Salam semua. Bersambung kita lagi dengan aktiviti cabaran sihat. Kali ini aku nak update berkenaan dengan aktiviti minggu pertama kami iaitu latihan kecergasan di Celebrity Fitness. Lokasi ditaja oleh Celebrity Fitness disamping 2 minggu keahlian percuma kepada semua peserta.
Aktiviti ini dilakukan di Bangsar Village. Alhamdulillah aktiviti ini berjalan dengan lancar dan nampaknya peserta semua berpuashati dengan perjalanan latihan kecergasan yang dilakukan. Selama 2 jam peserta dikerah tenaga dengan latihan Body Combat dan Sh'bam. Aku pun joint sekali. Best gilos sebab menari tanpa henti dengan iringan muzik yang rancak. Peluh berjurai dan aku tengok ada dikalangan peserta yang basah baju bagaikan boleh diperah huhuhuhu.
Selepas puas menari selama 2 jam...peserta dibawa ke kawasan fitness untuk aktiviti workout. Peserta diajar bagaimana hendak melakukan workout menggunakan equipment yang tersedia. Very interesting dan memberikan aku semangat berkobar2 utk mendaftarkan diri di sini. Akan tetapi masalah ku ialah lokasinya yang agak jauh daripada rumahku dan office. Tengoklah nanti.
semua peserta bergambar di Celebrity Fitness
wahhhhh...semua peserta bersemangat nak memulakan acara
kita warming up dulu ok!!!!
Selesai sudah aktiviti ini di Celebrity Fitness. Aku lega sangat sebab aktiviti yang pertama telah berjaya dilaksanakan tanpa sebarang masalah. Cuak jugak aku masa ni sebab first aktiviti kan. Mana aku nak handle peserta....handle location and paling mencabar nak handle makanan peserta. Kevin telah memberikan ku sedikit guide line apakah jenis makanan yang sesuai dengan para peserta semua. Terlalu byk carbo tak boleh. Ayam hanya bahagian dada.....minum mineral sahaja dan mcm2 lagi lah. Makanan yang nak disediakan pun kena ikut budget yang sedia ada.
5 comments:
sedondonnnn???
mak jeles nok.
hikhihk
alamak sedondon le..
macam adik beradik je
Leez akak tertanya2...org Indonesia cakap penasaran tetntang pengantin tua tu...hihi
catz -
hahahah...yelah dah janji nak pakai sedondon nok.....ahakss!!!
kak hanim -
mcm adik beradik??? biar betul kak...hehehe.
mmg dah berjanji nak pakai baju hitam pun...ahaks
akak nak tau sapa pengantin tua tu?? hahaha...
tak leh reveal nama kat sini nanti dia saman saya...kita kena jauhkan diri dgn manusia jenis ni. Bahaya!!!
gambar last tu paling meletop!!!!
Post a Comment