Masih lagi hari ke-4 di bumi Korea.
Malam tu selepas solat maghrib kami nak keluar lagi pergi shopping di Myeong-Dong pulak. Hari tu masa datang ke sini kami window shopping ajer...tak beli apa-apa pun. Tempat ni memang sangat happening pada waktu malam. Esok malam kami dah nak balik KL....so tinggal malam ni ajer yang free untuk bershopping di sini. Niat dihati nak pi cari barang make-up dan skin care yang sangat terkenal di sini. Kalau korang berada di sini memang rambang mata tengok produk kecantikan yang bagaikan cendawan tumbuh di sini.
Selain daripada tu...butik barangan jenama antarabangsa lain pun ada di sini seperti H&M, Gap, LV, Puma, Zara, Manggo, Gucci dan macam-macam lagi. Aku tak sempat nak terjah butik-butik tu semua sebab kesuntukan masa. Aku banyak singgah ke butik kecantikan jenama Korea yang terkenal di sini seperti Nature Republic, The Face Shop dan mcm2 lagi. Jadi giler wei bila tengok produk kecantikan dorang. Harga pun reasonable...taklah mahal sangat. Kalau korang tengok produk Simplyct...macam tu lah produk di sini. Tu kan produk keluaran Korea jugak. Tukar jenama ajer gamaknya huhuhu.
singgah gerai ni kejap nak beli strawberry juice .... sedap giler. Harganya KRW3,000 (RM6)
pastu beli lagi ManjooHana ni lagi yg dijual di kedai bawah tanah subway. Aku suka sangat sebab sedap.
kami singgah di kedai kecantikan jenama Aritaum. Kat sini setiap jenama produk kecantikan mesti ada duta yg terdiri daripada artis Korea.
Myeongdong (명동) is one of the primary shopping districts in Seoul. The two main drags meet in the center of the block with one beginning from Myeongdong Subway Station (Seoul Subway Line No. 4) and the other from Lotte Department Store at Euljiro. Many brand name shops and department stores line the streets and alleys. Common products for sale include clothes, shoes, and accessories. Unlike Namdaemun or Dongdaemun, many designer brands are sold in Myeongdong. In addition, several major department stores include Lotte Department Store, Shinsegae Department Store, Myeongdong Migliore, Noon Square and M Plaza. The department stores carry many premium labels and other fashionable goods at reasonable prices.
Myeongdong also has family restaurants, fast food, plus Korean, Western and Japanese dining options. Many restaurants in Myeongdong specialize in pork cutlet (donkas) and kalguksu (thick noodles). Other businesses include hair salons, banks and theaters.
malam tu sejuk berangin...kena pakai jacket.
paling lama kami berhenti di butik Nature Republic...banyak betul butik ni kat Myeong-Dong.
nampak tak paper bag tu?? Aku beli set perfume and lotion di sini dan juga eye liner jenama ini. Murah beb sebab ada sale. Jadi giler wei. Kat butik The Face Shop pun aku gi...beli lotion and lipstick. Singgah jugak kat Watson...borong hand lotion pelbagai jenama sampai 10 unit huhuhu...murah KRW1,000 sahaja !!!!!
ada pelbagai jenis kasut dgn pelbagai fashion....kat sini memang terkenal dengan latest fashion. Geram tengok boot yg kat atas tu huhuhuhu.
Malam tu masa kami duk sakan melayan butik kecantikan tetiba masa kat luar tu ada seseorang approach kami kalau nak merasa spa di Korea ni. Weeehuuuuuuuu...memang itu yg aku cari. Dari hari pertama di sini aku mencari kedai Spa tetapi susah nak jumpa. Kalau jumpa pun....nampak scary ajer tempat tu. Kebetulan sorang minah Korea ni duk tanya kami...so aku dan Siti kata jommm ajer. Yang lain tak nak joint sebab depa nak jalan-jalan meneroka kawasan Myeong-Dong ni. Besar jugak kawasan ni dan aku tak sempat nak gi semua tempat.
Minah Korea tu tunjukkan pamplet tentang spa tu. Dia kata kena jalan 2 minit ajer dah sampai. Minah ni pandai berbahasa Inggeris dan senang berkomunikasi dengan dia. Rupanya dia pernah beberapa tahun stay di USA. Sebaik kami sampai...waduhhhh kat tingkat 4. Kena naik tangga lagi hahahaha. Korea ohhh Korea. Sebaik kami sampai...wahhhh so impressed dengan tempat ni...cantik serba biru!!! After deal harga dengan dia...dia charga KRW20,000 (RM60) utk massage kaki dan tengkuk selama sejam.
cantikkan tempat ni. Santorini Spa
sebelum mula massage kena minum green tea terlebih dahulu
then, kami kena rendam kaki dengan air panas yg direndam dengan batu-batu kecil. Ntah batu apa tu...
then, barulah depa massage kaki kami. Kena baring tau. Best jugak dia orang massage. Then lepas kaki, depa massage tengkuk dan kepala pulak. Fuhhhhhhhhhh...memang best dan hampir terlena aku dibuatnya. Sedar tak sedar...rupanya dah dekat jam 11 malam ketika ini. Banyak kedai yg dah tutup. Ada jugak yg masih buka hingga jam 2 pagi.
jom kita posing dulu sebelum balik. Nice Korean lady.
Nampak ada yg meniaga jagung ni. Hmmmm terliur tengok.
Buah apakah ini? Siapa tau??
Ok...malam tu aku terasa segar sangat selepas dah kena massage. Sampai bilik busy duk mengemas bilik pulak sebab awal pagi kami dah nak kena keluar dari bilik tu. Plan esok pagi nak keluar awal sebab nak gi shopping di satu tempat ni pulak. Mestilah kami balik lambat kan. Flight pulang ke KL pukul 12 malam tu. So, kami ada ambil satu bilik sahaja untuk esok untuk kami simpan beg, bermandi-mandi, solat dan rehat seketika.
Masa nak mengemas bag simpan segala barang2 shopping malam tu...aku jadi bingung kejap sebab tengok barang dah beranak -pinak tanpa disedari. Nampak ajer mcm shopping sikit tetapi barang2 tu semua banyak yg berat-berat belaka. Waduhhhhh.
Esok pagi kami keluar jam 7 pagi ke tempat ini. Dimanakah??/ Kenapa awal sangat??? Tungguuuuuuuuuuuuuuu!!!!
p/s - tak sabar nak tunggu Ramadhan.
12 comments:
wah ! seronok shoping byk bayar sikit.
buah tu yellow melon..
sgt manisss katanye..
(based on cerita Family Outing larr hehehee..xpenah rasa pon..) :D
massage dia kuat tak? mcm thai punye massage.. he hee. kot laaa..
SALAM
@kak leez - manjoohanaa tu mmg heaven! sedap sgt kan??!! sy mmg slalu beli kat situ. sy g seoul dulu dok xjauh dr stesen subway tu.
abbaz (ur silent reader) =D
I dah rasa buah tu...isi dia macam buah kundur , tapi kita punya green colour. Yg korea punya ni yellow colour. Sebab tu dipanggil yellow melon kot. Rasanya manis tapi sebab I tak suka buah kundur, so pada I tak lah sedap mana yellow melon tu
Bestnya tengok trip ke korea. Boleh bagitau berapa budget digunakan dan tip2 kalau nak ke sana. Heee niat dihati dah tertarik nak ke sana tapi xberapa berani nak pegi takut sesat.
Nieda -
mmg best shopping....rugi kalau pi oversea tapi tak shopping.
Anony -
i think so manis. Sebab kebanyakan fruits di sini memang manis belaka...esp strawberry.
cawan -
memang best dan tak sakit sangat.
Styel dorang massage mcm refleksologi frm china.
abbaz -
thanks for reading my blog...appreciate it.
i mmg suka manjoohani...sgt sedap. mmg tempatny dijual kat bawah tanah subway tu.
rozita -
ye ke?
sebab i tak pernah rasa. Nak beli pun...takut tak habis nanti. So, duk ambik gambar ajer.
bariah -
nanti last entry sy ckap pasal budget. Insya Allah tak sesat di sana....kena rajin wat research di internet.
Post a Comment