Ads

October 10, 2011

Day 2 - Penang Trip 2011 : Beraya Rumah Teman-Teman


Wehuuuu...bersambung lagi kisah di Penang. Panjang lagi nak habis pasal Penang trip ni coz terlalu banyak acara kami di sini. Pastu ada banyak jugak gambar-gambar lain yang masih pending selagi entry Penang belum habis. Gambar2 event aku pun melambak-lambak lagi. Wehhuuu...event aku tu masuk dalam ruangan Kesihatan Mingguan Malaysia semalam....i feel so excited. Thanks Allah.


Ok back to Penang trip. Pagi tu kami nak kena gerak awal sebabnya sangat banyak acara makan-makan kami pada hari tu. So, sementara nak menunggu Azim and Azuan sampai....kak ipar Zaharah dah masakkan untuk kami nasi impit dan lodeh. Sedap sangat akak ni masak. Walaupun aku tak berapa suka lodeh tetapi aku rasa jugak sikit...memang sedap!!!!


lodeh masakan kakak ipar Zaharah

2 jejaka ini katanya nak jogging pagi tu...muahahah akhirnya angan2 mat jenin ajor. Sebabnya tak larat nak bangun.....kepenatan dan kemengantukan.





Pagi tu aku check-out dan bawak sekali beg. Sebabnya malam tu nak tidur kat tempat lain pulak. Terima kasih pada abg Rashid and wife sebab sudi tumpangkan aku tidur kat sini. Semoga Allah membalas jasabaik anda semua. Lepas kenyang breakfast di sini....kami menuju ke rumah Nikli pulak di Guar Perahu.


Kebetulan memang Nikli ada di Penang ketika itu...so inilah masa nya kami nak mai beraya ke rumah dia. First time aku nak mai ke rumah dia. Dalam pukul 10.30 pagi macam tu, kami berempat dah terpacak di depan rumah dia. Segan pulak sebab pagi-pagi datang beraya ke rumah orang. Tapi takpa sebabnya kami dah buat appointment awal-awal dengan dia...hehehhe.





juadah kami di pagi tu....alhamdulillah rezeki kami. Terima kasih tuan rumah.


inilah dia Nikli. Ini adalah rumah parents dia. Sebabnya Nikli ni bekerja di Miri. Dia balik Penang sebab bercuti.


uikkk...apa yang korang gelakkan tu weiii



banyak betul makanan yang dihidangkan untuk kami. Perut kami dah ketat.





gambar kami semua....yang duduk belah kiri tu ialah wife kepada Nikli...Yus.



sebelum kami balik....siap bergambar beramai-ramai termasuk ibunya Mak Timah, adiknya dan anak buahnya. Terima kasih semua..... :)



Seterusnya ialah jemputan Hari Raya lagi daripada my blog reader, Madi. Rumah Madi terletak di area Taman Pauh Jaya. Sib baik Azim ada....so dia yang tunjukkan jalan nak ke mana-mana. Nak harap aku..huhhh jawabnya kena guna GPS ler. Senang ajer nak cari rumah Madi ni. Sebabnya hari semalamnya kami dah mai area ni...dekat dengan rumah Maz Daud yang semalam aku pi beraya open house tu.


Dah janji dengan Madi kami nak mai dalam tengahari macam tu. Lebih kurang pukul 12.30 tengahari kami dah sampai. Ya Allah terharu sangat dengan layanan tuan ruman dan family. Untuk pengetahuan semua, aku dah 2 kali berjumpa dengan Madi sebelum ni di Bangi. So, this is my third time bertemu dengan dia. Madi memang selalu follow blog aku especially berkaitan dengan travel. Dia and wife pun plan nak ke Europe dalam masa terdekat ini. So, blog aku memang menjadi rujukan dia untuk ke sana.


Nak tahu apa yang dia hidangkan untuk kami pada hari tu? Jom tengok




Nasi tomato. Rasanya ini rumah ketiga kami makan nasi tomato di Penang. Memang Nasi tomato sinonim dengan orang Utara kot. Betul tak????



Yang baju hijau tu lah tuan rumah, Encik Madi.



Lepas kami dah habis makan dan borak-borak. Tetiba he showed me something. Taraaaaaaaaaaa.......my Europe Trip Journal yg siap di print and binding. Waduhhhh...terharu plak ahkak rasanya ahakss. Tujuannya dia buat mcm ni sebagai reference for his europe trip next month. Complete siap gambar dan write-up dia print..hehehe.



hahaha...siap ada tandatangan sekali. Masa ni Azim dan Azuan duk gelak2 kat aku "Bangganya kami ada kawan seorang blogger femes". Haishhhhhh idok ler famous mana pun. Famous kat Penang jer kot...hahahaha.


tengoklah apa yang aku sign...hehehhee!!!! sila muntah wekkk!!!!


masa ni terasa macam artis uolssssssssss!!!! Kau mampu???? ahakss


aduhai....siap ada upacara penyerahan dokumen sekali.....muahahahaha. Tetiba aku rasa mcm femes plak sejak jadi blogger ni. Sila muntahhhhh!!!! hahahaha.


bergambar dengan tuan rumah sebelum kami balik. Terima kasih byk2 tuan rumah, Madi and wife atas jemputan ini. Keep i in touch kay!!!!


Pastu kami singgah pulak ke rumah Azim sebab nak amik baju dorang......sebabnya kami nak tidur hotel pulak malam tu di Batu Feringgi.



Ok habis cerita kami setengah hari tu. Pasni ada lagi acara kami.....banyakkkkkk lagi. Esok aku cuba untuk update lagi dan sekerap yang mungkin. Alhamdulillah murah rezeki aku di Penang ni dan sangat terharu dengan layanan orang2 Penang. Muahhh..muahhh. Terima kasih banyak2.




p/s - Uikkkk...pigmentation dia. Tp tetap menjadi pooojaannnnn lelaki itu. Kawan aku kata..."kau tetap lagi cun!!!" Ahakkkks!!!!!





8 comments:

Unknown said...

Amboi sakan no...wah ada die hard fan rupenyer kawan kiter nih...baguslah teruskan menulis dan menulis sambil sharing with your readers....:-)

Bab yg awk x leh nak komen kat blog tu sy pon x tau ape punca nyer....

Leez M. Saaid said...

Tina -

hehehe tak lah die hard fan...cuma my follower ajer. Selain dapat berkongsi pengalama...dapat juga meramaikan kawan2 kan.

ntah lah i dont know why i cannot type comments....

Norkarzihan said...

tersenyum saya tengok brother tuh siap print out & buat buku pasal europe trip cos buat pengetahuan Kak Leez, Yan pon buat perkara yg sama..heheheh tapi trip to ho chi minh ngan chiang mai...Besttttt sgt baca blog kak Leez! byk info! hidup kak Leez!!

Leez M. Saaid said...

yan -

heheh thanks sudi baca my blog..
wahhhh tambah lagi sorang my follower yg siap print my travelling journal..hehehe.
Nanti i saman boleh? taklah gurau ajer.

Muna said...

wah...fofular kak leez...hehe bile nk turun ipoh pulak? moh kite ke cameron...hehe

@xiM said...

phewwwiiittttt!!

blogger pemesss uolzzz!!!

Leez M. Saaid said...

Muna -

boleh Insya Allah...nanti kita contact2 kay.

Leez M. Saaid said...

axim -

yelah tu femessss...kau mampu?? ahakss