Salam semua.
Gigih tak aku update blog ni setiap hari hehehe. Bila tengah rajin tu...memang tak menyempat nak tunggu. Yelah sebelum cerita dah basi....jom kita update blog ni secepat yg mungkin. Pasni bila aku dah gi travel 2 minggu....jangan harap aku nak update apa2 masa tu. Bila tu nak travel......tunggu yea. Aku akan update nanti. Doakan semoga currency duit Ringgit kembali pulih. Habislah plan mak mcm ni.
Hari kedua raya tu kami sampai di Temerloh pada jam 6.00 petang. Kereta boleh tahan banyak jugak on the road. Aku sampai ketiduran dalam kereta.....lepas tu En Bos pun ngantuk juga. So, terpaksa dia berhenti di hentian Kijal LPT2 utk melelapkan mata sebentar. Lepas tu sambung lagi perjalanan. Bahaya memandu kalau mengantuk mcm ni.
Sebaik kami sampai di Temerloh, terus kami check-in di sebuah homestay di sini. Namanya In's Homestay yang terletak berdekatan dengan plaza toll Temerloh. Lepas bayar toll belok ke kanan. After 300 metres...masuk ke kanan nampak perumahan baru Taman Keladan Indah. Then terus...rumah kedua. Nampak signboard tulis nama homestay ini. Senang jer nak cari. Homestay ni my bro Izam and sis in law yang tolong arrange kan. Thanks you.
Sebelum tu belah pagi, kami satu family telah adakan korban seekor kerbau di sini. My bro Izam yang handle everything. Tak sempat aku nak tengok masa acara sembelihan tu. Malam tu pulak kami adakan kenduri korban dengan dihadiri oleh orang kampung di situ. Kami buat kenduri ni di kampung my sister in law. My mum and dua lagi brothers and family sampai malam tu dari KL. Maklumlah dorang tu bekerja hari Jumaat tu. After work then only dorang bergerak ke Temerloh. Alhamdulillah semuannya berjalan dengan lancar.
sempat tu my bro selfie muka setengah dengan kerbau yang akan dikorbankan.
ada daging yang telah diagihkan kepada orang kampung. Yang ni masak daging dendeng.
seperiuk ini pulak untuk masak sup daging.
Ini signboard homestay yang kami stay tu
Ini rumahnya. Rumah selesa, besar, luas dan berbaloi. Harganya RM250 untuk satu malam. Ada 3 bilik termasuk 2 bilik ada aircond.
Ini pulak hall ruamg tamu...besar dan luas giler.
Ada tv disediakan di ruang tamu.
Ini pulak ruang makan yang sempoi. Kiranya mcm makan style di kantin sekolah. Yang belah kanan tu ialah dapur memasak. Kalau nak masak pun boleh...ada periuk dan pinggan mangkuk. Kalau nak makan maggie pun boleh....bayar dan masukkan duit dalam kotak yg disediakan,
Bilik ni direkabentukkan ala-ala hotel. Ada aircond.
Cuma satu bilik jer yang takda aircond...bilik 2 katil ni.
Tu dia dah tersedia khemah untuk tetamu makan.
Nampak tak bakul biru tu...memang rezeki orang sini untuk makan buah dokong yang En Bos panjat tu.
my bro sibuk menyeduk sup daging ke dalam mangkuk. Sedap giler.
orang kampung yang menghadirkan diri pada malam tersebut. Habis makanan just nice utk tetamu yang hadir. Thank you my bro Izam yang sponsor juadah utk malam ini.
Ok habis dah cerita pasal hari raya kedua kami di Temerloh. Esok aku ceritakan pulak kisah kami di satu tempat ni dan kisah perjalanan kami suami isteri balik ke KL. Tunggu.....
p/s - nak mencari angin baru.....apakah?
2 comments:
bestnya
nie dha dekat ngan rumah anum
memang cantik homestay kat situ kak
Post a Comment