Salam semua. Bersambung lagi dengan aktiviti kedua cabaran sihat. Harap korang tak boring yea. Aku excited nak wat entry pasal event ni bcoz aku nak wat publisiti skit. Hopefully event ini berjaya dan mencapai objektif Insya Allah.
Aktiviti kedua kami ialah jungle trekking dan ia diadakan di FRIM Kepong. Nak tau tak camana aku dapat idea nak buat kat FRIM ni? Pada mulanya memang dalam plan nak buat jungle trekking tetapi aku tak tau nak buat kat mana di KL ni. Then, aku search di google engine....type jungle trekking dan KL....sekali tu keluar FRIM. Aku survey sat FRIM punya website. yessss!!! i got it...this is the best place for jungle trekking. Selesai sudah jungle trekking ni.... Alhamdulillah memang tempat ini terbaik, mantap, meletop dan semua berpuashati. Ameen syukur.
Masa aku gi tempat ni nak buat booking...terpegun seketika dgn kehijauan di dalam kawasan FRIM ini. Dulu masa 1st time sampai masa tu ada family day opis aku...lupa dah. And again i come to this place terus jatuh cinta....terbaik wok!!!! Kautim baik punya dengan media officer di sini...Alhamdulillah lokasi bagi jungle trekking mendapat penajaan dari pihak FRIM. Sepatutnya entrance dan upah juru pandu kena bayar......disebabkan penajaan semua tu free of charge
sampai pukul 8.00 pagi...semua buat warming up terlebih dahulu...Kevin yg incharge.
pendakian bermula......masa ni tengah semangat membara
pendakian makin tinggi....
stop sekejap untuk melihat keindahan pokok ini di bahagan atas ...wow cantik gilossss
semangat gitiewww
jurupandu memberi penerangan tentang pokok2 di sini
Peserta bersambung lagi dengan pendakian....dan ia mengambil masa lebih kurang sejam lebih utk sampai ke atas. Sesapa yang tak biasa....memang agak pancit. Kalau diikutkan pelbagai aksi peserta dapat dilihat semasa pendakian ini tetapi apakan daya masa ni dah tak larat nak keluarkan camera.
Jurufoto sempat jugak merakamkan aksi-aksi peserta tetapi tak payahlah aku keluarkan di sini....kesian kat dorang. Whatever it is....aku salute giler kepada para peserta sebab berjaya juga naik ke atas walaupun perit juga masa nak mendaki tu. Peluh masa tu jangan cakaplah.....bagai boleh diperah2 baju dorang semua. Very very good exercise wa cakap lu. hehehe...organizer ni pun semput jugak masa nak naik...ahakssss.
yeaaaa....dah sampai.......semua boleh tersenyummmmm
ahkak pun dah sampai hokay!!!!
masa untuk berposing dgn Mr Kevin
semua peserta dan staff yg joint jungle trekking ini
menunggu turn untuk melalui jambatan gantung or canopy walkway
Kevin kata peserta kena makan ayam bahagian dada sahaja. Then masa ni Kevin duk mengusik aku sebab aku hanya pandai makan ayam drumstick sahaja...hahahaha kena sebijik.
peserta bersedia untuk menaiki canopy walkway
masa ni aku dah sampai kat pelantar kedua.....bersama opismateku
cuaca baik Alhamdulillah. Jika cuaca hujan....tidak dibenarkan menaiki canopy ini.
ada berani?????
aku ok ajer......sebab ni kali kedua aku naik canopy walkway. First time masa aku gi National Park kt Pahang. Itu lagi adventure....giloss punya panjang. Difahamkan terpanjang di dunia...
setiap orang mesti jarakkan antara satu sama lain sepanjang 5 meter
para peserta begitu excited.....cayalah uolsss!!!!!!!
wahhh.....dah sampai penghujung. Jambatan ini sepanjang 150 meter.
masa nak menurun......agak adventure sebab banyak akar2 pokok berselirat...kena hati2 sikit. masa ni lutut memainkan peranan penting.
ada seorang peserta yang kaki dah cramp masa nak turun. Nasib baik Mr hero Kevin ada masa tu....dia tolong melegakan paha yang cramp tu....
yeaaaa... dah sampai bawah. Masa untuk makan pulak.
para peserta beratur untuk mengambil makanan masing2. Lapar kah??? Kevin dah pesan....makan segenggam nasi sahaja. Alahai.....kat sini ajer tu. Pas tu balik rumah masing2 makan berpinggan2 nasi. Betul tak????
candid camera!!! Dia tak perasan gambarnya di ambil...ahaksss!!!!
kat sini pun ada air terjun...so masa makan masing2 pun berkelah juga.
Alhamdulillah selesai sudah jungle trekking. Tiada apa2 halangan berlaku dan syukur padaMu Ya Allah. Jangan tak tau.....timbang badan terus turun 2 kg...ahaksss. Kena wat jungle trekking tiap minggu ni......pengsan!!!!!
Selesai sudah aktiviti jungle trekking di FRIM yang mengambil masa 3 jam untuk habis. Alhamdulillah nampaknya semua berpuashati dan nampak gembira ajer. Sebab berat badan dah turun kan????Hehehehe. Next entry ialah futsal di Sports Planet Ampang. Next entry aku buat ehhh..... Sabtu ni plak aktiviti Amazing Race......tungguuuuuuuuuuuuuuuuuuu!!!!!!!
p/s - takat ni dah confirmed ada 3 overseas trip for next year Jan, March and May.....pengsan mak!!!!!!
6 comments:
seronoknya
xtvt outdoor
haha..mmg best aaa kak jungle treking ni...nak pengsan mak..haha..tp salute la kak, aktiviti semue best tau...tahniah2..
anum -
mmg seronok...and really enjoy it.
juliya-
amboi2 seronoknya dia. Mana jumpak blog akak ni??? haishhhh segan ler hahahah.
oooooooooooooooooo tak ajak jungle trekkingggggg
orait dah nampak dah wow spot tuh!!!santekkkkk!!
Post a Comment