Ads

October 22, 2015

Jom Jejak Keindahan Syurga Dunia India-Kashmir - Harga Pakej 8H 6M

Salam semua.
Berjumpa lagi di alam maya.
Mesti ada yang tertunggu-tunggu nak tahu berapakah harga pakej ke India-Kashmir yang telah saya war-war kan pada entry yang lepas. Maaf jika saya terlambat update price dan itinerary di sini. Pening kepala jugak nak letak harga dengan keadaan USD yang naik mendadak ini. Walau macamana pun saya tetap akan beri harga yang terbaik kepada pembaca semua. Anda semua boleh compare harga saya dengan harga di travel agent lain. Our price is damn cheap!!!
Anda hanya bayar sahaja...saya akan uruskan semua - full board.
Kepada yang berminat nak join trip ini...jangan lepaskan peluang anda.

Di sini saya lampirkan itinerary dan date yang telah saya cadangkan. Pakej ini adalah selama 8 hari  6 malam dan pada musim bunga di Kashmir. Untuk pengetahua anda, musim bunga di Kashmir merupakan peak season di sana. Maaf tidak dapat buat pada cuti sekolah bulan 3 sebab masa tu belum lagi masuk musim bunga.


Tarikh : 16 April - 23 April 2016 ( 8 hari 6 malam)


A. Jadual Penerbangan : 

Malindo Air
KUL/DEL          0915/1215              OD207
DEL/KUL          2205/0600 + 1        OD206

Jet Airways
DEL/SXR           1000/1120              9W603
SXR/DEL           1200/1335              9W604



B. Aturcara :


Hari 1 : KL-Delhi (MOB,L,D)
Berkumpul di KLIA pada jam 6.00 pagi iaitu 3 jam sebelum masa berangkat ke Delhi. Perjalanan ini mengambil masa 5 jam. Sebaik sampai, rombongan akan disambut oleh wakil kami di sana. 
Kita akan ke restoran untuk makan tengahari dan terus dibawa ke hotel penginapan. Kemudian kita akan melawat beberapa kawasan tarikan pelancongan seperti India Gate, Jamia Mosque, Raj Ghat dan Qutub Minar. Kita akan singgah di Red Fort, President Palace, Parliament House dan Government Building.
Makan malam dan bermalam di Delhi.


Hari 2 : Delhi - Srinagar (B,L,D)
Selepas sarapan di hotel, kita akan bertolak ke airport untuk mengambil penerbangan domestik ke Srinagar. Kashmir. Perjalanan mengambil masa satu setengah jam. Tiba di sana rombongan akan dibawa ke penginapan Deluxe Boat House. Selepas makan tengahari kita akan menaiki shikara menyusuri Dal Lake untuk melawat ke Floating Vegetable Garden.
Makan malam dan bermalam di Deluxe Boat House.


Hari 3 : Srinagar (B,L,D)
Selepas sarapan kita akan melawat ke Indra Gandhi Memorial Tulip Garden yang merupakan ladang tulip terbesar di Asia. Ladang tulip ini terletak di kaki gunung Zabarwan Mountain. Ladang tulip ini hanya dibuka pada musim bunga sahaja dan tidak di musim yang lain.
Kemudian, kita akan melawat ke Mughal Garden : Nishat Bagh & Shalimar Bagh yang merupakan taman bunga ke dua terbesar di wilayah Kashmir. Ianya terletak berhadapan dengan Dal Lake dan Zabarwan Mountain. Permandangan memang cantik dan mengasyikkan. 
Makan tengahari di Srinagar.
Selepas itu, kita akan singgah ke Kashmir Carpet Factory, melawat bandar Srinagar :  Hazratbal Shrine, Jamia Mosque dan lain-lain lagi. Rombongan boleh mengambil peluang untuk membeli-belah ketika di sini.
Makan malam dan bermalam di Deluxe Boat House.


Hari 4 : Srinagar - Gulmarg (B,L,D)
Selepas sarapan kita akan bertolak ke Pergunungan Gulmarg yang dkenali sebagai Meadow of Flowers dengan ketinggian 2730 meter. Gulmarg merupakan kawasan bermain ski paling terkenal di Kashmir. Rombongan akan menaiki cable car untuk sampai ke atas pergunungan ini (1st phase). Masa bebas melakukan aktiviti sendiri. Kita juga boleh mengambil peluang untuk merasai salji dan bermain ski di sini (2nd phase). 
Makan tengahari di Gulmarg.
Sebelah petang kita akan kembali ke Srinagar.
Makan malam dan bermalam di Deluxe Boat House.


Hari 5 : Srinagar - Delhi - Agra (B,L,D)
Selepas sarapan kita akan bertolak ke airport untuk mengambil penerbangan domestik ke Delhi. Perjalanan mengambil masa sejam setengah. Sampai di Delhi, kita akan dibawa ke restoran untuk makan tengahari.
Kemudian rombongan akan bertolak ke Agra yang dikenali sebagai City of Taj Mahal. Jarak ke Agra ialah 200km iaitu 5 jam perjalanan menaiki bas/coach.
Makan malam dan bermalam di Agra


Hari 6 : Agra - Delhi (B,L,D)
Selepas sarapan kita akan mengunjungi Taj Mahal, merupakan salah satu keajaiban dunia "Seven Wonders Of The World". Saksikan keindahan dan keunikan Taj Mahal ini yang dibina oleh Shah Jahan sebagai simbol cintanya pada Mumtaz. Taj Mahal ini mengambil masa 22 tahun utk disiapkan. Rombongan boleh membeli cenderahati di sini. 
Kemudian kita akan melawat Agra Fort - merupakan UNESCO Heritage site yang terkenal dengan senibinanya yang unik dan dikagumi seluruh dunia. Ia terletak di tebing Yamuna dibina oleh Maharaja terkenal Akbar pada tahun 1565 Masihi.
Makan tengahari di Agra.
Selepas makan tengahari, rombongan akan dibawa membeli-belah di bandar Agra, merupakan bandar pembuatan sari yang terkenal. Kemudian, kita akan bertolak ke Delhi semula. Perjalanan mengambil masa 5 jam menaiki bas/coach.
Makan malam dan bermalam di Delhi.


Hari 7 : Delhi (B,L,D)
Selepas sarapan kita check-out hotel. 
Kita akan dibawa ke tempat membeli belah yang terkenal iaitu Sharojini Nagar Market. Rombongan boleh membeli-belah kain ela cotton dengan harga yang murah di sini. Barangan lain seperti kain sari, pakaian, cenderahati, jewellery dan sebagainya. 
Makan tengahari di Delhi.
Kemudian kita akan dibawa membeli belah pula di Janpath Market. Barangan yang terdapat di sini seperti pakaian, barangan perhiasan rumah, jewellery dan sebagainya.
Makan malam di Delhi.
Di sebelah malam kita akan ke airport untuk menaiki kapal terbang pulang ke tanahair.


Hari 8 : KL
Rombongan akan selamat tiba di Kuala Lumpur pada jam 6.00 pagi.



C. Harga Pakej :

RM 4,460.00   seorang dewasa
RM 3,791.00    seorang kanak-kanak bawah 12 tahun (extra katil)

# harga ini berdasarkan kepada 1 USD = RM4.25 Harga boleh berubah mengikut kadar nilaian RM semasa berbanding nilai matawang USD. Kami akan maklumkan kepada anda yang telah membuat tempahan sekurang-kurangnya sebulan sebelum berlepas tentang perubahan harga sekiranya ada.


Harga Termasuk :
1. Tiket penerbangan pergi dan balik KL-Delhi dengan Malindo Air
2. Tiket penerbangan domestik pergi dan balik Delhi-Srinagar dengan Jet Airways
3. Cukai lapangan terbang
4. Penginapan di hotel bertaraf 3 bintang di semua lokasi
5. Makanan halal
6. Visa India
7. Semua tiket bayaran masuk
8. Pengangkutan seperti dalam aturcara
9. Tips utk guide dan driver
10. Shikara ride di Dal Lake
11. Cable car di Gulmarg (1st phase). Tidak termasuk jika anda hendak ke 2nd phase
12. Air mineral sebotol seorang pada setiap hari

Harga Tidak Termasuk :
1. Insuran perjalanan peribadi (tapi anda digalakkan ambil)
2. Barangan lebih had (Malindo Air 20 kg - Percuma). Jika anda mahu membeli lebihan kg, sila maklumlah kepada saya : 1 kg = 1,000 Rupee.
3. Perbelanjaan peribadi - minibar, panggilan telefon & laudry di hotel dan porter di airport dan lain-lain.



D. Bayaran :

1. Deposit : RM500 - tarikh akhir pembayaran ialah penghujung bulan November 2015.
Kami menerima tempahan siapa cepat dia dapat. 

2. Bayaran baki keseluruhan ; RM3,960 - sebulan sebelum tarikh penerbangan (sebelum 15 Mac 2016)


Jika berminat dan confirm untuk join this trip .....boleh hubungi saya sekarang, whatsapp atau sms di talian 013-3305023 atau email syarliz.saaid@yahoo.com


Nota penting :
1. Salinan passport pada gambar dan butir peribadi hendaklah diserahkan kepada saya melalui email atau whatsapp sebulan sebelum tarikh penerbangan (sebelum 16 Mac 2016)
2. Pastikan tarikh luput passport anda sah 6 bulan sebelum tarikh penerbangan
3. Anda hendaklah membawa baju yang sesuai dengan cuaca di Kashmir pada musim bunga. Jika anda ingin merasai salji di Gulmarg (2nd phase) hendaklah membawa pakaian dan kasut yang bersesuaian.


Bilangan ahli rombongan ialah 20 orang sahaja. Saya tambahkan lagi di atas permintaan ramai.



E. Gambar-gambar :


Gambar-gambar menarik tentang trip ini. Saya google gambar-gambar ini.

 Mughal Garden @ Srinagar


Floating Vegetable Garden.


Jamia Mosque @ Srinagar


 Indra Gandhi Memorial Tulip Garden


 Pergunungan Gulmarg. Kita akan naik cable car hingga 1st phase seperti permandangan dalam gambar ini.  


Anda di beri pilihan untuk naik cable car ke 2nd phase Pergunungan Gulmarg seperti dalam gambar ini. Di sini anda boleh main ski dan main sledge. 



Agra Fort


Sharojini Nagar Market


 Sharojini Nagar Market



 Janpath Market


Janpath Market



Kenapa saya memilih Malindo Air dan bukan MAS seperti yang telah saya nyatakan sebelum ini ?

1) Harga tiket Malindo Air lebih murah berbanding MAS walaubagaimanapun tetap selesa.
2) Pakej ini saya tambahkan lebih sehari iaitu menjadi 8 hari jika kita naik Malindo Air. Kerana hanya Malindo Air sahaja yang ada penerbangan belah pagi. Kalau naik MAS jadi 7 hari sahaja kerana penerbangan bertolak belah malam. Itulah advantage nya kita naik Malindo Air iaitu dapat lebih sehari berada disana.

Harap pembaca semua jelas dengan penerangan di atas.
Cuma saya nak tambah sedikit mengenai trip ke India-Kashmir ini. Walaupun saya belum pernah lagi menjejakkan kaki ke bumi ini tetapi saya dah dapat gambarkan tentang keindahan Kashmir, keunikan Taj Mahal dan kehidupan rakyat India. Banyak perkara saya nak tahu tentang bumi India ini. Banyak benda saya nak luahkan pada coretan blog ini selepas balik dari trip ini. Hati ini dan perasaan ini seperti tak sabar-sabar lagi nak menjejakkan kaki ke sana. Semoga kita semua diberi kesihatan yang baik, masa yang mengizinkan dan dimurahkan rezeki untuk sampai ke negara yang unik ini.

Trip ini juga merupakan pengalaman saya yang pertama membawa seramai 20 orang ahli rombongan melancong ke luar negara. Harapan saya sebagai tour leader semoga trip ini berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah dan kesulitan. Kita sama-sama berdoa agar perjalanan kita nanti selamat dan dipermudahkan. 

Sekiranya trip ini berjaya dan sukses dan semua berpuashati...Insya Allah saya akan mengorak langkah menganjurkan trip ke negara lain pulak. Semua tu akan saya bincangkan kemudian. Insya Allah. Doa-doakan.....

Ok...harap saya dapat jumpa anda semua yang berminat dengan trip ini...cepat2 hubungi saya. 
Jangan lepaskan peluang ini kerana amat jarang orang sanggup buat trip ke India. Tapi saya sahut cabaran ini. InsyaAllah doakan semuanya berjalan dengan lancar.


p/s - tak sabar nak tunggu tahun depan....Insya Allah. 



9 comments:

tintamerah_blogspot.com said...

Alamak, tarikh trip kashmir ni bertembung dgn jadual saya..Sedihnya!huhuhu

Zara AB said...

best of luck! Semoga dipermudahkan segala urusan bagi tour yang pertama nie.

Jari Manis said...

dah start berangan dan menabung nih :-)

Oh, Please! said...

Assalam.. Nak tanya, kalau bulan-bulan lain selain musim bunga, biasanya tuan akan buat trip ke tidak ye ?

Unknown said...

Best nya..
Tarikh bertembung dengan kuliah..
Kalau tak nak join..
In shaa allah akak..lain kali buat lagi..

Anonymous said...

Ada trip tak tahun 2017..Sy bertiga dan kalau boleh dalam cuti sekolah... email sy manjbp70@hotmail.com

hazwanie said...

Ade pkej utk 2017? Nk pegi musim bunga😍

Islamic Traveller said...

Perkongsian yang sangat menarik dan bermanfaat...

Islamic Traveller said...

Perkongsian yang sangat menarik...