Salam semua.
Sambung lagi hari terakhir kami di bumi Singapore. Itinerary kami hari ini ialah jalan-jalan sampai pengsan. My brother dah bgtau kat aku...dia akan extend another few hours untuk bilik dia. So, petang pukul 6.00 barulah kami boleh check-out dan balik. Maknanya bilik aku dan bilik our mothers check-out awal sampai tengahari. Then only boleh lepak kat bilik my bro. Oklah tu boleh lah kami berjalan lama sikit.
Awal pagi lagi aku dah ajak kedua-dua bonda bersiap untuk ke Pasar Geylang Serai. Jalan kaki dekat ajer...hanya berhadapan dengan hotel kami. Maaf takda gambar yang boleh ditunjukkan di sini sebab tangan kami penuh kiri dan kanan dengan beg plastik. Tengok mcm shopping sakan kan. Takda maknanya. Sebab yang menjadikan tangan kami penuh ialah kami byk membeli buah dan roti perancis. Ibu mertua sempat beli kain sarung batik Jawa di sini...boleh tahan gak harganya. Currency kita dah mahal...memang susahlah nak berbelanja di sini.
Jam 11.00 pagi kami dah balik semula ke hotel. Berehat sebentar di bilik dan bersiap untuk check-out. Simpan beg dalam kereta. Then kami laki bini, ibu mertua dan my bro sefamily bergerak ke bus stand depan hotel untuk naik bas ke Orchard Road. My mum dan anak buah 2 orang tak ikut....mereka bertiga just stay dalam bilik my bro.
Perjalanan ke Orchard Road tidaklah jauh sangat sebenarnya. Tapi sebab bas banyak kali berhenti turunkan penumpang...tu yang nampak mcm lambatnya nak sampai. Masa dalam perjalanan tu aku dah nampak Orchard Road dan aku signal my bro adakah kita kena stop kat sini. Tapi my bro bgtau nanti bas ni pusing...kita stop belah sana. Ok fine....aku ikut jer.
Tapi makin lama makin kedepan...aikkkkk. Dah tak nampak Orchard Road. Then my bro tanya driver bus. Rupanya memang kami dah terlepas bus stand yang paling hampir dgn Takasyimaya. Kami turun di tempat yg bukan sepatutnya. Sesat hokayyyy...tapi taklah jauh sangat actually. Masih dalam lingkungan Orchard Road tapi agak jauh dari Takasyimaya. The only way kami kena naik cab juga. So kami split into 2 groups...iaitu naik 2 cabs. Harga yg dikenakan ke Takasyimaya ialah SD5.50 (RM15). Sebaik sampai kami berpecah dua lagi sekali. Sebabnya my bro nak cari kasut dan aku plak nak cari HRC Singapore. Silapnya....patutnya aku naik cab tu terus ke HRC....tapi aku tak terpikir masa tu.
Apalagi....menapak kami ke HRC....jauh jugak. Sian kat ibu mertua terpaksa berjalan jauh mengikut anak menantu turun naik tangga dan melintas jalan. Akhirnya sampai jugak. Dari hujung ke hujung.
lautan manusia di Orchard Road
banyak betul butik2 jenama mewah di sini.....kalau ada satu di sini...kat hujung sana pun ada jenama yg sama.
kebetulan masa kami berada di Singapore lagi seminggu mereka akan celebrate 50 years merdeka.
one fine day i will make sure to have at least satu handbag gucci...Insya Allah.
ke sana ke sini bawa ibu mertua jalan2 melihat Singapore. First time dia ke sini.
Fuhhh....berpeluh nak sampai sini. Dulu pernah sekali sampai sini...aku dah lupa celah mana HRC ni. Puas tanya orang....sampai jugak akhirnya.
koleksi kami bertambah. Nak mengumpul point satu dunia.
Punyalah lama kami berjalan untuk sampai ke HRC. Bila tengok jam..alamak dah dekat pukul 4 petang. My bro dah call tanya kami di mana. Dia dah on the way balik ke hotel. Selesai urusan pembayaran semua, aku tanya En Bos kita ni nak balik naik bas atau MRT atau cab. Akhirnya kami pilih naik bas juga. Nampak bus stand depan sikit dari HRC ni...selamba lintas jalan. Aku tanya org sana camana nak ke Geylang Serai. Ooooo nombor 7 bas yg sama seperti kami pergi tadi. Dalam penjalanan ke Geylang aku memang cam sangat kami ikut jalan yang sama. Oooo lega sangat.
Bila dah sampai Geylang aku nampak hotel penginapan kami. Tapi bukan laluan jalan yang sama masa pergi sebab jalan sehala. Tapi En Bos kata kita jangan turun sini...nanti bas tu pusing ikut jalan yang kita datang tadi. Ok...aku menurut perintah. Semakin lama semakin jauh kami dari Geylang. Tak pulak bas tu pusing ke kanan. Tapi terus dan terus.....sehingga 15 minit dah berlalui. Aku muka dah cuak dan detik hati kata memang kami dah sesat ni. Aku bising kat En Bos...pergilah tanya driver bas tu. Dia plak boleh buat muka selamba...ishhh geram betul aku. Memang sah kami dah terlepas...sepatutnya kami turun di laluan yg aku bgtau tadi...cuma kena jalan sedikit utk ke hotel. Bas tu plak memang takkan pusing ke kanan...dia akan terus dan terus. Ahhhh...masa ni aku dah tension. Kami turun di tempat yang sangat sunyi tanpa sesapa di sekeliling. Kami terpaksa melintas jalan yg banyak lane untuk ke bus stand seberang sana. Kesian kat ibu mertua...mengikut jer mana anak menantu ni bergerak. Aku dah tengok jam...hadoi lagi sejam jer nak check-out. Sempat ke kami sampai hotel ni. Tunggu punya tunggu....setengah jam kemudian baru nampak bas. Fuhhhh.....dugaan betul
Akhirnya kami sampai hotel 15 minit sebelum jam 6.00 petang. Kelam kabut naik bilik my bro untuk solat jamak. Perut dah lapar sangat tak makan lagi ni.Lepas kami dah check-out barulah aku makan di bawah hotel. Aku order nasi ayam penyet sebelum kami balik ke KL. Niat hati nak makan sup tulang merah tapi tak sempat...kedai tu kena jalan jauh sikit. Oklah makan mana yang ada. Rupanya sebelum tu my bro dah belikan sup tulang merah untuk bawa balik KL. Alhamdulillah.
Lebih kurang jam 6.30 petang kami gerak balik ke KL. Di pertengahan jalan jam 8.00 malam lebih kurang tetiba dapat panggilan phone dari Uncle Aziz. Ingat tak...uncle ni yang rumahnya berhadapan dengan Pulai Spring Resort. Dia ada pesan...balik KL nanti singgah JB dia nak ajak makan. Masa dia call tu...dia tanya kami ada di mana. Huihuhuhu kami keletihan dah...nampaknya takda rezeki nak makan sama2 dia. Next time yea uncle.
Alhamdulilah selesai cerita raya kami di JB dan Singapore. Murah rezeki kami di sana. Cerita sesat pun ada...ada yg pahit dan manis.
sup tulang merah yang kami beli di Singapore.
Next entry aku nak citer pasal open house yang diadakan di rumah kami. Tungguuuuuuuuu.....
p/s - cepatlah...tak sabar nak fly.
No comments:
Post a Comment