Ads

May 23, 2012

Day 2 - Korea Be Inspired : Nami Island Part 2




Masih hari ke-2 di Korea....bersambung di Nami Island lagi.
Penat betul berjalan di Nami Island....keliling penuh dengan pokok-pokok pelbagai jenis. Musim bunga ni...memang nampaklah pelbagai jenis bunga yg berwarna-warni.....ada colour purple, kuning, pink dan mcm2 lagi. Aku rasa kalau pergi musim sejuk mesti tak rasa penat sangat. Pengalaman berjalan di musim sejuk kat negara lain memang aku tak rasa sepenat ini. Tapi kat Korea ni penat semacam. Bukan aku sorang yg penat....teman-teman yg lain pun rasa yg sama.

Bila dah penat....apa pulak plan kami? Nak tau? Tu tengok gambar di atas tu...
Kami plan nak keliling pulau ni dengan menaiki basikal. Wahhhhhhhh....teringat zaman cerita Sembilu masa belajar dulu hahahaha. Just imagine...last aku naik basikal masa zaman belajar kat ITM dulu dengan teman-teman masa kami gi Bukit Cerakah. Lepas tu....dah tak naik lagi. Kat rumah mana ada basikal nak naik uolssss. Selepas berpuluh tahun...barulah nak naik semula kat Nami Island ni. Perrrghhhhhhh.....terhoyong hayang kejap hahahah. Tetiba aku break pakai kaki...ishhhhh buat malu ajer.


masa ni tengah berbincang-bincang nak naik basikal yg mana satu. Ada yg basikal solo siap ada bakul...ada yg naik berdua dan ada yg naik berempat. Kalau yg tak pandai naik basikal...disediakan motor roda tiga entah apa namanya...skyway kot.

harga ikut jenis basikal mengikut jam. Kami amik sejam ajer....cukuplah tu.

 tadaaaaaa.....inilah dia Wati citer Sembilu...ahaksss!!!!

 masa ni duk tunggu member lain yg tak habis-habis memilih basikal yg berkenan di hati. Dalam 7 orang kami ni...Shima ajer yg tak reti naik basikal...hehehe sian dia. Kak Azimah pulak dah terlupa camana nak naik basikal. So depa berdua kena sewa motor roda tiga tu hehehe.

 terasa muda plak mcm budak-budak sekolah naik basikal hahahaha

 belah kanan tu Kak Azimah dengan motor roda tiganya....Sib baik ada yg ini...if not dia dan Shima kena tinggal hahahaha.

cantik tasik ni...kami ronda keliling tasik ni

 tadaaa.....rombongan cik kiah dengan basikal-basikalnya.....enjoys giler masa ni. 

 jom kita ronda-ronda Pulau Nami. Feeling Winter Sonata kejap...



Jalan-jalan punya jalan. Wahhh ternampak gambar seperti di atas..... citer Winter Sonata. Masa ni dah teruja kejap. Pastu nampak pulak pokok pine yg orang duk sakan amik gambar tu. Masa aku nampak kat depan pintu masuk pulau ni (seperti dalam gambar entry lepas)....aku terpikir kenapa pokok ni mcm lain ajer. Padahal pokoknya pine tinggi lagi...bukan mcm dalam gambar tu. Oooooo...rupanya pokok pine yg tinggi tu ada kat belah dalam lagi. Masa ni aku dah tersenyum sampai ke telinga. Wahhhh....impian menjadi kenyataan untuk bergambar di sini. Tapi pasangan ajer takda.....tak dapat nak feeling ala-ala hero dan heroin citer Winter Sonata. Dapat peluk patung hero tu pun jadilahhhhh. Kena repeat lagi ni masa musim Winter. Kena datang berdua ni ahakssss!!!!!

Masa kami pergi ni...pelancong kat dalam Nami Island punyalah ramai. Nak amik angle cantik kat pokok ni punyalah susah sebab orang sentiasa ada di tengah-tengah pokok tu. Frust tengok hasil gambar camera aku ni. Aku tak perasan gambar ni blur sebab masa ni matahari terpacak terang benderang. Bila dah malam....baru aku perasan kenapa tetiba gambar jadi blur. Redha ajerlah kan.

Banyak kali jumpa orang Malaysia kat sini. Yang pasti Chinese Malaysian yang rajin tegur kami. Malay Malaysian huhhhh hampeh. Orang perempun kita suka benor datang ke Korea ni berbanding orang lelaki...itu yg aku perasan lah. Yelahhh...penangan drama Korea dan K-Pop. Hmmm....for me lelaki Korea biasa-biasa ajer ...bukan taste aku pun. Artis Korea yg korang kata encem n cute tu sebab dah buat plastik surgery...kalau tengok muka asal taklah ensem mana pun. Cuma dorang ni tinggi dan berbadan sasa. Menurut akhbar yg aku baca...lebih kurang 80% orang Korea telah membuat plastik surgery pada muka depa. Bagusnya teknologi depa ni tidak menampakkan muka mereka seperti Mona Fendy. Masih lagi nampak muka orang Korea juga....malah nampak comel. Sekian.....my 2 cents comment.


tadaaaaa......bukti berada di Nami Island. Kalau winter...mesti bwah tu penuh dengan snow keputihan dan kalau autumn bawah tu penuh dengan daun kering berguguran.

kalau professional photographer mesti pandai amik angle yg menarik. Kami ni asal ada gambar ajer.





ewahhh ewahhh siap landing kat belakang hero tu. Takpalah dapat peluk belakang pun jadi lah. Uhukkk...uhukkk.

gambar blur.....frustnyaaa..

thanks Siti.....angle yang cantik. I like it

angle ni pun cantik.....tapi gambar ajer yg blur. Bukan salah orang yg snap....tapi camera ni yg bermasalah.

rombongan cik kiah feeling mcm model di Nami Island

ahhhhhh..akhirnya ku berada dalam dakapan mu.....ewahhhhhhhhhh!!!

masa ni jam menunjukkan pukul 2 petang. Ohhh kami dah lapar. Relax jap tepi tasik ada pangkin. Bukak bekalan nasi lemak kami yg lazat itieewwww. Ada sambal, telur dan ikan bilis kacang. Nak cari timun kat sini tapi tak jumpa plak. Alhamdulillah dah kenyang.


Then, kami bergerak pulang dan meninggalkan Nami Island yg meninggalkan kenangan manis ini. Kena tunggu ferry jap.....ramai betul manusia masa ni. Seperti biasa kami naik teksi untuk ke Gapyeong Station tempat yang kami turun pagi tadi. Tambang hanya KRW4,000 sahaja untuk sebuah teksi. Adohai kaki dah sakit masa ni....jalan pelan-pelan. Sekali lagi train penuh dan tiada tempat duduk. Sekali lagi kami bersila dalam train tu hahahahaha. Ada mak kisah???

Sebaik sampai di Myeong-Dong station kat subway tempat penginapan kami tu....aku tengok ada orang jual kasut dengan harga KRW5,000 sahaja (RM15). Nak cari sandle lah kat sini tapi tak jumpa. Akhirnya beli juga kasut sarung warna putih yg cantik jugak hehehe. Kat situ gak aku tukar kasut. Untuk pengetahuan semua....di bawah tanah subway ni memang banyak kedai jualan. Macam-macam benda ada...boleh singgah shopping. Kalau korang gi Korea ikut travel agensi tidak dapat merasai pengalaman ini. 


 teksi berhenti di sini - Gapyeong Station (train)

 haus plak....jom beli air kat machine ni.

 train di Gapyeong Station

kat bawah tanah Subway tu ada jual kueh ni - Deli Manjoo...sedapppp aku suka. Kueh tu mcm kaya ball tapi yg ni dalam tu ada kastad.

Kat Malaysia ni ada tak orang nak pakaikan kasut korang mcm ni?? Baguslah orang Korea ni....wa respect lu lah!!!! Gambar candid ini dirakam oleh Kak Zila....akak memang vassssss!!!!!!


Ok dah sampai tempat penginapan kami. Relax jap untuk solat dan mandi-manda dalam sejam gitu. Then, dalam jam 6 petang kami keluar lagi menuju ke satu destinasi ini. Tempat ini banyak kunci-kunci cinta. Ke manakah itu????? Tunggu next entry kay!!!!


p/s - aku dah mula merasa bahang stress di office sebab event Cabaran Sihat dah nak bermula bulan 6 ni. Ayohhhhh register cepat. Musim ni hadiah lagi best dan aktivi pun best jugak. 




15 comments:

Mie said...

Lain kali boleh pergi berdua pulak dgn ehem-ehem...

Kat sini paling cantik waktu autumn kot...

Diana Diane Teo said...

Cantek gambar pertama itu. Ada feel Winter Sonata pula.
Saya tau the next entry, N Seoul Tower. Sedih I tidak kesampaian last year masa pergi Seoul.

Rozita said...

Best kat nami island kan ? Tapi rasanya kalau gi masa winter mesti lagi best.

Rozita said...

Hahaha...mesti N Seoul Tower. I pon tak berkesempatan ke sana...sedey..

Anonymous said...

wah....ini cinderella malaysia gitu....

Yanti Othman said...

canteekkk gambar kat pokok pine.. masa i pergi pokok sume togel..

Muna said...

kak leez..

dlm ramai2 rombongan cik kiah tu, ada ke yg pandai berbahasa korea? sb nk tny mcm mana nk berkomunikasi ngn dorg kalau kite ni pegi tanpa ejen n lgsung xtau ckp korea...agak2 susah x nk bg dorg paham maksud kite ek...kalau yg blh berbahasa inggeris shud b no prob tp kalo yg sbliknye mcm mane...huhu

nebes sb nk g korea nov ni just berdua dgn ofismate. tk pakai ejen tapi 2-2 x pandai ckp korea...hahaha

Leez M. Saaid said...

Mie -

rasanya cantik waktu winter and autumn....bila nak ke sana?

Leez M. Saaid said...

Diana -

u kena repeat lagi....hehehe
i pun byk tempat tak sempat pergi.

Leez M. Saaid said...

Rozita -

sy x begitu impressed gi nami...entahlah x tau kenapa.
sebab sy nampak pokok2 ajer...
kalau gi season lain mgkin best agaknya

Leez M. Saaid said...

Anony -

cinderella mengada2...bila lagi kan....tapi terkejut amoi korea tu duk pakaikan kasut ku...ahaks

Leez M. Saaid said...

Yanti -

tgk pada musim kan...kalau time winter mmg togel lah tapi penuh dgn snow.

Leez M. Saaid said...

muna -

takda sesapa yg pandai cakap korea.
kami jadi ayam dan itik kat sana...but still boleh paham lah thru sign language.

tp ada gak yg pandai english...u dont worry...gonna be fine kat sana.

Husna Alias said...

betol la kak,artis korea hensem/cantek sbab ad baiki2 muka tu,w/pun sikit..tgk org biasa dorang y bkn artis tu,biasa2 je pun. w/pun saya ad gila2 kan jgak retis2 korea ni,tp xlah smpai taksub.just hiburan duniawi smata2..hehe..

kalau ad rezeki,mmg akn n pastikan pergi jugak korea nie..tmpat2 dorang cantik

I am Nurul said...

Stuju dgn statement kak pasal chinese malaysia rajin menegur dan malay pulak menyombong.. Saya pun pernah mengalami situasi yang sama mcm kak..hehehe.. Siapa2 yang ke HCMCity mesti tau kat sana bersepah rakyat Malaysia kan. Malangnya ada sekali tu saya menegur geng2 malay ni tapi dibalas dengan jelingan..hahaha.. Tros teringat kenangan dekat Window of the world, Shenzhen di mana 1 chinese family dari Ipoh menegur dan beramah mesra dgn saya dan kwn.. :)
(pengalaman saya ada saya coretkan dlm blog ni)

http://gajahgenduts03.blogspot.com/