Ads

October 13, 2015

Trip to India-Kashmir.....Tungguuuu!!!!


Salam semua.

Baru beberapa hari saya buat entry pasal trip ke India-Kashmir yang akan saya organize ini.....saya menerima sambutan yang sangat hangat daripada pembaca-pembaca semua. Hotline sekejap nombor hp saya tu...hahaha. Terharu pun ada. Sebab saya hanya try my luck buat intoduction about this trip sambil mewar-warkan di sini sebelum saya announce harga dan itinerary minggu depan. Ternyata memang ramai pembaca yang berminat untuk travel ke India ini. Pada mulanya saya agak ragu-ragu juga....sama ada mendapat sambutan atau tidak trip ini. Sangkaan saya meleset. 

Hampir setiap hari saya menerima message dan pertanyaan melalui email dan whatsapp dan juga melalui ruangan comment di dalam blog ini bertanyakan tentang kos dan sebagainya. Bukan itu sajer...ada juga yang dah confirmed dengan memberikan nama masing-masing sebagai pengesahan untuk menyertai trip ini. Ikutkan saya nak bawa seramai yang mungkin pembaca untuk join trip ini tapi apakandaya saya tidak mampu untuk mengawal crowd yang melebihi jumlah 16 orang. Jika trip ini sukses, InsyaAllah saya akan buat lagi di masa akan datang...doa-doakan yea.

Dalam beberapa hari ini saya akan umumkan harga untuk trip ke India-Kashmir ini di dalam blog ini. Ada juga minta saya message mereka melalui whatapp dan number hp yang diberi. Insya Allah tunggu yea.

Pembaca yang paling awal message saya dan membayar deposit... saya akan terima penyertaan anda terlebih dahulu. Deposit diperlukan untuk park seat bagi urusan flight ticket. Lagi awal kita membuat tempahan...lagi mudah untuk kita uruskan hal-hal lain yang berkaitan. Di dalam entry yang akan datang ini juga saya akan nyatakan beberapa perkara :

1. Harga package keseluruhan. Harga booking pun saya akan nyatakan di sini dan tarikh bayaran.
2. Tarikh pergi dan balik. Saya akan pastikan pada tarikh ini kita dapat menikmati musim bunga di Kashmir dan merasai salji yang indah di Gulmarg. Saya akan cuba uruskan jika kita dapat melawat ke ladang tulip di Srinagar yang mana merupakan ladang tulip terbesar di Asia. InsyaAllah...doa-doakan
3. Itinerary - jadual dan aktiviti kita dari hari pertama hingga hari ke tujuh. 


Ada juga pembaca yang tanya saya sama ada saya buat trip ini pada cuti sekolah. Saya belum pasti lagi sebab tarikh cuti sekolah utk tahun depan masih belum keluar dan setahu saya cuti sekolah bulan 3 biasanya jatuh pada akhir bulan. Itu semua akan saya pertimbangkan, Saya juga kena ambil faktor harga ticket flight pada cuti sekolah...sebab harga akan naik pada tarikh tersebut.  Apa-apa pun tunggu saya update nanti.

Harapan dan cita-cita saya akan datang...jika trip ke India ini sukses dan berjaya...saya akan cuba buat lagi trip ke negara-negara lain. Yang pastinya saya bagi harga yang sangat minimum dan semua orang mampu bayar. Insya Allah. 



 sajer nak kasi bakar bila nampak gunung-ganang salji yang sangat indah dan memukau ini. En Bos belum pernah merasai salji....hati dia dah berbunga-bunga riang tak sabar nak jejak Kashmir katanya...hahaha. Hari-hari diskus dengan aku pasal trip India ni...kekekeke.


Jika ada rezeki kita semua pergi ke ladang tulip di Srinagar. Inilah moment yang aku tunggukan. Nak posing macam ni dengan En Bos...hahahaha mampu????  Sambil tu lari-lari anak di sekeliling ladang ni mcm citer Hindustan. Jangan gelak kay......kita tengok nanti...ahaksss.


Ok stop di sini dulu. Tunggu aku update pada entry akan datang. Siapa cepat dia akan dapat tempat.
Wassalam.


p/s -trip hujung tahun next year dah ada dalam perancangan...






12 comments:

aziekz said...

Kak
Cuti srk utuk thn dpn dh kuar pun..cb google😊

Siti Yang Menaip said...

woaaaa.. superb ni saleeeeeji =) ehehe..
tingin nak main saleji jugak..

Jari Manis said...

CT..jom!

Jari Manis said...

Leez!!! x sabar nak tahu harga pakej..kalau harga mampu pergi..nk grab cepat2 sbb dgr ramai yg dah book nama tu...ishh ntah sempat ke tidak..kang baca entri harga pakej tu beberapa lepas publish sah lah ketinggalan huhuh

Mama Zharfan said...

waaaaa beshnyaaaaaaaaaaaa

Kak Vit said...

wahhh! bestnyaaa.. ada bunga tulip ekk kat Kashmir. cantikkk

Unknown said...

Assalamualaikum syarliz akak nak ikut....boleh ke....emel akak
jamaliah.ahmad@mps.gov.my

Alin Marlini said...

kak leez pi sekali ngan kak yan ek...

Azian Elias said...

wahh!!!.. melancong ke India ye..

The real traveller adalah org yang travel ke India.. baru betul2 travellers. good luck leez.

Wak Lat said...

wahh bestnyer gi kashmir tuu.,

kembara destinasi said...

sabar menanti..hihihi

shidasanmil said...

mahu joinnn leez...menjejes ayaq liuq tgk gambar2 itu...tazabar tunggu info lanjut nak tau harga and tarikh pastu boleh cpt2 book hehehe...btw trip ini terbuka untuk perempuan dan lelaki sekali ke?