Ads

September 29, 2015

Hari Pertama Aidiladha di Besut

Salam semua.
Entry kali ni nak citer pasal sambutan Hari Raya Aidiladha kami suami isteri di kambung En Bos. Sepatutnya kami berhari raya terlebih dahulu dengan keluarga aku di Temerloh sebab kami buat korban di sana. Entah camana last minute my brother Izam bgtau kenduri dan korban diadakan pada hari raya kedua dan bukannya pada hari raya pertama. So kami terpaksa tukar plan iaitu petang sebelum raya kami kena gerak balik kampung En Bos terlebih dahulu...then pagi raya kedua barulah kami ke Temerloh.

So, petang Rabu tu aku dapat balik kerja awal iaitu jam 1 tengahri kami dah boleh balik. Balik ajer rumah kebetulan En Bos pun baru sampai rumah...terus dia gi workshop untuk servis kereta. Aku pulak sibuk di dapur masak nasi dan lauk untuk bekalan kami balik kampung petang tu. En Bos puasa hari tu dan mudah kalau bawa bekal...tak perlu berebut beli makanan di RnR. Perjalanan ke Pantai Timur sangatlah jammed uolsss. Start di MRR2 kereta tidak bergerak hinggalah ke Tol Gombak. Nasib baik kami gunakan smart tag.....memang laluan clear berbanding sesiapa yang guna Touch & Go. 

Lepas Tol Gombak pun jalan jammed di sepanjang Lebuhraya Karak. Perjalanan macam semut huhuhuhu. Dalam hatiku berkata entah pukul berapalah kami nak sampai di Besut ni. Agaknya kalau bukan cuti sekolah entah camanalah jammednya...sebab ramai dah pulang ke kampung lebih awal. Then sambung ke LPT barulah perjalanan smooth dan bergerak lancar. Di RnR Temerloh barulah kami stop untuk berbuka puasa dengan bekalan yg aku masak tu serta solat jamak.

Sepanjang perjalanan aku tak tidur pun. Melayan orang sebelah berborak dan suapkan makanan dan buah-buahan yang kami bawa hehehehe. Kereta memang banyak giler di sepanjang highway LPT. Masuk ke Permaisuri dan Setiu pun banyak kereta....masa tu dah dekat 12 tengah malam. FUhhhhh. Tepat jam 1.30 pagi barulah kami sampai di rumah mertua. Mata dah ngantuk tak tahan....masuk bilik terus tidur.




 kereta yang banyak menuju ke Tol Gombak.


awal pagi kami dah bersiap untuk solat sunat Aidiadha. Kat sini solat cepat...tepat jam 8.00 pagi dah start solat. Masjid ni berhadapan dengan rumah family En Bos. Ayah mertuaku ialah imam di masjid ini. 



bergambar depan masjid setiap kali solat sunat raya adalah wajid hehehee.....



 tu dia....ibu mertua dah sediakan juadah raya kami pagi tu. Ada nasi dagang, laksa Kelantan dan ketupat palas. Sedap sangat.



 aku makan nasi dagang sampai 2 kali tambah. Orang lain dah bangun...tapi aku masih duduk makan di situ hehehehe....En Bos tukang gelakkan bini dia...caittt!!!!



 family mertua buat korban tahun ni. Lepas sembelih... ada sessi melapah dan memotong daging utk dibuat gulai dan nasi minyak hujan panas. Memang ramailah saudara mara En Bos yang datang menolong pagi tu. Aku sudah semestinya di dapur menolong ibu mertua menumis gulai daging. Pastu ibu mertua suruh aku buat sambal belacan. Macam pelik makan sambal belacan dengan nasi minyak. Tapi di Pantai Timur....bukan benda pelik. Aku pun belasah jugak....sedap rupanya hehehe.



 daging yang dah siap di potong kecil. Ibu mertua suruh aku buat rempah untuk daging bakar. Aku belasah letak sos barbeque botol dan campur sedikit madu biar bagi manis sikit.


daging dicucuk dengan ranting pokok hokay...sangat rare!!!


 daging bakar hampir masak. Kita masak gulai daging pulak dan sup daging. Memang sangat sedap uolss. Hari tu aku memang sangat penat....bukan penat apa...penat makan!!!!! Minta maaf tak sempat nak snap gambar makanan yg dah siap. Bila dah sibuk menyuap makanan...memanglah lupa nak snap.


Rumah mertua tak henti orang datang. Memang raya haji kat Pantai Timur lagi meriah berbanding raya puasa. Orang sana berbaju melayu complete bersamping hingga ke petang. En Bos pun bersamping tapi masa solat raya ajer...pastu terus tukar baju. Kalau raya puasa....aku tak bagi En Bos tukar baju....sampai ke malam dia berbaju melayu hehehe.

Petang tu En Bos dan parents dia ke Pasir Putih rumah nenek belah ayahnya. Aku malas nak ikut....aku dah penat makan hehehe. Dia balik rumah aku dah ketiduran malam tu. Then dia sambung pulak main futsal dengan kawan2 sekolah di Jerteh hingga jam 12 tengah malam. Bini sedap tidur atas katil hehehe. Biarlah dia dengan kawan-kawan ...maklumlah dah lama tak jumpa.



 Esok paginya kami bersiap nak balik dah. Sebelum balik En Bos gi kebun untuk petik buah dokong. Pada mulanya aku ikut...sampai half way aku balik sebab kat kebun tu banyak pacat uolsss. Erkkkkk.....tak sanggup teman. Abang sado gigih panjat pokok dokong...kuat perkasa hehehe.


 dapat kumpulkan 2 bakul buah dokong. Kami bawa balik satu bakul.


sebelum balik En Bos bergambar dengan Pokcu kesayangan dia. Sama tak muka depa. Bukan ajer muka....yang lain pun sama. Ketinggian...senyuman...cara berjalan....hehehe.


Next entry aku ceritakan pulak hari kedua kami beraya di Temerloh dimana aku dan family buat korban di situ. Tungguuuuuuuuuu. Ohh lupa...aku akan ceritakan peristiwa menyeramkan kami masa balik ke KL. Takutttt.

p/s - duit ,makin naik dan naik....aku pengsan dah ni.



No comments: