Ads

September 7, 2015

1st Raya Makan-Makan 2015



Salam semua.
Raya dah lama habis tapi aku tak habis-habis lagi citer pasal raya. Takpalah kan...yang penting blog ni updated. Kalau tak...sure blog ni bersawang dan dengan aku sekali bersawang.,,hiks. Sejak kami berpindah ni ramai kawan-kawan dah bagi hint bila nak jemput dorang datang rumah...bila nak buat house warming. Kami jawab..tunggu rayalah. Kami kotakan janji tersebut. Makanya kami terpaksa mencari masa yang sesuai untuk panggil kawan-kawan datang ke rumah. Nak buat serentak semua datang memanglah tak mungkin terjadi. So, aku terpaksa bahagikan mengikut hari dan waktu. Ada yang aku jemput waktu tengahari...ada yang petang dan ada juga yang malam. Laki bini tungkus lumus memasak dan mengemas rumah. Percaya tak?

First trip aku buat hari Jumaat...so terpaksalah ambil cuti. Lepas subuh aku dah start memasak. Juadah kami pada hari tersebut ialah :
1. Nasi beriyani + ayam beriyani + acar timun + pompodum
2. Soto + mee + nasi impit + meehoon
3. Satay ayam dan daging
4. Spaghetti Bolognese
5. Moist choc cake
6. Puding cocktail
7. Roti jala + kuah durian
8. Cakes - cheese cake, butter cake, layer cake
10. Orange

Gigih tak tengok menu-menu di atas. Yang lain buat sendiri kecuali satay dan few cakes. Tapi kami keluarkan berperingkat-peringkat. Kalau yang datang malam untunglah sebab dapat rasa semua menu. 


 Ni menu untuk tengahari - nasi beriyani dan soto ajer.


dessert utk tengahri pun aku tak keluarkan semua. Kecuali roti jala belum siap masa ni.


tetamu pertama....rakan sekerja aku yang same department. Masa ni ada 3 orang termasuk bos tak dapat dtg sebab mereka gi outstation ada kerja. 


then...rakan sekerja En Bos. Lepas offismate aku balik....then barulah group ni. Semuanya datang berperingkat. So...mudah untuk kami melayan setiap tetamu yang hadir.





 yang ni pun rakan sekerja En Bos....maaf tak semuanya kami sempat bergambar. Maklumlah kekadang tu kami di dapur siapkan food untuk tetamu malam plak.


 mak angkat En Bos yang juga staff di tempat dia bekerja... Sister Hamsah.


 lepas maghrib plak masih lagi tetamu dari rakan sekerja En Boss yang juga merangkap jiran tetangga kami dari blok sebelah dan tingkat atas.


belah malam barulah teman sekerja aku dari ofis lama datang. Memang sengaja aku invite lain waktu daripada rakan sekerja En Boss. Thanks for coming Kak Rosecun dan Zureen.


 Then rakan-rakan blogger yang setia datang ke rumah ku setiap tahun datang belah malam. Thanks uolsss.


 tetamu terakhir kami....my blog reader yang sangat happy dapat jumpa aku pada kali pertama kami jumpa bulan puasa yang lepas - Eina and hubby.  Then raya ni aku jemput dia datang ke rumah. Mereka tetamu paling last balik ...tepat jam 12 tengah malam. 


baru jumpa dua kali....dah nampak mesra kami berdua. Eina plak seorang yang happy go lucky dan sangat peramah.


Terima kasih banyak2 kepada tetamu2 kami yang datang. Happy sangat. Ini baru first trip...tunggu next entry...aku akan update second trip plak. Lagi ramai dan meriah. Kalau yg aku tak invite tu minta maaf banyak2 kay. Lain tahun aku jemput plak yea. 


p/s - makin hari makin malas...



3 comments:

Ummu Athiyah Ismail said...

terliur tengok makanan banyak2 hehe..takpe raya haji dah nak dekat :)

Wahh Menarik: PETUA HILANGKAN PARUT JERAWAT

Azian Elias said...

MASYALLAHHHHH..banyaknya food leez.. rajin sungguh lah awak...

shazima said...

Sedapnya..nak g raya gak