Salam semua,
Apa planning you all untuk trip tahun 2016?
Kalau anda belum plan lagi nak ke mana...jom ikut saya travel ke Tanah Jawa. Sounds interesting tak? Memang jarang orang organize travel ke Tanah Jawa dari hujung ke hujung. Biasanya kita dengar orang akan travel Jakarta dan Bandung atau Jogja dan Solo ataupun Surabaya dan Bromo. Tetapi kali ini lain sikit. Satu tanah jawa in one trip. Korang mampu tak? Jom ikut saya.
1. Naik flight ke Surabaya. Bermalam di sini.
2. Naik bas ke Bromo. Bermalam di sini
3. Naik bas ke Malang. Bermalam di sini
4. Naik keretapi ke Jogjakarta. Bermalam di sini
5. Naik bas ke Solo.
6. Naik keretapi ke Bandung. Bermalam di keretapi dan di Bandung
7. Naik bas ke Jakarta. Bermalam di sini.
8. Naik flight balik ke KL.
Setiap hari kita akan pergi sight-seeing ke tempat-tempat menarik yang terdapat di setiap daerah tersebut di atas. Pakej ini termasuk makan 3 kali iaitu sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam. Anda akan merasa keenakan makanan Jawa yang berbeza di setiap daerah. Sangat sedap....rugi kalau anda melepaskan peluang ini.
Transport seperti diatas juga termasuk di dalam pakej iaitu flight, bas dan keretapi. Mesti ada yang tidak pernah naik keretapi di Tanah Jawa kan. Jangan lepaskan peluang ini sebab permandangan memang sangat cantik di sepanjang perjalanan.
Wajib shopping kalau datang Tanah Jawa. Di setiap daerah yang anda akan pergi, kita akan bawa anda ke tempat shopping. Setiap daerah memang berbeza barangan yang dijual...tidak sama. Harga pasti murah dan tidak akan dapat di mana-mana daerah lain selain di Tanah Jawa ini. Itulah keistimewaan Tanah Jawa. Anda masih sempat untuk shopping persiapan raya nanti.
Kalau tengok harga RM3,200 tu...nampak macam banyak. Tapi cuba anda bandingkan harga tersebut dengan bilangan hari yang anda akan pergi dan pengangkutan yang anda akan naik. Semuanya termasuk di dalam package. Anda hanya perlu bawa duit shopping ajer. Tak payah pikir apa-apa.
Harga ini adalah harga yang paling murah yang saya boleh offer dan anda tidak akan dapat harga ini di mana-mana travel agent. Satu lagi....tidak ramai travel agent yang membuat pakej Tanah Jawa ini. Jommmm....apalagi....ikut saya travel.
HARGA : RM3,200 (Full Board)
TARIKH : 28 Mei - 4 Jun 2016 (cuti sekolah)
MASA : 8 Hari 7 Malam
Harga Termasuk :
1. Tiket penerbangan pergi dan balik dgn Airasia (20kg)
2. Hotel 3 bintang
3. Makanan 3 kali sehari termasuk di dalam kapal terbang
4. Bayaran masuk dan pengangkutan
5. Tips untuk guide dan driver
Deposit RM500 (selewat-lewatnya awal bulan Feb)
Jika berminat sila hubungi saya melalui email syarliz.saaid@yahoo.com atau whatapp 013-3305023
A.
ATURCARA
:
Hari 1 : KL - Surabaya (L/D)
Berkumpul di KLIA2 untuk menaiki penerbangan ke Surabaya. Kemudian
melawat Masid Cheng Ho, sebuah
masjid bersejarah. Membeli-belah di Pusat
Grosir Surabaya ( New Turi Market ). Makan tengahari di restoran tempatan.
Sambung membeli-belah di JMP ( Jembatan
Merah Plaza ) dan melawat Pusat
Souvenir Mirota. Melawat Museum House of Sampoerna. Makan malam
di restoran tempatan. Daftar masuk hotel, acara bebas.
Hari 2: Surabaya - Suramadu - Bromo (B/L/D)
Sarapan
pagi di Hotel dan daftar keluar. Melawat Makam
dan Masjid Sunan Ampel. Kemudian
melihat Jambatan Suramadu iaitu
jambatan terpanjang di Surabaya. Makan tengahari di restoran tempatan. Kemudian
melawat industri perumahan barang barang kulit seperti Bag, kasut dan Jaket
kulit di Desa Tanggulangin.
Membeli-belah di Embroidery House
Sidoarjo: Pusat tudung, pakaian sulam dan telekung kerajinan Bordir di
Sidoarjo. Sambung perjalanan ke Cemorolawang.
Daftar masuk hotel, acara bebas dan makan malam di restoran tempatan
Hari 3: Bromo – Batu Malang (B/L/D)
Bangun
awal pagi untuk ke Gunung Mt. Bromo
Sunrise, Tour akan menggunakan Jeep dan menikmati Pasir berbisik/Sea of
sand dan Padang Savana. Kembali ke
hotel untuk sarapan dan daftar keluar. Kemudian melawat perkebunan Epel Kusuma Agrowisata Apple Plantation dan membeli-belah
makanan dari bahan buah Apple. Sambung
perjalanan ke East Java Miniature Park
( Jika tidak melawat Miniature boleh diganti dengan
menikmati Air terjun Coban Rondo yang sejuk ). Kemudian melawat Masjid
LAWANG SEWU ( Masjid TUREN ) dimana masjid ini ada memiliki 10 lantai yang
dibangun oleh para santri yang ada di Perguruan Masjid ini. Makan tengahari dan
Makan malam. Daftar masuk hotel, acara bebas.
Hari 4: Malang - Jogjakarta (B/L/D)
Sarapan
Pagi di Hotel dan daftar keluar. Kemudian meneruskan perjalanan ke Jogjakarta
dengan menaiki Kereta Api. Makan
tengahari di restoran tempatan. Melawat Taman
Sari Water Castle dan Kota Gede.
Kemudian ke Pantai Parangtritis
untuk melihat matahari tenggelam/sunset (bila tidak hujan). Membeli-belah di Dowa/Cs Bags @ Dagadu special T-Shirt Jogja
style. Makan malam di restoran tempatan. Daftar masuk hotel, acara bebas
Hari 5: Sunrise Borobudur - Royal Palace - Solo (B/L/D)
Sarapan
pagi di Hotel dan daftar keluar. Melawat tapak UNESCO Heritage Site iaitu Borobudur. Sambung perjalanan ke Keraton Yogjakarta, Kampung Kasongan
untuk melihat pusat kerajinan tembikar. Melawat dan solat di Masjid Gede Kauman , salah satu masjid
tertua di Jogjakarta. Makan tengahari di restoran tempatan. Sambung perjalanan
ke Solo Kota Kembar Jogjakarta.
Kemudian Melawat Istana Mangkunegaran
yang terkenal dengan barang barang antik yang tak ternilai harganya.
Membeli-belah di pasar tradisional Triwindu
Antique Market di Solo. Makan malam di restoran tempatan. Meneruskan
perjalanan ke Bandung dengan Kereta Api.
Tiba di Bandung daftar masuk hotel pukul 04.00 pagi acara bebas.
Hari 6: Bandung - Volcano tour (B/L/D)
Sarapan
pagi di Hotel. Berkunjung ke Kawah
Putih. Kemudian melawat ke Sumber
air Panas Ciater dan Kebun
Strawberry. Membeli-belah di Cibaduyut,
Cihampelas Jeans market, CiWalk malls. Makan tengahari dan makan malam di
restoran tempatan. Alternative membeli-belah waktu malam di Paris
Van Java malls
Hari 7: Bandung - Jakarta (B/L/D)
Sarapan
pagi di hotel dan daftar keluar. Membeli-belah di Pasar Baru pusat Textiles di pakaian Moslem kain dan di Factory Outlets seperti Rumah
Mode atau Natural atau Mode Plus atau Donatelo Shoes & Bags Shop,
serta FO Jalan Dago : Grande atau Up Town atau Episode atau Jetset atau Blossom atau Glamour atau Victoria, etc ( Jika cukup masa ).
Makan tengahari dan makan malam di restoran tempatan. Kemudian bertolak Jakarta
melalui Expressway. Daftar masuk
hotel, acara bebas.
Hari 8: Jakarta – Kuala Lumpur (L/D)
Sarapan
pagi di hotel dan daftar keluar hotel. Membeli-belah di Tanah Abang Pusat terbesar di Kota Jakarta. Makan tengahari di
restoran tempatan. Kemudian melawat Masjid
Istiqlal. Sambung lawatan ke jakarta sightseeing tour, National monument/Monas, Museum National, Istana President yang
berlokasi di Merdeka Square.
Dihantar ke lapangan terbang untuk pulang ke Kuala Lumpur. Selamat tiba di
Kuala Lumpur
Mount Bromo
petik epal di Malang
naik keretapi kelas eksekutif dari Malang ke Jogjakarta
Borobudur
Borobudur
Pasar Malioboro
Pantai Parangtritis
Keraton di Solo
naik keretapi dari Solo ke Bandung
shopping di Pasar Baru
Monas dan bandar Jakarta
shopping di Tanah Abang
Jom kita shopping raya!!!!
1 comment:
jom bestnya
Post a Comment