Ads

December 4, 2015

Day 2 : UK & Paris RoadTrip - Portobello Road Market, Notting Hill

Salam semua. 
Kita sambung lagi entry perjalanan kami di bumi UK. Kami berada di sana selama 12 hari dan kalau boleh aku nak habiskan semua entry secepat yang mungkin. 

Hari ke 2. Malam tadi lepas dinner kami terus tidur...lebih kurang jam 9 malam waktu tempatan. Budak-budak memang dah lama tidur sejak dalam minibus dari airport lagi. So keesokkan harinya aku dah terbangun jam 4 pagi. Ikutkan waktu Malaysia masa tu ialah tengahari. Rasanya aku boleh adjust masa tidur aku di sini....sebab malam tu tidur ikut waktu tempatan. Rupanya my 2 nephews pagi tu bangun jam 2 pagi hahahaha...mata masing-masing dah segar bugar. Kalau duduk diam-diam takpa. Suara mereka berdua dah menggegarkan satu apartment. Tak pasal-pasal yang tengah tidur boleh berjaga...hehehe.

Esok paginya...kami dah siap masak nasi dan lauk daging dendeng dan sambal ikan bilis yang siap masak dari KL. Awal pagi dah makan heavy sebab kami plan nak balik petang...so tak payah berhenti makan di mana-mana. Kasi perut masing-masing kenyang dulu.


 makanan kami pada pagi itu. Suhu ketika ini di sini ialah 10C


Kami dah bersiap untuk ke Portobello Market di Notting Hill.


Untuk informasi pembaca semua yang ingin melancong ke luar negara termasuk ke London atau Paris...kini tidak menjadi satu bebanan dan masalah bagi anda yang ingin menggunakan public transport di sana. Tak perlu risau nak naik bas no berapa...nak berhenti di station mana...nak naik tube atau bas. Sekarang semuanya mudah. Anda hanya perlu download pada hp anda "Citymapper". Melalui application ini anda akan dibawa kemana-mana di seluruh dunia tanpa sebarang keraguan dan masalah. Tapi bukan semua city di dunia yang ada...hanya beberapa city yang mempunyai public transport yang efficient sahaja. Sorry KL tidak termasuk dalam senarai lagi. Anda boleh pilih....sama ada nak jalan kaki...atau naik bus...atau naik basikal...atau naik cab/uber...atau naik tube. Informasi lain yang tertera ialah masa, harga tambang dan kiraan calori jika berjalan kaki. Memang sangat tiptop. Satu lagi syaratnya....hp anda ketika menggunakan applikasi ini wajib ada mobile data internet line. Kalau takda....minta maaf....baik jgn bawa hp gi oversea. Simpan jer kat rumah tu. Melalui applikasi ini ia akan bermula dari tempat anda bergerak hinggalah ke destinasi tujuan. Memang best.

Masa aku berada di London ini, aku membeli simcard UK yang berharga GBP20 untuk unlimited data, 100 minutes phone dan 100 sms...valid for one month. Aku guna telco THREE....consider telco yang paling murah di UK. Ia juga boleh digunakan di Paris tanpa sebarang additional charges.

Thank you so much to our friends Mas and Rashid for introducing us with this application. Really helpful and made our journey so smooth.


 Ahli rombongan Madam Leez. All of them are my family members. My brother with his family and both of us. 



 2 orang my nephew yang sentiasa mencerikan rombongan Madam Leez. Danish & Rayyan.


 Kami decided untuk menaiki underground tube yang hanya beberapa langkah sahaja dengan apartment kami...about 3 minutes walk. Nama station ini ialah Mornington Crescent.



 pagi yang ceria kami dah sampai ke tube yang dituju. Ketika ini jam pukul 10.00 pagi.



 Ketika sampai di Notting Hill Gate....keluar ke exit 3 atau 4 untuk ke Portobello Road Market


 yahoo udah sampai ke sini. Pertama kali aku jejak ke tempat ini setelah kali keempat jejak London. Sian kan....


 Masa ni my brother and family so excited tengok banyak kedai-kedai souvenirs yang menawarkan harga yg boleh tahan murah. Kedai second hand branded item shop pun banyak di sini. Keluar masuk kedai...tengok harga.,...tengok kualiti barang. Kat sini jer dah sejam hehehe. Aku beli simcard Three di area sini jugak. 





 Trench coat banyak di jual di sini.....GBP10-15 tu murah sebenarnya. Aku tak beli pun...lepas tu rasa menyesal pulak.


 Baju baby versi UK banyak di jual di sini. Geram tengok...comel2 belaka.


 jalan lagi....belum sampai ke Portobello Road Market lagi.....depan tu jer, Pantang nampak daun kuning berguguran mesti nak stop untuk bergambar...itulah suamiku. So...si isteri ikut ajerlah perintah. 


 ini kedai antik...segala signage berkaitan dengan Portobello ada di sini.





 finally....sampai juga ke Portobello Road



Untuk pengetahuan semua, Portobello Road Market ini dibuka setiap hari tetapi hari yang paling happening ialah hari Sabtu...boleh dikatakan semua kedai buka. Kami pergi ni ialah hari Isnin....agak sunyi sedikit tapi tetap ada kedai yang buka. 

Worlds Largest Antiques Market.
Portobello Road between Elgin Crescent and the Westway – fruit and veg, household goods, a few clothing stalls, sometimes casual stalls of vintage clothing or bric-a-brac

Opening Hour : 9.00am - 6.00pm

By Tube :  Ladbroke Grove Station (Hammersmith & City Lines) or Notting Hill Gate Station (Central, Circle and District lines)



 wajib letak pic En Bos di sini...nanti dia tanya kenapa pic dia takda dalam entry ini...hehehehe. 


oooooo i like this. Masa ni baru first day kami sampai....so mood nak bershopping tu belum sampai. Duk tengok jer lah....pastu bila balik apartment menyesal tak beli.



 menyesal tak beli post box dan telephone booth tu....murah ni sebab saiz besar. Kalau beli kat souvenir shop....lagi mahal dan size kecil jer.


 English porcelain.....jadi giler tengok. Tapi tak beli.....menyesal tak sudah.


 kedai ni agak mahal sedikit. Masa aku snap pic ni tokeh kedai sound aku...no camera pls...hahaha. Plan nak cari kat tempat lain....tapi tak jumpa plak mcm ni. Menyesal lagi...ishhh isshhh.




 kami banyak shopping di kedai ini. Owner dia seorang warga Afghanistan.


 kami beli koleksi London signage di sini.......


 my brother sakan borong di sini....akhirnya owner kedai ini dah jadi kawan dia. Siap minta brother aku rekemen kan gadis Malaysia untuk dijadikan isteri. Hmmmm,....yolah tu.


 second hand jacket with good condition banyak di jual di sini...GBP9 sahaja.


 pasar buah dan sayur. Geram tengok buah yang fresh mcm ni. Aku sempat beli strawberi di sini.


 stop kejap beli timun sebab nak masak nasi lemak nanti.





Mummy...daddy....nenek...mak sedara...pak sedara....punyalah sakan membeli dan menawar harga di kedai-kedai di sini. Tetiba ada yang bersuara...." Kalau adik taulah nak pergi sini...baik adik duduk rumah ajer"....Aduhhhhh...terkezut aku. Rupanya my dear nephew Rayyan si bambam tu dah bersuara. 

Kanak-kanak mmg agak boring kalau datang sini. Takda benda yang menarik untuk mereka. Udahlah kena turun naik tube...jalan jauh lagi....rupanya dia dah penat. Tu yang moody semacam hehehe. Akhirnya mummy dia stop sebentar di cafe house. Belikan dia air, waffle letak nutella, cakes dan crepe. Tersenyum lebar si bambam ni. Dia kalau dapat makan benda tu.....terus mood jadi baik. Aku sempat tanya dia "Adik dah happy ke sekarang ni?" Dia angguk tersengih sambil mulut di kiri kanan comot dengan coklat nutella. Lupa plak nak snap gambar. 




 My brother sajer nak buat lawak. Dalam banyak2 orang di sini...aku sorang jer yg pakai baju biru dan merah.....dari jauh dah nampak aku...hahahaha....podah!!! Memang kat sini jarang nampak orang pakai baju striking mcm ni...mostly pakai warna gelap spt hitam atau dark brown. Aku nak nampak pic ceria....kenalah pakai colourful skit.



 Kami berdua terpisah dengan my brother. Rupanya mereka berhenti di kedai painting....dia borong painting gambar  London town. Kat sini juga kami sempat membeli ayam segar untuk dibawa balik masak esoknya. Agak mahal juga daging mentah halal di London ni.


 Hari dah petang....jom kita balik. My brother kata jom kita naik bas ajer. Citymapper kata kena jalan kaki 15 minit untuk sampai ke nearest bust stop. Seronok gak berjalan di tepi-tepi rumah orang.


 i like this background. Tengoklah muka si bambam ni. Tak pernah buat muka comel kalau bergambar....ada ajer aksi sengal dia hehehehe.



 ok hampir nak sampai bus stop. Nampak plak tube station. Kami naik bus ajer,,,,mudah.


 Yehaaaa...dah sampai Camden Town. Tempat ni happening giler dengan tourist. Aku pernah ke sini masa bulan 3 spring season....giler ramai manusia. Nak berjalan pun susah. Tapi utk autumn season memang tak ramai sangat orang.



 Tugasan aku di London ialah kena pimpin si bambam baju oren tu. Kalau orang tengok kami berdua....mesti ingatkan mak dan anak hahahaha. Dua-dua pun bambam. Masa ni daddy dia kata nak terus balik apartment. Dia tak nak ikut daddy...nak ikut aku gak. Sebab aku nak singgah kedai nak mencari trench coat di sini.


Aku mencuba baju.....si bambam tukang jaga beg dan jacket aku. En Bos pulak sibuk mencari baju yg sesuai untuk bini dia ni. Setiap kali try baju...mesti nak bergambar hehehe. Aku suka membeli di London ni sebab size aku memang sangat banyak. Best giler.



Balik singgah kedai kebab dan pizza halal. Roti dia lembut sangat.


Sampai rumah hampir nak gelap. Musim hujung autumn di sini agak awal gelap. Jam 4 petang dah start gelap. Hmmm.....mmg phsyco betul. Kekadang tu ingat dan lewat malam....padahal baru jam 7. Aduhaiiii.

Esok ke manakah kami?
Kami berempat sahaja yg pergi ke destinasi ini. Sesuatu terjadi pada kami masa nak balik ke London. Fuhhhhh.....jantung aku bergerak sangat kencang.
Tunggu next entry!!!!


p/s - tengah pikir ke mana nak pergi our 2nd anniversary next year.




4 comments:

Hani said...

Hari2 tunggu update Leez. Bestnya tengok barang2 kat kedai semua tu huwaaa rasa nak je gi sana la ni jugakk hehe :)

Azian Elias said...

kena sedia wang besar lah gamaknya ye leez.. memacam akak tgk yg mengancam jiwa.

Chik Na said...

seronoknya jalan-jalan di London, teringin lak nak ke sana bersama keluarga macam Leez. last ke UK 2006 atas urusan kerja, dah dekat 10 tahun berlalu...

Mama Zharfan said...

waaa syoknya baca entry ni..i pernah sampai kat portobello road tu pd thn 2007 ie masa 1st time i sampai kat UK..windu tak terkata