Salam semua. Kepada pembaca sekelian....jangan marah kat aku pasal entry semalam yea. Sebabnya aku memang mengantuk sangat tak daya nak sambung lagi cerita tu. So, aku terpaksa stop dulu hehehehe.
Ok....hari ni aku sambung lagi. Semalam actually takda yang suspen....sajer wat gempak. Ok kali ini aku nak cerita pulak saat-saat genting dan detik cemas kami semasa melayari rafting ini. Tengok gambar kat bawah ni pun anda semua akan rasa seperti anda berada di tempat kami. Bila aku tengok balik gambar-gambar ini...aku rasa masih lagi berada di atas raft dan kekadang tu aku tersenyum sendiri hehehe.
Gambar-gambar di bawah ini aku dapatkan daripada 2 orang jurufoto iaitu dari 2 kamera yang berbeza dan juga di dalam raft yang berbeza juga. Sebab itu ada macam-macam angle gambar. Semuanya menggunakan waterproof camera. Jangan pulak yang bawak camera biasa masa ikuti water rafting ini...jawabnya......anda sendiri tau bukan!!!!
masa ni kami stop kejap kat check point pertama kerana memberi laluan kepada raft yang lain dulu. Kat bawah tu adalah jeram yang pertama yg akan kami lalui. So, kena ikut turn. Mengikut kata Nasir....hari tu saje lebih kurang ada 20 buah raft melalui sungai ini. Bukan sahaja kami tau!!. Yang lain tu daripada syarikat yang berbeza.
lama jugak menunggu masa ni....apalagi kami sakan berposing dulu.
alamak...berdebar-debar pulak aku nak melalui jeram depan ni. Semoga aku tak jatuh.....takut gak!!!
ini group daripada syarikat lain....sedang bersedia untuk menuruni jeram
korang gerun tak tengok jeram ni??? tau takpa.... Aku yg berada kat sini....terketaq-ketaq lutut nokk!!!!!
berdebushhhhhhhh......ayohhhhhh derasnya air ni.....seram mak!!!!! Ketika ini...aku dan rakan-rakan masih berada di atas menunggu turn.
Nice pic...i like this. Masa ni group aku kat belah atas tu sedang bersedia untuk melalui jeram ini. Nampak tak gambar Nasir yang berada di dalam kayak tu. Dia yang akan lead kami semua di depan. Kiranya dia yang akan jaga keselamatan kami semua. Tapi salute giler kat dia...sorang-sorang bawak kayak. Aku tengok dia berhempas pulak melawan arus. Terhumban kiri kanan....tapi tetap gagah uolsss. Syabas Nasir!!!
Akhirnyaaaaaa....fuhhhhhh selamat. Kami berjaya melepasi jeram tanpa sebarang masalah dan tiada siapa yg jatuh di antara kami.
Tahniah kepada diri anda...ewahhhhh. Baru satu jeram jangan nak berlagak hokay!!! Ada lagi 3 jeram merbahaya yang akan anda lalui. Alamak!! Ingat dah habis....hehehehe.
ok...kali ni turn group yang lagi satu. Kita tengok plak...camana dorang melalui jeram ini. Ini jeram yang sama dengan group aku tadi.
alamakkkkkkk.....seorang peserta telah jatuh. Tak sempat plak nak ambil gambar saat2 dia terjatuh tu. Tau2...dia dah ada dalam air sungai ini. Shah lettewwwww!!!!!
kawan-kawan tolong rescue dia. Masa briefing tu kami telah diajar camana nak rescue kawan yang terjatuh. Mula-mula kena pegang life jacket dia kat bahagian bahu. Seorang pegang kiri dan seorang lagi pegang kanan. Then, tolakkan dia ke dalam air....pastu barulah angkat ke atas sekuat hati. Masa ni semangat tolong menolong perlu ada dalam setiap pasukan. Alhamdulillah shah selamat....sian plak tengok dia masa ni,. Kiranya dia lah kawan kami yang pertama jatuh.
Fuhhhh lega........dah selamat naik ke atas raft.
Kami meneruskan perjalanan lagi. Keadaan air sungai ini tidaklah sepanjang masa dalam keadaan deras. Ada kala nya air tenang dan ketika ini guide kami akan suruh kami paddle forward. Kalau keadaan air agak tinggi...dia akan suruh paddle harder!!! So, masing-masing kena cepat tangkap apa yang guide suruh buat. Jangan pulak korang mengelamun masa ni.
Pada mula-mula kami rafting ni agak confuse juga dengan arahan yang diberi. Tapi bila dah beberapa kali dipraktikkan.....kami dah selesa dan cepat bertindak balas. Bila dah banyak bergerak....kejap ke kanan....kejap ke kiri....perghhhhhh penat giler. Aku rasa banyak betul kalori terbakar ketika mengikuti aktiviti ini. Sebabnya....kita bukan hanya duduk di tepi tebing raft itu......tetapi anda juga kena bergerak sana sini mengikut aragan guide. Ohhhhh......tidak lah semudah itu wahai kawan-kawan.
ketika ini kami disuruh keluar sebab raft tidak boleh melalui celah-celah batu yang sempit. So, kami berjalan atas batu dan bersedia naik semula dalam raft mengikut keadaan seperti dalam gambar ini.
ini ialah aksi group aku. Tengok muka aku dah melopong mulut ternganga ketakutan. Ayohhhhhhhhh....apa dah jadi ni???? Deras giler air masa ni dan ini ialah jeram kedua. Tetiba.........anda nampak tak kaki orang kat sebelah batu belah kiri itu??? Tapi.....kaki siapakah itu yea?????
Rupa-rupanya itu ialah kaki Azim. Dia dah tercampak keluar ke dalam sungai. Masa aku kat atas raft tu.....aku ada nampak kepala merah dalam air...betul-betul sebelah aku. Kepala merah itu dilanggar oleh batu dan raft ini. Ayohhhhhh.....kesiannya dia. Masa ni aku tak tau sapa.....bila dah ke depan baru perasan itu ialah Azim. Apalagi.....cepat-cepat bagi rescue kat dia. Gambar di atas ketika aku dan Diyana membantu Azim naik ke atas.
Ohhhh...gambar ini lebih jelas. Azim yang berada di dalam air sungai itu. Aku yang baju hitam dan bertopi merah sedang berusaha nak bantu dia naik ke atas. Kesian giler tengok dia masa ni. tercungap-cungap mengambil nafas di dalam air. Aku nak ingatkan di sini....walaupun anda pandai berenang tetapi kalau dah air deras macam ni.....takda maknanya skill berenang tu. Cuma yang pasti...kita jangan cepat panik.....kena cool down.
Ini satu lagi aksi di tempat yang sama.....tapi dari group yang lain pulak. Alamakkkkkk...nampak kaki jugak. Ya Allah......macam kenal jer kaki tu. Dia dah tergolekkkkk.....tapi siapakah dia?????
hahahaha...Shah sekali lagi tergolek dalam air. Takat ini dah dua kali Shah terjatuh dalam air ketika melalui jeram yang deras. Guide tu kata...dia tak pandai imbangkan badan. Sebenarnya....ketika melalui jeram air deras ini.....kita kena imbangkan badan dalam keadaan duduk di tengah-tengah raft. So that raft itu tidak akan bergerak ke kiri atau ke kanan.
fuhhhh...semua dah selamat. Yang terjatuh sudah naik ke atas semula. Lega mak!! Masa ni aku bersyukur tak jatuh pun...konon terror lah tu. Hahahaha.....sila jangan percaya cakap dia. Kalau nak tau lagi aksi yang lagi suspen dan lagi lagi adventure.....tunggu di entry seterusnya........tunggguuuuuuuuuuuuuuuuuuu!!!!!!!
Untuk pengetahuan pembaca semua....aktiviti ini aku terpaksa tulis ikut beberapa part. Sebabnya banyak sangat gambar-gambar yang menarik. Kalau aku tulis satu entry ajer sure korang akan dapat melihat gambar yg sikit. So.......harap korang bersabar sehingga ia habis...hehehehe.
p/s - Nak share dengan anda semua kata-kata ini yang aku ambil daripada FB. Untuk perhatian lelaki-lelaki di luar sana. Ingatlah....sekali anda aniaya seorang wanita....tunggu sajer lah balasan Allah.
Jangan pikat wanita kalau anda tak bersedia cintakan dia.
Jangan buat wanita tu jatuh cinta kalau anda tak cintakan dia.
Jangan memberi wanita harapan kalau anda tidak pasti.
HARAM jika jadikan wanita itu kekasih tetapi tiada niat untuk nikahinya. -Ustaz Azhar Idrus
4 comments:
suka suka suka!!!
cepat sambung lagi entry lain!!
apasal cantik gambor dari kamera reporter tu ekk?kamera dia lagi canggih sket dari saya..
apa pun syukur Alhamdulillah tak ada kecederaan yang teruk..
Apa relevannya nasihat di penutup dengan tajuk karangan?? sila usaha lagi. B-
Che'gu Gadhogadho
pergghhhh.. adventurous sungguh laaa.. yg baca ni pun saspens jer..
Kalau tak jatuh memang tak sah....bile jatuh baru dpt feel thrill nyer barulah adventurous...hehehe
Post a Comment