Ads

May 24, 2012

Day 2 - Korea Be Inspired : Namsan Seoul Tower & Myeong-Dong




Sambung lagi cerita Korea.
Sila lihat gambar di atas. Made In Korea. What? Kasut putih atas tu.....pastu dengan stokin pink. Fesyen K-Pop. Hahaha.
Lebih kurang jam 6 petang kami dah bersiap untuk mendaki lagi. Adohaiii hari ni tak habis-habis turun naik tangga dan berjalan berkilo2 meter. Balik hotel...pastu keluar lagi dan mendaki pulak tu. Lokasi kami petang ini ialah ke Namsan Seoul Tower. Belakang guest house kami ajer. Berjalan lebih kurang 10 minit tapi bukan berjalan tau......kami mendaki. Perghhhhh habis kalori dalam badan. Aku suggest korang pakai legging ajer kat Korea ni...senang dan mudah bergerak.

Kiri kanan jalan banyak kedai boleh cuci mata. Dah hari ke-2 di sini kami masih belum sempat bershopping lagi. Duk tengok gitu-gitu ajer. Tunggu dulu nanti dah nak balik boleh shopping naa. Ada yang bertanya camana kami comunicate dengan orang Korea...hehehe tidaklah semudah itu. Macam ayam dan itik. Aku nak bagi tips kat korang....kalau tetiba sesat atau nak cari tempat yang tak jumpa....try to approach orang Korea yg nampak educated skit. Depa faham English dan bolehlah cakap sikit-sikit. Jangan duk tanya ahjuma or ahjussi plak....memang korang pening pala nak faham bahasa Korea. One thing aku perasan...orang Korea ni memang baik dan willing to help us as much as they can....walaupun komunikasi mcm ayam dan itik. Kat sini kalau jalan sorang-sorang pun selamat tapi kena hati-hati kalau terjumpa orang mabuk. Dorang kalau dah mabuk tak kira malam atau siang. Pernah kami kena ikut dengan orang mabuk...hahaha lawak tul. Mencecet kami melarikan diri. Satu sikap terpuji orang Korea...dorang ni jujur dan tidak menipu pelancong. So memang relaxlah kat sini.


mari kita mendaki ....ayohhhh. Banyak kedai kiri dan kanan

ikut jalan belakang ni taklah sesak sangat.....aman ajer

tingginya tangga ni. Haaaa gitulah dik non. Dah namanya tower kan....banyak betul tangga nak daki. Nanti aku citer ada satu peristiwa berlaku di sini masa kami nak balik dari Namsan Tower tu. Tunggu aku cerita kat bawah ni.

dah sampai building ini untuk beli ticket cable car. Dalam ni kena naik tangga lagi bertingkat-tingkat. Perghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh.

kami nak mengejar waktu siang dan malam di Namsan Seoul Tower ni.

ticket utk cable car ialah KRW8,000 (RM24)

masa ni dah keluar dari cable car. Sekali aku nampak ada tangga lagi...pengsan!!!!!!



jom kita naik tangga. Trip Korea ni memang aku berjalan banyak dan bila balik Mesia konon berat turunlah kan. Sekali bila timbang...hampeh!!!! tak turun pun pelik lah. Kevin help me pls.

banyak betul bunga kat sini
baru perasan...naper aku posing style yg sama ajer yea.



N Seoul Tower
Built in 1969, and at a cost of approximately $2.5 million, it was opened to the public in 1980. Since then, the tower has been a landmark of Seoul and measures 236.7 m (777 ft) in height (from the base) and tops out at 479.7 m (1,574 ft) above sea level.
Many visitors ride the Namsan cable car up the mountain, and then walk to the tower. The tower features a gift shop and restaurants on the ground floor. Visitors may go up the tower for a fee. There are four observation decks (the 4th observation deck, which is the revolving restaurant, rotates at a rate of one revolution every 48 minutes), as well as gift shops and two restaurants. Most of the city of Seoul can be seen from the top. Close to N Seoul Tower is a second lattice transmission tower.
In a poll of nearly 2,000 foreign visitors, conducted by the Seoul Metropolitan Government in November 2011, stated that 16 percent named hanging padlocks as a symbol of love on the Tower fence as their favorite activity in Seoul.



kat sini banyak mangga kunci cinta hati. Letak nama korang dan pasangan pastu kunci pakai padlock. 

sapa paham? tolong translate!!

banyak giler kunci cinta hati kat sini....sampaikan berkarat padlock tu.



berada di setengah puncak N Seoul Tower

masa ni sejuk gilossss....menahan kesejukan

cuba teka yg mana satu kasut aku? ahakss!!!

ramai betul pasangan bercinta datang sini.

pokok cinta hati. Kau kunci cintaku dalam hatimu. Kak Melah kalau buat video clip kat sini memang sheshuai

N Seoul Tower di waktu senja

N Seoul Tower di waktu malam

masa nak turun dari cable car...can see bandar Seoul yg bercahaya. Cuaca kabus ketika ini....tak berapa clear.


Selepas balik dari N Seoul Tower, kami turun semula ikut jalan tadi di lorong-lorong belakang guest house yg kami stay tu. Aku jalan paling belakang sekali dengan Siti. Bila nak turun tangga kayu pada gambar yg aku tunjukkan tadi....tetiba aku baru perasan Siti takda kat belakang aku. Ahh sudah!!!!! Aku tanya geng-geng kat depan sama ada Siti ada kat depan tak....pun takda!! Panik dah masa ni. Then Shima naik ke atas tengok kot2 Siti terlajak jalan ke depan atau dia tak turun lagi dari bangunan cable car tu. Pun takda!!! Udah lah kami semua ni takda hp dan nak contact each other pun susah. Kami amik keputusan nak tunggu dia ajer kat tepi tangga tu...kot2 dia singgah ke mana-mana. Lagi dua orang teman Kasma dan Alya dah turun bawah balik hotel sebab nak ke toilet. Tunggu punya tunggu......tak nampak lagi. 

Tetiba Kasma naik ke atas semula bgtau bahawa Siti dah sampai hotel. Aikkkkk pelik pun ada. Dia balik camana sebab aku perasan dia memang ada dengan aku tadi. Camana dia boleh melangkah panjang jalan ke hadapan. Pabila kami sampai di hotel...Siti cerita kat kami apa yg dah terjadi. Rupanya dia tak nampak kami masa nak turun tangga kayu tu. Dia tak ikut tangga tapi dia terus ikut jalan tar. Jalan punya jalan....dia baru sedar dia dah sesat dan kami takada kat situ. Macam miracle pun ada sebab camana dia boleh tak nampak kami yg ramai ni. Dia tanya orang kat area sana camana nak balik ke hotel....rupanya boleh jalan terus ikut jalan lain. Fuhhhhhhhhhhhhh.....lega!!!!! Adohaii...kalau hilang anak orang camana aku nak jawab ni. Semalam kes Kasma terlepas subway dan hari ni kes Siti tersesat pulak. Syukur semuanya selamat.

Malam masih muda ...takkan nak balik hotel kan. Kami nak merambu kat tempat lain pulak. Depan guest house kami diseberang main road (kena ikut tangga subway) ialah Myeong-Dong iaitu tempat yg paling happening di Seoul. Dekat sangat dengan tempat penginapan kami. Apa yg menarik di sini? Ada kedai jual pakaian berjenama, kedai kosmetik dan penjagaan kulit jenama tempatan (banyak giler), cafe (melambak-lambak), kedai makan (tak halal), kedai baju (local product) dan mcm2 lagi lah. Orang sangat ramai dan sangat sesak di setiap lorong-lorong jalan. Nak tengok org Korea berfesyen....melambak2 di sini. Tujuan kami ke sini ialah nak cari kedai makan seafood. Ketua rombongan cik kiah iaitu Kak Zila nak bawak kedai makan yg dia pernah pergi dulu kat sini. Jalan punya jalan menyusuri lorong tapi hampa....sebab tak jumpa kedai makan tu. Kesian kat kami kan.....sebab sangat lapar ketika ini.


manusia penuh sesak di Myeong-Dong

SPAO terkenal di sini.

ternampak building lama ni.....maka berposing lah aku dgn kak azimah di sini.

tak jumpa kedai makan.............kami singgah cafe ni sebab dah lapar sangat. Balik hotel nanti kami makan maggi ajer lah hehehe.

dah order minuman...pastu depa bagi ni. Ehhh dapat hp percuma ke? Ooooo rupanya kalau minuman kami dah siap...hp ini akan berbunyi. Walllaaaaaaaaaaa canggih sungguh.

aku order hot chocolate ajer.

kat sini memang terkenal dengan wafle..

masa nak balik ternampak minah ni pegang tulisan FREE HUG.....apalagi jom kita hug hahahaha

gitulahhhhhhhhh....all of us sporting giler pi hug minah Korea ni hehehe. 

then, kami bergambar bersama. Mcm2 cara dorang buat utk tarik perhatian orang ramai kan

jumpa ahjussi ni tengah meniaga shawl....rupanya dia Muslim...alhamdulillah jumpa Korean Muslim di sini. Then, kami tanya dia kat mana nak cari halal restaurant di sini. Nak tau dia jawah apa??? Dia baca Surah Al-Fatihah. Hahahaha....tergelak guling-guling kami masa ni. Yelah communicate guna bahasa ayam dan itik. Then, dia tulis nama halal restaurant di Seoul ni dalam bahasa Korea.

on the way balik hotel nampak sebuah van jual fruits. Wallaaaa besaq gedabak buah kat sini. Buah strawberry tu harganya KRW5,000 (RM15) sekotak. Manis katanya.

Balik ajer hotel...kami kenduri maggi ajer. Oklah tu buat alas perut. Esok kita gi kedai plak cari Halal Korean Food. Masa nak tidur sempat lagi sapu kaki dengan minyak panas. Adoiiii...ohhhh Korea.


p/s - dah lama aku skip kick boxing class...sebab busy sangat.




23 comments:

kasihredha said...

haaa ni baru betul kak melah kata... Kau kunci cintaku dalam hatimu :))

sakit kaki kan..sebab banyak tangga dan asyik mdaki je :)

budakkglarkin said...

Salam menarik & melucukan, rasa mcm tak cukup jer baca apa yg Liz karang nih. Don't forget pada akhir citer Korea nih to state you expenses sebab saya bercadang nak pi early next year bersama family.

Unknown said...

bercuti sakan cik kak kite nih...

The Singing Pilot said...

Dat thing yg akan berbunyi kalau order dh siap. Ade kat singapore gak kat orchard. Bentuk bulat. Igtkan cup warmer ke ape

zila@akulovetravel said...

Leez,

Kwn2 seperjuangan kat korea ni ada blog tak?? kalo drg kaki jalan gak..leh baca2..hehehe.

Berapa ari sbenarnya kat sana?? Korea ni antara cita2 saya..hehe

Rozita said...

Ahhhh jelessss...tak dapat ke Namsan Tower. Cantik view dari situ esp. waktu malam ye.

NEKCIK said...

Leez: Kaki Nekcik pun bengkak masa jalan jalan Korea...6 hari..sib baik hari terakhir tu bengkak..agaknya jalan hampir mcm dari perlis ke johor

Ogy azmin said...

Leez duk kt g/house yg mane eh?

Yanti Othman said...

sedih sebab tak sempat mendaki ke n tower hu hu.. nak kena pergi lagi nih nampaknya..

Leez M. Saaid said...

kak hanim -

memang sy teringang2 lagu tu masa kat atas tu kak hehehe

kaki memang sakit dan sgt lenguh...aduiiii

Leez M. Saaid said...

budakkglarkin-

tunggu di akhir episod sy akan bgtau expenses di sini dan brg2 yg sy shopping.

Leez M. Saaid said...

Tina -

dah tak gi mana2....duit dah habis tobattt.

Leez M. Saaid said...

the singing pilot -

rasanya byk country guna mcm ni. Tapi masa gi europe last 2 year takda pun mcm ni....ni kira canggih lah.

Leez M. Saaid said...

zila -

semua tu bukan blogger kecuali saya hehehe.

saya gi 5 hari ajer.....memag tak cukup.

Leez M. Saaid said...

rozita-

namsan tower mmg best kpd yg bercinta hehe.
tapi masa gi tu...berkabus sejuk...x nampak bandar seoul

Leez M. Saaid said...

nekcik -

sy tiap2 malam sapu minyak panas...kaki sakit yg amat..
esok pagi bangun kekdg tu masih sakit tp gagahkan diri pergi jugak.

Leez M. Saaid said...

ogy -

ni mesti tak baca awal entry..
sy duduk namsan3 guest house.

Leez M. Saaid said...

yanti -

sesapa yg gi ikut travel...mmg tak gi namsan tower ni.
penat yg amat menaiki tangga di sini.

Ogy azmin said...

Baca sume entries tp terlepas pandang kot sbb asyik nengok gambo...hehe

Husna Alias said...

kelakar la part ajusshi tu baca surah al-fatihah.^^
n y hp tu..baru faham,sblm ni tgk korean drama,ingtkan hp dorang,tp bila berbunyi,lari2 p kaunter.tu pelik.mmg maju dorang ni..hihi..tmbh pengtahuan..tq kak..

Unknown said...

Saya dan geng2 pon baru balik korea. 5 hari trip memang tak cukup. Serik tengok tangga dah. Tak larat mengheret kaki. Tapi nak pergi lagi sbb byk lg temat shopping tak sempat nak cover.Duduk hotel mana?

shazwina said...

Assalam kak, restoran halal yg ajosshi muslim tu cadangkan nama die ape? =)

Nabila said...

bestnya xsabar nk gi sana bln 11 ni. baca entri ni x jemu tul. terbaikla. first ingt nk amik tourist guide je tapi lepas baca entri akak ni terus cam nak gamble pegi je.. akak mana tahu jalan nak ke sana sini tu eh? cam expert je?