Ads

May 17, 2012

Day 1 : Korea Be Inspired - Cheongyechon Stream & Hanbok






Jalan-jalan lagi di bumi Korea.
Kita sambung lagi entry yang lepas. Sekarang kami menyusuri jalan-jalan di sepanjang Cheongyechon Stream pulak. Di tengah-tengah metropolitan bandar Seoul tu ada sebatang sungai kecil yang sangat jernih. Boleh ajer kalau sesapa nak wat kuak lentang kat situ. Ada berani kah?? Jangan nak wat drama kat Seoul ni yea....takat celup kaki udah ler. Tapi aku tak celup kaki pun sebab malas nak bukak kasut aku tu.


Cheonggyecheon Stream used to exist merely as an overpass neglected in 1970 until it was restored in 2005, becoming a haven of natural beauty amidst the bustle of city life. 

Narae Bridge, expressing a butterfly in flight, and Gwanggyo Bridge, symbolizing the harmony of the past and future, are just two of the more than twenty beautiful bridges featured along the path of the stream. The ‘Rhythmic Wall Stream’, lined with fine marble, various sculptures, and Korea’s 8th stone building, Palseokdam, adorn the Cheonggyecheon Stream. 



Cheonggyecheon Stream offers many beautiful sights to see and enjoy: 

l The grand fountain, located in Cheonggye Plaza 
l Dapgyonori on the Gwangtong Bridge - a ritual of crossing the bridge on the first full moon of the new year to ensure that for one year, the one who crosses will not have any leg ailments. 
l A ceramic mural of a king making a grand voyage to Hwaseong, Jeongjobanchando 
l A colorful cloth wall made of fabrics from Dongdaemun’s fashion district 
l A cultural wall painting by 5 local artists 
l A reproduction of an area where folk woman used to do their laundry 
l A wishing wall, where more than 20,000 people have written their deepest desires 
l A tunnel fountain 
l Jonchigyogak, an angle of intersection left behind when the Cheonggye overpass was removed 
l The aquatic life dwelling among the willows 




mari kita menjejaki sungai yg jernih ini. Kalau Sg Kelang kt tepi Masjid Jamek tu jernih mcm ni kan best. Leh lepak2 kat situ..ahaksss.

air terjun pun ada uolsss...

 u wanna make a wish???  pls throw coins

manyaknya coinsss......

kat sini pada wktu malam ada mcm2 acara sebagai daya tarikan kepada pelancong. Malangnya kami tak sempat pun nak gi sini pada waktu malam

duk melepak tepi-tepi ni pun best



jambatan batu melintas sungai ini...

tetiba ternampak si kecil anak korea ni. Maknya tengok dari jauh pabila anaknya duk melayan pelancong2 cik kiah dari Malaysia ni. Yg peliknya...budak ni tak takut orang. Kami duk bergambar dgn dia...dia diam ajer. Maknya yg duk bising2 kat anak dia. Anak korea mata cepet...hehehe.

sungai ni sgt panjang boleh sampai ke kawasan Dongdaemon - tempat membeli-belah terbesar di sini

kepesatan bandar Seoul....agak sibuk jugak. Then, Kak Zila ajak kami gi Tourist Information Centre di kawasan ini. Dia kata ada surprise kat sini apakah itu???

besar jugak kawasan Tourist Information Centre ini...

tetiba Kak Zila ternampak seseorang yang dia kenali. Oooo...kami terjumpa blogger fofuler di Seoul ni, namanya Zarina. Azim pun kenal dia. Aku tak cam muka dia tapi aku ada jugak singgah di blog dia. Banyak info tentang Korea di dalam blog dia...sangat membantu. Boleh ke link ini.

nak tau tak kami nak buat apa di sini?????? surpriseeeeeeeeeeeeeee...............

>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>

tadaaaaaaaaaaaaaaaa.....Maharaja Azim bersama dayang-dayangnya yang jelita...ahaksssss!!!!


terasa mcm pengantin plak pakai pakaian tradisional korea ni. Namanya Hanbok.

di sini disediakan studio fotografi kepada pelancong nak mencuba pakaian tradisional ini. Kami semua sangat teruja uolssss. Berebut2 kami memilih pakaian yg paling cantik dan sesuai dengan saiz badan masing-masing. Kecoh kejap studio ni masa ni. Nasib baik orang takda. Percuma ajer tidak dikenakan bayaran

kami tengok gak kat blog org lain yg turut memakai hanbok ni semasa bercuti di korea....tapi tidaklah secantik pakaian kami ni. Pakaian kami ni sangat cantik dan nampak mahal. Perghhhhhhh perasan kejap walaupun baju pinjam hahahah.

pelbagai aksi kami dirakamkan.....mmg betul2 havoc and happening uolsss.

sukanya rombongan cik kiah dan pak mat ni...hahahaha

maharaja Azim dan dua gundeknya hahahahaha. Sebijik mcm org korea sesat.



hover betul korang ni...hahaha

hehehe...aku suka tgk baju ni. Cantik!!!

dah tukar pakaian...tetap nak bergambar lagi. Kali ni staff dorang joint kami bergambar.

sempat lagi jumpa artis Korea kat sini. Korang jeles tak???

lepak jap di kawasan ni. Tetiba aku ternampak ada internet free di sini (belah kiri).



ada juga free international call guna skype.


Ketika ini Azim duk cuba nak buat call tapi tak dapat. Aku plak check FB di internet di sini. Then, barulah Azim bukak FB dia. Tetiba dia terbaca di dalam status FB adiknya bahawa ayahnya tidak sedarkan diri. Ketika message itu ditulis....sejam yang lalu. So, dia balas message di situ suruh mereka updatekan status ttg ayahnya dari masa ke semasa. Masa ni nampak muka Azim berubah dan serba tidak kena.

Dia try guna phone disebelah tu sekali lagi tetapi tak dapat jugak. Ohhhhhhhh....rupanya call hanya boleh menembusi fixed line sahaja. Kalau call cell phone memang tak boleh. Then, dia mencuba call guna public phone pulak...pun tidak berjaya. Pulak tu pada public phone tu guna tulisan bahasa Korea. Susah betul nak guna phone di sini. Untuk pengetahuan semua....kami tidak boleh menggunakan hp Malaysia di sini. Kalau nak guna hp...hendaklah sewa hp Korea. Kat hotel kami pun ada perkhidmatan sewa hp. Cumanya kami tak sewa pun. Harapkan pada FB ajer kalau nak tau apa2 berita dari tanahair.

Masa ni Azim kata....takpalah kita balik dulu. Nanti try phone di hotel pulak. Ok....kami pun beredar dari tempat itu.


masa ni azim try so hard to make a call but still cannot.

masa balik....dalam subway pun ada perkhidmatan jual-beli.

masa dalam ni tak berapa ramai orang. Tetapi pabila kami tukar ke train lain....punyalah ramai orang. Sesak banget sebab waktu orang Korea pulang dari tempat kerja. So, memang susah sikit nak menyelitkan diri dari kesesakan orang ramai. 


Kejadian di Station Myeong-dong......sesuatu telah berlaku. Apakah dia? Kasma salah seorang ahli rombongan kami tidak sempat turun dari train....terus pintu tertutup. Masa tu keadaan di dalam train sangat sesak. Kesian sangat dia. Aku sempat bagi isyarat tangan dari luar train. Aku suruh dia patah balik ke station ini. Maknanya dia kena turun di next station and then naik semula train menuju ke arah berlawanan pulak.

Tunggu punya tunggu....Kasma tak kunjung tiba. Masa ni masing-masing dah cuak dan risau sangat. Udahlah masing2 takda hp susah nak berhubung. Aku harap Kasma boleh faham apa yg aku suruh dia buat tadi dan harap dia boleh faham camana nak gunakan subway ni. Maklumlah hari pertama di sini...ada yg tak berapa paham selok-belok di sini.

Akhirnya Kasma sampai jugak di station ini. Itupun nasib baik Azim terjumpa dia masa dia turun tu. Kami yg lain duk jauh sikit...memang tak perasan dia. Alhamdulillah semuanya selamat. Dia kata kat next station tu memang complicated skit. Dia kena naik escalator utk pergi ke train sebelah. Sib baik dia tau nak turun di station mana. Fuhhhhhhhhhhhhhh. Pengajaran di sini.....kena ambil tau camana nak guna map subway. Jangan main membontot orang lain ajer. Org jalan..kau jalan. Org terjun tingkap...kau pun nak terjun jugak. Boleh????


tengoklah rupa kami pabila melihat Kasma explain camana dia cari arah nak patah balik ke station Myeong-dong ni. Masa ni kami letih sangat yg amat.

Nak dekat pukul 5.00 petang dan kami tak makan apa lagi. Then singgah ke 7-eleven beli instant rice. Just tinggal nak panaskan ajer.

dah sampai guest house tapi tak leh masuk. Ooooo rupanya ada code camana nak bukak pintu tu. Wahhh canggih uolsss.

kami memang bawak lauk-pauk dari Mesia. So tinggal duk hangatkan ajer. Nasi pun dah ready masak. Ada gak kami bawak beras tapi tak sempat nak masak sebab dah lapar sgt.


Lepas makan yang lain semua naik atas untuk berehat. Sebab lepas tu kami nak keluar semula untuk ke Namsan Tower yg hanya berjalan 10 minit dari hotel kami ni. Aku plak singgah gi computer kat dapur tu nak check FB. Tetiba aku terbaca status yg sangat memeranjatkan. Aku terus panggil Azim suruh dia baca status tu. Ya Allah....dugaan sungguh masa ni. Status dia dan status aku penuh dengan ayat memesan Azim supaya menghubungi family dengan kadar segera. Azim dalam keadaan tidak tentu arah,...panik. 

Then, kami terus ke bilik receptionist untuk meminjam hp di sana. Atas belas ikhsan pekerja hotel tu...Azim cuba menghubungi hp kakaknya di KL. Tak dapat. Selang beberapa minit kakaknya call semula. Perkhabaran berita dari kakaknya mengesahkan bahawa ayah Azim telah pun meninggal dunia menghembuskan nafas terakhir pada jam 3 petang tadi. Maknanya masa kami berada di Touristm Korea tadi masa check FB tu...memang ayah Azim dah pun meninggal dunia. Cuma kami ajer yg tak tahu status terkini. Sedihnya masa ni. Aku faham camana perasaan Azim ketika ini sebab aku pun pernah mengalami keadaan yg sama ketika mendapat berita ayahku dalam keadaan koma ketika aku berada di tanah suci pada tahun 2005.

Pihak hotel tu cuba call AA utk bookingkan flight ticket Azim balik ke KL malam tu jugak. Nasib baik masih ada seat kosong. Then, dia pun mengemaskan barang2nya dan kami semua menghantar Azim di stesen bas yg menuju ke airport. Memang dugaan ini tidak disangka-sangka dan ini semua telah tertulis olehNya. Semua yg berlaku ini kita tidak tahu...hanya Allah yg Maha Mengetahui. Harap Azim tabah dengan dugaan ini.

Malam tu kami semua acara bebas. Plan nak ke Namsan Tower di batalkan coz kami semua berasa juga kesedihan apa yg Azim lalui ketika ini. So, aku balik hotel dan mandi. Lebih kurang jam 8 malam aku dah ketiduran sebab kepenatan dan mengantuk yg amat sangat. Al-Fatihah utk arwah ayah Azim - Hj Ashaary Chik.


p/s- pesanan kepada kawan-kawan yg selalu melancong ke luar negara....seelok-eloknya minta ampun pada ayah dan ibu sebelum berangkat. Kita tak pasti...adalah kita akan jumpa mak ayah kita lagi lepas tu. 




16 comments:

Azian Elias said...

ALFATIHAH.. akak dengar gak dari status leez.. sedihnya.. Well semua ALLAH dah susun kan..kita ni cuma planner. And HE IS THE BEST PLANNER.

Azra said...

Alfatihah & takziah utk azim & family..

Tapi nak buat pembetulan sikit pasal penggunaan HP kat korea sane... hp mesia or hp mane2 negara sekalipun boleh pakai kat south korea as long as hp tu ade 3G ...tepon yg takde 3G mmg takleh pakai kat sane .. and of course kene activate international roaming lah kan... i've been to korea few times within the last 1 year and mmg takde problem pun nak contact family at home ... my mom always call just to make sure my whereabouts ... tapi takpe la, menda dah nak jadik.... lesson learned to those yg planning to go there in the future....

Azra said...
This comment has been removed by the author.
Rozita said...

Takziah utk azim and family...

I pon berada kat Korea masa uols ada kat sana. Boleh je buat call dari hp I yg xde 3G tu ke Msia hari hari call emak I. Asalkan ada buat int roaming la dan jgn lupa kod Msia +60 diikuti no. yg kita nak call.

Benda dah nak jadi, tak de rezeki azim untuk tahu lebih awal. Ye I memang setuju dgn leez, tiap kali melancong ke luar negara, memang kena minta ampun peluk cium emak bapak kita

Badar The Great said...

Salam takziah utk Azim & family.

Turut sedih dgn pengalaman Leez & kwn2 kali ni.

Yanti Othman said...

salam takziah buat azim dan keluarga..

betul kata azra.. fon kena ada 3G baru blh guna.. so sweet hanbok itu..

Anonymous said...

salam,kelas kau azim bersama dayang yang sangat jelita.i like this picture.

Leez M. Saaid said...

Kak yan -

betul tu kak. Semua sudah tertulis. Kita hanya mampu merancang.

Leez M. Saaid said...

Azra -

My hp is 3G and sudah semestinya i roaming line setiap kali ke overseas. This is first time i kena this problem. Selama ni gi overseas okay ajer. Entahlah.

Leez M. Saaid said...

Rozita -

tak jumpa kita kat korea yea. Entahlah tak tau kenapa i tak dapat line. Coz my hp mmg 3G and roaming. Selalunya gi oversea okay ajer.

Leez M. Saaid said...

Badar -

kami semua bersedih dgn berita tu. Apa nak buatkan....ni semua urusan Allah dan Dia yg mengetahui segalanya.

Leez M. Saaid said...

Yanti -

Haah cantik kan hanbok tu. My hp mmg 3G....entah tak tau naper x dapat line. Pelik!!! Selalunya gi overseas okay ajer.

Leez M. Saaid said...

Anony -

terima kasih kerana kata dayang2 semua tu jelita ahaksss.
Siapa ni yea????

sepul said...

pilu setiap kali teringat masa ni.
bertabahlah. phewww

Ogy azmin said...

Leez,
Tiap2 hari ke bole terjah utk pakai hanbok free tue?

Nannee said...

Tgh excited baca blog kak leez sbb nak gi korea bln 3 ni. tibe2 sedih plak baca part ayah azim meninggal dunia tu. thanks bg peringatan kena minta ampun dari mak ayah dulu sblm kite pergi ke luar negara. betul tu, sbb ajal maut kita tak siapa yg tahu..