Ok dah part 3. Kita sambung lagi pasal aktiviti white water rafting aku tu.
Kami meneruskan lagi menguak paddle tu ke hadapan. Sehinggalah kami stop betul- betul di tepi batu seperti gambar di atas. Kami juga diarahkan turun dari raft dan bergerak ke depan sedikit. Ooooo rupanya raft kami tu tak muat nak melalui batu batan yang banyak ini....agak sempit. So terpaksalah guide kami angkut raft tu untuk melangkau batu.
Ketika ini kami hendaklah masuk ke dalam raft ketika posisi sedikit menyenget. Bila raft dah berat dengan penumpang...automatik ia akan bergerak ke hadapan. Fuhhhh...nasib baik takda yang jatuh. Group lain pun tak jatuh. Alhamdulillah.
gambar di atas menunjukkan ketika kami semua diarahkan keluar dari raft dan berjalan sedikit ke hadapan. Kena hati-hati ketika pijak batu.....takut licin dan tergelincir. Bahaya!!!
yeaa....dah selamat sampai....tengah tunggu raft utk digerakkan di atas batu tu..
sementara menunggu....kami bergambar terlebih dahulu.
beginilah posisi raft kami ketika ia di bawa ke atas batu. Sebab tu kami kena turun....lorong deruan air tu sempit utk raft ini.
bila kami naik ajer....bushhhhhhhhhhhhh raft itu meluncur ke haadapan. Fuhhhh selamat!!!! Kalau silap imbang...tak mustahil raft ini akan terbalik.
Then....ada satu lagi jeram bahaya di hadapan kami. Korang tengok seram tak? Kami yang berada di dalam raft tu lagiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii lah seram. Macam nak tercabut nyawa. Sib baik group aku terselamat. Gambar di atas ni daripada geng kami gak...group satu lagi. Terselamat gak. Tetapi....apa dah jadi dengan group satu lagi? Adakah Shah berjaya mengimbangkan badan dia kali ini?
Alamakkkkkkk.....nampak tak ada sebuah tubuh terpelanting? Aikkkk...macam kenal ajer tubuh comel itiewwww hehehe. Cuba korang teka sapa tu? Cara dia jatuh sebijk macam dia jatuh kali ke dua tadi. Yea betul.....Shah jatuh lagi. Kali ni dah kali ke tiga dia jatuh. Apa dah jadi ni????
Yea memang sah si Shah yang jatuh....sebab dalam gambar ni dia takda pun. hehehe...sian dia.
kawan-kawan teleh berjaya membantu Shah naik ke atas raft. Tengok muka dia (kanan sekali) dah terlentuk....penat sangat lah tu.
masa ni kami bertiga berasa lega....masih terselamat daripada jatuh. Fuhhhhhh. So haruslah buat muka kekwat kannnn. hehehe
sekarang saya berada di KKB melalui Sungai Selangor utk mengikuti white water rafting uolssssss. Korang mampu???? (kekwat betul minah ni!!!)
ada lagi satu jeram yang sangat deras airnya. Ketika ini aku terdengar guide jerit "Go to the left" sambil kami semua pergi ke arah kiri dan meletakkan paddle di dalam raft. Alasannya jalan ini agak sempit dan raft sudah mereng lebih ke kanan. So, kami semua diarahkan ke kiri. Tetapi.................apa dah jadi dengan lepas tu?????????
cuba lihat aksi di atas. Ketika ini group aku sedang berhempas pulas bergerak ke kiri mengikut arahan guide. Rupanyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa......raft tidak seimbang dan berdebusshhhhhhhhhhhh raft terbalik dan kami semua pun terbalik jugakkkkkkkkkkk. Naik sesak nafas aku di buatnya sebab air masuk dalam hidung dan telan air bergelen-gelen. Pulak tu raft dalam posisi di atas kepala aku. Cuba korang imagine camana. Puas aku menolak raft tu ke tepi. Air pulak deras gilerr.....terus aku dibawa hanyut ke tepi. Semua kawan2 aku dalam raft tu dah tergolek hehehe...takda sapa bantu kami. Syukur masa nak ke tebing tu air agak cetek jugak. Perrghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!!
Tulahhhhh berlagak cakap besar lagi. Akhirnya kami bertiga tertewas hahahahaha. Habis kuyup satu badan hehehe (gambar di atas). Pastu kan....boleh plak kami berempat ni gelak bagai nak rak. Hahahaha....barulah ada feel.......kalau tak jatuh tak rock lah weiiii. Joint water rafting ni kena jatuh....barulah adventure namanya hehehehe.
kami bergerak ke depan lagi dan nampak ada air terjun di tepi sungai ini. Guide kata jom kita rehat dulu dalam setengah jam.
seronok sangat masa ni.....nampak tak air terjun comel tu? Airnya sejuk gilosss. Aku malas naik ke atas lagi sebab batu tu licin...takut tergelincir.
Group kami semua...sempoi!!! Masa ni rasa mcm puas sangat,...dan dah rasa keseronokan joint water rafting ni.
i like this pic. Background tu menunjukkan bahawa kami berada di tengah sungai mengikuti white water rafting. Yeahhhaaaaaaaaaaaaaa.
Masa kami berhenti rehat di tepi air terjun ini...kami telah dibekalkan dengan air mineral seorang sebotol dan juga makanan ringan. Pagi tu aku ada bawak roti kononnya nak makan masa ni....tetapi aku terlupa plak nak bawak masuk dalam raft. Sebabnya....aku dah kalut masa tu. Semua makanan tu tertinggal dalam kereta hehehehe. Bila dah terjatuh tadi...barulah rasa lapar. So...makanan ringan yg dibekalkan tu pun jadilah utk mengalas perut hehehe.
Then, kami meneruskan lagi perjalanan melalui arus sungai ini. Ada lagi satu jeram kata guide tu. Ohhhhhhh bestnya. Biar betul minah ni. Kenapa dia kekwat wahai kawan-kawan? Sebabnya dia dah jatuh tadi dia kata best...so dia nak jatuh lagi katanya. Hahahaha.
Memang bagai di kata.....aku jatuh sekali lagi. Raft tu mereng ke arah kanan terlebih. Makanya aku tak sempat nak imbangkan badan....bedebussshhhhhhhhhhhhhhhhh tergolek sekali lagi dalam air sungai. Ketika ini cameraman yg ikut kami tu....tak sempat nak merakam saat-saat genting tu. Bateri kamera dah weak daaaaaaaaaaaa. Alaaaa sayangnyaa.
Untuk pengetahuan semua. Masa aku jatuh kali kedua ni.....lagi teruk daripada yang kali pertama tadi. Jeram yang ini airnya terlalu deras dan air putar. Aku hempas pulas jugak nak selamatkan diri. Kawan-kawan dari raft aku tu cuba nak rescue aku....tapi tak berjaya sebab aku rasa mcm nak tercekik kat leher dengan life jacket tu. Masa ni aku nampak kawan aku 2 orang ajer atas raft Aikkkk mana lagi seorang. Ya Allah rupanya Azim pun jatuh dan masih berada di tempat air pusar tu utk selamatkan diri. Guide kami sempat juga selamatkan dia. Kesiannya tengok Azim masa ni....tercungap-cungap dia menyelamatkan diri. Dia cerita kat kami pengalaman semasa berada di tempat air pusar tu...."mcm nak tercabut nyawa.....rasa mcm nak mati pun ada". Nampaknya pengalaman dia lagi dahsyat daripada aku. Aku plak yg paling tak tahan....air masuk dalam telinga. Alhamdulillah kami masih bernyawa dan dapat meneruskan hidup ini.
sehinggalah kami semua tiba di tempat ini....air sungai masa ni slow ajer mengalir.
Abak (guide kami) kata.....habis dah dan boleh turun semua dan naik ke darat ..... kita lunch di sini. So, aku pun berkobar-kobar lah turun...syukur dah habis dan dah ready nak naik jeti seperti dalam gambar si atas. Aleh-aleh selepas berbincang dengan Nasir...dia kata.....lunch belum ready....kita turun kat depan lagi lah. Aku tanya "jauh lagi ke?"....dia kata lima minit lagi. Ooooooo. Jalan punya jalan.......tetiba aku nampak group depan dah hilang dari pandangan. Alahaiiiiiiiiiiiiiii ada lagi satu jeram dik non hoi!!!
Jeram ini merupakan jeram yang paling dahsyat dah menakutkan. Maaf takda gambar. Masa nak lalu jeram tu...aku perasan guide itu sengaja menterbalikkan raft kami.....berdebushhhhhhhhhhhhhhhhh sekali lagi kami semua jatuh dalam air sungai ini. Adohaiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii........tipah tertipu dik non. Sib baik air kat sini agak cetek sikit. So, agak senang nak selamatka diri.
Then...Abak kata...tak payah naik raft semula. Korang buat body rafting. Camana tu????? Sila lihat pic di bawah.
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
beginilah aksi body rafting. Kami dalam berkeadaan begini dibawa arus sungai sehinggalah sampai ke jeti. Best giler berendam dalam sungai yang sejuk ini. Masa ni rasa tenang sangat dan lupa segala masalah. Jeti yang kami sampai ini ialah berhampiran dengan penempatan PLKN. Naik terus gi tempat mandi di sini. Masa ni dah nampak kereta kami sebab pada awal sebelum kami start tu.....Nasir suruh semua yg memandu kereta follow dia dan parking di sini. Then, dorang naik van Nasir dan pergi semula di tempat kami start tadi.
kami dah mandi semua.....wartawan iSihat sedang interview Nasir dan jurukamera (kanan) pulak sedang sibuk mengambil gambar. Nantikan majalah iSihat bulan Mac akan datang .....ada write up pasal aktiviti white water rafting ini.
Selepas semua dah selesai mandi mandi di penempatan PLKN KKB ini...kami plan nak ke Air Terjun Sg Chiling untuk lunch. Package white water rafting ini juga termasuk lunch yea. Nasir dah sediakan nasi bungkus untuk kami. Then, selepas berbincang....kami semua bersetuju makan di air terjun tersebut.
Kami berkonvoi follow van Nasir. Jalan punya jalan ingatkan dekatlah air terjun tu. Jauh jugakkkk...lebih kurang 15 minit gak baru sampai. Dari Sg Chiling ini kalau nak ke Fraser Hill ni dalam 20km saje lagi. Next time boleh lah singgah. Sampai ajer di kawasan air terjun ini...nampak air terjun tu di bawah jalan. Rupanya kami kena turun ke bawah. Alamakkkkkkkkkkkkk......bergetar lutut ku..huhuhu. Agak curam jugak masa nak turun.
Beginilah keadaan kami ketika nak turun ke air terjun Sg Chiling.
cantik air terjun ni.....air jernih dan deras.
nasi bungkus untuk lunch. Ada ayam sambal dan sayur campur. Alhamdulillah kenyang.
berkelah kami di tepi air terjun..............best sangat. Cuaca redup dan mendamaikan.
yessss!!! kami berjaya lakukan water rafting akhirnya. Pengalaman yg sangat berhargai...penuh dengan adegan mencemaskan dan sejujurnya kami sangat enjoy!!!! terima kasih sebab anda semua sporting. Lepas ni kami merancang nak joint lagi kat tempat lain pulak Insya Allah. Best plak sekali dah mencuba aktiviti ini. Habis sudahhhhhhhhhhh. Ehh lupa nak bgtau.....aku jatuh 3 kali wahai kawan-kawan......terror tak? hehehe.
p/s - otot-otot ku sakit penangan gym...
12 comments:
shud try water rafting la lps nih (yo yo jer).. sekaligus blh exercise kan..
syokkknya
tapi takut pun ada jugak tengok air deras tu...mencabar!!
sepanjang dah jadi tua ni Leez, akak dah tak leh nak buat all this things lah Leez.. Miss lahh...
saya pun penah buat WWR ni kt sungai kampar.lemas duakali.tp mmg best giler....
Yanti -
Cubalah at least sekali utk experience....serius mmg best.
Kak hanim -
Mmg sgt mencabar kak....tp ada tmpt lain yg lagi mencabar..
Enjoy sgt....
Kak yan -
Sy ni pn x lah muda mana....tp cekalkan hati nak mencuba. Good experience actually.....
Anony -
Yeap mmg sgt best.......yg kt sg kampar tu sy belum cuba lagi.
Leez nanti kita g Jelebu plak buat water rafting yer....plus caving dan water fall.
wah Leez seronok gilerr tengok you all buat water rafting ni.Teringin pula nak join sekali...best, mencabar, enjoy sangat...
wah..seronoknya Leez, rasa nak join sekali. Maybe next time nak join sekali...mencabar,seronok..memang best gilerrr
saya suka saya suka saya sukaaaaa!!
Post a Comment