Ads

December 31, 2015

Jom Ikut Saya Kembara ke Bumi Uthmaniah-Turki 10H 7M 2016


Salam semua.

Yang ditunggu-tunggu dah tiba.
Saya menawarkan pakej menarik ke Turki dengan harga yang sangat berpatutan dan tidak dapat di mana-mana travel agent. Rugi lah kalau tak ikut!!!

Tarikh : 17 - 26 September 2016
Masa : 10 hari dan 7 malam

Harga : RM 4,450 (full board)

Bayaran deposit RM500 (selewat-lewatnya awal bulan Februari 2016)

Jika berminat, sila hubungi saya segera di email syarliz.saaid@yahoo.com atau whatsapp 013-3305023


ATURCARA :


Hari 1: KL-Tehran
Berkumpul di KLIA 3 jam sebelum waktu berlepas ke Tehran, Iran. Transit di sini selama 3 jam.


 Hari 2: Tehran – Istanbul    (L/D)
Transit di airport sebelum menyambung penerbangan ke Istanbul selama I jam 30 minit. Tiba di Istanbul, rombongan akan disambut oleh wakil kami disana. Kita mulakan lawatan di kota Istanbul dengan mengunjungi Blue Mosque. Anda boleh saksikan keindahan senibina dalaman masjid ini. Kemudian kita singgah di Hippodrome Of Constantinople untuk melihat kesan gladiator pada zaman dahulu. Kemudian melawat ke Topkapi Palace, di sini peserta rombongan boleh melihat kesan peninggalan beberapa barangan peninggalan Rasulullah seperti janggut, kesan tapak kaki, pedang dan sebagainya. Selepas itu, rombongan akan bertolak ke Bursa dengan menaiki ferry.
Makan malam dan bermalam di Bursa.


 Hari 3: Bursa - Kusadasi    (B/L/D)
Lawatan di bandar Bursa antaranya Ulucami (Grand Mosque), masjid ini amat terkenal dengan tulisan khat yang sungguh indah di dalamnya. Kemudian melawat ke Koza Han atau Silk Cocoon Market. Masa bebas untuk membeli-belah barangan berasaskan sutera di sini. Sambung lawatan ke Cumalikizik Village untuk menyaksikan keindahan perkampungan tradisional Turki. Selepas itu rombongan bertolak ke Kusadasi. Singgah di kedai produk buatan Turki iaitu Apple Tea & Turkish Delight.
Makan malam dan bermalam di Kusadasi.                                                                       


Hari 4: Kusadasi – Ephesus – Pamukkale    (B/L/D)
Selepas sarapan sebelah pagi kita akan membeli belah barangan kulit berkualiti di Populer Leather Factory. Kemudian kita bertolak ke Ephesus untuk melawat  Ephesus Ancient City, di kawasan kota kuno ini peserta akan dibawa melawat Library of Celcius, The Odeon, Grand Theater, Temple of Hadrian dan lain-lain. Kemudian sambung lawatan ke Isa Bey Mosque di Seljuck.  Selepas itu akan sambung perjalanan ke Pamukkale untuk melawat ke Cotton Castle serta kota lama Hierapolis dan Necropolis
Makan malam dan bermalam di Pamukkale.


Hari 5: Pamukkale – Konya - Cappadocia   (B/L/D)
Selepas sarapan rombongan bertolak ke Konya dan singgah ke Ancient Caravanserai Sultanhani iaitu merupakan tempat persinggahan pedagang semasa laluan sutera pada masa dulu. Selepas itu sambung lawatan ke Mevlana Cellaludin Rumi Museum di mana Mevlana merupakan pengasas tarian sufi berputar iaitu whirling derwish. Kemudian sambung lagi perjalanan ke Cappadocia
Makan malam dan bermalam di Cappadocia.


Hari 6: Cappadocia   (B/L/D)
Aktiviti hari ini lawatan dan membeli belah seharian di bandar unik Cappadocia. Di  antaranya ke Underground City Of Serhati, Pigeon Valley, Mushroom Valley, Camel Rock, Garome Valley, Uchisar Castle, Avanos Pottery Village dan Turkish Carpet Factory, kembali ke hotel.
Acara pilihan sebelah pagi - Hot Air Baloon USD220 seorang
Acara pilhan sebelah malam - Turkish Traditional Folkshow USD55 seorang


Hari 7: Cappadocia – Ankara – Bolu    (B/L/D)
Selepas sarapan bertolak ke Ankara. Perjalanan ini melalui Salt Lake untuk melihat tasik garam semulajadi. Sebaik tiba di Ankara rombongan akan dibawa melawat ke Mustafa Kamal Atarturk Museum. Anda akan saksikan kesan-kesan pemerintahan beliau yang membawa kepada pembentukan kerajaan sekular di Turki. Kemudian ikuti city tour dan membeli belah barangan cenderahati di bandar Ankara. Sambung perjalanan ke Bolu.  Makan malam dan bermalam di Bolu.


Hari 8: Bolu - Istanbul    (B/L/D)
Selepas sarapan bertolak ke Istanbul. Tiba di Istanbul singgah membeli belah di Spice Market dan kemudian lawatan menaiki Bosphorus Cruise Ferry menyeberangi selat Bosphorus. Anda akan saksikan keindahan bandar Istanbul dari dalam feri ini. Rombongan diberi masa bebas membeli belah di Grand Covered Bazaar di mana terdapat lebih 4000 buah kedai di dalam dan merupakan bazaar tertutup terbesar didunia. Kemudian singgah ke New Istanbul iaitu Taksim Square
Makan malam dan bermalam di Istanbul.


Hari 9: Bolu – Istanbul – Tehran – Kuala Lumpur   (B)
Selepas sarapan rombongan di bawa ke airport untuk mengambil penerbangan pulang ke Kuala Lumpur melalui Tehran.


Hari 10: Kuala Lumpur                                            

Rombongan akan selamat tiba di Kuala Lumpur pada jam 10.20 pagi bersama kenangan manis di bumi Turki.




 Blue Mosque - Istanbul


 Topkapi - Istanbul


 Ephesus Ancient City - Kusadasi


 Cotton Castle - Pamukale


 Grand Mosque - Bursa


 Cappadocia


 Hot Air Ballon (optional) - Cappadocia


 Turkish Traditional Folkshow (optional) - Cappadocia


 Mustafa Kamal Atarturk Museum - Ankara


 Bosphorus Cruise Ferry - Istanbul





 Caravanserai


 Spice Market - Istanbul


 Spice Market - Istanbul


Grand Bazaar - Istanbul



Jom...hubungi saya sekarang!!!!





3 comments:

Anonymous said...

Salam Leez,

Kalo nak bawa bapa boleh tak? Maksudnya bawa lelaki. Ada kah Leez akan membuat lawatan kembara keTurki pada 2017 kerana kak tak dapat nak join trip nie kerana akan ke Eygpt menghadiri konvo adik.

Terima kasih. Kak Zainab Kuala Lumpur

Leez M. Saaid said...


Kak Zainab,

Trip ni campur lelaki dan perempuan. Kalau nak bawa bapa pun boleh kak. Insya Allah akan ada trip turki lagi pada tahun 2017.

HaSa said...

FUll board maksudnya All in ye?