Ads

December 16, 2015

Day 3 : UK & Paris Roadtrip - HRC Paris & Eiffel Tower


Salam semua. 
Masih lagi di hari ke -3 di bumi Paris.
Selesai sudah bershopping di Gallery Lafayette...tetiba rasa perut lapar berkeroncong. Bila cuaca sejuk dan banyak berjalan pulak tu, sudah tentulah mudah lapar. My brother asked me kat mana kita nak makan ni. Aku cakap...jom kita gi HRC dulu...kat  area sana memang banyak restoran. Lagipun kita nak jimat masa. Ikut schedule sepatutnya jam 1 tengahari kami dah bergerak ke tempat lain. Tapi sudahnya asik bershopping terlajak ke jam 2 petang. Nak jimat masa punya pasal...my brother kata kita naik cab ajer. So...mobilis ticket yang kami beli sebanyak EUR7 tu hanyalah digunakan sekali ajer. Kalau tau...sejak awal lagi kami naik cab. Actually cab di sini bukannya murah pun...tapi disebabkan kami pergi berempat...memang berbaloi lah...takat nak jimatkan masa. Kalau naik Metro train tu agak lambat juga sebab from one place to another place memang agak jauh jugak distancenya.



Ni pic masa shopping handbag Longchamp di Gallery Lafayette



berebut-rebut uolssss. Nak minta tolong SA ambilkan beg pun take time. Tengoklah...kebanyakkannya muka orang Asia. 


 beratur untuk bayaran.



Kami sampai di HRC Paris, tanpa membuang masa terus pilih baju yang berkenan di hati. Oh yea lupa nak bgtau. Sebelum kami fly ke UK ni, En Bos telah membuka order kepada sesiapa yang nak order HRC tshirts or merchandise especially kepada group member HRC. Kami telah senaraikan nama-nama lokasi HRC yang kami akan pergi. Untuk HRC Paris ni nasib baik tidaklah ramai sangat yang order memandangkan tempat ini memang selalu dikunjungi oleh peminat HRC. Kalau tempat yang rare tu...memang banyak giler order yang kami terima.


Macam lipas kudung kami memilih HRC tshirt untuk diri sendiri. Lepas bayar terus chow dari situ hahaha. Then...kami berjalan kaki dari satu restoran ke restoran untuk melihat menu yang sesuai untuk dimakan. Akhirnya kami memilih restoran ni yang ada jual pasta dan spaghettie.  Tengah makan my En Bos tetiba cuit kat kaki aku....dia tunjuk jam tangan. Oooo dia suruh cepat makan sebab nak gerak ke Eiffel Tower pulak. Plan kami nak berada di sana masa siang dan malam. Masa ni keadaan cuaca hampir nak malam dah. Lepas makan....kami terus tahan cab again untuk ke sana. 





HRC Paris








design ini yang menjadi pilihan kami berdua.






 tu dia...siap seorang 1 bag hahahaha.


kami makan spaghettie di restoran yang berhampiran dengan HRC Paris....selang beberapa buah kedai dari HRC jer.






Masa kami naik cab ni...kami bgtau driver untuk turun di kawasan Trocadero dekat dengan area taman sebab kami nak ambil gambar Eiffel Tower dari jarak jauh. Nasib baik cab driver tu faham maksud kami. Maklumlah orang sana bukan semua faham bahasa Inggeris. Dari dalam cab bila kami nampak jer kelibat Eiffel Tower mcm gambar di atas semuanya menjerit happy hahahaha. Lepas turun dari cab...tetiba driver tu tanya..Muslim? Yesssss...we're Muslim aku jawab. Rupanya dia nak bgtau dia pun Muslim. Mula2 dia tak perasan sebab kami yg pompuan pakai tudung duduk di belakang. Bila kami keluar dari cab barulah dia perasan. Punyalah dia happy hehehe.

Untuk pengetahuan sesapa yang hendak ke Eiffel Tower dengan menaiki Metro train. Anda boleh turun di station Trocadero (untuk ambil gambar dari jauh seperti gambar2 aku di bawah) atau di station Champ de Mars dan station Bir Hakeem (utk melihat Eiffel Tower dari jarak dekat)



 kami kena berjalan kaki sikit...nampak taman yang agak mendaki. Fuhhhh nampak Eiffel Tower depan mata....happy semua orang. En Boss macam tak percaya jer. Sebab sebelum ni dia hanya nampak Eiffel Tower depan mata masa kek perkahwinan kami jer..hehehehe. Yang ini real punya uolsss.


 perasan model plak my brother ni. Layankan ajer. Bila anak tak bawa...ginilah jadinya hahaha.


masa kami sampai ni masing-masing sibuk dengan camera hp masing-masing. I layan diri dgn hp sendiri jugaklah. Maka terjadilah selfie ini.


suka plak tengok gambar ni..sebab pakai baju warna hitam...looks so elegant muahahaha.


adegan lentuk atas bahu plak dah. Dah namanya City of Love...kannnn!!!!


Ini bukan selfie...ada yg tolong ambilkan gambar aku huhuhuh



tu dia...macam2 aksi telah berlaku. 



muahahahaha...opssss tetiba kan. Cik Ta dan Zain tengok kami sure menangis ni...hikss!!!!


bawalah daku terbang ke atas puncak Eiffel Tower tu wahai cik abe. 



romantiklah sangatkan...hari dah mulai gelap....maka Eiffel Tower dah start bercahaya. Best sangat moment ini di mana sedikit demi sedikit  akhirnya semuanya bercahaya.



landing kat rumput plak dah.






tolong jangan muntah tengok aksi kami berdua. Hanya di sini ajer...kat tempat lain tak buat lagi yea.



aksi paling rare!!!!! Uols mampu ke dukung suami??? Hahahaha...i jer yg mampu tau!!!








Dah mulai gelap gelita...makin lama makin cantik plak aku tengok.



Dah puas bergambar dgn Eiffel Tower kami pun bergerak dari sana. My brother tanya aku...lagi berapa jam kita nak ke Gare de Nord Station. Aku jawab ada lagi 2 jam setengah....maknanya jam aku ketika itu menunjukkan jam 4.30 petang. Jom kita singgah kedai souvenirs bawah tu sebelum kita gi naik cruise.



actually byk sgt peniaga2 jalanan yg berkulit hitam meniaga kat tepi2 tu dengan harga yg murah. Tetiba disebabkan duit Euro kami berdua dah habis....kami terpaksa beli di kedai ini dengan menggunakan credit card. Nak tukar Pound memang dah takda masa nak mencari money changer. Silapnya ,masa kami datang sini...aku tak banyak menukar duit Euro. Lagipun kami berada di sini cuma sehari jer. Duit cash plak dah habis shopping perfume, handbag Longchamp dan tshirt HRC. Makanya credit card menjadi mangsa untuk membeli souvenirs. Aku bawa CC hanya guna utk emergency case mcm ni lah.



kami banyak beli keychain utk kawan2 jer dan sehelai tshirt utk En Bos. Yang lain punya souvenirs aku dah ada koleksi.







Kami menuruni tangga untuk menuju ke tempat cruise...kat bawah Eiffel Tower ni jer. Tetiba sebaik melepasi tangga my brother membelok ke kiri dan bukannya ke depan. Aku pun kehairanan. Dia kata tak jadilah nak naik cruise...apa kata kita minum coffee di sini sampai menikmati keindahan Eiffel Tower ini. Oooo ok...aku takda hal...ikut ajer. Sementara menantikan coffee sampai....my brother sibuk ke toilet membuang hajat dan En Bos pulak sibuk mengambil gambar Eiffel Tower ni (gambar atas).

 Tetiba my sis in law tanya aku " Long....berapa beza masa Paris dengan London?" 
Spontan aku jadi panic " Sejam jer beza...alamak!!!!!" Lantas aku melihat jam tangan 
"Kita ada sejam jer lagi sebelum check in train balik London....jom minum cepat2 ....kita balik sekarang jugak"

Ya Allah panik giler aku masa tu. Rupanya aku terlupa bahawa Paris perbezaan masa sejam dengan London. Aku tahu benda ni tapi aku memang terlupa sangat. Aku terlupa nak ubah masa sejam awal di Paris. Maknanya kami mesti berada di Gare de Nord Station sejam awal dari masa berlepas mengikut waktu Paris. Jam tangan menunjukkan jam 5 petang waktu London...padahal dah jam 6 petang waktu Paris. So...kami hanya ada sejam ajer utk sampai ke station. Train bertolak jam 8.00 malam waktu Paris.

My brother membebel kat aku....apa lah tour leader ni...tak boleh pakai langsung. Nasib baik both of them tetiba tukar plan tak nak naik cruise. Camana kalau tetiba kami berada di dalam cruise then baru notice yang kami tersalah tengok masa. Kes ngeri rasanya. Tak mustahil kami berempat berenang-renang dari cruise ke tempat naik tadi sebab nak kejarkan train balik ke London. Hahahaha.....Alhamdulillah ada hikmah kami tak naik cruise dan nasib baik my sis in law tanya aku pasal perbezaan masa Paris dan London...Fuhhhhhhhhhhhh.

Maka lepas tu kami minum coffee yang terhidang dengan tergesa-gesa.....terus naik ke atas dan menahan cab. Rupanya jauh juga nak ke Gare de Nord Station . Pulak tu masa ni ialah peak hour ...semua berpusu-pusu nak balik dari kerja. Nasib baik driver cab ni sangat bagus...dia mcm tau kami nak cepat...dia mencari jalan alternatif yang membolehkan kami sampai dengan cepat ke station tu. Tepat jam 7.00 malam waktu Paris kami dah sampai...fuhhh lega. Terus naik ke atas dan cepat2 mengisi embarkation form terlebih dahulu. Masa beratur nak cop passport....makanya kami semua terpisah lain-lain kaunter. Puaslah pegawai tu menanya soalan kenapa kami tak stay in one group hahahaha. Ini kes cuak tadi tak habis lagi. Macam kelibut kami bergerak....bila dah sampai kaunter masing2 bawa diri sendiri.....rupanya kena in group. Lepas dah settle....baru kami boleh tarik nafas lega fuhhhhh. Kalaulah kami tertinggal tadi....kami kena beli ticket yang baru dengan harga hampir RM2K seorang....adoiiii pengsan!!!!!!
Alhamdulillah......syukur pada Allah. 

Dalam train...my brother tak habis-habis membebel kat aku. Adohaiii!!! Aku tengok train penuh uolsss, Kalau tak....kami kena stay di Paris plak jadinya.
Sampai London kami naik cab Uber dan sampai di apartment 5 minutes after that. Budak-budak 3 orang yang kena tinggal tu tak habis2 tanya daddy dan mummy dia ...kenapa lambat sangat balik. Hehehehe. 



Building Gare de Nord Station....very the classic


mengimbas kembali nostalgia kek Eiffel Tower perkahwinan kami tahun 2014 dan the real Eiffel Tower tahun 2015. 




Balik apartment masak sambal sardine, ayam goreng dan makan dengan nasi panas...fuhhhhh sedap giler.


Esok pagi kami bersiap untuk menuju ke satu destinasi ini. Ada peristiwa manis dan ada juga yang pahit. Apakah yang pahit itu? Tunggu next entry aku citer panjang lebar. Tungguuuuuuuuuuuu!!!!


p/s next trip....on our  2nd anniversary .


No comments: