2 tujuan kan.....sebab tu jarang dtg.

Seterusnya nak tau ke mana kami pergi??? Kami terus shoot ke Penang. Hahahaha.....kelakar tak? Boleh plak dari Alor Setar turun balik ke Penang. Malam minggu kat Penang happening skit kan. Kami terus ke pulau nak mencari Restoran Kapitan Keling di Jalan Chulia. Sib baik GPS membantu kami ahakssss. Kami lapaq lagi uolsss....kali ni nak makan roti nan dan ayam tandoori plak.


aku rekemen member2 makan ayam tandoori ni....semua kata sedap huhuh.

masa kat sini terjumpa kawan yg menyertai Cabaran Sihat last year.....juara tu. Wahhhh terkejut tgk dia dah kurus uolsss. Hadi ke Penang sbb nak joint larian malakoff esoknya di sini.


Lepas kekenyangan....kami berjerak ke Padang Kota Lama pulak untk menikmati angin laut di sini. Ramai betul yg melepak di sini. Memang plan tak nak makan apa2 di siini. Tetiba ternampak blogger terkenal Azim duk check-in di sini jugak. Wahhh kebetulan pulak. Dia baru nak dinner bersama2 teman2 lariannya di sini. So, aku singgah jap kat gerai di sini. Sempat berborak kejap dengan Azim dan kami ada order sotong kangkung dan air. Masa ni gerai pun dah nak tutup...patutlah dah pukul 12 malam rupanya. Huhuhu.

Then, kami bergerak semula ke Sg Petani. Lebih kurang jam 2.30 pagi jugak sampai di sana. Apalagi pas tu kebabommmmmmmmmm. Tunggu apa plan kami keesokan harinya kay.


p/s - tetiba terfikir nak wat percutian bersama pembaca-pembaca blog ini. Nak joint tak??




30 comments:

Fazlinil Irma said...

waahh.. macam best je ajakan yg terakhir tu..! :)

akak roosni said...

salam.
mcam best aje cadangan..jganlah blog blog ni..akak ni buta it sikit nanti nak msuk tak reti...

Thisomimie said...

yezza i'm your stalker...hehehe..takedelah actually suka baca trip2 akak..ade yg saya jdkan panduan utk trip saya jugak.
Laksa Teluk Kechai tu mmg kureng skit..ade satu lg laksa yg glamer kat Balik Pulau..Laksa Janggus..tu pun so so je...kesimpulannya laksa terbaik adalah laksa mak masing2 ok!

ANR said...

nak. ok Bye. LOL

Anum said...

seronoknya cuti2

Anonymous said...

nakk nakkk.

Don't Afraid to Try said...

kak leez...klu xpyh amek cuti syiok jugak..

gile marathon sg petani, aloq setaq n penang...pergh...

chek ada kenangan dgn semua org dr belah utara...penang, kedahh(sg petani) n last perlis...tp mmg xdak jodoh dgn org utara rasanya...
konon esok sng nk balik kg sbb dekat..

walaupun sy org utara...tp sy mmg xsuke sgt mkn laksa...mmg xblh masuk sgt...tp klu bg laksam, laju masuk tekak...mmg kedah murtad lah sy ni..tp nasi kandaq n pasemboq chek suka, tetap di hati..

zila@akulovetravel said...

Cun la kakrose cun tu..kirim salam kat dia..hehe

Anonymous said...

ala , jgn lah nak blok...saya suka baca blog nie,selain menjadi panduan untuk jln2,cara penyampaian pon best

shazima said...

Baca blog u rasa cam bc novel...sentiasa tak sbr nak tunggu cerita seterusnya.

syieda said...

ok set saya nak ikut... ke ke ke ke ke.

Rozita said...

Ayat last tu... ajak sungguh sungguh ke, ajak ajak ayam jer leez ? Kalau kebetulan I free, nak gak join sekali

sepul said...

hai saya peminat setia awak taw.. minaatttt sangat. muah muah

Leez M. Saaid said...

Fazlinil -

Insya Allah...tengah plan ni. Jommm!!!

Leez M. Saaid said...

Akak Roosni -


Jom kak..nak joint tak?
Pasal nak blok tu....nanti sy pertimbangkan. Akak jgn risau...still leh masuk blog saaya.

Leez M. Saaid said...

Mimie -

wahhh siap mengaku stalker yea..hehehe.
thanks sudi layan blog i yg tak seberapa ni.

mmg biasa2 ajer laksa teluk kechai tu. Yea betul...laksa mak masing2 jugak yg terbaik kan.

Leez M. Saaid said...

Aqilah -

Nak apa?
Ok bye...

Leez M. Saaid said...

Anum -

cuti2 menghabiskan duit lah anum hehehe.

Leez M. Saaid said...

Fara -

nak apa?
cuba ceciter terang2 skit hehehe.

Leez M. Saaid said...

baya -

tulah...marathon 3 negeri sekali gus. Sebab jadi co-pilot akak ok ajer. Tapi kalau jadi driver....hmmmm malas nak drive.

Akak mmg suka laksa my feveret. Tapi laksa mak sendiri tetap paling sedap.

Leez M. Saaid said...

zila -

kak rosecun ni mmg sgt cun melecun. Ok dah sampaikan salam tu

Leez M. Saaid said...

shazima -

hehehe ye ke mcm baca novel?
pas ni kena tukar bidang jadi novelis lah kan..hehhe
Tapi bahasa i huru hara skit...

Leez M. Saaid said...

syieda -

ok jom...
cepat ajer awak kannn...

Leez M. Saaid said...

rozita -

ajak sungguh2 tu tau....bukan main2.
tgklah sy tgh plan mana nak gi...

Leez M. Saaid said...

sepul -

yor lah tu...errkkk
sy pun peminat blog awak tau....masa baca terasa lazat hingga menjilat jari.

Leez M. Saaid said...

Anony -

hmmm...sapa nama eh?
bagitaulah nama...
nanti sy nak private blog ni....susah tak tau nama.

mass suhaimi said...

salam leez, sya mass suhaimi... mintak sgt jgn blok blog leez ni tp klu private pun mntak2 la diri ini di greenlightkan sbb njoy sngt layan stiap citer pjlnn, mknn, environmnt rasa mcm national geography pun ada!tp yg penting blog leez ni la satu2nya sumber rujukn saya utk mlancong k ssuatu destinasi... really helpful! pympaian bhsa wlpun caca marba tp at least mudah dfahami n fun!!! paling best layan pjlnn kembara umrah leez d FB, sayuuuu sngt! keep on blogging friend! ;-)

Anonymous said...

Wah..bestnya boleh saya joint skali? Sy pun suka baca blog leez specially bantu sy klau nak rancang bercuti ngan family. tq

Bariah said...

Wahh...bestnya nak joint skali bole?
Sy suka baca blog leez sbb bantu sy bila nak gi cuti ngan family. tq

syieda said...

hahahhaha.. kita part jalan2 ni memang cepat jek.. kekekkee