Masih lagi hari ke-5 kami di bumi Korea.
Lepas habis bershopping di Dongdaemun kami nak gi makan ikan bakar pulak. Ingat tak pada hari -3 kami di sini pernah mencari kedai ikan bakar yg tidak jumpa tu. Balik guest house mcm tak puas hati...kenapa tak leh jumpa. Orang lain boleh plak jumpa. So, kami merujuk pada internet semula... blog orang lain pulak nak cari directions secara detail camana nak ke sana. Rupanya blogger tu pun tak jumpa jugak. Dia dibantu oleh oleh (i) - info guide yang berlegar-legar di area Dongdaemun ni. Akhirnya blogger tu dapat jumpa kedai ikan bakar ni.
Nak di jadikan cerita memang rezeki kami kat sana...terjumpa (i) - info guide yang memakai baju merah kat area yg kami sesat hari tu. Rujuk gambar di atas. Dorang tau ajer kami nak kesana. Apabila mereka bgtau direction yang sepatutnya....akhirnya kami jumpa jugak. Alhamdulillah. Tersenyum di wajah kami ketika itu.
Direction tu Jeanju Restaurant (Grilled Fish)
1. Take subway to Dongdaemun Station. Exit # 8
2. Go straight....sebelah kanan ialah JW Marriot (under construction)
3. Then turn right...go straight (belah kiri ialah sungai)
4. After jambatan kedua di sebelah kiri - nampak replika patung orang)
5. Then...turn right....go straight beberapa langkah
6. Nampak lorong belah kiri....turn left
7. Nampak kedai orang tengah bakar ikat di pintu luar....sampai dah
source gambar : http://budgettravel2korea.blogspot.com/
inilah ikan yg sedang di bakar di pintu luar kedai....wahhhh harum bau ikan dibakar membuatkan kami kelaparan. Kedai ni 2 tingkat. Kat tingkat bawah meja semua penuh orang tengah makan. Kami naik atas....makan sambil bersila mcm orang Jepun.
nasib baik ada space untuk kami. Penuh sarat kami dikelilingi dengan beg shopping. Ahjumma yang tukang hidang tu buat muka stress bila tengok beg kami yg penuh. Ishhhh....kami bengang jer tengok muka dia.
lauk pauk yang dihidangkan. Kami minta 2 set utk 7 orang. Ada kimchi dan sayur-sayuran yang lain
makan nasi dalam mangkuk. Geram tengok ikan bakar....tanpa membuang masa kami pun santap dengan enaknya.
ada ikan mackerel dan ikan lain yg aku tak tau apa nama. Kalau ada cili kicap limau lagi mantap.
ayuh kita makan
nampak mcm banyakkan ikan-ikan yang kami ambil...
belakang kami tu padat dengan beg plastik barang shopping huhuhu
alhamdulillah licin ikan yg kami makan...tinggal tulang dan kepala ikan ajer hehehehe
Habis makan kekenyangan kami pun balik ke guest house dengan menaiki teksi untuk menyimpan barang-barang shopping. Lepak kejap dan solat. Then, kami nak gi shopping lagi di seberang jalan iaitu ke Namdaemun Market. Ingat tak aku ada citer pasal jual brooch di sini. Hari tu pergi kedai brooch tutup sebab hari ahad. Kali ni repeat lagi ke sini semata-mata nak beli brooch
Amatlah rugi kalau pergi Namdaemun Market tetapi tidak memborong brooch. Sebabnya....harga adalah berpatutan dengan kualitinya. Aku memang suka brooch buatan Korea....pin tidak mudah patah...bukan yg mcm kita beli di Jalan TAR tu. Pastu singgah beli baju anak buah aku kat bangunan kedai khas utk pakaian kanak-kanak. Tapi aku tak jumpa mana pergi pic tu...terdelete kot.
jumpa nyah Korea yg jadi promoter kat kedai ni. Bila Kasma nak ambik gambar dgn dia....sakan dia beraksi depan camera...hahaha lawak betul. Ada byk gambar...satu ajer aku publish di sini
syurga jualan brooch di Namdaemun Market. Pening nak pilih sebab terlalu banyak dan cantik-cantik belaka
rantai pearl yg cantik dan melambak-lambak. Gambar blur..sedih.
ada pelbagai jenis pattern brooch dengan harga yg berbeza.
aku borong untuk diri sendiri brooch swarovski. Average harga KRW10,000 hingga KRW50,000
balik singgah beli susu pisang ni.....nak bawak balik KL tapi takut tertumpah pulak. Aku minum kat airport ajer. Kat KL aku gi supermarket Korea....banyak dah habis susu pisang ni.
kalau korang ke Korea...wajib minum susu pisang ni. Sedap!!!!
balik ke guest house kelam kabut packing semula luggage dengan barang-borang shopping yg kami beli hari ni. Aku sempat mandi dan tukar baju lain sebelum bergerak ke airport. Beg kami dah beranak-anak sampai 2-3 beg tiap seorang. Nak balik naik bas memang sesuatu yg mustahil. So, melalui guest house ni kami hired 2 buah van untuk ke airport. Sebuah van perkhidmatannya ialah KRW60,000 (RM180). Kami bertolak jam 7 malam.
Sebaik sampai di airport....kaunter masih lengang sebab masih awal.
Pada mulanya agak risau jugak sebab tengok barang kami yg banyak tu....takut kena excess baggage. Masing-masing terlebih sekg.....tak kena bayar pun....syukur. Masa aku tengah beratur untuk cop di bahagian imigresen....tetiba aku ternampak seorang artis Hollywood yang sedang diapit oleh bodyguard dan beberapa org duk kerumun dia. Dia berdiri betul-betul di sebelah aku di lane sebelah....memang real nampak muka dia depan mata aku. Kaku dan kaget sampaikan nak keluarkan camera pun aku terlupa. Terkezut mak!!!! Sepantas kilat dia beredar dan ramai pekerja imigresen tu minta tandatangan dia. Kawan-kawan aku yg lain dah ke depan tak nampak dia....hanya aku yg di belakang perasan dia. Siapakah dia????????
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
Will Smith.....pelakon Men In Black III
orangnya tinggi lampai dan tidak sombong. Senyum ajer kat aku...ehhhh perasan plak minah ni!!!! Korang ada???
amboi gembiranya mereka berdua ni. Yeeehhhhahhhh....sebab misi menjejaki Korea tercapai akhirnya selepas merancang setahun yang lepas. Next year misi jelajah negara lain pulak. Sapa nak ikotttttttt???
di waiting room Incheon International Airport. Sebelum tu kami sempat solat jamak di prayer room yg disediakan di sini.
Alhamdulillah selesai sudah menghabiskan entry Korea ni. berminggu-minggu jugak nak habiskan satu persatu. Gambar sampai beribu-ribu...letih ahkak nak memilih dik oi. Next entry aku tunjukkan gambar barang-barang yg aku shopping di sana dan how much i spent for this trip. Ramai yg duk tanya aku pasal budget. Sabaq naaa...tunggu aku habiskan semua entry barulah aku share dengan korang pasal budget.
Next year spring season jugak ada plan nak ke sebuah negara ini. Di manakah??? Tunggguuuuuuu...tunggu next year kay!!! hahahaha.
p/s - sempat layan sekali lagi citer Winter Sonata kat youtube sebab nak tengok balik lokasi di Nami Island yg kami dah jejak tu. Terlebih excited sebab kerusi yg kami duk makan nasi lemak tu ialah scene dorang kissing....ahakssss. Tetiba rindu kat kekasih ku Joon Sang...muahh muahh!!! Plan nak jumpa dia winter season plaks....ngeh ngeh ngeh.
16 comments:
Bestnye dpt shopping macam2. Duit kita tinggi ke rendah compare dgn duit Korea
besh, besh...tak sabaq nak dgr conclusion kisah cuti korea nih...sebab ada beberapa soalan nak tanya nanti..hehehe
Mak aii..kerja shopping jer. Dasyat tul..hehe
Nak gi mana lak? Mak ituttt..
susu pisang dalam cite korea smua msti minum. :) tp kite x suka susu putih. chocolate ade?
boleh la saya ikut pulak...huhuhu..
banyak2 gambar paling suka gambar yg last tu...klass
sangat best..
rasa mcm turut serta ke korea nie.. ^^
tahun ni dh xde trip ke overseas ke kak leez..
memang best amat.. happening betul tour you all :)
Wow! Bestnya...sgt2 teruja nk kesana...:)
Leez,
Tlg reply soklan pasal hanbok tue yea.
Project kite on this nov, cam kabur jea kn?
nak tanya kos travel liz tu termasuk hotel x?
Benda yg u tak beli ialah T'shirt Hard Rock Cafe
Gigih katamkan entry2 korea dier...
BEst! Rasa nak pegi lagi je.. hehe...
Btw, tahun ni kemana pula :p
hai..
nk tanye bape total kos u oll mkn ikan bakar jeanju tu?
LIKE 5 juta kali!!!!! came across ur blog time tgh blog walking. org2 korea mmg suka tolong tourist yg tgh sesat jalan kan... and susu pisang is the best!
Post a Comment