Ads

August 28, 2015

Day 2 - Raya @ Johor Bahru & Singapore


Salam semua.

Sambung lagi cerita raya kami di seberang tambak. Hari kedua kami masih lagi di JB. Hotel yg kami stay ini Pulai Spring Resort rate termasuk dengan breakfast. So, lebih kurang jam 8.00 pagi kami turun ke cafe di bawah. Ramainya orang dalam cafe ni. Aku tengok ramai dgn pelancong from Europe. Rupanya dorang mcm ada family day di sini...sebab bawak family sekali. So, makanan cepat habis dan terpaksa beratur panjang nak ambil makanan. Ni yang aku tak selesa kalau berebut2 mcm ni. Patutnya group pelancong tu diasingkan dengan tetamu lain. Food yang disediakan pun banyak kepada international food. Bila dah dekat pukul 9.00 baru lah nampak reda sikit....baru nampak tetamu local masuk ke dalam cafe. Pelancong europe tu dah beredar dari tempat ni...fuhh lega.

Then.,...kami bersiap untuk pergi beraya di rumah kawan my mum which is opposite this hotel. Dah janji dengan Uncle Aziz kami sampai jam 10.30 pagi. Kebetulan isteri dia plak takda sebab gi rumah anaknya. Memang kami tak janji awal nak datang sini. Pagi tu baru call dia nak datang rumah. So, tuan rumah sediakan kami air kopi panas dan kueh raya ajer. Oklah tu...kami pun dah kenyang baru lepas breakfast.

Sebelum balik uncle Aziz tanya aku...bila balik ke KL. Aku bgtau esok tengahari mungkin kuar dari Singapore. Oooo..nanti jangan lupa call dia sebab dia plan nak ajak kami makan tengahari kat restoran di JB. Aku kata tengok keadaan dulu sebab tak nak janji takut balik lambat jer nanti. Apa jadi esoknya tunggu next entry aku citer.



 En Bos sengaja buat muka macam tu bila aku nak snap. Ibu mertua seronok bila kami bawa dia jalan2 ke Singapore. Sama tak muka ibu dan anak???


 ni kat rumah Uncle Aziz.....kami berdua selfie ajerlah sambil menunggu bila lah my mum nak habis berborak. Dah tak sabar nak gi seberang tambak ni.


Lihat muka happy dan ceria kedua-dua bonda kami.........on the way ke Singapore. Kami memang suka ikut lalui 2nd Link jika ke Singapore. Bayar lebih takpa asalkan mudah dan selesa. Aku sampai dulu di RnR Gelang Patah sementara menunggu my bro Izam sampai. Sempat isi minyak dan beli jajan. Sambil menunggu my bro aku isikan embarkation form untuk dia and family. Lambat sangat menunggu dia. Rupanya dia mencari ATM Machine nak withdraw duit dan tukar Dollar di money changer. Dukacita dimaklumkan boleh dikatakan semuanya out of service. Dia hanya ada USD note ajer. Aku bgtau dia.....dah lambat ni...tukar ajerlah USD tu kat Singapore sana. 



 Singapore...here we come. Aduhaiiii jammed pulak di Imigresen Tuas. Lebih kurang sejam jugak kami menunggu di sini. 


 Sampai di rumah my uncle iaitu  abang kepada my mum di Ghim Moh Road lebih kurang jam 2.30 petang jugak. Actually masih kenyang lagi tapi tuan rumah dah hidangkan kami nasi dengan berlaukkan sambal goreng tersedap di dunia, serunding kelapa, daging kurma, ayam goreng dan sayur campur. Ya Allah sedapnyaaaaaa. 


 kami berempat makan di atas meja.


 manakala my bro and family makan di bawah. Lama jugak kami lepak di sini. Dah lama tak jumpa my uncle. Dia pun tak turun KL beraya tahun ni. So, kami yang datang Singapore sambil beraya.



 next rumah ialah rumah my cousin Kak Siti (tudung putih sebelah my mum)  di Bukit Batuk West. Dengan waze dapatlah kami mencari rumah cousin aku ni. Kami dihidangkan dengan meehoon goreng dan pelbagai jenis cake dan cookies yang sedap air tangan Kak Siti. Sedapnyaaa. Siap bawak balik tapau tu.....my nephew request for it hehehe.


 my nephew enjoy betul beraya rumah orang. Boleh dikatakan semua cookies dia rasa hehehe.


 Petang jugak kami baru check-in hotel di Geylang. Kami stay di Hotel 81 Tristar. Location sgt strategik. Hotel ni berhadapan dengan Pasar Geylang Serai. Bawah hotel ni ada food court pelbagai jenis makanan dan kueh mueh Melayu....semua halal. Rate yang kami dapat ialah RM350 satu malam. Kalau amik family room lagi berbaloi sebab ada 2 king bed dan sofa bed. Bilik punya besar giler. Kalau nak naik MRT...jalan kaki 10 minit camtu....di Paya Lebar Station. Sebelah hotel ini ialah Joo Chiat Shopping Ctr ada jual pelbagai jenis kain ela dan langsir dengan design terkini.


 Lepas maghrib kami keluar lagi. Plan nak beraya di 2 buah rumah lagi. Hahahah...padat aktiviti. Pic ni di rumah cousin aku gak Abg Sham dan Kak Ani di Bedok Reservoir. Kami dijamu dengan spaghetti goreng dan kueh raya. Tengok lah anak buah aku yg baju kuning tu...baik punya posing perut ke depan hahahaha.


 Plan nak terus balik jer lepas tu. Seorang lagi cousin dah call my bro suruh datang rumah dia malam tu jugak. Alamakkk...kami dh kenyang sangat ni. Dalam kul 10 lebih jugak kami sampai rumah my cousin Idris. Tu dia tengoklah apa yg dijamukan kepada kami. Ibu mertua Idris telah masakkan kami nasi beriyani Singapore yg sangat sedap. Pulak tu ada juga sup tulang merah yg popular di sini. 


 Kami jamah sikit. Nanti apa plak kata tuan rumah. Siap tapau plak tu bawa balik hotel. Terima kasih banyak2 auntie and uncle. Thanks for having us.





My bro kata habis diet dia bila datang Singapore.....gitiewwlah. Bila datang beraya memang tak boleh nak tolak hidangan tuan rumah. 


Malam tu jugak lebih kurang jam 12 tengah malam baru kami beredar dari rumah my cousin. Anak buah semua dah keletihan. Tapi aku dan En Bos juga ibu mertua ada plan nak ke tempat lain plak. Tadaaaaaa...kami ke Mustafa Centre plak. Tempat ni bukak 24 jam uolsss. Esok memang dah tak sempat nak gi sini. Malam ni jugak kami redah. My mum dah balik hotel awal...bagi dia rehat. Maka kami bertiga ke sana dengan sebuah kereta. Ikutkan dah tak larat sebab penat sangat dan mengantuk. Tapi gagahkan juga. Naik atas bawah bangunan....datang tangan kosong dan pulang juga dengan tangan kosong. Kami tak beli satu apa pun. Biasanya kalau ke sini aku akan borong perfume tapi kali ni tak beli pun. Sebabnya dah plan nak beli kat negara lain....InsyaAllah bln Nov ni. Cumanya aku gi money changer tukar duit USD my bro. Our ringgit kan dah turun banyak...so bila kami tolak campur dengan duit  Sing Dollar memanglah mahal uolsss nak berbelanja....tak beli apa pun. 

Sampai hotel dah kul 2 lebih pagi. Letih giler. Sebaik sampai terus tidur. Esok plan nak jalan2 di town plak. Sesuatu telah terjadi pada kami bertiga.....pengalaman pahit dan lucu jugak. Tungguuuuuuuuuuu.


p/s - naiklah cepat wahai Ringgit...pls be nice to me.




2 comments:

Kak Wawa said...

ya Allah, sedapnya makanan hari raya.. terpanpang atas muka wawa.. hihi

Muhammad Has1deen said...

Rate Singapore dah naik....hotel mesti lagi mahal...huhuhuhu