Ads

October 16, 2011

Day 3 - Penang Trip 2011 : Rempah @ Little India, Jeruk, Lunch & Back to KL


sambung lagi.


Selepas kami habis makan nasi kandar di Kg Melayu...kami pun bergerak lagi ke destinasi seterusnya. Kali ni nak pergi ke Little India untuk membeli rempah nasi kandar....ngeh3. Boleh percaya ke aku nak masak nasi kandar? Hehehehe....


Little India terletak berdekatan dengan Jalan Kapitan Keling yang aku duk makan nan tandoori hari tu. Entah aku dah lupa apa nama jalan kat Little India tu. Senang citer, korang gi Jalan Kapitan Keling....sebelah tu ajer. Di sini memang banyak lah kedai-kedai India...mcm kat Brickfields. Kebetulan dah nak Deepavali tak lama lagi...memang lagu2 depa berkumandang ler jawabnya. Ada kedai jual kain sari, jual daging kambing, jual muruku dan macam-macam lagi. Aku pi tempat ni sebab nak beli rempah. Nama kedainya Meera mcm tu lah agaknya....lupa plak aku. Kat sini memang terkenal dengan jualan rempah kari dan beriyani. Jangan tak tau...kalau aku gi oversea...rempah ler yang aku cari. Pi London pun aku beli rempah...hehehe. Semua tu aku bagi pada mama ku utk masak sedap2. Kat Mesia takda rempah mcm tu.


Little India meriah bila nak sambut Deepavali

tu dia...sakan aku membeli rempah. Aku beli rempah kari, rempah sup mamak dan rempah nasi beriyani. Nanti korang semua mai umah mami Leez nak masak nasi kandaq naaa.


pelbagai jenis rempah....ini baru sikit....kat belakang lagi ada banyak


pompodum pun ada...tapi aku tak beli




Dah habis beli rempah...kami nak mencari jeruk pulak. Selalunya kalau aku mai sini mesti beli kat pasar Chowrasta....sebab kat situ ajer yang aku tau. Tempat lain aku tak tau. Bila sampai di sini...Azim rekemen tempat ini....Melayu punya. So, lebih baiklah kita beli kat kedai Melayu kan.....terjamin halal. Kami membeli jeruk di kedai Pak Ali Jeruk Madu di Medan Suri. Tak reti aku nak bgtau camana nak pergi tempat ni. Senang cerita cari tempat nama Medan Suri.


Yang bagusnya tentang jeruk Pak Ali ni....makan tak rasa batuk Memang sedap dan diperbuat menggunakan cuka dan gula yang berkualiti. Airnya siap boleh dibuat jus...wahhh!!!. Frankly speaking memang sedap jeruknya. Highly recommended.



terbaik!!!


Boleh pilih jeruk apa yang kita nak. Gambar ni plak jeruk campur.


selain daripada jeruk...di sini juga ada jual rojak petis....hmmmm sedap!!!!




Selepas habis membeli jeruk, kami ada satu lagi jemputan makan-makan. Kiranya inilah penutup kami bermakan-makan di Penang. Jemputan makan ini datangnya daripada abang Zaharah iaitu abg Mat Noor dan kak Maya. Actually aku masih kenyang lagi sebab makan nasi kandar pagi tadi. Takpalah jamah sedikit sebab menghargai susah payah tuan rumah memasak untuk kami.


Kak Maya memang pandai masak dan masakan nya semua sedap-sedap belaka. Kiranya pure masakan mamak Penang. Banyak jugak makanan org penang yang aku tak berapa tahu dan tak pernah menjamah. Tapi sejak aku datang ke Penang ni...aku belajar banyak masakan dari Penang. Terus terang aku cakap...semuanya sedap-sedap belaka. Jujur dan ikhlas aku cakap. Jom kita tengok apa kak Maya masak dan menjamu kami semua.



juadah yang dijamu kepada kami....memang sedap dan terbaik!!!


ini ialah Parpu Telur. First time aku makan dan sangat sedap. Ia diperbuat daripada kacang dal. Di dalam tu juga ada sayur kacang kelo. Orang Penang panggil menungai. Dulu mak aku selalu gak masak kuah dalca dengan kacang kelo.



ini pulak first time aku makan. Cili kering masin. Pastu digoreng dan makan dengan parpu telur tu. Huhuhuhu...masin yg sangat tinggi...kena makan sikit2.


sayur kacang buncis...


ikan masin....penaik rasa...wallaaaa


ikan sambal...pun sedap


daging masak gulai kari


alhamdulillah kenyang. terima kasih kepada abg Mat Noor dan kak Maya yg masak sedap-sedap untuk kami. Terharu dengan layanan superb orang2 penang.




ini gambar abg Mat Noor, kak maya and family. Orang Penang memang best!!!



Alhamdulillah selesai sudah percutian kami di Penang. So, kami nak bergerak balik ke KL hari ni jugak. So, nak singgah rumah Azim dulu sebelum bertolak balik. Pak Azuan nak lelapkan mata sekejap. Yelah nak drive balik mesti dalam keadaan segar dan tidur yang secukupnya.


Terima kasih yang tidak terhingga juga kepada Azim yang menjadi tour guide kami sepanjang 3 hari kami di Penang. Pas ni kami mai Penang lagi boleh tak? Kita buat BBQ...eh..eh pepandai plak aku bagi arahan. Taklah....itu datang dari mulut tuan rumah jugak. Katanya nak buat BBQ kat umah dia...sebab umah besaq kan. Nak tengok umah dia? Sila lihat di bawah



masa kami nak balik.....di hadapan rumah Azim...besaqkan umah dia. Duk sorang plak tu.


lebih kurang jam 5.30 petang kami berangkat pulang ke KL. Singgah di masjid Kuala Kangsar untuk solat maghrib. First time aku pi masjid ni.



pastu singgah makan di medan kedai makan di Kuala Kangsar..


makan meehoon soup pulak...oklah sedap jugak


order kopok jugak....



Alhamdulilah selesai sudah percutian tiga hari kami di Penang. Terima kasih banyak2 kepada teman-teman yang menjamu kami dengan makanan yang sedap2 sepanjang kami berada di Penang. Juga tidak lupa kepada keluarga Zaharah yang melayan kami dengan baik. Semuanya layanan 1st class. Tak tau nak balas camana. Jutaan terima kasih diucapkan.



p/s - stress dengan kerja.....and i dont have time for myself. I need a break. Where to go?





3 comments:

Rozita said...

Baca kisah u pi penang ni ..rasa macam seminggu u bercuti ke sana. Tak sangka 3 hari jer. Punyalah baca cerita U. I suka baca sebab banyak info..Thanks.

Leez M. Saaid said...

Rozita -

yelah kan...i yg duk buat entry Penang ni memamg rasa mcm lama sgt seperti duk berminggu2 di sana.

Anyway thanks rozita sudi baca entry Penang yg panjang berjela ni.
Citer pasal nasi kandar kg melayu masuk rancangan jalan2 cari makan...hehehe..rasa bangga jap :p

@xiM said...

masuk jalan jalan cari makan??camanoo tuh...ceritaa skettttt..