Sambung lagi hari ke-3 di bumi Korea.
Dari Yeouido Park kami bergerak pula ke Itaewon. Kena naik subway lagi. Adoii penat ahkak and the gang naik turun tangga lagi. Memang dugaan betul kat sini. Apa yg menarik di Itaewon ni? Di sini ramai foreigners yang kebanyakkannya terdiri daripada golongan Muslim - Turkish, Pakistani and Middle East Country ppl. Kalau nak cari makanan halal ...kat sinilah tempatnya. Ada orang suka cari hotel di area sini sebab senang nak makan. Tapi jauh sikitlah nak gi tempat lain. Nak cari nasi, kebab, roti...semuanya ada di sini ...i mean yg halal lah. Nak makan western food pun ada. The most popular shopping district for foreigners.
Aku nak sangat merasa makanan Korea yg popular tu iaitu Kimchi. So, di sini lah tempatnya. Dapat juga aku merasa di sini. Kalau kat KL pun ada....kat area Ampang ada Little Korea...dekat sangat dengan rumah aku...ada restoran makanan Halal Korea. Tapi aku tak pernah terfikir nak makan kat situ. Tapi bila dah balik dari Korea ni...tetiba gatal kaki nak makan kat situ. Tunggu lah nanti dah habis event Cabaran Sihat...aku akan ke sana. Jom kak Zila!!!
Direction from Yeouido to Itaewon (subway)
Take Yeouido Station to Gongdeok Station
Then take Line #6 ke Itaewon Station
Exit # no.3
naik jangan tak naik hoiii....aku bila nampak ajer tangga....kepala pening mcm nak pengsan hehehehe
masuk ajer subway...kena berdiri lagi sebab always penuh.
Itaewon, you might find you have to pause to wonder if you are, in fact, in North America or Europe. It is the most popular shopping district for foreigners visiting and living in Seoul. While its rival Myeong-dong is favored more among Asians, especially the Japanese and Chinese tourists, the foreigners to be found in Itaewon are predominantly Western tourists or people on business trips. Itaewon is also well known for its abundance of restaurants offering a wide variety of authentic cuisines from other parts of the world – many of these restaurants have even hired chefs from the country of their specialty. Itaewon is a great place to find imported clothes. The clothing shops here also sell the larger sizes that cater to a Western build, although a significant portion of their customers are Koreans who prefer a looser fit. The Central Mosque and War Memorial of Korea are close to Itaewon’s busy commercial district and worth visiting.
In the past, most of the foreigners walking through Itaewon were American military men and women from the 8th US Army Unit located in the vicinity, but the area has now become an international district where ex-pats living in Korea gather.
This commercial district, created for US customers in the past, offers something relatively familiar to foreigners from other countries, and this has laid the cornerstone for Itaewon’s growth as an international tourist destination. You will feel right at home, even on your first visit here.
keluar ajer dari subway exit no. 3....kami dah sampai Itaewon. Alhamdulillah rasa segar mata dan senyuman di bibir bila nampak byk kedai Muslim. Ada ais krim Turki lahhh...wajib aku mencubanya. Ais krim Turki ialah ais krim yg paling sedap di dunia auwwwwww.
mari kita ramai-ramai mencuba ais krim turki....
wahhh dah nampak kedai halal
nak beli ayam dan daging mentah yg halal ada dijual di sini...banyak kedai ada jual
Little India Seoul pun ada korang. Finger Licking Good gittiewww!!!! Tapi tak masuk pun
ternampak Islam Information office. Tapi kesian tengok tempat ni....kecik dan nampak buruk ajer. Untuk pengetahuan semua....kebanyakan warga Korea menganut agama Budha dan Kristian manakala agama Islam sangat minority.
jalan punya jalan akhirnya kami nampak kedai ini. Kedai makan ini sangat popular di kalangan warga Malaysia. Aku tunjukkan direction ke sini.
Dari Subway Itaewon exit # 3
Sebaik keluar...jalan terus
Nampak simpang ke kanan....belok kanan
Jalan terus lagi...kiri kanan banyak kedai Muslim (agak berbukit)
Nampak simpang ke kiri...belok kiri (naik bukit)
Jalan terus...Murree Korea Muslim Food di sebelah kanan...dah sampai.
kami makan di sini...jom tengok apa yg kami makan
menu makanan halal Korea
jom kita cuba...first time nak try
kedai ni cantik tetapi service sangat lembap.....sejam menunggu. Makanan boleh tahan sedap. Kenapa lembap?? Sebab dia lah yg ambik order...dia lah yg masak dan dia lah yg jadi cashier....boleh????
Bibimbap KRW8,000 (RM24). Makanan ni satu set dengan lauk pauk tu...ada Kimchi sekali
inilah Kimchi. Sayur kobis dijerukkan dengan cili serbuk dan cuka. Simpan dalam tempayan...boleh tahan berbulan-bulan.
Bulgogi KRW15,000 (KRW45) ...daging hancur yg marinate dgn soy sauce, black pepper, garlic, onion, ginger and sugar tapi rasanya agak manis skit.
Kimchi Jeon KRW8,000 (RM24)...mcm pancake
belah kanan tu Chicken Beriyani... kami order bermcam2 lauk dan makan ramai-ramai.
Bulgogi Ddukbaegi KRW12,000 (RM36).....macam sup dan dalam tu ada daging hancur. Sedap jugak tapi sup agak manis dan rasa herba.
kak Azimah menunjukkan cara-cara camana nak makan Bibimbap...kacau semua bahan dalam mangkuk tu....pastu masukkan dalam mulut....nyam nyma nyam
cantikkan interior design dalam kedai makan ni..............
Lepas kekenyangan kami beredar dari situ dan bergerak ke hadapan lagi dan sehingga nampak pintu gerbang ke dalam masjid belah kiri. Kami nak solat di Seoul Mosque. Nak masuk ke perkarangan masjid ni kena mendaki lagi uolsss. Pastu amik wuduk di luar dulu. Lepas tu nak solat masuk masjid kena naik tangga hingga tingkat 3...mendaki lagi uolsss.
Difahamkan masjid ini dibina oleh kerajaan Arab Saudi. Rasanya the one and only mosque di sini. Kalau aku salah tolong betulkan. Kepada sesapa yang datang ke sini dan bersolat di masjid ini...bagilah sedekah mengikut kemampuan masing-masing. Mereka memerlukan bantuan untuk kos maintenance di sini. Apa salahnya bersedekah di rumah Allah walau di mana sahaja...insya Allah ada rezeki lain kita akan dapat nanti.
Allahhu Akhbar
masjid ini terletak di atas puncak...boleh nampak bandar Seoul
di dalam masjid di tempat jemaah lelaki
di dalam masjid di tingkat 3 tempat jemaah wanita
depan masjid ada Prince Sultan Islamic...tempat belajar agama
ada seorang warga Korea yg baru habis belajar agama tolong ambilkan gambar kami
on the way balik nampak kedai Salam Bakery....aku membeli baklava dan honey nuts...sangat sedap tp baklava kureng sikit
noney nuts yg belah kiri sekali tu....sangat sedappppppppppppp
bandar Itaewon....sesak dengan pelancong
juga sesak dengan pelbagai manusia pelbagai kaum serata dunia....
kereta banyak...
pelbagai fesyen baju ada....tetapi sangat mahal hokay!!!!
Okay selesai entry pasal Itaewon. Lepas tu kami plan nak shopping di Dongdaemon....tetapi apa yg terjadi???? Tunggu next entry kay..........
p/s - letih sangat lately ni
26 comments:
Salam kenei
Keme terasa lagi kepenatan lutut memanjat bukit ke masjid tu dalam kesejukan malam...berjalan, berjalan dan berjalan....nasib baik lutut masa tu masih ok.
wow..murree restaurant tu dh besar dh kat dalam dia. dulu sy pegi, kecik je dan sempit je. bulgogi tu sy suka giler sbb sedap! bibimbap tu x brape sgt sbb tak kene dengan tekak sendiri. heheh
Best jalan kat itaewon tu sebab banyak halal food. Suka sangat baklava yg dijual kat salam bakery...yummy...
akak bestnye...kalau akak update total perjalanan semua lg best sebb senang utk rujukan yg suke travel2 heheh (itu pendapat je) =)
Syarliz...Jom!! Akak anytime boleh pekena korean food tu...hehe
Bestnye pg korea... Tempat idaman sy tu. Tah bl sy dpt kesane.. Untung jd kak leez.. Bleh pg merate2 tmpt org.. :-)
salam, kalo cari makanan halal semudah ni, hari2 mau singgah :p
patut la kawan KC penah ckp kalau nak pegi Korea, duduk hotel di Itaewon pun ok sbb kat byk makanan halal. tak sabarnya nak pegi Korea tahun depan.
whoaaa.. akak dah sampai korea??
ok.. jealouss!! huu~
kak leez...last yr sy ada gak g mkn kat area masjid tu...tp pakistani nye restaurant..lepas salam bakery tp sebelum masjid...tp x perasan lak murree ni..hoho takpe nti nk gak cri kedai tu nmpk cam sedap je sumer mknan..huhu
p/s: saya pun ada singgah salam bakery bli cookies ngn manisan die yg xtau ape tah namanya...mmg sedap......;)daebak!! haha
p/s 2: hi john..;)
nekcik suka sesangat kat Itaewon ni...mewah makanan..esp towkay resto MURREE tu baik sangat..bagi diskaun lagiii
Salam,
Teruja bila CK masuk belog nie ... bestnye dgn gambar2 masa travel, cantik dan menarik sekali.
Thanks for sharing
ASP -
Bukan sahaja sakit lutut...tapi bila ingat balik..satu mimpi ngeri pun ada.
Danny -
Haah restoran murree tu dah besar dan selesa skit. Tapi service out lah...dekat sejam kami tunggu makanan siap. Sempat terlelap lagi hehe.
Bulgogi tu mmg sedap tpi agak manis sikit.
Rozita -
Bagi saya baklava tu kureng sedap sbb sy pernah makan di turki yg lagi sedap. Tapi nuts tu sgt sedapppp.
Sumayyah -
Tunggu hujung episod sy akan update berapa cost perjalnan saya ni.
Kak zila -
Jom kak....weekend ni yea.
Yana -
boleh ajer pergi...kena merancang lama. Akak rancang dah setahun yg lalu. Pelan2 kumpul duit hehehe.
Cawan -
nak cari makanan halal hanya mudah di Itaewon sahaja. kat tempat lain susah jugak.
kak chik -
yeap...kalau nak senang makan bettert u stay kat itaewon. tapi halal food kat sana sgt mahal. Thats why hari2 lain i masak sendiri
hani -
hehehe....dah setahun lalu merancang nak dtg korea.
alhamdulillah akhirnya tercapai.
muna -
restoran murree ni dah dekat dgn masjid seoul tu. Rasanya dekat jugak dgn little india korea.
kena repeat lagi ni.
nekchik -
tapi makanan kat murree tu mahal skit kan. takpalah....masa ni nak merasa makanan korea kan.
Cik Kamoo -
singgah lagi di blog sy ni kay.
insya alllah sy akan share info selagi termampu.
akhirnya..dapat tgk dalam masjid itaewon tu..sblm ni saya baca entry2 travelholic y p korea..setakat ni xde sorang pn berani ambx pic dlm tu,sbb dorang ckp,ad sign larangan ambik gmbr kt dlm masjid..just kak leez betol2 mamarazzi ni..cayalah.. haha..
salam, kalau akak perasan la, driver korean selalu buat u-turn di mana-mana sahaja mereka berada. kan :)
Post a Comment