Ads

March 23, 2012

Kembara Umrah 2012 - Madinah Part 2





Bersambung entry di bumi Madinah.
Kali ni aku nak tunjukkan gambar-gambar sekitar dalam Masjid Nabawi di mana terletaknya Raudhah dan Makam Rasulullah, Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar. Ini adalah ziarah yg ketiga seumur hidupku dan ziarah yang kedua di dalam umrah kali ini. Aku mengakui dulu masa pertama kali gi umrah memang aku pergi ziarah sekali ajer....first time tak berapa faham sangat dan ketika itu juga mamaku memang tak berapa kuat. So, kali ini aku mengambil peluang untuk betul-betul menghayati rumah Allah ini dan berazam untuk pergi menziarahi makam baginda sebanyak mana yang aku mampu. Alhamdulillah 2 kali ni pun aku rasa puas dan bersyukur. Terubat rasa rindu aku pada kekasih Allah yang paling agung ini. Tidak beriman seseorang itu jika dia berkasih seseorang insan melebihi kasihnya kepada Rasulullah.

Untuk menunjukkan rindu kita pada Rasululluh, hendaklah memperbanyakkan selawat dan doa ke atas baginda. 

"Ya Allah, Kau letakkanlah Rasulullah di tempat yang tinggi seperti mana yang telah Engkau janjikan. Ya Allah, berilah peluang kepada ku untuk mendapat syafaat nabi ku, Nabi Muhammad S.A.W di Padang Masyar kelak. Ya Allah, berilah peluang kepada ku untuk minum air dari telaga Al Kauthar, mudah mudahan dengan minuman itu aku tidak akan haus buat selama lamanya" 


 di dalam Masjid Nabawi

kubah ini boleh tutup dan buka. Kalau sesapa yang first time melihatnya pasti akan terkejut. Tadi tertutup....kenapa bila dongak ke atas semula dah terbuka (boleh nampak langit)

 selepas solat zuhur..... aku bersama-sama Kak Zila bergerak menuju ke hadapan untuk berkumpul sebelum pintu dibuka kepada jemaah wanita menuju ke kawasan Raudhah. Lihatlah betapa ramainya manusia ....bertolak-tolak....berhimpit-himpit. Masa ini lah kita kena banyak-banyak bersabar dengan kerenah manusia yang seakan-akan mementingkan diri sendiri. Aku bersyukur dilahirkan sebagai Muslim rakyat Malaysia yang dididik dengan sopan santun, berbudi bahasa dan jiwa penuh kesabaran. Tetapi apa jadi dgn bangsa di bahagian Timur Tengah yang hanya tahu mementingkan diri sendiri tolak menolak sehingga tidak fikir bahawa disekeliling mereka juga umat Islam yang sama-sama berhimpun mempunyai tujuan yang satu iaitu menziarahi Makam Rasulullah dan menjejaki Raudhah. Tetiba aku berfikir sejenak. 

 tengah bersesak-sesak itu...tiba-tiba ada seorang hamba Allah warga Indonesia menegurku "ibu, biarku ambil fotonya". Nahhh tengok tu...ada juga terselit insan yang baik hati volunteer mengambilkan gambarku. Mekasih mbak!!!!

pada ketika aku mengambil gambar ini (dari kejauhan melihat makan Rasulullah - kalau jemaah lelaki boleh lihat dengan jelas)...aku perhatikan jemaah dari kawasan Timur Tengah amat taksub menangis meratapi kematian Rasulullah. Sebaiknya kita memberi salam "Assalamualaika Ya Rasulullah". Kemudian berdoa dan berselawat untuk baginda dengan mengadap kiblat dan bukannya berdoa pada Rasulullah. Kita berdoa pada Allah.

  di pintu sebelum memasuki Raudhah. Ketika ini masih bersesak-sesak menunggu turn untuk masuk ke dalam.

 Jika anda seorang yang sabar...maka hayatilah papan tanda di atas.

 ketika ini dah masuk...masih bersesak-sesak. Masa ni kesabaran dan keimanan kita diuji olehNya.

 masih belum jejak karpet hijau....masih di karpet merah. Maknanya aku belum lagi menjejaki taman syurga itu....sabar kena sabar. Tolak menolak berlaku ketika ini.

 depan belah kiri tu ialah Makam Rasululluh. Jemaah wanita tidak nampak dengan jelas.

 Alhamdulillah Subhanallah Maha Suci Allah. Akhirnya dapat jejak jugak carpet hijau ini. Ketika ini dengan rasa terkejut ada seorang hamba Allah dari Turki memberi ruang pada aku dan Kak Zila untuk menunaikan solat sunat. " Ya Hajjah...solat...solat". Apalagi kami berdua pun solat tanpa ada gangguan dari sesapa. Ya Allah begitu indahnya rezeki ini kami mcm rasa tak percaya diberi ruangan utk bersolat dan secara tiba2 juga semua yg berhampiran dengan kami tidak sekalipun menghimpit atau menolak kami berdua. Subhanallah besarnya nikmatMu ini Ya Allah. Sesuatu yang menakjubkan....Alhamdulillah syukur.

 gambar ini aku cilok dari google. Inilah gambar sebenar Makam Rasulullah, Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar. Jemaah lelaki punya kelebihan untuk melihat dari dekat berbanding jemaah wanita.

 di dalam kawasan Raudhah...mimbar Rasulullah. Alhamdulillah selesai. Then....terus keluar dari sini.

 akhirnya aku masuk semula ke tempat solat wanita....menunggu untuk solat Asar pulak. Kami mengambil masa 2 jam di Raudhah.

 ini pulak ialah pintu masuk dan keluar di Masjid Nabawi. Kelihatan jemaah dari Turki di hadapan ini. Dulu masa aku gi pada tahun 2005....jemaah dari Turki tidaklah seramai sekarang ini. 

 gambar kenangan di pintu masuk Masjid Nabawi

 singgah sebentar membeli kurma....

yang dalam kotak ini ialah kurma coklat. Memang feveret aku....banyak aku borong di merata-rata tempat.


Untuk pengetahuan semua, sebelum aku bertolak ke tanah suci ini...aku sudah pun mengalami sakit tekak dan selesema. So, maknanya semasa aku berasa di sini...aku memang sedang berjuang melawan penyakit itu. Pergi ke masjid membawa sebeban tisu untuk sok sek selesema itu. Ubat sakit tekak pun aku standby dalam beg sandang. Minuman lain aku tak sentuh kecuali air mineral dan air zam zam. Dan air zam zam itulah yang paling banyak aku minum. Siap aku bawak bekas air untuk mengisi air zam zam bawak balik ke bilik. Itu ajer yg aku minum. Maha Suci Allah....selang 2 hari lepas tu....secara tiba-tiba aku terus baik dan tidak rasa sakit lagi. Sesuatu yang miracle jugak sebab history aku sebelum ni...kalau sakit tekak tu memanglah sambil berbulan-bulan baru baik...siap ada batuk dan selesema semua. Kali ni Alhamdulillah aku tak kena batuk pun...syukur sangat. Itulah keistimewaan air zam zam.






12 comments:

Anum said...

alhamdullilah
satu hari anum akan sampai

kasihredha said...

salam leez
dulu waktu akak di raudah ada 2 org gadis (turki mungkin) tolong akak unk solat...terharu sangat.
Dalam sesak2 tu kalau Allah izinkan semuanya menjadi mudah...Alhamdulillah

che'Burn@che'Qis said...

aduhhh..saspen tol lah! akkkaaaakkk...happpdeeetttttttt...

Don't Afraid to Try said...

kak leez...

suspen betul la..xsbr nk tau siapa gerangannya...

Kisah arelynn said...

yelah suspen nih.. cepat la update.. tak sabo dah nih.. kuikuikui...

zila@akulovetravel said...

Leez..

Kalo ke Tanah Suci ni kita perlu memerlihara mata, telinga dan mulut (ketiga2 ni ofcos dari hati)..sentiasa berdoa kepada Allah supaya terpelihara ketiga-tiga itu. Agak2 Leez, Leez berjaya tak pelihara ketiga2 tu?? Then apa cara nak pelihara ketiga2 tu dr pengalaman Leez??

Nashays said...

seronok tengok gambar akak kat blog..
Lagiiiii...

Fazlinil Irma said...

rindu bila tengok gambar yg leez ambik. sy masa kat madina tak bawak masuk kamera. wpun fatt dah bgtau nak selit kat mana. :)

masih terngiang di telnga petuga wanita du jerit. " ya hajjah..utrun. Allah wa Rasul" :)

memang pengalaman yg sukar dlupakan wpun terpaksa bersesak2.

Cawan said...

seronok nye dpt jejak kaki ke sini..

saye nk continue bace.. :)

!eNa PnG said...

Doakan yang terbaik buat Kak Leez..:D

Mohd Saad Hamid said...

Assalamu'alaikum wbt

"di dalam kawasan Raudhah...mimbar Rasulullah. Alhamdulillah selesai. Then....terus keluar dari sini."

Itu bukan mimbar Rasulullah, itu tempat muazzin melaungkan azan.

Dan untuk makluman, beberapa tapak sebelah kiri tempat orang azan tu adalah sempadan raudah yang paling hujung. Kalau bergerak, kekanan kita akan terkeluar dari kawasan raudhah.

Anonymous said...

Tetiba sebak & berlinang airmata krn rindu pd Masjid Nabawi & Masjidilharam...insyaAllah hambamu ini akan smpi lg ke sana dgn perancangan & persediaan lebih rapi..