Ads

June 24, 2012

Halal Korean Food @ Sweetree Ampang Putra





Salam semua.
Entry kali ni aku nak citer pasal makan-makan pulak. Makanan yang pertama kali aku mencuba. Sejak balik dari Korea hari tu...tetiba aku gatal mulut nak merasa makanan Korea pulak. Kebetulan pulak nak dapatkan Halal Korean Food tiada masalah di sini. Restorannya pun dah dekat sangat dengan rumah aku.  Untuk pengetahuan semua...orang Korea memang mengamalkan healthy food. So, marilah kita sama-sama mencuba hehehe.

Ada beraneka jenis makanan Korea di restaurant ini...Sweetree. Aku ke sini dengan teman travel merangkap tourist guide semasa aku ke Korea hari tu...hehehe jangan marah Kak Zila. Pening kepala jugak nak memilih yang mana satu. Aku bercadang utk tidak mengambil nasi...nak merasa mee pulak. So akhirnya  kami memilih makanan di bawah ini. Maaf gambar tak clear sebab pakai hp camera ajer.


 nama makanan ini ialah Yuk Gye Jang. Spicy noodle and beef with vege. Kuahnya pekat...rasa masam skit mcm asam pedas hehehe. Ni makanan pilihan Kak Zila. Makanan ini juga dilengkapkan dengan side dish - Kimchi and beberapa sayuran lain.

 close-up makanan tadi.

Harganya ialah RM16 semangkuk

 ni pulak makanan pilihan aku Jjam Bong. Spicy noodle and squid with vege. Memang sedap. Mee tu ialah buatan sendiri yang first time aku merasa. Bukan mee kuning tau. Makan semangkuk besar ni memang tak larat nak habiskan. 

Harga makanan itu ialah RM19. Makanan Korea ni memang mahal skit.

 ini pulak ialah Kimbab Teriyaki Sauce. Sedaappppp!!!! Highly recommended. Aku suka sangat. 

 ada pelbagai perisa....boleh pilih mana-mana yg kita nak rasa.

pastu masa kami tengah makan...tetiba taukeh kedai tu bgtau nanti nak singgah ke meja kami nak tunjukkan demo membuat Korean Candy. Masa kami tengah makan,....dia pun datang. 

 cara membuatnya : brown sugar and baking powder. Pastu panaskan seperti gambar di atas.

Dia tuangkan ke atas tempat ini dan biarkan seketika. Then...dia  bentukkan seperti di atas. Tunggu jap sampai candy ni mengeras. Hmmmm...sedap.


Kalau ada sesiapa yang nak merasa makanan Korea yg halal di KL ni....datanglah ke restaurant ini. Decoration dalam restaurant cantik dan sejuk mata memandang. Maaf aku tak sempat nak snap pic. Restaurant ini terletak di kawasan Korean Village di Ampang. Alamat seperti di bawah :


Sweetree
No. 13L-1-2, Jama Ampang Putra,
Taman Putra Sulaiman
68000 Ampang, Selangor
Phone : 03-42517242


p/s - Ya Allah kau lindungilah ahli keluarga aku daripada manusia ini yg hidupnya sentiasa bergelumang dengan bomoh dan jin. Ingatlah....sepandai-pandai tupai melompat...kau akan jatuh jua akhirnya. 





12 comments:

Rozita said...

Ohh korean candy namanya..I pernah nampak sorang ahjumma nih buat benda cam tu kat luar gyeokbokgung palace. Tapi I cuma perhatikan aje tak berani nak cuba..

Nieda said...

Takut baca statement terakhir.

PM said...

last year dah sampai sini berbuka puasa. oklah tempat ni... deco dlm restoran cun!!

sepul said...

ish apa jin jin nih?

@xiM said...

nak kena try lah!

Leez M. Saaid said...

rozita -

hehehe...naper x berapa?
halal candy ni sbb depa letak brown sugar and baking powder ajer..tapi agak manis skit lah.

Leez M. Saaid said...

nieda -

itu peringatan utk org yg mengamalkan cara tak betul utk mendapatkan apa yg dia nak. Sy syg keluarga sy...sy benci org yg buat perkara mcm tu

Leez M. Saaid said...

PM - decor dia mmg cun. I nak cubalah berbuka kat sini...katanya food sini sedap kan. nak try makanan vietnam plak.

Leez M. Saaid said...

sepul -

ditujukan pd org yg mengamalkan ilmu salah utk dapatkan apa yg dia nak. Akak tak suka org yg suka ganggu family akak....semoga Allah melindungi kami sekeluarga.

Leez M. Saaid said...

axim -

kedai ni dekat area bangi kopitiam tu....pergi lah.

Luke said...

Halal dan sedap, kombinasi best.

Papa-NtiQ said...

Hi Reez...cakap pasal halal korean foods nih saya baru jer upload pics masa makan kat Sweetree nih kat blog saya. Memang cantik kedai dia kan? Foods pun OK.
Senang2 tu jenguk la yer kat www.blogmakanbest.blogspot.com topik sini pasal makan,makan dan makan 100% hehehe takde topik lain.
Kalu sudi tu follow la yer blog saya TQ TQ TQ bebanyak!!
Wah menarik citer2 kat sini banyak nye tempat2 Leez ronda2